Hari ini kita cuti. IE tak pergi pun ke Istana Negara yang tersergam indah di Jalan Duta, Kuala Lumpur tetapi duduk di depan tv aje.
Bangga sungguh jadi warganegara Malaysia ni. Apatah lagi dilahirkan sebagai orang Melayu. Hari ini seorang Raja Melayu, Sultan Kedah ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong KE-14. Peristiwa seperti hanya lima tahun sekali sahaja. Bertambah istimewa kali ini ia dibuat di Istana Negara yang baru dan merupakan kali kedua Sultan Abdul Halim dilantik sebagai Agong..dulu dengan Sultanah Bahiyah ( Almarhum ) dan kali ini bersama Tuanku Hajah Haminah.
Wahai rakyat Malaysia..mari kita menjunjung sistem pemerintahan Raja Berpelembagaan. Raja bukan sekadar simbolik. Ia lambang kedaulatan. Tempat rakyat berpayung. Lambang keutuhan dan kekuatan Negara. Kesetiaan kepada Raja dan Negara merupakan prinsip kedua Rukun Negara yang menjadi pegangan dan amalan kita . Daripada beberapa Negara yang beraja sembilan daripadanya ada di Negaraini. Tetapi sistem beraja di Negara ini unik dan tak sama seperti di Negara lain. Lambang perpaduan dalam sistem Raja Berperlembagaan dan amalan demokrasi. Ia mempunyai kedudukan teristimewa .Ia punya peranan yang tersendiri dan harus dipertahankan. Ini lambang kekuasaan . Orang Melayu kena sedar hal ini. Rakyat kaum lain kena patuh dan setia.
Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan