Rabu, 19 Mei 2010

Ciri-CiRi KePIMPINan...saya ni bagaimana ??

Ada respon kat entri bertajuk Bagaimana Membuat Keputusan ? yang minta dihuraikan sikit ciri-ciri kepimpinan ..


Pemimpin demokratik percaya kepada penglibatan semua orang dalam membuat sesuatu keputusan/tindakan. Dia juga percaya kepada musyawarah. Dia sering menurunkan kuasanya kepada orang-orang bawahan dan memberi kebebasan kepada mereka untuk membuat sesuatu keputusan berlandaskan kebijaksanaan dan kebolehan masing-masing. Para pemimpin jenis demokratik ini juga dikatakan mudah lentur dan bergantung kepada sumber-sumber kuasa yang tidak mendesak seperti kepakaran, memujuk, alasan-alasan yang kukuh dan ganjaran. Di samping itu, dia juga menekankan konsep perkongsian tanggungjawab apabila sesuai dan juga memberi kuasa. Di antara matlamat stail kepimpinan ini adalah semangat kerja berpasukan.
Contohnya…ajak-ajak la anak buah turt sama bagi ide dan berbincang jika ada sesuatu projek…tak kira la program jom heboh ke, nak buat filem ke atau nak famili day..

Individu autokrat percaya kuasa membuat keputusan mesti dipegang oleh pemimpin. Dia memberi perintah dan pengikut mesti patuh kepada arahan yang diberi tanpa banyak soal. Pemimpin autocrat dapat mempastikan tugas-tugas yang diberi dilaksanakan dengan sempurna oleh orang bawahannya, tetapi oleh kerana mereka hanya mengikut arahan dan tidak boleh bersuara, semangat kerjasama mereka lemah dan mereka tidak kreatif serta tidak mempunyai inisiatif. Stail kepimpinan autokratik diangggap berkesan dalam situasi yang terdesak kerana ia membenarkan proses membuat keputusan yang tepat.

Kes-kes yang melibatkan undang-undang dan peraturan kenalah guna stail ini !! takkan nak biarkan anak buah ponteng kerja !

Pemimpin jenis ini memberi sepenuh kebebasan kepada orang-orang bawahan untuk bertindak atau membuat keputusan. Dia tidak mencampuri langsung. Dia melihat mereka sudah matang, tahu yang mana baik dan yang mana buruk serta membezakan antara betul dan salah. Baginya mereka bertanggungjawab sepenuhnya ke atas tindakan yang dilakukan, membiarkan mereka bersendirian dan jangan mengusik. Apa yang diperlukan hanyalah matlamat yang telah dipersetujui tercapai. Selain itu, pemimpin jenis ini tidak mempunyai matlamat dan objektif kerja yang jelas dan juga tidak mempunyai perancangan. Oleh kerana keadaan organisasi di bawah pemimpin-pemimpin itu tidak ada prosedur untuk membuat keputusan yang jelas, maka konflik antara berbagai kumpulan dinamik sama ada formal atau tidak formal akan wujud dan sukar untuk dikawal.
Walaupun anak buah tu cerdik, hebat bagai…sebagai pemimpin kena juga tengok-tengok dan semak apa yang depa dok buat…tetiba dibueknya silap sikit jo…tak pepesal kita lak yang kono !

Dari entri lepas…saya suka respon dari Mr KOMENSEN ni

2010 Mei 7 21:39
al-lavendari berkata...
saya jenis Pemimpin Lepas-Bebas kalau staf tu saya rasa berakal. Kalau dia kurang akal, saya jadi Autokratik. Saya akan jadi pemimpin Demokratik dalam badan sukarela macam RT ke dsb



Setuju ke kalau dikatakan seorang pemimpin yang baik dia tak tamak kerja dan pandai agih-agihkan tugas sehingga dia sendiri dah tak da kerje nak buat ???

bagaimana anda??….ada banyak Leadership Style Survey atau ujian personaliti yang boleh dicuba..


Kalau mencari tempat bermandi
Pertama teluk kedua pantai
Kalau mencari pemimpin negeri
Pertama elok kedua pandai



















22 ulasan:

sayangsayangibu berkata...

sangat berat t'jawab pemimpim nih, nak pimpin anak pun dah besar t'jawabnya..

ikan emas berkata...

sayangisu,

nama pun tajawab...dah tentu amanahnya besar..

anak pun satu amanah ..

sahromnasrudin berkata...

zaman sekarang nie..org dh makin bijak pandai..autokratik a.k.a atas bawah dah tak boleh pakai..klu pakai gak gerenti dlam pilihanraya parti yg memerintah akan kalah a.k.a tak popular..kne guna lepas bebas a.k.a bawah atas tetapi pengundi plak mintak yg mengarut sehingga melampau-lampau permintaannya...
ada ke patut mintak kerajaan buat jln smpai depan pintu uma dia..klu tak buat, undi out huhuhuhu..inila penangan sistem demokrasi...

ikan emas berkata...

sahrom,


seronok pulak baca respon awak ni.

kene pandai-pandai la guna skill !

Abu Aiman berkata...

Susah jadi leader ni. Lepas-bebas dikata tak buat kerja pulak. Demokratik kang ada je kena tuduh pilih kasih, sbb biasanya yg bagus je yg perform. Autokratik sangat dikata gila kuasa. Kalau automatik boleh kot...

ikan emas berkata...

abuaiman,


pokok dek den laa
pokok dek engko laa...


...janji kerja ikhlas !!

Mak Su berkata...

kat rumah, saya demokratik kot.... tapi ujung2 saya jadik follower, kena ikut cakap laki ler... :)

Pok Li berkata...

Sekarang pemimpin lebih pentingkan pengikut. Kerana itu macam-macam diberi. Sampai dah terlebih beri pun tak nak mengikut jugak.

xiiinam berkata...

ckLah memang tak mampu jadi pemimpin...

Introvet, pendiam, pemalu...

Sila percaya...
:)

penjejak maya berkata...

salam,

pemimpin yang baik ialah orang yang telah diberikan kepercayaan dan dapat mengurus dengan baik dan bijak..

relevan berkata...

Jadilah pemimpin yang bertanggung jawab..yang berwibawa dan berkelibar bukan yang berkaki lebar..

ikan emas berkata...

maksu,


dah namanya laki...
walau dekrasi bagai pun
hujung-hujung kena ikut jg
(wah mesti dia bangga datap isteri macam ni !!!)

ikan emas berkata...

pokli,


pemimpin gitu akhirnya makan diri sendiri ...sampai kera di hutan disusukan anak depan mata dibia kelaparan

ikan emas berkata...

xiiinam,


iyer ke ?


tu yg jadi cikgu bukan memimpin ke?

seorang pemimpin bukan setakat tau memimpin tetapi juga mesti pandai urus,dorong,pandu dan pantau sesakli kena pandai pujuk dan puji-puji

ikan emas berkata...

penjejakmaya,

ada pemimpin yg tidak boleh dipercayai..menyalahgunakan kuasa dan amanah...ego


...ada pulak pemimpin yg tidak percaya dan tak yakin dengan kebolehan anak buah

ikan emas berkata...

mr relevan,

berkaki lebar ???


keh keh keh...

semua nak disapunya ????

Abd Razak berkata...

Salam...

Suka dengan pemimpin yang mahu ditegur kesalahannya...

ikan emas berkata...

razak,

ada juga yg emosial bila ditegur...
akhirnya org bawahan di blacklist

Ummi Humaira berkata...

salam ikan emas...

pemimpin???? ummi memang langsung tak layak ...
he he he

tunbegia berkata...

salamm jumaat ikan emas, ;-D

thanx singgah blog haku yang xde apa2 tuh,

ikan emas berkata...

UMMI,


terima kasih singgah !

ikan emas berkata...

tun,

salam jumaat jg...

...esok hari sabtu