Khamis, 28 Mei 2009

Mai layan Rock..

Letih pulak hari ini..
Idea mencurah-curah..sampai tak sempat nak save kat komputer otak ni.
Yang lain pun nampak semangat keje, aku pulak yg tak menang tangan layan dia org.
Betoi macam depa pgl mcm klinik ' doktor pakar'
tu laa...bila keja jenis cakap-cakap dan tulis-tulis ni
Walau penat tapi seronok pulak sebab semua beres ...

Tu sebab aku suka layan lagu-lagu rock ni..hilang tensen

Memburu Impian

Ku jejak jalan yang berliku
Membara jiwaku memburu impian
Ku renang lautan gelora

Biarpun tersadai di hujung dunia
Akan ku rempuhi segala rintangan

Biarpun rebah ku bangun sendiri
Akan ku genggam biarpun hitam

Menjadi milikkuKu mula dengan langkah ini
Menuju sinaran yang abad

.ini laGu KaZa RoCk 80An..
tP buDaK-buDak KrisTal laGi laYan....

Selasa, 26 Mei 2009

Biarkan Anjing-Anjing Tersepit

Geram.Sakit hati.Marah.Meluat.Menyampah.Ntah apa-apa lagi rasa yang kalau disebut rasa macam nak humban ke lautan Pasifik aje benda yang buat kita hot sangat ni..Mana tak hot..Ada perumpamaan dah kata “ Ibarat melepaskan anjing tersepit,dah ditolong,kemudian dia mengigit kita balik”..beginilah mereka yang boleh ke kalau kita panggil anjing yang tak sedar diri ni?

Siapa? Siapa lagi kalau orang yang tak pernah bersyukur jadi warga Negara Malaysia ni.Siapa lagi kalau insan yang kononnya ingin memperjuangkan erti perikemanusiaan. Siapa lagi kalau bukan orang yang lupa nikmat dan kesenangan yang didapati hasil kontrak atuk dia yang datang naik kapal ke sini dulu..lantas sewenang-wenangnya menuntut itu ini.Siapa lagi kalau orang yang dah dianggap hero kerana telah berjaya membunuh dan mengkebumikan berpuluh-puluh ribu bapa-atuk kita dulu tanpa kubur?

Aduh makin keliru !

Ada syor ‘kapala’ komunis tu dibenarkan balik masuk tanah merdeka ni. Oo dah nampak kemakmuran di tanah bertuah ni baru la ada hajat nak balik sini. Bertambah geram tu sebab ada orang kita pun sokong jugak!..konon kena fikir sedara mara,kesian,perikemanusiaan.

Geram,geram,marah dan hangat hati dibuatnya. Takut nanti generasi akan datang ada pulak yang anggap dia ni sebagai hero kemedekaan.

Helo kawan..kalau pun kita tak pernah rasa susah,perit getir masa komunis bermaharajalela dulu, masa Bintang Tiga mengganas tak kenal siapa…Mai kita bawak-bawak la ulangkaji sejarah,Tau tak berapa ramai orang Melayu yang terkorban.Berapa banyak perajurit,askar kita yang mati shahid, berapa susah atuk nenek kita hidup ditindas dan diseksa mereka.Mereka berhutang darah dengan kita.Bukan orang Melayu aje, rakan kita orang Cina,India puan susah juga.

Ambil tau juga betapa susah Tunku Abdul Rahman nak berunding untuk mendapatkan kemerdekaan.Dah offer mereka tubuh parti tapi banyak songel pulak..mereka lebih suka duduk di hutan mengganas.Bila Rundingan Baling 1955 dan Perjanjian Hadyai 1989 baru la kita rasa lega dan aman!! Kiter ingat dah tamatlah kisah si Ong Boon Hua @Chin Peng nie. Rupa-rupanya ada pulak yang ingin menggores luka lama…sampai nak buat dokumentari kisah ‘ Lelaki Komunis Terakhir’ .Buat tugu peringatan .elok nye orang ni kiter hantar ke Vietnam biar dia tau kesannya komunis memerintah,sampai sekarang kesannya dirasai rakyat sana.

Kepada orang-orang yang beria-ia sangat nak bawak balik Chin Peng ni,bawak-bawaklah mengucap dan bertaubat nasuha!

Wahai orang Melayu jangan lupa sebar-sebar ,ceritakan dan dendangkan kepada anak cucu dan pewaris kita betapa sejarah 1945-1969 ini .Ingatkan mereka.Sedarkan mereka.Bangkitkan mereka dari kelekaan.Sejarah ini tidak pernah menipu.

Wahai DSN dan sepupunya yang jaga KDN tu…tolonglah,kami merayu tiada tempat bagi komunis di Negara yang aman makmur dan merdeka ini.

Ini lagi anjing yang dilepaskan ..sape lagi kalau bukan 3-4 orang dari 13 orang yang dibebaskan dari Kem Kemunting.Patut biar dia orang rehat-rehat kat situ.Biar janggutya jejak kat bumi.Konon nak ikut ganas macam idola mereka LTTE kat Sri Lanka tu.Macam-macam cara dan kenyataan mereka menguris hati kita.Tuntutan yang bukan-bukan.Nak buat perhimpunan la, nak tuntut diiktiraf bumiputera bagi yang lahir lepas tarikh merdeka la..Nak ganti rugi la.Hantar dia org kat tanah India biar dia tau enaknya duduk kat sana. Mereka menyokong LTTE yang membuat penghapusan etnik dan Muslim di India. Apa pulak jadi lepas ni kalau atas dasar demokrasi mereka ni tubuh parti politik dan masuk bertanding? Apa makna semua ini?
Yang makin geram tu..pemimpin besar dlm MIC sendiri terang-terang menyokong dan siap mengadakan perhimpunan haram sebagai tanda menyokong LTTE ini.. Sama aje, mereka ni pun memecahbelahkan kaum mereka sendiri. Atau agaknya mereka tak suka hidup aman kat sini?

Golongan ini seolah-olah sengaja merancang nak mengugat ketenteraman,keamanan .Nak menjejaskan perpaduan dan setiakawan kita.Sengaja nak mencetuskan kekacauan.Ingat kontrak sosial ,apa yang dah tok kita serah dan gadaikan untuk bagi kat tuk mereka...ISA masih relevan kalau masih wujud rakyat yang seperti ini.

p/s: Toleransi berpada-pada

Isnin, 25 Mei 2009

Mai Pergi Naik Haji

Kenapa ikan emas semakin sepi dan lesu,dah tak ceria.
Nak gelak pun ada bila ada yg bertanya..
Iye ,ada banyak cara nak rasa ceria, bukan tak ada idea atau ilham atau dikekang masa…bukan,bukan ..jawapannya ..sajaa..!!

Siang tadi,terjumpa kawan sejemaah semasa menunaikan fardu haji beberapa tahun dulu.Iya la bila dah tukar balik keje kat Sban ni barulah dapat jumpa siang,barulah dapat jumpa orang Sban.

2 minggu dulu YB Menteri baru yg jaga agama tu umumkan tambang haji akan naik pada musim haji ni.. maka tercetuslah banyak respon,cakap-cakap dan pandangan yg kononnya tak puas hati .Kadang-kadang tak munasabah pun kalau nak dibahas. Fikir-fikir bukanlah banyak sangat pun kadar yang naik ( maaf,mungkin ada yg marah dan pertikaikan statement ini).

Alhamdullilah,masa ikan emas naik haji beberapa tahun dulu ,tambang ikut pakej swasta RM12,500 ( syok nak cerita fasal indahnya naik haji ni…tambah2 pergi masa muda ..) sekarang kalau pergi ikut swasta ntah laa berapa kena bayar.

Isunya kadar tambang haji ikut muhashasah Lembaga Tabung Haji naik dari RM8,973 ke RM9,980 ( ala..tambah RM20 jadi la RM10,000). Jangan terlalu fikir fasal rakyat susah,orang kampong atau yang berpendapatan rendah, kita faham..

Tak pe cuba kita rasional dan sembang-sembang mengenai isu ini dari sudut akal ikan emas yang tak berapa cerdik bab agama dan ekonomi ni.
  • Insyallah, kalau kita dah pasang niat betul-betul nak menunaikan fardu haji ( semua umat Islam wajib ada niat ni) ,maka rezeki takkan menjauh..ada sahaja rezeki yang datang,kadang-kadang tak disedari pun.
  • Bagi yang bekerja,saya nasihatkan mula la menyimpan di Tabung Haji secara potong gaji,jangan takut walau RM20 sebulan ia tak kan menyebabkan kita tak cukup makan.lama-lama tak sedar banyak simpanan kita.
  • Bagi ibubapa pula,apa kata buat potongan tu masukkan juga akaun utk anak-anak.
  • Simpan di Tabung Haji sebab nak dapat faedah atau dividen? Kalau inilah yang diharapkan, duit pun takut nak dekat dengan kita.
  • Syukurlah sebab ada idea Pak Ungku Aziz nak tubuh Tabung Haji ni,..terlalu banyak kelebihan dan kemudahan yang didapati oleh umat Islam di Negara ini berbanding umat Islam dari Negara lain.
  • Nak tau, jemaah Negara lain seperti rakan dari Indonesia,ramai pasangan jemaah muda yang ditemui. Mereka menyatakan bahawa naik haji didahulukan berbanding membina rumah dan kelengkapan lain...orang kita lak,sebok nak beli kereta,rumah,perabot ,bulan madu dulu..
  • Sebenarnya mereka ‘berhutang’ (pinjaman) dengan bank atau pihak-pihak tertentu untuk memastikan bahawa mereka dapat naik haji…senangnya kita sebab ada Tabung Haji! Balik Mekah tak payah fikir nak bayar hutang, Fikir simpan lagi kat Tabung Haji.
  • Pengalaman sendiri..baik ikut pakej swasta,pakej Tabung Haji atau muhashasah tak banyak bezanya.di Mekah hotel atau tempat penginapan hanya di depan Masjidil Haram 200 meter.paling jauh pun lebih kurang 800 meter aje.begitu juga ketika di Madinah.ada pun jemaah yang dapat tempat penginapan yang agak jauh ia tak sejauh jemaah dari Negara lain atau ada jemaah Negara-negara lain yang hanya tidur di khemah-khemah yang begitu tidak selesa,tiada bekalan air dan api, jauh dari Masjid..malah ada yang berkampung dalam kenderaan atau di tepi-tepi jalan jer.
    Berbanding masa ikan emas dulu,sekarang hotel-hotel di Mekah dan di Madinah sudah dibina semakin moden dan selesa dan semakin hamper dengan masjid.
  • Tempat penginapan yang dekat menyebabkan rata-rata jemaah Negara ini dapat menunaikan setiap fardu di hadapan Kaabah sendiri.Isilah masa ini untuk beribadat sepuas-puasnya!!
  • Makan minum jemaah terurus,setiap waktu makan berbagai menu sedia menunggu,jemaah hanya perlu mengisi waktu untuk beribadat.berbanding jemaah Negara lain yang kena membeli makanan atau memasak sendiri..
  • Ingat tak,dulu-dulu memang atuk nenek kita masa nak pergi siap bawa periuk belanga,bahan-bahan masakan berbulan-bulan dalam kapal …sekarang semua itu dah tak ada lagi..Tetapi jemaah dari Negara lain masih macam tuu..tak caya ? tanyalah rakan dari Indon, Thailand, India,Iran, China dll. Ada juga yang berjalan kaki berbulan-bulan semata-semata nak menunaikan Rukun Islam kelima ini.
  • Di Mina, khemah-khemah untuk jemaah kita amat selesa,dekat dengan tempat melontar. Tak le kena berjalan berbatu-batu .Makan minum tukang masak dah sediakan.Sediakan diri untuk laksanakan ibadah saja..
  • Sakit? ..Mudahnya jemaah kita, klinik disediakan berhampiran setiap hotel,doctor ,jururawat dan petugas Tabung Haji sentiasa membantu..tak payah bayar kalau nak menerima rawatan atau nak ambil ubat.
  • Duit?..bayaran tambang dah selesai, tetapi nak juga bawa duit untuk berbelanja. Tak payah bawa cash banyak-banyak ,nanti kat Mekah atau Madinah banyak kaunter Tabung Haji..keluar aje la berapa banyak,bila-bila masa,( iya la nak simpan tunai banyak-banyak pun risau juga..)malah lebih mudah berbanding kat sini. Tetapi rakan kita dari Spore atau Brunei yang banyak duit tu..mereka terpaksa membawa wang tunai dari tanah air,bahaya kan?
  • Setiap musim jemaah Msia membelanjakan lebih RM100 juta untuk bershooping..cuba fikir kalau 25,000 orang jemaah tiap seorang sedekah RM100 ke RM1000 sorang tentu Tabung Haji boleh salurkan kepada yang benar-benar berhajat tapi tak mampu.
  • Rata-rata keselesaan ,kemudahan dan nikmat yang diperolehi oleh jemaah kita terlalu dicemburui oleh rakan-rakan jemaah lain..rakan serumpun dari sia Tenggara, Asia Tengah ,umat Islam dari Afrika,Negara Balkan malah dari tanah Arab sendiri.Kata mereka alangkah beruntungnya menjadi umat Islam di Negara bernama Malaysia!!
  • Kenapa orang kita bila sebut fasal tambang haji melenting ? sedangkan kalau pergi makan angin kat mana-mana tu tak kecoh pulak. Atau cuba la pada orang yang banyak duit,tak tau nak belanja mana. Yang dah banyak kali pergi Mekah.Yang banyak duit tapi tak nak pergi sebab belum ada seru ..apa salahnya kalau orang-orang seperti ini taja aje la pakcik –makchik kita yang memang berhajat sangat nak ke Mekah tu.Dapat gak pahala.
  • Jangan lupa Kerajaan sebenarnya telah memberi subsidi lebih kurang RM2,000 untuk menampung jumlah sebenar kos yang terpaksa ditanggung oleh setiap jemaah haji.Pembesaran kawasan masjid,Kemudahan hotel, system kawalan.Kemudahan pengangkutan.Keselesaan untuk melaksanakan ibadat ketika melontar Jamratul. Keselesaan ketika wukuf di Arafah.. ahh terlalu banyak nikmat yang memudahkan kita untuk beribadat di sana..kalau dikira-kira semuanya amat berbaloi kos yang kena kita bayar ini…
  • Bersyukurlah wahai rakyat Islam Malaysia.Terlalu banyak nikmat yang kita perolehi.Jangan risau, usah bimbang. Rezeki kita akan bertambah murah.


    p/s; InsyaAllah akan pergi lagi...

Jumaat, 22 Mei 2009

Dan Bila Sepi Singgah

Sepi? Ehh ikan emas kesepian? ,pe hal dah jadi ni? ..tak pernah-pernah layan kes macam ni..

Assalamualikum!! ( cakap gaya Apek)…cak cak.boleh tumpang lalu!

Kalau dah namanya manusia waras tentu punyai pelbagai emosi..senyum bila rasa gembira, muram bila rasa sedih,insan biasakan..sesekali rasa sepi menyapa,nak juga menumpang . Aduhai..kenapa sepi? Sunyi?

Kamus Dewan kata kesepian sama maknanya dengan kesunyian, kesaorangan di mana segala yang berlaku di sekelilinginya ketika itu tidaklah dapat menarik hatinya. Habis tu..apa dan kenapa tiada yang dapat menarik hati?

Adui..pernahkah jumpa orang yang sedang dilanda penyakit ini? Mesti mereka merasa tersiksa jiwa .Sakit yang tak boleh dicubit. Rasa tiada kebahagiaan. Muram menyingkapi kehidupan. Puas mencari dan berusaha memahami mengapa kesepian
ini. Ha mesti mereka akan menyalahkan alam sekeliling, orang lain atau apa-apa sajalah sebagai punca kesepian. Dulu ada kawan, lepas kawin kawan sorang-sorang kawan jauhkan diri. Sebok layan suami dan anak sampai tak sempat bergaul. Bila anak dah besar ,berdua-duaan semula,komunikasi pula semakin menjarak.Layan diri sendiri-sendiri.

Helah bela diri?

Idea Sigmund Freud yang mengistilahkan ,manusia memiliki id, ego, dan superego. Ketiga-tiga elemen kejiwaan ini saling kait mengait. Ia wujud dan memotivasikan tingakah laku dan emosi manusia. Selalu terjadi konfik dalam diri sesaorang. Konflik dalaman ini mengakibatkan penderitaan. Inilah konflik jiwa.Timbullah masalah-masalah kejiwaan dan kebatinan.

Sebenarnya kesepian lebih merupakan suatu symptom.Gejala dari suatu keadaan. Kesedihan. Terasa diri hidup kesaorangan. Tersisih, obsesif-kompulsif.Tentu terasa sakitnya. Boleh mengheret kecemasan dan kedukaan. Depresif dan tertekan…hati-hati nanti penyakit mudah hampir. Ini semua berdasarkan kajian sebab akibat antara rasa kesepian dengan berbagai penyakit terutama Jantung!

Apa-apa pun Islam dah kata proses pembelajaran membentuk emosi dan personality manusia.Kerohanian dan Kejiwaan. Hati,roh,nafsu dan akal yang mempengaruhi pemikiran kita.

Allahhuakbar…semakin banyak yang ku tahu semakin kerdil rasanya diri ini. Inilah kesepian yang sedang ku alami.

Jumaat, 15 Mei 2009

Cikgu,tolong nasihatkan saya!!


Nota ini ku temui ketika mengemaskan dairi-dairi lama (yang rasanya dah patut sangat dilupuskan …) Nota ini membangkitkan semula nostalgia ku ketika bergelar ‘cikgu’ di sebuah sekolah menengah perempuan di T.I suatu ketika dulu...tersenyum ku bila teringat rupanya ku ada bakat ‘membantu’ dan ‘mendengar’ ni …mungkin ‘penulis’ surat ini dah jadi orang besar dan hebat sekarang.


  • Cita-cita ? dulu setiap catatan dalam buku prestasi sekolah mesti tertulis jawatan Guru Berijazah’ ,….tetapi kenapa ku beralih arah ?

  • Ingin ku dedikasikan rasa bangga ku kepada yang pernah menjadi guru ku. .terlalu ramai. Masa mula masuk sekolah darjah Satu dulu ,ku ingat ada seorang guru Cina Mr.Lee yang meminta semua murid membawa sebiji telur rebus setiap hari. Masa tu ku pun tak tau apa sebabnya. ..Laa ni ku terfikir mungkin dia nak galakkan murid-muridnya sihat atau mungkin juga nak menguji sikap ‘amanah’ kami ?



  • Petang-petang ke sekolah agama pulak, mula belajar menulis jawi, membaca Quran, fardu ain malah belajar solat di masjid berhampiran. Terima kasih kepada ustaz yang kami panggil Pak Chik-PakChik termasuk seorang Pak Cik muda yang ketika itu sedang menunggu peluang ke Al Azhar ( skrang ni dah jadi org besar kat Perak !

  • Suatu yang blh dikira menjadi idola atau mentor aku ialah ketika di Darjah 6, seorang guru sementara bernama Shahabudin pada hari terakhirnya sebelum melanjutkan pelajaran ke UTM,beliau telah memberi ‘ceramah’ dan motivasi kepada kami semua …tergiang-giang lagi gaya dan semangatnya ketika itu..Dia benar-benar menjadi pegangan dan ‘target’ ..malah keinginan untuk menjejak beliau masih ada lagi…di mana dan bagaimana beliau sekarang ??

  • Bertahun-tahun tahun di sekolah menengah, terlalu ramai guru yang masih aku ingat ..ada yg dah pergi, ada yang masih aku ketahui khabarnya, walau tak berhubung tetapi salam tetap bersambung, tetapi ramai juga yang tak tau khabar berita... yang pasti mereka telah menjadikan aku seorang manusia. ...Pn. Samsiah dan Pn Mariati yg ajar ERT asik nk ketuk senduk kat kepala kami yg bebal dan keras tangan ni..Mr.Aru,Jalil,sabariah,Aini,..oo ada sorang Chegu Indon yg ajar Add Math ( lupa lak namanya..)Ibrahim yang jadi ’bapa angkat’ ku,Miss Ng yang sentiasa berbaju baru...( dia ada butik ke ?) ..byk lagi daa...termasuk sorang cikgu ni yang tak pernah mengajar di kelas ku tetapi kami cukup rapat dengannya ..ala selain melatih kelab drama kami ,byk lagi peranannya ,kira mcm tempat budak2 mengadu laa.,Cikgu Lamsah( mesti org T.Krg tau !!.).. ..



  • ......berapa ramai cikgu kawin dengan anak murid sendiri?

  • Tak lupa juga ku kepada pengajar-pengajar seterusnya seperti Dr Sham, Pn J, Dr S Lee,Pn Ida, Dr Hana dan byk lagi...tak adil pulak rasanya sebab tak dapat nak catat satu persatu...Mereka ini nampaknya terus cemerlang !!Sebenarnya banyak lagi guru-guruku ..alam sekeliling dan pengalaman merupakan ’ universiti terunggul’ yang telah memberi ’ijazah’ tak ternilai kepada ku.Kenapa ku tak terus jadi Cikgu ?

  • Semasa menunggu keputusan peperiksaan, ketika kawan-kawan lain sebok menjelajah ke kilang-kilang ,ku hanya melawat ke Pejabat Pelajaran..peluang mengajar di sekolah rendah di KL..sekolah anak org-org elit ..ku rasa terharu bila dapat merasa betapa bangganya dapat melihat perkembangan seorang kanak-kanak daripada tak tau apa-apa tentang huruf telah pandai membaca ,mengira dan menulis !!..kemudian mengajar murid tahun 6, ku rasa seronok sebab budak nak periksa n diminta mengajar matematik dan sains sahaja...seronok sangat walau penat ! ..


  • Kemudian balik ke kampung ku dapat mengajar ke SMC ,..( gaji kat sini tinggi sikit laa) nota ini mengingatkan ku kenangan di situ walau sekejap tetapi penuh bermakna...mengajar remaja pelbagai kaum,melihat perkembangan dan persaingan antara mereka .Kadang-kadang ku rasa aku adalah mereka kerana umur kami yang tak jauh bezanya..Selain Matematik aku juga kena mengajar subjek Sejarah yang ku rasa paling boring dan susah nak ’score’ masa sekolah dulu...( sebenarnya bermula dari jadi cikgu ni la ku mula ulangkaji balik subjek ini ..dah jatuh hati pulak ).


  • Tetapi walau seronok ku dah mula rasa terlalu ’penat’ ..selain memerlu kecergasan ,kecekapan dan ketahanan mental ku juga perlu memerah tenagaku..di sekolah aku perlu bekejar dan memanjat dari satu blok ke blok yang lain ,dari tingkat ke tingkat ...balik rumah kena semak kerja rumah budak-budak, buat persiapan untuk ujian atau untuk subjek esok pulak...sesekali kena jadi peneman pelajar-pelajar pergi ’outing’ pertandingan itu ,pertandingan ini. Iye laa mentang-mentang aku ’anak dara ’ .Oh rupanya jadi cikgu ni amat laa mencabar !!

  • Aku mula cemburu melihat orang yang kerja pejabat. Ku mula tertanya-tanya sendiri ’ ikhlaskah ku dengan pekerjaan ini? Akhirnya ku dah rasa tak mampu lagi dan mengalah ...ku langsung tak pernah memohon untuk memasuki mana-mana institusi perguruan. Titik !Walaubagaimanapun Alhamdulillah pekerjaanku kini walau tidak bergelar 'CikGu' matlamatnya lebih kurang sama juga. Terima Kasih Cikgu!!!

  • SELAMAT HARI GURU !!! ” GURU PEMBINA NEGARA BANGSA’
p/s : Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada tarikh tersebut pada tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan laporan JK Pelajaran ( Report of the Education Committee ) sebagai dasar pelajaran negara kita. Dokumen tersebut juga dikenali sebagai Laporan Razak dan sejak itu telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan.


......mlm tadi stat bina 1,000 pcs cinonet jigsaw puzzle mickey, hai ntah bila boleh siap nie ,

Rabu, 13 Mei 2009

Media tradisional lawan media baru: Siapa kalah?

Oleh ZAINI HASSANzaini.hassan@utusan.com.my

APA itu media, ramai yang tahu pengertiannya secara umum. Kecuali orang media sendiri, rata-rata umum tidak tahu media secara sebenar dan kuasa yang ada padanya. Tidak ramai yang tahu magnitud kekuasaan yang ada pada media. Tidak ramai juga yang tahu akhbar dan media juga dikenali sebagai fourth estate (estet keempat) iaitu hirarki keempat dalam sistem kuasa sesebuah negara.

Penulis satira Scotland era Victoria, Thomas Carlyle (1795-1881) ialah orang pertama yang mula merujuk istilah fourth estate sebagai pewarta, pemberita, wartawan dan orang media. Carlyle dalam bukunya On Heroes and Hero Warship mencatat: ‘‘Ahli politik British Edmond Burke berkata, terdapat Tiga Estet dalam Parlimen ini, tapi nun di sana di tempat duduk pemberita itu ialah Fourth Estate - kumpulan lebih penting, jauh lebih penting daripada kalian semua.”

Fourth Estate atau media diletakkan dalam satu estet yang tersendiri. Hari ini estet keempat itu berada dalam doktrin kekuasaan bersama-sama, estet pertama, eksekutif (perdana menteri dan menteri-menteri); estet kedua, legislatif (Dewan Rakyat, Dewan Negara dan DUN); dan estet ketiga, judisial (badan kehakiman).

Jika yang ketiga di atas mempunyai kuasanya yang tersendiri, maka media juga mempunyai kuasa, yang jika apa-apa kuasa sekali pun disalah guna maka sesuatu yang buruk boleh berlaku. Media di Malaysia pada masa ini nampaknya sudah terbahagi kepada dua yang besar. Satu ialah media yang anda saksikan di depan mata serta lazim atau konvensional dan satu lagi ialah media yang tidak lazim depan mata, tapi berlegar aktif di alam maya.

Alam maya yang dicipta atas ramalan teoris Komunikasi Massa, Herbert Marshall McLuhan 45 tahun lalu yang meramalkan akan wujudnya apa yang difahaminya sebagai ‘otak elektronik’ atau yang disebut komputer - telah memberi satu dimensi baru kepada media di Malaysia. McLuhan juga menyebut media sebagai kampung global. Jika dia masih hidup, dia akan berkata, ia adalah satu evolusi yang berjaya dan mengkagumkan. Berbeza dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad, dia acap kali menyebutnya sebagai satu kebimbangan yang mencabar apabila merujuk kepada globalisasi. Beliau betul, McLuhan pun betul.

Kuasa estet keempat di Malaysia sebenarnya sedang diuji. Media konvensional Malaysia sedang bertarung dengan media baru yang penggeraknya lebih licik, agresif, cerdik, pintar dan berkesan.
Parti politik Malaysia yang tidak mempunyai stesen televisyen kini beroperasi di alam maya menggunakan enjin yang tersedia ada. Ia beroperasi melalui tapak video percuma, YouTube atau Metacafe atau tapak-tapak yang lain. Klip video mengenai apa yang berlaku di Dewan Undangan Negeri Perak semalam dan kelmarin boleh disaksikan selari dengan Buletin Utama di TV3 atau Warta Perdana di RTM pada jam 8 malam. Siaran itu juga bukannya bisu, tapi dengan ulasan yang panas dan pedas.

Penonton - yang rata-rata (siapa ye?) melihatnya dengan penuh asyik. Mereka ini terdiri daripada eksekutif-eksekutif muda yang masih hang-up di pejabat-pejabat masing-masing sebelum pulang ke rumah, atau pun berada dalam zon Wi-Fi masing-masing. Mereka tertarik melihat sesuatu yang luar biasa. Bukan sesuatu yang menghairankan jika kumpulan ini akan menyambar notebook mereka dengan teruja apabila tercetus sesuatu ‘drama’ seperti di Perak semalam dan kelmarin bagi mendapatkan analisis dan klip video terkini. Oleh itu, tidak hairanlah, perangkaan orang yang melihat tapak-tapak sesawang ini (view) menjangkaui puluhan hingga ratusan ribu penonton.

Kumpulan yang memuat naik (upload) video-video ini ke tapak-tapak maya itu begitu agresif, dedikasi dan sistematik. Yang pasti mereka ini bekerja untuk organisasi-organisasi NGO atau parti-parti politik yang tidak sehaluan dengan kerajaan - yang tidak mempunyai saluran tapak yang sah untuk beroperasi. Yang pasti juga ulasan-ulasan mereka tidak mengambil kira soal etika atau keluhuran perlembagaan seperti yang ‘terpaksa’ diikuti media konvensional.
Kuasa estet keempat mereka ini semakin kuat. Magnitud media baru ini bukan omongan, ia adalah benar (real). Media konvensional – seperti akhbar semakin merudum dan muram. Media baru ini akan mengambil alih media kertas ini sekurang-kurangnya 10 tahun akan datang.

Jika McLuhan masih ada, dia akan meramalkan 10 tahun akan datang satu medium lain yang lebih canggih akan wujud. Ia lebih berkuasa dan tidak siapa tahu mungkin kedudukan strata kuasa media pada masa itu bukan lagi estet keempat lagi tapi akan naik tarafnya (?).

Yang pasti media konvensional sekarang kalah kepada kekuasaan media baru ini. Jika bukan kalah sekarang, masanya sudah terlalu dekat untuk kalah - kecualilah sesuatu yang drastik dilakukan untuk berubah.

Wanita suka dengar cerita gosip

Kajian mendapati skandal dapat menarik perhatian mereka
LONDON: Satu tinjauan baru mendapati cara terbaik mendapatkan perhatian penuh wanita ialah dengan menyampaikan berita yang mengandungi skandal. Satu kajian mendapati lebih dua pertiga golongan itu mengaku menumpukan sepenuh perhatian kepada perbualan cuma apabila ada unsur gosip.

Jumlah sama, iaitu 67 peratus, berpendapat mereka memberi tumpuan teliti apabila cuba memasang telinga mendengar kontroversi yang dibincangkan orang lain berdekatan mereka. Secara perbandingan, cuma separuh lelaki berkata mereka suka mendengar gosip manakala 41 peratus mengaku mendengar dengan sepenuh perhatian kepada perbualan orang lain. Tinjauan ke atas 2,000 responden juga mendapati cuma 21 peratus lelaki menganggap mereka mendengar dengan berhati-hati setiap perkataan, berbanding cuma 19 peratus wanita yang berkata demikian. Lima peratus wanita mengaku cuma mendengar berita panas di sana sini.

Wanita juga lebih berkemungkinan tidak banyak memberi tumpuan apabila mendengar percakapan rakan sekerja, dengan purata wanita cuma memperuntukkan dua pertiga daripada keseluruhan masa mendengar apa yang diperkatakan ketua mereka. Mereka cuma benar-benar mendengar 70 peratus perbualan dengan pasangan masing-masing. Namun apabila berbual dengan rakan baik, wanita memberikan sepenuh perhatian kepada lebih tiga perempat daripada apa yang diperkatakan. Penyelidik juga mendedahkan 84 peratus daripada penduduk Britain berpendapat mereka pendengar yang baik, dengan 20 peratus berkata mereka mendengar setiap patah perkataan manakala 58 peratus merasakan bercakap secara bersemuka adalah bentuk komunikasi terbaik. Penyelidikan dilakukan untuk Siemens Hearing Instruments, yang mendapati 66 peratus wanita mengaku tidak pernah menjalani ujian pendengaran berbanding 55 peratus lelaki dan 46 peratus kedua-dua jantina mengaku kadang-kadang terpaksa memberi tumpuan lebih untuk mendengar yang diperkatakan orang lain.

Pakar audiologi, Wendy Davies, berkata: “Anda tidak perlu menjadi tua untuk kehilangan pendengaran - suasana kelab yang bising dan suara tinggi MP3 boleh merosakkan telinga. Jadi, penting melakukan ujian. “Jika kehilangan pendengaran, jangan panik. Bantuan pendengaran amat berbeza dengan apa yang digunakan golongan tua. Kini, anda boleh mendapatkan model lebih menarik dengan saiz kecil.” - Agensi
p/s : Pendengar yang baik...ehh nak bagitau lelaki kalau bergossip lagi dahysat kan...kan..kan..

Ahad, 10 Mei 2009

Kek untuk mak


adoi..syahdu dan terharu sungguh ...
terima kasih dari mak..
mak doakan agar anak-anak mak menjadi anak yg soleh !! jangan lupakan mak dan ayah!

Sabtu, 9 Mei 2009

Motivasi Gila Kuasa

Situasi semasa dari pemilihan jawatan-jawatan penting dalam pelbagai parti politik ,pelantikan menteri cabinet sampai laa sekarang tengah dok kecoh yg tak habis-abis kat Perak negeriku..daripada aku tulis berkaitan kecelaruan itu ,mai ku tulis apa kaitannya dengan insan bernama MANUSIA ini…dah lama ku tak tulis berkaitan tajuk ini..

Drama pelbagai episode ini telah menimbulkan pelbagai persepsi negatif, prejudis dan pelbagai imaginasi yang mengelirukan telah menimbulkan rasa ketidakselesaan dan ada yang merasa keselamatan mereka terganggu ? Psikologi terganggu?

Fitrahnya ,keperluan manusia meliputi keperluan yang wujud secara semula jadi dan mesti dipenuhi oleh sesaorang dari segi individu, social dan fizikal. Pada asasnya semua manusia perlukan keperluan asas seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal.,perlukan jaminan keselamatan dan keselesaan psikologi .. keinginan-keinginan lain termasuk menjadi sesaorang yang ‘membanggakan’ !! Kalau boleh dapat jadi model muka depan majalah ‘Time’ …’’ waduh hebatnya si polan tuuu…”

Kat Malaysia ni misalnya manusianya memerlukan makanan asas seperti nasi tetapi dalam masa yang sama kemudiannya mereka akan mencari makanan lain seperti burger, stik, pizza, sushi…Pakaian pada asasnya cukuplah jenis cotton kemudian berkeinginan kain jenis sutera,berjenama ,berkualiti dan fesyen ekslusif..!! ..rumah dari rumah papan nak rumah batu..rumah teres ke banglo yang hebat dgn perabot Itali, landskap hijau yg indah ..ahh dulu jd ahli biasa ,kemudian jd AJK ..ADUN biasa ..kemudian kehendak hati nak jd pemimpin tertinggi pulak !!

Aduhai..apa yang mendorong manusia untuk sesuatu tujuan itu ialah apa yang dinamakan ‘motivasi kehendak’ !!

Kenyataan ini bukan sekadar catatan merepek aku tetapi Abraham Maslow (1954) melalui teorinya menyatakan bahawa Manusia mempunyai pelbagai bentuk kehendak serta dorongan dalaman..motif ini diklasifikasikan oleh Maslow dalam bentuk hierarki 5 peringkat ( Maslow’s Hierarchy of Needs)

Dalam hierarki kehendak Maslow ini menyatakan yang manusia harus memiliki setiap kehendak dan keperluan-keperluan sesaorang individu bermula daripada keperluan asas hinggalah kepada keperluan individualistic seseorang :

Peringkat 1 - Keperluan Asas ( Physiological)

Peringkat 2 – Keperluan Keselamatan ( Safety Needs)

Peringkat 3 – Keperluan Emosi ( Emotional Needs)

Peringkat 4 – Keperluan Perasaan Kendiri ( Esteem Needs)

Peringkat 5 – Keperluan Kesedaran Kendiri (Self Actualization Needs)





Segala keperluan ini wujud sepanjang hayat manusia, tetapi ada berlaku perubahan yang progresif terhadap tahap-tahap keperluan tersebut.Pada permulaannya kehendak fisiologi berada pada tahap yang paling maksimum dan apabila keperluan itu dicapai, barulah keperluan-keperluan lain meningkat satu persatu.. Keinginan manusia semakin lama semakin besar bergantung kepada keperluan hidupnya..Ini berlaku secara automatic…kemudian manusia akan bermotivasi untuk memenuhi keperluan ‘ individualistik’, kemahuan emosi ,rasa ingin dikasih sayang menyayangi ,rasa kepunyaan …ingin menjadi orang terkenal,disanjungi dan dihormati.

Apabila sampai tahap muktamat, keperluan untuk kesempurnaan kendiri berakhir pada peringkat kemuncak, tetapi seperti kata Maslow, hanya segelintir manusia shj yang akan mencapai tahap ini.

Apa kaitannya dengan suasana sekarang?

Cuba tengok sekarang ni..gelagat manusia-manusia yang ‘gilakan kuasa’ tak kira siapa mereka, apa bangsa mereka, apa parti yang mereka anggotai ..mungkin dulu mereka ini hanya sekadar ahli biasa ..kemudian meningkat mahu menjadi AJK Bahagian,jadi calon ADUN …berusaha untuk meningkat kepada yang lebih tinggi …matlamatnya sama..KUASA ! Mereka mengeksplotasi rakyat bagi memenuhi kehendak mereka. Motivasi mendorong mereka utk berusaha memastikan keperluan dan kehendak mereka tercapai, Manusia narkisistik ini menganggap diri mereka ’penting’ dan berusaha mendapatkan ‘perhatian’ dan ‘penghargaan’..Nafsu motivasi untuk memiliki KUASA menguasai diri …

Manusia jenis inilah yang mungkin dianggap oleh Maslow sebagai katarlis yang boleh menghuru harakan Negara...krisis kesejahteraan, keselamatan terancam, ekonomi pun tergugat.

Fikir-fikirkan laa.. "Jangan mahu dikuasai oleh hidup, jadilah orang yang dapat menguasai hidup"

p/s : Wahai rakan warga Malaysia..walau apa bangsa ,budaya dan agamamu.ayuh mari kita sama-sama eratkan ikatan perpaduan bagi menjaga kemerdekaan ini, kita sama-sama bangunkan ia, terus maju dan makmur. Satu Malaysia !!

Selasa, 5 Mei 2009

Maryam Ibuku

“ Dan ingatlah (wahai Muhammad) ketika malaikat berkata : Wahai Maryam, sesungguhnya Allah telah memilihmu dan mensucikanmu, dan telah memilihmu untuk beroleh kemuliaan melebihi perempuan seluruh alam yang sezaman dengan kamu.Wahai Maryam,taatlah kepada Tuhanmu (Allah),dan sujudlah serta rukuklah bersama orang-orang yang rukuk.” ( Surah Ali-Imran:42-43).

Mengapa dan ciri apakah yang ada pada Maryam sehingga dia dipilih Allah?.Tentulah kerana kekuatan ibadatnya,ketaqwaannya ,serta kesabaran dan ketabahannya. Allah telah memilihnya dan menyucikannya dan menjadikannya penghulu para wanita dunia. Wanita terhebat kerana kekhusyukannya dalam beribadat. Kesolehannya dan kesuciannya yang diakui masyarakat ketika itu tetap mengundang celaan,cacian dan fitnah..Semuanya dihadapi dengan tabah dan sabar.

Allah memuliakannya dengan menamakan sebuah surah sempena namanya. Surah itu adalah surah Maryam iaitu surah ke 19 di dalam Al-Quran.

Maryam juga nama ibu yang melahirkan aku.Kesabarannya, ketabahannya, kelembutannya menjadi ingauan tiap detik.Bagai Maryam ibu Nabi Isa as yang kuat dan khusyuk ibadatnya, Maryam ibuku pun ntah aku tak tau bila waktu lelap matanya..menjelang waktu malamnya di sejadah, dinihari masih di situ..siangnya tetap mengurus keperluan…tiada masa untuk bertandang atau meletak mulut atau telinga dengan celotehan jiran tetangga.Tetapi itu bukan bermakna diatidak bermasyarakat.. Jika anak mak long sebelah rumah sering dapat hadiah tangan atau rotan dari ibu mereka , aku tak pernah dileteri apa tah lagi diletak tangan sebegitu..

Lucunya aku anak bongsunya ini seringkali jadi orang tengahnya bila mana ada permintaannya yang perlu ku sampaikan kepada ayah. Katanya ,’kalau kau yang cakap mesti ayah kau dengar”.

Kesabaran dan ketabahannya terlalu menguji bilamana anak lelaki yang diharap menjadi mangsa kerakusan keinginan yang menjahanamkan diri dan keluarganya. Dalam keadaan ini ibu masih lembut menghadapi semuanya, semuanya disimpan dalam hati.Bertahun memendam perasaan,menahan karenah anaknya dia masih mampu senyum melawan kekecewaan..akhirnya perasaan ini memakan diri , dia kalah dengan tekanan jiwa.. namun walau lebih 2 tahun terlantar di katil, ibuku tetap ingat waktu solatnya ,tetap ingat memastikan ayah membantu untuk mengekalkan wuduknya.

25 Disember..tika sebok dgn mtg persatuan, ayah minta aku balik segera ..gerak hati ayah dah dapat aku agak..dan malam itu aku hadapi saat akhir ibu untuk menghadap Allah..Allahhuakbar ,ibu pergi dengan tenang dalam senyuman !!

Sehingga kini,nama ibu tetap ayah sebut..malah pesan ayah kalau aku dapat anak perempuan namakanlah dengan nama Maryam...tak dapat anak perempuan, anak buah, menantu atau cucu cicit aku nanti kot ! Insyaallah !!

Kini,tiap hari ku titipkan Al-Fatihah untuk arwah ibu..Semoga Allah sentiasa memberi rahmat.Masukkanlah ibuku dalam golongan orang –orang yang Kau pilih menjadi ahli SyurgaMu !!

p/s:
Hari Ibu yang disambut di sebahagian negara Eropah dan Timur Tengah telah mendapat pengaruh dari kebiasaan memuja Dewi Rhea, isteri kepada Dewa Kronus dan ibu para dewa dalam sejarah Yunani kuno. Di Amerika Syarikat dan lebih dari 75 negara lain seperti Australia, Kanada, Jerman, Itali, Jepun, Belanda, Malaysia, Singapura, Taiwan dan Hong Kong, Hari Ibu disambut atau diraikan pada hari Ahad minggu kedua bulan Mei. Pada tahun 1870 aktivis sosial Julia Ward Howe mencanangkan pentingnya perempuan bersatu melawan perang saudara.

Untuk panduan sambutan Hari Ibu sila rujuk :

Monolog Celaru - Mai tolong Sama-Sama Fikir (2)

Dah jadi makin celaru,keliru dan jangan jadi makin haru biru...

  • Seorang lagi Menteri dari kaum yg sama,,dah beberapa kali beliau cuba mangail publisiti murahan yang akhirnya menjerat diri. ..membawa media mencari isu yang berat sebelah tanpa menyelidik latar belakang cerita yang sah-sah ’auta’ dari orang macam depa(sensitif kalau kata depa memang sinonim dengan ayat tu) Terpaksa pula YB Timbalan Menteri Pelajaran membetulkan cerita sebenar..Guru diminta mendidik anak-anak ,jangan pula kita pemimpin mengajar mereka berbohong.

  • Wahai YB, benar aduan awam harus diurus dengan telus,adil ,cekap dan sistematik.tanpa ada sebarang birokrasi..Pendedahan aduan pula mestilah dibuat secara bertanggungjawab dan jujur, tambahan pula oleh pemimpin yang kononnya lebih profesional ! akhirnya media juga yang disalahkan... YB bertanggungjawab menjaga pengurusan aduan awam , YB sepatutnya lebih peka ,tidak bertindak melulu semata-mata nak dapat slot dalam tv. jadi apa kata cuba fikirkan perkara atau isu yang lebih relevan.Kenapa tak fikir bagaimana nak membawa pengurusan aduan awam di negara ini ke arah yang lebih professional dan bertaraf dunia! .Sekarang agensi atau saluran untuk menerima aduan dah terlalu banyak tetapi masih banyak aduan yang tidak diurus , masih banyak berlaku pertindihan tugasan.Apa kata syorkan supaya agensi ini disusun atau distukturkan semula supaya pengurusan ini dikendalikan di bawah satu agensi sahaja ..tak kira unit aduan ni di bawah bidang kuasa PBT, kerajaan negeri atau persekutuan.. kenapa tak terfikir nak melebarluaskan cawangan dan pertambahan jawatan bagi agensi ini..sekarang tak semua negeri ada cawangan BPA...atau apa kata kalau agensi ini diurustadbir ala suruhanjaya!

  • Virus dah jadi wabak dunia!!..sekali lagi dah ada virus baru yang dikesan dari Mexico..dah sampai ke 18 negara,dah 898 kes dikesan,dah 27 orang mati,dari benua AS ,eropah sekarang dah sampai ke HK dan Korea pulak...malah dah sampai tahap 6 ..makin dekat dengan kita ni..makin membimbangkan .. 10 tahun dulu negara kita dah jadi terkenal kerana berjaya menamakan Virus Nipah yang dikesan di Bukit Pelandok..hari ni virus yang katanya mula berpunca dari haiwan ni sekali lagi menyerang dunia ! Kenapa kita tak belajar dari tragedi JE dulu? Mesir akan memusnahkan 250,000 warga babi ni walaupun WHO kata tak pasti lagi haiwan ini yang membawa virus. Tak kira apa pun, kita tak suka nak sebut nama virus ni..jadi mai kita sebut Influenza A H1N1 ( ehh bukan Hishamudin 1 dan Najib 1 tau !!! ..itu idea orang yang tak cukup akal ). A-Quran dah jelas menyatakan bahawa haiwan ni pembawa virus ,tapi dek kerana nak jaga tolenransi maka banyaklah lagi ladang-ladang itu dihidupkan semula..dah ada 870 ladang ( itu yang berdaftar – yang ternak belakang rumah ,kat kebun sayur ??) dah beranak pinak lebih 2 juta ..jadi isu yang di Melaka tu boleh selesaikan sekarang ..mana-mana yang cadang nak buat ladang moden ke,guna teknologi canggih ke ,tak payah la layan !!

  • Satu lagi yang nak bagitau..hospital pun kalau ada pesakit datang yang ada ala-ala simptom ni jangan la dok ghairah nak panggil media,panggil tv buat cerita ..akhirnya cerita ni mengusarkan rakyat..Media pun kalau nak cari berita sensasi kena sahihkan dulu,kita pun ada tanggungjawab mengingatkan rakyat bukan menjadikan rakyat dalam kebimbangan lalu timbullah macam-macam cerita rekaan >.

  • Pilihanraya lagi?...tu laa,masa PRU 12 dulu orang di Kota Alam Shah tak kisah pun nak pilih YB mereka walaupun dah sah-sah calon yang dipilih masa tu ’berehat’ di Kamunting. Nah ! dah hampir setahun tetapi yang menjadi ’YB”sebenarnya ialah siisteri dia.,di DUN pula hanya berwakilkan suara rakan-rakan. Sah! Pengundi sendiri yang bodoh menipu diri sendiri konon nak pilih wakil yang boleh mewakili rakyat ,membawa suara rakyat .19 Mei katanya ada pengumuman nak dibuat ..agenda apa pulak ni? Arahan siapa? PR? DAP ? atau PKR? Atau mungkin tangan lain dari BN? Strategi atau psikologi?.Semasa PRU12 dulu kawasan ini dimenangi oleh penghuni Kamunting berkenaan dengan majoriti 7,184 (kira besar jugak laa) .Kenapa terlalu banyak teropong ??Jangan menipu rakyat ,jangan permainkan demokrasi!! Tanggungjawab kita ialah mengisi kemerdekaan melalui demokrasi ini dengan agenda yang lebih berfaedah ..fikir-fikirkan kan !

Isnin, 4 Mei 2009

Monolog Celaru - Mai kita Sama-Sama Fikir (1)



1. ”Terima kasih kepada semua pekerja kerana telah menghasilkan sumbangan yang ’luar biasa’”. Ayat nak ambil hatikah ?..Dalam suasana ekonomi tak berapa nak stabil lagi ni,Cuepacs,MTUC ,MEP bertambah agresif mendesak kerajaan melunaskan tuntutan-tuntutan mereka. Sambutan Hari Pekerja di Berlin, Caracas dan beberapa tempat lain tercemar dengan rusuhan. Berbeza di negara kita , plebagai kesatuan dan agensi mengadakan sambutan yang sama dalam suasana yang aman damai.

2. Perkhidmatan awam perlu berubah !! Bila kerajaan bagi bonus 1 bulan ,hebohnya macam nak terlangkup dunia,sedangkan ada pekerja yang dapat hanya RM1,000 sahaja. Tuntutan-tuntutan untuk penambahbaikan beberapa sektor perkhidmatan masih tergantung. PTK yang kononya untuk menilai kompetensi penjawat awam hanya menjadi ’marahan’ .Berapa banyak kekeliruan ,berapa ramai yang teraniaya ,berapa banyak pembaziran ? nak adakan peperiksaan atau kursus PTK walaupun calonnya hanya 1 atau 2 org kosnya tetap sama macam ada 100 atau 1000 calon! Ada pulak yang guna khidmat consultan!..Pelaksanaan untuk penambahbaikan atau memantapkan lagi PTK masih tak dilaksanakan sepenuhnya ! salah siapa ? JPA ? atau kementerian sendiri ?

3. Setiap kali Perhimpunan Agong UMNO pasti ada syor supaya pegawai kerajaan kumpulan Pengurusan dan Profesional dibenarkan bergiat dalam politik. Rasanya biarlah larangan ini dikuatkuasakan lagi.Selama ini pun berapa ramai pegawai yang walaupun dilarang tetapi mereka masih boleh mengikuti perkembangan politik tanah air.. masih boleh kalau nak dicalonkan untuk bertanding. Tidakkah akan wujud ’kuasa’ yang akan disalahgunakan oleh golongan pembuat dasar ini? Nanti asyik sebok berpolitik,mengekori orang parti atau jadi ’barua’ mereka lupa tanggungjawab di pejabat ,dan berapa ramai pula golongan yang tak sealiran fahaman akan menjadi mangsa mereka ? Bagaimana pula kalau bos ini aktif sebagai ahli parti yang bukan menyokong kerajaan?

4. Ekonomi gawat? Lebih 20,000 pekerja terutama dari sektor elektronik dah diberhenti atau pilih VSS..ditambah dengan graduan yang masih banyak menganggur. Nak masuk kerja kerajaan bagi 14 jawatan yang banyak kekosongan tu kena duduk exam pulak...ada yang dah 14 kali tak lulus-lulus ! birokrasi yang memudah atau menyusahkan ?

5. Ada duit abang sayang,tak de duit abang melayang.. inilah yang terjadi kepada pekerja swasta ’pencen’ .Jadi OKB sebab dapat ganjaran dan KWSP yang kadang-kadang mencapai ratusan ribu malah boleh cecah lebih dari itu. Tapi jangkahayat yang panjang,kesihatan yang baik di tambah pula ramai yang mengaku sedara,ajak jadi partner utk bisnes..bukit pun akan jadi gaung! Oleh itu syor pekerja swasta dberi kemudahan pencen ni amat baik..kakitangan awam pula dah diberi peluang sertai skim KWSP ,maka tanpa penerangan yang jelas ,maka beramai-ramai la mereka memilih skim ini.....tergesa-gesa punya pelaksanaan tanpa penerangan yang jelas akhirnya 90 peratus berpaling tadah balik menyertai skim pencen semula.Kepada pekerja swasta disyorkan supaya dibuat pilihan juga satu sistem yang mengabungkan skim KWSP dan skim pencen .Mana mereka nak pilih la, samada skim KWSP aje, pencen sahaja atau pilih kedua-duanya.

6. Doktor punya tenaga luar biasa?..belajar bertahun-tahun untuk berbakti, berusaha menyelamatkan nyawa manusia,memastikan zuriat insan diwarisi..mengubati sakit-sakit yang virusnya tak pernah hilang.Wajarkah mentang-mentang ada kuasa menyerbu ke bilik pemeriksaan? Dah la kerja memerlukan tenaga ,otak dan menghadapi pelbagai karenah.Bukan manusia namanya kalau seorang 'doktor’ boleh tak perlu rehat,tak perlu makan tidur,tak payah beribadat.5 minit merehatkan minda dengan membaca surat khabar itupun nak heboh satu Malaya...Kalau betul la YB Menteri berkenaan nak berkhidmat kepada rakyatnya kena juga la memikirkan profesionalisme dan institusi perubatan ini. Berhati-hati dan berdiplomasi la jika ikhlas nak menegur perkhidmatan kerajaan.Kenapa sampai nak jadikan ia isu nasional?Jangan dicemarkan hanya dengan isu yang remeh ini. Doktor dan pesakit kena sama-sama ada sifat ’sabar’ .

7. Sesekali berkunjung ke wad terharu juga bila lihat kad-kad penghargaan yang dikirim bekas pesakit...Walau hanya 1-2 kad berbanding ribuan bekas pesakit yang dah dirawat itu sudah cukup menggambarkan budi bahasa orang Malaysia !
8. Baru je balik dari mesyuarat..kononnya mesyuarat fasal nak membangunkan minda rakyat..pergi ke pejabat tu..dah laa kuanter tak de orang, tak de la seorang pun staf di situ yg nak menyapa,tak pelawa atau bagi salam..mana tak nye agaknya tak de orang kot..jadi ,tetamu-tetamu ni selamba je redah masuk..betul la tak mersa alam dia orang kat pejabat tu...geli hati pun ada kat sekeliling pejabat tu penuh dengan slogan-slogan kualiti ,budaya kerja cemerlang dan berbagai lagi. Dari bos no. 1 dan staf-stafnya patut pergi kursus kot !

p/s ” Kerajaan dah laksanakan pelbagai dasar dan program yang kesemuanya untuk kepentingan dan kesenangan rakyat. Tak kira siapa pemimpin atau apa slogannya semuanya adalah dengan matlamat yang sama. Pokoknya pekerja,majikan,kerajaan dan rakyat kena sama-sama optimis untuk merealisasikannya. Bukan sekadar pandai mereka atau mewar-warkan slogan sahaja !!