Tapi IE nak tulis fasal Tokek besar Mydin datang buat lawak di Seremban. Tapi bukan sebarang lawak. Lawak berisi penuh sindiran dan panduan. IE begitu teruja dengan tokeh ini.
Release sikit kepala yang tengah diasak dengan gangguan emosi. Dato’ ni datang bukan dengan gaya pakar pidato atau pakej pakar motivasi, bukan juga berlagak macam pakar MLM atau pakar nak bagi orang jadi cepat kaya. ..2 jam bersama dato’ ni terasa begitu cepat masa berlalu.
Antara yang menjadi ingatan IE ialah :-
- Ketepatan masa beliau datang..memula dan menamatkan sesi ‘ceramah’nya.
- Kisah bagaimana gaya hidup ayahnya dari zaman menjadi anak org kaya..jatuh dan bangun semula bersama keazaman..serta erti nilai sesen ‘duit’. Begitu juga kisah hidupnya pada zaman lalu sebelum menjadi tokeh 93 empayar Mydin.
- Bagaimana ‘apa yang kita buat masa lalu menentukan hidup kita hari ini ..apa yang kita buat hari ini memberi impak kepada hidup masa depan…’
- Hargai ibu dan bapa..walau tinggal serumah bukan bermakna kita tak perlu menegur atau bersembang-sembang dengan ibu atau bapa kita..bagaimana ibunya yang buta huruf turut sama menggunakan teknologi media sosial dan bagaimana ibunya yang konon tersalah tekan button skype tetapi tersirat bahawa sebenarnya itu hanya sindiran seorang ibu kepada anak yang sentiasa sibuk….
- Bagaimana pengaruh seorang isteri..kagum IE! Di dalam dompet dato’ ada gambar isteri muda dan isteri tuanya..sedangkan wanita itu adalah orang yang sama!
- pengaruh wanita dalam menentukan pasaran dunia !. dari tudung bawal kepada tudung ekin kepada tudung jangan pandang belakang dan sekarang tdung ropol-ropol sebelah. Itu tidak termasuk pasaran bagi accessories pin tudung yang ada panjang pendek,,,lipa lap bling bling..atas bawah, kiri kanan , tertonjol atas bawah bagai..
- Bagaimana tersusun dan teliti dan kemasnya si jutawan ini..pesan dan petuanya. Jadikan ia suatu habit dan tabiat . Contoh kochek kiri tempat letak telepon, kochek belakang tempat letak buku nota..termasuk bagaimana susunan wang kertas di dalam dompet kita. Mudahkan !!
….dan ada banyak lagi tips. tak payah la IE tulis sebagaimana guru BM..
Dato' AmeeR bagitau tie warna merah yang dia pakai ni berharga RM9.90
1 ulasan:
orang yang berjaya memang berdisiplin .. tu sebab saya tak kaya2 kerana kurang disiplin.
tali leher dia lebih mahal dari tali leher saya.
Catat Ulasan