Jumaat, 22 Mei 2009

Dan Bila Sepi Singgah

Sepi? Ehh ikan emas kesepian? ,pe hal dah jadi ni? ..tak pernah-pernah layan kes macam ni..

Assalamualikum!! ( cakap gaya Apek)…cak cak.boleh tumpang lalu!

Kalau dah namanya manusia waras tentu punyai pelbagai emosi..senyum bila rasa gembira, muram bila rasa sedih,insan biasakan..sesekali rasa sepi menyapa,nak juga menumpang . Aduhai..kenapa sepi? Sunyi?

Kamus Dewan kata kesepian sama maknanya dengan kesunyian, kesaorangan di mana segala yang berlaku di sekelilinginya ketika itu tidaklah dapat menarik hatinya. Habis tu..apa dan kenapa tiada yang dapat menarik hati?

Adui..pernahkah jumpa orang yang sedang dilanda penyakit ini? Mesti mereka merasa tersiksa jiwa .Sakit yang tak boleh dicubit. Rasa tiada kebahagiaan. Muram menyingkapi kehidupan. Puas mencari dan berusaha memahami mengapa kesepian
ini. Ha mesti mereka akan menyalahkan alam sekeliling, orang lain atau apa-apa sajalah sebagai punca kesepian. Dulu ada kawan, lepas kawin kawan sorang-sorang kawan jauhkan diri. Sebok layan suami dan anak sampai tak sempat bergaul. Bila anak dah besar ,berdua-duaan semula,komunikasi pula semakin menjarak.Layan diri sendiri-sendiri.

Helah bela diri?

Idea Sigmund Freud yang mengistilahkan ,manusia memiliki id, ego, dan superego. Ketiga-tiga elemen kejiwaan ini saling kait mengait. Ia wujud dan memotivasikan tingakah laku dan emosi manusia. Selalu terjadi konfik dalam diri sesaorang. Konflik dalaman ini mengakibatkan penderitaan. Inilah konflik jiwa.Timbullah masalah-masalah kejiwaan dan kebatinan.

Sebenarnya kesepian lebih merupakan suatu symptom.Gejala dari suatu keadaan. Kesedihan. Terasa diri hidup kesaorangan. Tersisih, obsesif-kompulsif.Tentu terasa sakitnya. Boleh mengheret kecemasan dan kedukaan. Depresif dan tertekan…hati-hati nanti penyakit mudah hampir. Ini semua berdasarkan kajian sebab akibat antara rasa kesepian dengan berbagai penyakit terutama Jantung!

Apa-apa pun Islam dah kata proses pembelajaran membentuk emosi dan personality manusia.Kerohanian dan Kejiwaan. Hati,roh,nafsu dan akal yang mempengaruhi pemikiran kita.

Allahhuakbar…semakin banyak yang ku tahu semakin kerdil rasanya diri ini. Inilah kesepian yang sedang ku alami.

5 ulasan:

Unknown berkata...

salam
kesunyian adalah satu masa untuk kita kembali berfikir dan merenung kekuatan diri serta mengembalikan semula kepercayaan kepada Tuhan

PenaKiri berkata...

Sepi itu menginsafkan..
Saya pun sepi tanpa ikan emas jenguk blog saya..:)

ikan emas berkata...

Z,
org kata sepi itu indah..

penakiri,
ikan emas tak pernah lupa jenguk kidal kat maya ni.Knp comment tak nak keluar? in gat tak nak prove o setting problem? dah test lg

Tanpa Nama berkata...

aku suke sunyi2.. seronok sikit nak idup ..., tapi hati mestilah berteman.. takleh sunyi .. kang mati plak .. :)

dalinn berkata...

sunyi dan sepi tu kan bes..tapi kesunyian dan kesepian itu yang memeritkan..hanya yang mengalami tahu akan ertinya..kalo bule xnak la kesepian dan kesunyian menjengukkan diri..sakit!