LONDON: Satu tinjauan baru mendapati cara terbaik mendapatkan perhatian penuh wanita ialah dengan menyampaikan berita yang mengandungi skandal. Satu kajian mendapati lebih dua pertiga golongan itu mengaku menumpukan sepenuh perhatian kepada perbualan cuma apabila ada unsur gosip.
Jumlah sama, iaitu 67 peratus, berpendapat mereka memberi tumpuan teliti apabila cuba memasang telinga mendengar kontroversi yang dibincangkan orang lain berdekatan mereka. Secara perbandingan, cuma separuh lelaki berkata mereka suka mendengar gosip manakala 41 peratus mengaku mendengar dengan sepenuh perhatian kepada perbualan orang lain. Tinjauan ke atas 2,000 responden juga mendapati cuma 21 peratus lelaki menganggap mereka mendengar dengan berhati-hati setiap perkataan, berbanding cuma 19 peratus wanita yang berkata demikian. Lima peratus wanita mengaku cuma mendengar berita panas di sana sini.
Wanita juga lebih berkemungkinan tidak banyak memberi tumpuan apabila mendengar percakapan rakan sekerja, dengan purata wanita cuma memperuntukkan dua pertiga daripada keseluruhan masa mendengar apa yang diperkatakan ketua mereka. Mereka cuma benar-benar mendengar 70 peratus perbualan dengan pasangan masing-masing. Namun apabila berbual dengan rakan baik, wanita memberikan sepenuh perhatian kepada lebih tiga perempat daripada apa yang diperkatakan. Penyelidik juga mendedahkan 84 peratus daripada penduduk Britain berpendapat mereka pendengar yang baik, dengan 20 peratus berkata mereka mendengar setiap patah perkataan manakala 58 peratus merasakan bercakap secara bersemuka adalah bentuk komunikasi terbaik. Penyelidikan dilakukan untuk Siemens Hearing Instruments, yang mendapati 66 peratus wanita mengaku tidak pernah menjalani ujian pendengaran berbanding 55 peratus lelaki dan 46 peratus kedua-dua jantina mengaku kadang-kadang terpaksa memberi tumpuan lebih untuk mendengar yang diperkatakan orang lain.
Pakar audiologi, Wendy Davies, berkata: “Anda tidak perlu menjadi tua untuk kehilangan pendengaran - suasana kelab yang bising dan suara tinggi MP3 boleh merosakkan telinga. Jadi, penting melakukan ujian. “Jika kehilangan pendengaran, jangan panik. Bantuan pendengaran amat berbeza dengan apa yang digunakan golongan tua. Kini, anda boleh mendapatkan model lebih menarik dengan saiz kecil.” - Agensi
p/s : Pendengar yang baik...ehh nak bagitau lelaki kalau bergossip lagi dahysat kan...kan..kan..
6 ulasan:
tgk jugak jenis gosip...tapi lelaki kalo bergosip lagi best dengar...hihihihihi
ehehe! takleh dinafikan.. kalau lelaki bergossip lagi dasat dari wanita.. tapi kan jarang ada lelaki yang suke bergossip... entah apa motif nak bergossip.. tidak menguntungkan mana2 pihak pun.. sekadar berceritakan tentang hal orang lain sama ada baik atau buruk mereka tetap lenjann jugak. tapi kalau bergossip tentangp perihal yang baik tak pe jugak.. :)
kalo lelaki ia tak dipanggil gosip la..
ia dipanggil cetusan idea..
heheheheh
lelaki kalau gosip banyak pasal gosip pertukaran pemain bola jek hehe..
ouh bahaya nih saya dah suka dengar mp3..dah tu ini pertama sekali saya dengar ada ujian pendengaran
hahaa! betul tu zharif.. kalau tak pun buat lawak memasing jer.. menjadikan mangsa sebagai bahan utk gelak ketawa.. :p
sepat, kalu setakat cetusan idea yang boleh membunuh ummat manusia, apa kes? cuba jawab....
Catat Ulasan