Isnin, 17 Mei 2010

Sibu oh Sibu.....pantun dulu-dulu!!

Pisang emas bawa belayar
Masak sebiji di atas peti
Banyak ringgit sudah dibayar
Roket juga yang mereka undi

Sorong papan tarik papan
Buah keranji dalam perahu
Suruh makan mereka makan
Suruh undi mereka tak mahu

Buah cempedak di luar pagar
Ambil galah tolong jolokan
Sudah puas kempen bergegar
Akhirnya kalah tak makan pujukan

Pucuk pauh delima batu
Anak sembilang di tapak tangan
Pujuk sudah bermacam-macam dibantu
Hilang sudah kerusi di tangan

Hari ini menanam jagung
Hari esok menanam serai
Hari ini BN meraung
Hari esok jangan kalah lagi

Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intai pengundi biar nampak
Esok jangan pembangkang dipangkah

Kalau ada sumur di ladang
Boleh kita menumpang mandi
Kalau ada pilihan raya yang datang
BN kenalah muhasabah diri

Dari mana hendak ke mana
Tinggi rumput dari padi
Tahun mana bulan mana
Ke mana pula selepas ini ??









28 ulasan:

sahromnasrudin berkata...

apakah faktoe kemenangan PR dan kekalahan BN di Sibu? layangkan minda kita ;-)

Unknown berkata...

wah berpantun pula cik ikan emas ya :) hehe..apapun pantun yang sangat menarik. boleh pakai time perhimpunan agung UMNO nanti hehe

Yunus Badawi berkata...

semakin banyak kerajaan (BN) berhabis utk tarik undi ca ya nun alif semakin kuat mereka menyokong pembangkang. Saya rasa eloklah dana tu digunakan utk menolong org kita.

ikan emas berkata...

Faktor kemenangan PR ??


...mudah aja..

kerapuhan PR bukan bermakNa kekuatan BN !!

...dan sedarkah kita bahawa semakin bergoncangnya KITA ...semakin rapatnya ikatan MEREKA

ikan emas berkata...

ZHARIF,


Dah lama laa tak berpantun

tetiba ingat pulak..sebab nak tulis perlu masa jadi pantun lagi cepat ..10 minit dah siap untuk dipublish!

...nanti perhimpunan umno lagi banyak cerita

ikan emas berkata...

YB,


eh yang itu la sy nak bgtau


...TAK SEDAR LAGIKAH BOS-BOS KITA TU ???

ONE ZABA berkata...

BN patut sedo ke diri....

ikan emas berkata...

CiKgu 1Z,

saya sebut ayat cikgu tuu...

( sebab dah lama tak balik kg......)

Prasert Chaipradit berkata...

Bagusla pantun ikan emas ni.

Tanpa Nama berkata...

wohaaaaaaaa

sib baik la saya diharamkan berpolitik kak.
kalo tak bias

ekekekekk=)


hidup Malaysia!
hahaha=)

sekamar rindu berkata...

salam......


kebanyakan pengundi2 di sibu adalah pengundi cina, dan peratusan keluar mengundi cuma 50% sahaja. mungkin BN agak sudah menang...

tu la ambil mudah...

penjejak maya berkata...

salam,

politik yang tak berpenghujungan..

Abd Razak berkata...

Salam..

Luka yang kian nampak dan parah..

abu muaz berkata...

BN kena belajar bagaimana korea tewaskan cina dalam piala uber.

Pok Li berkata...

Koyak pesak dek lonjak
Tanggal songkok dek bertandak

Menang sorak kampung tergadai
Yang dikojar tak dapek
Yang dikendong berciciran

Harap harap akhirnya tertiarap
Peluru habis pelembang tak alah

ikan emas berkata...

Prasert,

t.ksih...
nanti kita berpantun lagi

Unknown berkata...

pandainya Ie berpantun...

selamanya politik ni mmg sentiasa ada unsur unsur penipuan..sbb tu tk minat dgn politik..tp sentiasa mengikuti politik semasa...cuma bab ulasan tu tk pandai..
pandai baca..(.^.)

ikan emas berkata...

jane,

walaupun kita tak dibenrkan berpolitik...tp perlu juga difahami bahawa politik adalah kehidupan...
mau tak mau kena tau, ambil tau dan involve juga..


..sya ingat nak tulis juga laa fasal isu Cadangan membenarkan Pegawai P&P aktif berpolitik

ikan emas berkata...

cikgu rindu,

terlalu confident akhinya bawa rebah !

senario semakin membimbangkan.


...kenapa isu BN kalah yg lebih dibincangkan berbanding peratusan keluar mengundi yang agak rendah ??

ikan emas berkata...

penjejakmaya,

semakin matang manusia ni semakin hebat mereka berpolitik...

...eh !kita ni faham ke apa maksud politik ??

ikan emas berkata...

Raz,

sebelum luka makin parah baik kita sama-sama bantu mengubatinya...

org kata cegah sebelum parah !

ikan emas berkata...

abumuaz,

Msia kena belajar juga bagaimana Cina dengan yakin mengalahkan I'sia...dengan muka selambanya !



......"saya sudah tua "!!!!

ikan emas berkata...

PokLi,


laa...nanti la kena ambil masa nak jawap pepatih ni !!


hehehe

ikan emas berkata...

kak za,

pantun ubah suai ...kekeke...

sesekali kena asah juga kepala otak ni..


benar,

politik tak haram ...siapa yang pandai dialah yang bekauasa !!
sejarah dah tertulis gitu

al-lavendari berkata...

Pinggan tak retak
nasi tak dingin
bukit dah botak
balak dah licin.

Pinggan tak retak
nasi tak dingin
atuk jangan tamak
cucu nanti miskin.

Pinggan tak retak
nasi tak dingin
atuk suka gertak
cucu main-main.

Pinggan tak retak
nasi tak dingin
atuk jangan tersedak
cucu cari lain!

* pantun di atas saya kopipes dari blog saya yang satu lagi. betullah telahan saya "cucu cari lain".

ikan emas berkata...

En.Lavendar,

hai, selamat kembali..

puas kiter menjenguk bumbung rumah tuan !


....IE jawab kat rumah sana yer..

zue berkata...

sukalah dgn pantun2 iteww dan suka juga mengundi.
tapi x suka brpolitik sbb mereka suka mencerca org.

ikan emas berkata...

ZUE,

HAK KITA...

mesti undi !!