Jumaat, 9 November 2012

Konon BUMI akan BerGelap..Iyer ke?


Banyak yang dah menulis kononnya bumi akan bergelap pada 23,24 dan 25 Disember 2012. Iyer ke ? IE macam tak percaya saja.

Konon katanya pada 21 Disember atau tarikh tarikh yang dekat -dekat tu, Bumi, matahari dan pusat galaksi kita (Bima Sakti) akan berada pada kedudukan selari.

Konon katanya berhampiran pusat galaksi terdapat 'Dark Dust Clouds" (awam-awam debu gelap 0 yang boleh menghalang kita daripada melihat sebahagian Galaksi kita.

Konon katanya bila berlaku begitu maka akan berlaku penumpuan daya graviti daripada bumi, matahari dan pusat galaksi sehingga boleh mengakibatkan kemusnahan alam semesta...omakk aiiii

Konon katanya bila Bumi, matahari dan pusat galaksi selari maka terdapat awam-awam debu gelap berhampiran pusat galaksi yang maka membuatkan Bumi akan bergelap...omakkk aiii

MAKA Pakar sains dari ANGKASA pun MENYESAHKAN bahawa andaian cerita tersebut adalah TIDAK BENAR sama sekali !!

sebabnya pusat galaksi terlalu jauh dari bumi dan matahari (165 quadrillion batu ) jadi kesan graviti adalah terlalu kechikkkkkk

sebabnya awam-awam debu gelap menghalang penglihatan kita ke arah pusat galaksi bukannya menghalang Matahari daripada dilihat dari bumi.


BEGITULAH KISAH SEBENARNYA!!!

Jumaat, 28 September 2012

Tertunggu Gula-Gula Bajet 2013



Salam rindu sangat sangat sangat...

Petang ni DS Najib akan membentangkan Bajet 2013..ramai yang tertunggu-tunggu. Ada yang tak kisah dan ada juga yg cerdik tapi kata tader faedahnya...ntah la.

Agak-agaknya apa akan jadi kalau pemerintah tak bentang dan sediakan bajet tuk tahun depan ? Mungkin jadi begini kott:-

- gaji penjawat awam@ orang gomen la tentu la berbayooo...hu hu huhuuuu
- cukai @ macam macam jenis cukai tak masuk..udahnya org bukan gomen pun tak dapat nak jolok duit gaji ...bonus apa tah lagii
- duty pun cuti
- pembangunan terbantut ..jalan berlubang, landasan keretapi terjongket, landasan kapalterbang licinnn...kat laut pun byk accident
-pelancung takut nak datang , kita pun tak dapat nak pegi makan angin..
- longkang tersumbat, air tak mengalir , api tak menyala, telepon tak berdering, intenet pun tenat ..

Tak kira apa pun nama bajet ni. ..Bajet Pilihanraya, Bajet Gula-gula ke apa...harap tahun depan gula-gula tu makin manis !!

Sabtu, 28 Julai 2012

SaYa Bangga Jadi Anak MALAYSIA..53 sebab

53 sebab kenapa saya bangga dengan Malaysia ini( EDISI IKAN EMAS )
1. Sebab saya lahir kat sini lah !

2. Mak , ayah, atok .oyang semuanya lahir kat sini…atok kpd oyang tu yg datang dari seberang..kira kepulauan Melayu juga !

3. Lahir-lahir negara dah ada bendera sendiri ! horey horey horey!!!
4. Bendera tuu pulak ada banyak..1 + 14 !..den bangga !

5. Masuk sekolah free..walaupun bayo yuran sikit..tu pun sebab bagi kat PIBG.
6. Macam-macam jenis sekolah ada..pilih aje nak masuk yang mana..sekolah orang putih,sekolah melayu, sekolah cina, sekolah tamil..sekolah arab..

7. Ada banyak universiti .20 gomen punya ..yg IPTS melambak..pilih aje.Kat cyberjaya ada sekolah besar ..banyak org hitam putih kelabu ada belajar kat situ.

8. Paling banyak peksa..masa tadika,UPSR,PMR,SPM,.., …..tu belum masuk ujian bulanan..semester punya.

9. Masa kechik asyik berperang tapi bukan senjata betoi-betoi macam budak Palestine tuu.
10. Dapat keje dengan gomen..orang keje swasta pun lagi lumayan.

11. Keje gomen ada jalan-jalan..walaupun bonus kejap ada kejap tak der..yg penting bahagia.

12. Yang tak dapat kejer gomen banyak kilang kat sini..buat tv ada, buat kereta ada ,buat kapal ada , buat bom pun ada !

13. Paling banyak cuti umum….boleh cuti-cuti Malaysia , keluarga kat Malaysia ni kan penyayang!
14. Negara yang paling banyak raja…termasuk Raja kecil Besar, Raja di Hilir, di Hulu..tapi tak termasuk rajakapoor tau !
15. Ada Aminah, Ah moi dan kumari,Stacy,Masha, Chom Porn,Rebecca tak kisah pun tidur sebantal makan sepinggan.

16. Sekarang ni lagi hebat..dah ada macam-macam kale, termasuk mat hitam legam.

17. Ada nasi..aduhai pegi tempat orang satu hari tak dapek nasik..gilo raso nye.Ada macam-macam jenis ..nasi lemak ,nasi campur, nasi ayam, nasi kerabu, nasi beriani, nasi dagang ???

18. Roti canai , tosei ,capati, puri, vadee, char kuey tiow orang melayu yang buat.

19. Macam-macam ada untuk dimakan..duri, rambut, besi,paku,kayu,batu semua boleh!pokoknya tak kebulurlah duduk di sini!

20. Tu tak termasuk lompat tikam,buah Melaka, tahi itik…badak pun kena sapu jugak .
21. Kalau mengidam ….tak payah nak pegi Thailand,Tokyo, Vietnam ,Jepun,Amerika ,Turki, Syria ..kat sini semua ada.

22. Malas nak masak atau urus rumah sendiri..panggil aje bibiek dari seberang ada, dari Filipina ada..sekarang cadang nak bawak dari Timur Lastee laaa pulak.
23. Kalau nak potong rumput, cat rumah panggil ada mat bangle atau mat nepali..
rehat kejap..kita layan gambar di atas..rumah/kenderaan anda dah dipasang bendera ??

24. Ada highway dari BKH sampai selat teberau..ada cadang ke rentas LCS pulak ?
25. Tak nak naik bas ..naik air asia ke waubesar ke..kojap je dah sampai Lawas ke Langkawi .
26. Ada saga, angsa, kancil berkeliaran di jalanraya.

27. Tiap kilometer mesti ada masjid ,surau..Ada masjid india, cina , keling …pokoknya waktu sembahyang singgah aje lah..tapi ingat, jangan duk nak simbah-simbah dengan cat atau arak !

28. Kalau nak pegi Mekah..tak susah sebab ada Tabung Haji uruskan.
29. Orang Siam atau Buddha ke kalau nak sembahyang boleh juga baring atau duduk sama dengan patung giant kat Tumpat dan di Pasir Mas .

30. Bulan Februari sesape pun nak joint wel wel boleh ke batu caves…tak payah pergi ke Sungai Ganges.

31. Paling banyak hari raya…raya puasa, raya haji, raya cina, raya iban, raya Samy Velu…raya krismas, …

32. Tak pernah lagi tak mandi ke minum ke..sesekali besi tak keluar air..kechoh !kalau macam kat Afganistan tuu ?

33. Tak payah nak ada bekalan baju tebal sampai tutup hidung mata sebab cuaca kat sini tak keje shift.

34. Tak payah susah-susah lari ke tempat lain bila cuaca berubah macam Pak arab tuu..sepanjang tahun cuaca lebih kurang aje..

35. Tak tau pun nak kira skala rither sebab kat sini tak pernah ada gempa bumi.

36. Kalau rasa nak sejuk sikit pergi la ke Cameron ..bukan Cameron di Afrika.

37. Atau kalau nak seronok main-main rooler coster macam kat Disneyland..pegi aje ke Genting ke..tapi ingat ke situ bukan nak melabur duit.

38. Boring duduk kat rumah batu kita tidor kat rumah papan..banyak kan ,yang tak der rumah tu sebab mereka sengaja suka macam tuu..lepak.

39. Nak mandi laut atau skuba?...tak perlu hingga ke Mauritius..kat sini pun banyak..sampai ada pantai yang tak ader air..

40. Kalau nak sangat pegi ke England., New Zealand atau Portugal..tak payah susah-susah sebab tempat tu pun ada kat sini .

41. Tak payah keIndia nak cari sari, sireh..sebab banyak Little India kat Malaysia ni..Klang, Penang, Kl..Seremban pun ada.

42. China Town pun banyak..Petaling Street paling glamer…barang murah-murah.
43. Nak pakai baju pesen apa pun boleh..baju kurung, baju melayu, cheong sam, sari..Cuma ramai pulak yang beli kain tak cukup ela..

44. Sesiapa ada bakat seni..pilih aje lah nak yang macam mana..mak yong, gemelan,inang,samazau, ngajat atau sewang ?
45. Banyak tempat membeli belah..tak kira giant ke atau kedai kechik pun banyak..merata-rata

46. Sogo kat Kuala Lumpur tu orang Negeri Sembilan yang punya..tak caya ?..haa ..orang Kampung Sogo (Sega) Rantau..dekat kampong MBNS.

47. Punya hebatnya orang Malaysia membelibelah..sampai mengaku diri Setan..ish ish IE tidak !!

48. Cuba berdiri kat atas Jejantas Menara Berkembas Petronas tuu..mesti nampak hutan-hutan batu…( Nampak juga belukar papan kan ???).

49. Sesiapa yang tak ada tanah, gomen sedia nak bagi 10 ekar.. ! ada jugak yang jadi jutawan sebab meraka jual tanah yang gomen bagi TAPI ada jugak yang kaya sebab saman balik tuan yang bagi mereka tanah !!!

50 Suka hati kitalah nak masuk parti apa …merah ke biru ke hijau ke ..nak naik roket ke, nak ke bulan ke , mata lebam ke ..atau waraslah sikit kita guna dacing !
51. Sesiapa pun boleh jadi YB kat sini pokoknya pandai cari penyokong.

52. Terima kasih kepada orang dulu-dulu..tanpa semangat mereka , tanpa jerit payah keringat dan darah mereka , tanpa kesepakatan mereka..tanpa perundingan murni antara mereka ..
DI MANAKAH KITA HARI INI ??
53.
BERSYUKURLAH KITA DENGAN KEMERDEKAAN, KEMAJUAN ,KEAMANAN DAN KEMAKMURAN NEGARA KITA…..MERDEKA ! MERDEKA ! MERDEKA


p/s SALAM RAMADAN






 

Rabu, 9 Mei 2012

Bunga Kantan Teluk Intan

Salam hari Rabu,
Bulan lepas ms balik kg, sempat pergi ke Pasar T.intan. Beli barang untuk buat kenduri arwah. Bertahun tak jenguk tempat ni. Ikan, sotong udang segar. Murah. Kalau di T.Intan tempat yg agak selesa, sejuk, macam-macam ada dan harga boleh tahan terutama barangan basah ialah di Pasaraya TF-
Pasar T.Intan - ini lokasi sayur-sayur kampung
nenas utk masak lemak ikan masin.
Nenas memang terkenal di T.I..terutama kat Selabak,
tp tak pernah tgk ladang kat situ..
hah! RM2 utk 6 batang...campur kacang boto utk buat kerabu.
Kalau kat Seremban sebatang RM1.50

Selasa, 8 Mei 2012

Peneroka kena Terima Kasih PM

Salam sejahtera,

hari ini hari gembira bagi beribu 'peneroka' isteri peneroka' anak peneroka' .Hari ni semua mengaku anak peneroka. Semua mengaku bersedara dengan si peneroka. Dari RM100 untuk anak sekolah, RM200 kpd pelajar untuk beli buku , BRIM RM500, bantuan RM1,000 - RM3,000  utk menganti teksi baru, RM3,000 utk waris SC..,RM3,000 kepada pesara KEMAS dan JASA.....@ belum kira yg dalam bentuk fizikal dan manafaat kepada rakyat ..KRIM, Menu1M, Klinik1M, SARA,PRIMA...dll.

BAGI PIHAK PENEROKA, TERIMA KASIH PM !

...BAGI PIHAK PM,...WAHAI PENEROKA DAN KAUM KELUARGA,
 BERTERIMA KASIH LAH KPD PM DAN KERAJAAN !


Isnin, 7 Mei 2012

Amaran seorang anak terhadap Rintihan seorang Ibu..

Salam sejahtera,

Berbahagialah kepada sesiapa yang masih punya ibu dan bapa. Sesekali hati terasa begitu kesal mengapa dulu ketika ibu masih ada tidak ku jaga dia dengan baik. Tidak ku jaga tingkah laku dan tutur kata ketika bersamanya. Mungkin pernah hatinya terguris. Mengapa tidak ku gunakan sepenuh masa untuk menghiburkan hatinya..kenapa tidak ku gunakan semuanya untuk menggembirakan hatinya. Kenapa tidak aku yang menyedaikan makan minumnya...Sekarang terasa begitu rugi dan rindu untuk semua itu.


Begitulah rasanya bila mereka telah tiada. Menonton rintihan seorang ibu di kaca tv tempoh hari benar-benar menimbulkan rasa sayu dan sedih. Yakin , itu bukan lakonan, itu bukan ungkapan dari skrip yang ditulis. Bukan ada tuan pengarah atau penerbit lakon layar. Tak kan seorang ibu sanggup dipergunakan untuk menjatuhkan anak sendiri ?

Kita sering diingatkan dengan hadis Keredhaan Allah bergantung kepada keredaan kedua-dua ibu bapa. Kenapa akibat fahaman politik, akibat kesetiaan kepada ketua yang suka kepada huru hara, akibat taksub dengan pemikiran ala yahudi , akibat ketamakan kuasa dan kekayaan…maka ibu dan keluarga sanggup dibelakangkan.

dari sekecil tapak tangan, diberi pelajaran dah jadi orang berpangkat ..lupa tempat asalnya..lupa susah payah seorang ibu yang melahirkan..yang memberikan lampin untuk menutup tubuhnya dari kesejukan.
Hari ini si anak mengaku sayangkan ibu, mengaku perlunya institusi keluarga tetapi kenapa masih tidak mengaku kesilapan atau kekhilafan..masih angkuh tidak mahu memohon keampunan kerana menghiris hati ibunya. Masih menuding jari menyalahkan orang lain...aduhai..
Lupa bahawa memandang ibu bapa itu adalah suatu ibadah !

Teringat kisah di zaman nabi, Alqamah yang begitu seksa dan sengsara ketika nazak akibat sukarnya sakratul maut mengambil nyawanya yang terikat ..rupanya-rupa itulah balasan yang diterima akibat melebihkan isteri dari ibunya . Itu belum kisah Sitanggang, kisah Malim Kundang malah mungkin secebis cerita Batu Belah batu Bertangkup.

 Elok program tv Tanah Kubur tu buat kisah anak derhaka macam ni..bukan cerita karut tahyul sekadar peringatan kepada kita semua.

p/s : bila kali terakhir anda bercakap dengan ibu anda ??


Khamis, 3 Mei 2012

Bersihkan blog ini dari semak samun


Salam sejahtera

lama sungguh tak membuka laman ini. Sebok membersihkan laman laman lain yang nampaknya begitu kotor dengan sawang-sawang, habuk , semak samun dan serangga liar yang tak boleh diajar. Bagaimana melihat ada kalangan orang tua yg kononnya berilmu dunia dan akhirat tp berfikir dan bertindak macam dirasuk syaitan, yg kononnya pejuang untuk keadilan yg entah apa yg dia nak . Meneropong anak muda yg macam monyet..semakin diberi ilmu semakin kurang ajar. Berjuang tanpa kewarasan akal. Berjuang dengan nafsu macam orang tak beriman. Semalam  mereka meletakkan kaki mereka di badan yg mereka anggap anjing. Mana tau esok mereka memerlukan si anjing ini untuk menghalau hantu-hantu jembalang yg merasuk di kediaman mereka ?

Aku sentiasa berdoa semoga kehidupan aku dan generasi aku masa akan datang sentiasa dilindung , sentiasa mendapat rahmat. Dijauhkan dr segala mala petaka. Semoga anak cucu aku merasai nikmat keamanan dan kemakmuran.


p/s: ..tetiba tgk layout n setting blog ni dah huru hara..kena belajo balik ni.

Khamis, 12 April 2012

Kalau bukan ahli parti boleh juga jadi winnable candidate ke?

Pak Menteri ada mengingatkan kami supaya menjadi seorang yang neutral. Adakah ia bermaksud berkecuali ? Tak juga kot. Tak berparti ? atau tidak partisan ? Mungkin ! Habis tu tak boleh la nak berpolitik ? .Tapi macam mana nak hidup tanpa politik ? Hidup ni kan ke penuh dengan drama politik ?..kat pejabat politik, tengok bola ada politik, nak jadi pengerusi surau pun ada politik, nak masuk tender pun ada politik. Masa belajar kimia dulu pun ada simbol neutral . Bawa kereta ada gear neutral.


Dalam situasi menjelang pilihan raya umum ke 13 kita kena neutral. Tak payah la nak jadi geng kepada mana-mana parti . Tak kira parti mana. Tapi bukan bermakna kita jadi dungu. Bukan bermakna kita tak ambil kisah tentang dunia politik. Neutral bukan bermakna kita tidak berhak menyatakan sokongan dan pendirian kepada mana-mana parti . Neutral bukan bermakna kita setuju dengan strategik anwarism atau taksub dengan mat sabu. Walaupun tak berparti bukan bermakna kita tak tau hak kita sebagai pengundi. Kalaupun kita jadi ahli parti Umno bukan bermakna semua yang pemimpin umno buat tu berkenan di hati kita.

Tidak salah berparti atau menyokong parti politik. Macam-macam cara dan strategik parti nak menarik hati penyokong mereka. Tapi adakah mereka betul-betul mengamalkan konsep berpolitik yang berhemah? Integriti yang tinggi? Tidak tamak kuasa ? mendahulukan rakyat ? Tapi kalau ada yang mengaku berkecuali tu ada pulak sampai tak kisah dunia politik berparti. Di negara ini nak tak hendak kita kena ambil tau dan sesekali kena menyebok juga. Tapi jangan sampai sombong tak bertempat!

Walaupun kita ni non-partisan mana tau kita ni tergolong sebagai winnable candidate ?

































Rabu, 11 April 2012

DAULAT TUANKU! Rakyat dan Raja Berpisah Tiada


Hari ini kita cuti. IE tak pergi pun ke Istana Negara yang tersergam indah di Jalan Duta, Kuala Lumpur tetapi duduk di depan tv aje.


Bangga sungguh jadi warganegara Malaysia ni. Apatah lagi dilahirkan sebagai orang Melayu. Hari ini seorang Raja Melayu, Sultan Kedah ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong KE-14. Peristiwa seperti hanya lima tahun sekali sahaja. Bertambah istimewa kali ini ia dibuat di Istana Negara yang baru dan merupakan kali kedua Sultan Abdul Halim dilantik sebagai Agong..dulu dengan Sultanah Bahiyah ( Almarhum ) dan kali ini bersama Tuanku Hajah Haminah.


Wahai rakyat Malaysia..mari kita menjunjung sistem pemerintahan Raja Berpelembagaan. Raja bukan sekadar simbolik. Ia lambang kedaulatan. Tempat rakyat berpayung. Lambang keutuhan dan kekuatan Negara. Kesetiaan kepada Raja dan Negara merupakan prinsip kedua Rukun Negara yang menjadi pegangan dan amalan kita . Daripada beberapa Negara yang beraja sembilan daripadanya ada di Negaraini. Tetapi sistem beraja di Negara ini unik dan tak sama seperti di Negara lain. Lambang perpaduan dalam sistem Raja Berperlembagaan dan amalan demokrasi. Ia mempunyai kedudukan teristimewa .Ia punya peranan yang tersendiri dan harus dipertahankan. Ini lambang kekuasaan . Orang Melayu kena sedar hal ini. Rakyat kaum lain kena patuh dan setia.


Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!






Selasa, 10 April 2012

LaWak tOkEH MyDin

Dah lama tak mengemas rumah ini. Dok asyik mengemas rumah orang lain sampai rumah sendiri pun terbiar… Akhir-akhir ni ramai orang besar, mem besar dan orang perasan besar datang ke Negeri Sembilan. Orang politik kechik besar , artis yang popular dan suam-suam pun rajin turun. Macam sales! Jualan murah.

Tapi IE nak tulis fasal Tokek besar Mydin datang buat lawak di Seremban. Tapi bukan sebarang lawak. Lawak berisi penuh sindiran dan panduan. IE begitu teruja dengan tokeh ini.

Release sikit kepala yang tengah diasak dengan gangguan emosi. Dato’ ni datang bukan dengan gaya pakar pidato atau pakej pakar motivasi, bukan juga berlagak macam pakar MLM atau pakar nak bagi orang jadi cepat kaya. ..2 jam bersama dato’ ni terasa begitu cepat masa berlalu.

Antara yang menjadi ingatan IE ialah :-


  • Ketepatan masa beliau datang..memula dan menamatkan sesi ‘ceramah’nya.


  • Kisah bagaimana gaya hidup ayahnya dari zaman menjadi anak org kaya..jatuh dan bangun semula bersama keazaman..serta erti nilai sesen ‘duit’. Begitu juga kisah hidupnya pada zaman lalu sebelum menjadi tokeh 93 empayar Mydin.


  • Bagaimana ‘apa yang kita buat masa lalu menentukan hidup kita hari ini ..apa yang kita buat hari ini memberi impak kepada hidup masa depan…’


  • Hargai ibu dan bapa..walau tinggal serumah bukan bermakna kita tak perlu menegur atau bersembang-sembang dengan ibu atau bapa kita..bagaimana ibunya yang buta huruf turut sama menggunakan teknologi media sosial dan bagaimana ibunya yang konon tersalah tekan button skype tetapi tersirat bahawa sebenarnya itu hanya sindiran seorang ibu kepada anak yang sentiasa sibuk….


  • Bagaimana pengaruh seorang isteri..kagum IE! Di dalam dompet dato’ ada gambar isteri muda dan isteri tuanya..sedangkan wanita itu adalah orang yang sama!


  • pengaruh wanita dalam menentukan pasaran dunia !. dari tudung bawal kepada tudung ekin kepada tudung jangan pandang belakang dan sekarang tdung ropol-ropol sebelah. Itu tidak termasuk pasaran bagi accessories pin tudung yang ada panjang pendek,,,lipa lap bling bling..atas bawah, kiri kanan , tertonjol atas bawah bagai..


  • Bagaimana tersusun dan teliti dan kemasnya si jutawan ini..pesan dan petuanya. Jadikan ia suatu habit dan tabiat . Contoh kochek kiri tempat letak telepon, kochek belakang tempat letak buku nota..termasuk bagaimana susunan wang kertas di dalam dompet kita. Mudahkan !!

    ….dan ada banyak lagi tips. tak payah la IE tulis sebagaimana guru BM..



Dato' AmeeR bagitau tie warna merah yang dia pakai ni berharga RM9.90
















Khamis, 8 Mac 2012

Suatu PENGAJARAN Namun aku Tetap SETIA

Semasa PM membentangkan bajet 2012 lalu ramai kalangan penjawat awam senyum lebar.. gaji naik sehingga 13%. Pekeliling dikeluarkan , road show oleh juak-juak JPA segera dibuat, tak kita hari-siang-malam. Wakil mereka di kementerian pun sama. Banyak kekeliruan, terutama bab gaji , bila ditanya skil gaji semua tak dapat jawap. Sain jangan tak sain. Kelam kabut. Yg kat luar negeri pun kena paksa balik. Yang sakit kena jadi sihat. Yang ponteng dah setahun tetiba muncul. Cuepacs yg anggotanya dari kumpulan tengah-bawah juga buat road show. Banyak kekeliruan dan persoalan.Ramai juga yang jadi pak turut sahaja. Nama baik dan imej JPA ,PTD terutama KPPA tercemar.



Terima kasih kepada YAB PM kerana tersedar….yg dah berangan nak gaji beratus ribu sambung kontrak sehingga bertongkat mula goyah…


Sebenarnya dalam tempoh 3-4 bulan banyak perkara yang jadi di sebalik ;


Beribu-ribu aduan, cadangan dan memorandum diterima. 23 persatuan bersatu hati membantah.


Dato’ Omar Osman jadi popular ( orang nogori tuuu)


Pengisian jawatan tergantung..

Ada yang dah berjaya dalam temu duga tapi masih tak dipanggil menjadi penjawat awam, sedangkan ada kalangan mereka dah resign kerja di tempat lama... itu belum yang menganggur kena memanjangkan tempoh pengangguran mereka sebab seolah-olah digantung tak bertali.



Ada yang dah sah dapat jadi Pegawai Kemas, siap dah berkursus tapi balik gaji tak ada…

Ada yg perasan terus juga guna S1-1 S4-4…bagai….ish ish ish

Ada yang meroyan sebab jawatan mereka kena jumud. Pegawai Khidmat pelanggan OKU mata susah hati bagaimana mereka nak jadi kerani bagaimana mereka nak menulis ?


Ada yang dah mula tak buat kerja hakiki mereka sebab dah naik gred atas sikit. Mana ada lagi jawatan buruh ?? tak main la kami dah taraf kerani ???


Yang tak duduk PTK lega tapi apa beza prospek ?


Ada juga kes sesetengah jabatan/agensi yang dengarnya dah bayar gaji di bawah SBPA ???


Wujud gelombang suara-suara penjawat awam yang selama ini terpendam menjadi suatu kuasa sakti'( ingat tak nak sebut kaki tangan kerajaan lagi.....) 1.5 juta woooo

Pagi tadi..sekali lagi YAB PM buat pengumuman yang “adil’. Kira kotakan janji masa umum Bajet dulu. Tu sahaja. Tiada sistem baru. SSM akan ditambah baik sahaja. Setakat ini yang dimaklumkan hanya akan ada kenaikan 13 peratus bagi kumpulan pengurusan, profesional dan pelaksana dari gred 1 hingga 54.9 peratus untuk gred utama kumpulan JUSA C, B dan A.8 peratus untuk turus 3 dan 2 dan 7 peratus untuk turus 1 dan ketua setiausaha. Elaun COLA naik RM50…yang lain tunggu suruhanjaya bersidang…?? Ramai yang terduduk , angan pelaminku musnah !! Tapi jangan bimbang yang dah sain 60 tahun tu masih relevan lagi.

Tak payah tubuh jawatankuasa itu ini. Hanya ada suruhanjaya ( apa beza nya ???).


Penjawat awam merupakan pekerja yang setia dengan kerajaan. Jangan aniaya mereka. Parti pembangkang tolong jangan kelirukan penjawat awam dengan putar belit dan fitnah merapu mereka. Pemimpin parti kerajaan kena prihatin dengan masalah penjawat awam. Jangan memperkudakan mereka untuk kepentingan peribadi, mentang-mentang awak ada kuasa..kepada big boss JPA PTD tak kira di mana tolong bertindak dengan rasional ke hadapan..mungkin kerana perancang ni golongan muda yang hanya tau teori maka hasilnya telah memalukan perkhidmatan ini. Penjawat awam sebenarnya pemacu kemajuan dan kejayaan negara. Cuepacs tak boleh mengaku yang mereka dah berjaya. SBPA tak sempat lahir dah keguguran. Jadikanlah isu ini suatu pengajaran.

p/s : masih tersenyum...sokong Tok Najib, esok kita jumpa Tan Sri Muhyudin















Khamis, 23 Februari 2012

gaya tomoi pun boleh di sini...??


bagaimana ? macam mana nak buat ni?
ish ish ish ..maca-macam pesen


Rabu, 22 Februari 2012

kerinduan memuncak..masih terasa kehilangannya

Assalamualaikum.. ...salam rindu

Huh..lama sungguh tak menulis di sini. Bukan kerana dah benci atau dah lupa. Bukan kerana tiada apa yang nak ditulis…terlalu banyak perkara yang berlaku yang boleh dicatatkan. Yang didengar dan yang dilihat. Kejadian orang lain atau diri sendiri. ..kerinduan pun dah memuncak!
Hari ini di muka depan Utusan terpapar gambar ini.




utusan



Masih terasa trauma dan kesedihan..sampaikan sehingga sekarang yang hilang masih belum berganti. Puas sudah diintai sikameli, si kak dina atau si arbi malah kemarin sempat merisik si koup..semuanya masih tergantung …apa kata IE ni pinang si kuper..senang parking !!!

Ahhh…tunggu dulu laa!!












Ahad, 5 Februari 2012

Jalan-Jalan Cari Syafaat - 41 Kelebihan Berselawat...

Salam Maulidur Rasul.Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhamad SAW dan kaum keluarganya. Catatan tentang kelebihan berselawat ke atas Nabi Muhamad s.a.w di dalam kitab yang ditulis oleh Al-Sheikh Abdul Kadir Jelani.
20 kelebihan..
1. Melaksanakan perintah Allah.
2. Bersamaan dengan selawat Allah kepada Rasulullah saw
3. Bersamaan dengan selawat para malaikat
4. Mendapat ganjaran sepuluh kali selawat daripada Allah atas setiap kali selawat yang diucapkan ( selawat daripada Allah bererti rahmat )
5. Dikurniakan oleh Allah sepuluh darjat atas tia-tiap satu selawat
6. Dituliskan oleh malaikat sepuluh kebaikan atas setiap selawat
7. Dihapuskan oleh Allah sepuluh kejahatan atas setiap selawat
8. Segala doa akan diperkenankan oleh Allah
9. Mendapat syafaat daripada Rasulullah saw
10. Mendapat keampunan Allah serta akan ditutup segala keaiban
11. Allah akan menutupi segala dukacita
12. Dikurniakan maqam hampir kepada Rasulullah saw
13. Mendapat darjat al-Sidq
14. Ditunaikan segala hajat
15. Salam sejahtera pada hari kiamat
16. Allah dan para malaikat akan berselawat ke atas orang yang berselawat
17. Mendapat khabar gembira daripada Allah dengan balasan syurga
18. Sejahtera pada huru hara di hari kiamat
19. Rasulullah saw akan menjawab secara langsung ke atas setiap selawat yang dibacakan
20. Mudah mengingat semula perkara-perkara yang lupa.
.......sambungan : rujuk www.muftins.gov

Sabtu, 28 Januari 2012

SARA- Bank kena Amanah KePrihatinan Kerajaan

Dah kahwin?

Pernah kahwin tapi dah dapat title ibu tunggal atau duda?

Umur 18 hingga 58 tahun sahaja tau.

Pendapatan seisi rumah bawah RM3k?

Tak muflis!

Terhad kepada 100 ribu isi rumah sahaja.

Nepal, indon,mymmar…vtnam, awang hitam atau yang sama spesis mereka tak dilayan.

Jumpa la pegawai Maybank, BSN,CiMB, RHB..mereka boleh tolong…

RM5000 akan dimasukkan ke akaun anda!

PINJAMAN UNTUK PELABURAN. PELABURAN UNTUK SIMPANAN!

SARA : SKIM AMANAH RAKYAT 1MALAYSIA.

Borang dah mula beredar , Isnin boleh hantar ke bank mana yang anda pilih.

( Tokeh bank!…jangan lupa AMANAH tau !!!....untung, untung juga…nampaknya kalangan pegawai bank berkenaan dah mula berebut pelabur ???)


Khamis, 26 Januari 2012

Negeri Sembilan oh Nisbilan..Kerja vs sprm

Eh?
Apa cerita ni ?..hot pulak Nogori semenjak dua menjak ni.
Glamer ..nape pulak orang media ni rajin nak scop kat sini ?
Yang cerita sedap, manis menawan ramah-tamah tak der pulak keluar..

Yang cerita orang tutup muka jadi sensasi
Rezeki ada di mana-mana. Bukan dengan menipu . Kita bijak ada lagi orang yang bijak.
Kita ingat ptd boleh berdesup naik pangkat kita pun nak jugak naik jet …sekali berdebap jatuh ke sprm…haa…sombong , berlagak dan “ jobo” lagi…title datuk tu pun agak diragui…kes baru pulak ke ?

Rupanya dalam bekerja Jangan nak konar-konar. Tak boleh nak adjust-adjust.
Kita ingat nak men'gemas' ,rupanya ada orang lain yang lagi rajin nak mencuci periuk nasi kita. Sekarang ni banyak bonar cctv. Mungkin kita buat untuk kebaikan tetapi silap percaturan. Bukan semua orang suka cara kita.

Kita ingat kita tupai..rupa-rupanya tupai sprm lagi cekap..tak kenal sape.Dh tak guna timbang kati atau metrik lagi..sopppp terus poie court! Kesian..Semoga kebenaran memihak...

Pengajarannya..
kerja lah dengan ikhlas
jangan ada perasaan curiga mencurigai
Jagalah amanah dan tanggungjawab.
Ramah, berhemah dan bersopan la dengan klien
Bos disanjung , anak buah dilayan..
Kerja itu ibadah!


Ya Allah !...berkatilah segala kerja ku ini !!













Jumaat, 13 Januari 2012

Mai Datang ke Nismilan. Ada Pesta..

ACARA-ACARA SEMPENA SAMBUTAN HARI KEPUTERAAN KE 64 DYMM YANG DI-PERTUAN BESAR NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSU 2012

12.1.2012 ( 6.00 petang )
Majlis Bacaan Yasin Tahlil dan Doa Selamat di Masjid Negeri Seremban

13.1.2012 (6.30 petang )
Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil di Masjid Tuanku Munawir, Seri Menanti.

14.1.20212 ( 7.30 pagi )
Perbarisan / Kawalan Kehormatan Utama di Padang Seri Menanti.

14.1.2012 ( 10.00 pagi )
*Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat di Balai Rong Seri, Istana Seri Menanti.

14.1.2012 ( 8.30 pagi )
Pertandingan Melukis dan Mewarna di Perkarangan Muzium DiRaja Seri Menanti.

14.1.2012 ( 9.00 pagi )
Program Merakyatkan Budaya Membaca di Dewan Tunku Ampuan Najihah , Seri Menanti.

15.1.2012 ( 11.00 Pagi )
Karnival Memancing Seri Menanti 2012 di Tasik Londa Naga, Seri Menanti

15.1.2012 ( 2.00ptg )
Pertandingan Gubahan, Memasak dan Pakaian Tradisional 1 Malaysia

15.1.2012 ( 8.00 mlm )
Forum Perdana Ehwal Islam di Padang Seri Menanti

15.1.2012 ( 8.00 mlm )
* Majlis Santapan Negeri di Klana Resort , Seremban

19.1.2012 ( 11.00 pagi )
Majlis Perasmian Kompleks As-Saadah, Seremban

26.1.2012 ( 11.00 pagi )
Majlis Perasmian Wisma Audit Negeri Sembilan, Seremban.


* ada sesape yang berangan nak bergelar dato??...masih embargo!






















Kewajaran penangguhan SBPA


Oleh NORAINI ABD. RAZAK
noraini.razak@utusan.com.my


AKHIRNYA pelaksanaan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) ditangguhkan. Keputusan tersebut tentunya menutup dilema penjawat awam yang hanya mempunyai tiga hari saja lagi untuk mengembalikan borang opsyen.

Sememangnya sejak SBPA diumumkan pelbagai reaksi dan kenyataan dapat dilihat - hangat dan dingin. Di sebalik khabar kenaikan gaji dan penyusunan jawatan, masih ada rasa tidak puas hati di kalangan penjawat awam terutama yang berpangkat rendah.

Perkara itu diakui sendiri oleh CUEPACS yang mengadakan pertemuan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam bagi berunding semula terma-terma dalam SBPA.

Persoalannya, adakah keseluruhan kakitangan awam di negara ini telah diberi penerangan dan penjelasan mengenai skim itu sebelum ia dilaksanakan. Atau sekadar memberi peluang kepada mereka menatap terma-terma sebelum borang dikembalikan?

Khabarnya, ramai penjawat awam masih kabur dan keliru mengenai SBPA. Kumpulan mana yang benar-benar dapat manfaat daripada skim tersebut - gaji rendah, pertengahan atau super skil.

Sumber perkhidmatan awam memberitahu, secara pukal golongan penjawat awam selain peringkat Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) hanya mendapat kenaikan paling tinggi RM320 dan purata memperoleh RM200. Itu mungkin di peringkat penjawat awam kategori gaji pertengahan. Bagaimana pula dengan kenaikan gaji untuk JUSA?

Khabarnya, kenaikan kategori itu paling menimbulkan rasa tidak puas hati sehingga SBPA dilihat agak pincang daripada matlamat asal.

Kenaikan untuk JUSA dan ke atas dikatakan amat lumayan hampir menyamai gaji asas di tahap sedia ada (dilaporkan hampir RM5,500). Adalah diakui penjawat awam di peringkat JUSA mempunyai beban kerja yang agak besar, tetapi bagaimanapun pula dengan kakitangan rendah yang bertungkus lumus memberi perkhidmatan supaya golongan atasan dilihat membuat kerja?

Bukankah kesemua kategori dalam perkhidmatan awam sama penting kerana sumbangan mereka untuk sama-sama membangunkan bidang masing-masing.

Misalnya, jika guru-guru berkhidmat dengan cemerlang maka guru besar atau pengetua bakal mendapat nama yang baik, sekolah juga akan mencatatkan keputusan gemilang. Jadi adakah wajar jika kenaikan gaji guru hanya 1 peratus daripada kenaikan gaji guru besar atau pengetua.

Satu lagi dipersoalkan di dalam SBPA adalah pengenalan Kumpulan Premier. Ada kerunsingan dan kebimbangan selain tanda-tanya yang mesti dijawab atau diperjelaskan bagi mengelak salah sangka.

Sumber perkhidmatan awam membangkitkan persoalan mengapa kerajaan terpaksa berbelanja besar untuk mereka walhal perkhidmatan kerajaan telah beroperasi dengan baik selama ini.

Kenapa perlu ada kumpulan baru sedangkan perkhidmatan awam di negara ini semakin cemerlang dan mampu menambah baik tanpa perlu kumpulan atau jawatan baru sebelum ini.

Apatah lagi apabila orang luar turut dibenarkan mengisi jawatan tersebut biar pun menurut Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Abu Bakar Abdullah calon luar hanya akan dipertimbangkan sekiranya tiada calon dari kalangan penjawat awam yang layak mengisi jawatan tersebut.

''Penjawat awam tetap akan diutamakan untuk mengisi jawatan-jawatan tertinggi dalam kerajaan termasuk Kumpulan Premier,'' katanya baru-baru ini.

Memang diakui seperti mana yang ditegaskan Abu Bakar, setiap dasar atau skim yang diputuskan kerajaan bertujuan mengatasi masalah sedia ada dan juga melihat kemungkinan pada masa akan datang.

Tetapi bagaimana pula jika skim yang diperkenalkan mencetuskan masalah baru selain menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan penjawat awam sehingga dibimbangi kelak akan menjejaskan mutu perkhidmatan.

Khabarnya juga, syarat-syarat perkhidmatan yang lebih rumit terkandung di dalam SBPA. Sepatutnya skim baru lebih memudahkan kakitangan. Merumitkan mengundang masalah dan ia bukan petanda yang baik untuk kakitangan awam termakan dengan mungkin satu atau dua peratus manfaat kecil yang ditawarkan di dalam skim itu.

Rata-rata kakitangan awam mengalu-alukan hasrat murni kerajaan mahu melegakan bebanan mereka tetapi janganlah kerana terdapat kecacatan dalam pelaksanaan SBPA, maka hasrat tersebut tersasar sehingga menimbulkan kekeruhan.

Daripada bilangan 1.4 juta penjawat awam, ramai merasakan cuma segelintir (mungkin kurang 1,000 orang) yang merasa nikmatnya tetapi yang lainnya terpaksa berfikir panjang apakah yang ada untuk mereka.

Maka berilah ruang untuk SPBA dikaji semula. Ambillah masa yang mencukupi untuk melihat semula kepincangan yang mungkin tidak disengajakan. Rundinglah dengan semua pihak yang terlibat, jangan cipta skim untuk kepentingan satu kumpulan sahaja lantaran perkhidmatan awam melibatkan semua

Baca sini