Khamis, 8 Mac 2012

Suatu PENGAJARAN Namun aku Tetap SETIA

Semasa PM membentangkan bajet 2012 lalu ramai kalangan penjawat awam senyum lebar.. gaji naik sehingga 13%. Pekeliling dikeluarkan , road show oleh juak-juak JPA segera dibuat, tak kita hari-siang-malam. Wakil mereka di kementerian pun sama. Banyak kekeliruan, terutama bab gaji , bila ditanya skil gaji semua tak dapat jawap. Sain jangan tak sain. Kelam kabut. Yg kat luar negeri pun kena paksa balik. Yang sakit kena jadi sihat. Yang ponteng dah setahun tetiba muncul. Cuepacs yg anggotanya dari kumpulan tengah-bawah juga buat road show. Banyak kekeliruan dan persoalan.Ramai juga yang jadi pak turut sahaja. Nama baik dan imej JPA ,PTD terutama KPPA tercemar.



Terima kasih kepada YAB PM kerana tersedar….yg dah berangan nak gaji beratus ribu sambung kontrak sehingga bertongkat mula goyah…


Sebenarnya dalam tempoh 3-4 bulan banyak perkara yang jadi di sebalik ;


Beribu-ribu aduan, cadangan dan memorandum diterima. 23 persatuan bersatu hati membantah.


Dato’ Omar Osman jadi popular ( orang nogori tuuu)


Pengisian jawatan tergantung..

Ada yang dah berjaya dalam temu duga tapi masih tak dipanggil menjadi penjawat awam, sedangkan ada kalangan mereka dah resign kerja di tempat lama... itu belum yang menganggur kena memanjangkan tempoh pengangguran mereka sebab seolah-olah digantung tak bertali.



Ada yang dah sah dapat jadi Pegawai Kemas, siap dah berkursus tapi balik gaji tak ada…

Ada yg perasan terus juga guna S1-1 S4-4…bagai….ish ish ish

Ada yang meroyan sebab jawatan mereka kena jumud. Pegawai Khidmat pelanggan OKU mata susah hati bagaimana mereka nak jadi kerani bagaimana mereka nak menulis ?


Ada yang dah mula tak buat kerja hakiki mereka sebab dah naik gred atas sikit. Mana ada lagi jawatan buruh ?? tak main la kami dah taraf kerani ???


Yang tak duduk PTK lega tapi apa beza prospek ?


Ada juga kes sesetengah jabatan/agensi yang dengarnya dah bayar gaji di bawah SBPA ???


Wujud gelombang suara-suara penjawat awam yang selama ini terpendam menjadi suatu kuasa sakti'( ingat tak nak sebut kaki tangan kerajaan lagi.....) 1.5 juta woooo

Pagi tadi..sekali lagi YAB PM buat pengumuman yang “adil’. Kira kotakan janji masa umum Bajet dulu. Tu sahaja. Tiada sistem baru. SSM akan ditambah baik sahaja. Setakat ini yang dimaklumkan hanya akan ada kenaikan 13 peratus bagi kumpulan pengurusan, profesional dan pelaksana dari gred 1 hingga 54.9 peratus untuk gred utama kumpulan JUSA C, B dan A.8 peratus untuk turus 3 dan 2 dan 7 peratus untuk turus 1 dan ketua setiausaha. Elaun COLA naik RM50…yang lain tunggu suruhanjaya bersidang…?? Ramai yang terduduk , angan pelaminku musnah !! Tapi jangan bimbang yang dah sain 60 tahun tu masih relevan lagi.

Tak payah tubuh jawatankuasa itu ini. Hanya ada suruhanjaya ( apa beza nya ???).


Penjawat awam merupakan pekerja yang setia dengan kerajaan. Jangan aniaya mereka. Parti pembangkang tolong jangan kelirukan penjawat awam dengan putar belit dan fitnah merapu mereka. Pemimpin parti kerajaan kena prihatin dengan masalah penjawat awam. Jangan memperkudakan mereka untuk kepentingan peribadi, mentang-mentang awak ada kuasa..kepada big boss JPA PTD tak kira di mana tolong bertindak dengan rasional ke hadapan..mungkin kerana perancang ni golongan muda yang hanya tau teori maka hasilnya telah memalukan perkhidmatan ini. Penjawat awam sebenarnya pemacu kemajuan dan kejayaan negara. Cuepacs tak boleh mengaku yang mereka dah berjaya. SBPA tak sempat lahir dah keguguran. Jadikanlah isu ini suatu pengajaran.

p/s : masih tersenyum...sokong Tok Najib, esok kita jumpa Tan Sri Muhyudin















4 ulasan:

Yunus Badawi berkata...

Ramailah org gomen yg lega.

yang kerja sendiri mcm saya nak juga buat skim saraan yg diperbaiki .... hehehe

al-lavendari berkata...

saya yg dah pencen ini tak fasal2 bukan main gumbira lagi hari ini.
tahniah PM kerana buat keputusan yang berani.

tapi saya merasa kesian kepada mereka yang pelamin angannya musnah ..

kasihibu berkata...

setuju dgn komen pakngah
dan kesian pada pelamin anganku musnha tu kan?

Abang Sayang berkata...

Pemuda UMNO dan Puteri UMNO Pergerakan Bodoh Dan Tolol..Generasi Muda teraniaya dan terancam. Bodohnya Aku Kalau Aku Terus Berjuang Untuk UMNO
1 ~ http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=31913&postdays=0&postorder=asc&start=0
2 ~ http://forum.mykmu.net/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=65445
3 ~ http://mforum.cari.com.my/viewthread.php?tid=639811
4 ~ http://www.utaraonline.net/v4/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=22139#486542
5 ~ http://www.sabahforum.com/forum/sabah-malaysia-international-politics/topic28011.html
6 ~ http://www.selatanonline.net/v1/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=3151
7 ~ http://www.ehoza.com/v4/forum/forumdisplay.php?270-Isu-Semasa-2011&s=63a289413c17d2b7384748ad617318aa


Transformasi Palsu - Generasi Muda Terengganu Generasi Terbodoh Sepanjang Zaman( Sumpah Aku Takkan Undi BN Walaupun Aku Ahli UMNO )
(Bukti kukuh)
1 ~ http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=32381
2 ~ http://www.sabahforum.com/forum/sabah-malaysia-international-politics/topic28065.html
3 ~ http://www.utaraonline.net/v4/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=22146
4 ~ http://www.selatanonline.net/v1/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=3155



Skandal NFC - Bukti Jelas Bahawa Wanita2 UMNO Bukan Ibu2 Yang 'berguna' kepada generasi baru..
1~http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=33143
2~http://forum.mykmu.net/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=65624