Ahad, 9 Mei 2010

PeNaWar KaSih...SiApaLaH KiTa TanPanya...

Lilin yang membakar diri
Yang sudi menerangi
dan juga menemani
Di sebalik kabus wajah yang tersembunyi
Ada titis airmata yang membasahi
Engkau lindungi
Tabah walaupun diuji
Dengan rela hatimu menempuh segalanya
Apa yang engkau lakukan tiada paksaan
Atas rasa kasih sayang dan kejujuran
Itulah lambang jadi pedoman
Engkau seumpama airLembut dan tenang mengalir
Bisa mengalihkan gunung tetap berdiri
Malah engkau melembutkan hati
Yang dilanda duka dengan kata-kata
Andai hatiku retak seribu
Kau cantum kembali tanpa rasa jemu
Bagaimana untuk membalasnya
Memang tak terbalas budimu yang ikhlas
Hanya doa sebagai pengganti
Yang harum mewangi
Di persada hatiDuhai bonda

....dulu lagu ini antara peneman kala memandu sban-kl-sban


Siapalah kita tanpa Ibu...






p/s ; ketika mencatat n3 ni tetiba dapat msg ibu seorang rakan karib kembali ke Rahmatullah !!..
.Al-Fatihah..



18 ulasan:

mamawana berkata...

Salam caiyang...

Siapalah kita tanpa ibu.

Alfatihah utk rakan ibu yg pergi terdahulu...

ikan emas berkata...

salam caiyang jg buat mamawana,


...rakan sy baru o t w nak balik BP

penjejak maya berkata...

salam,

sayangilah ibu selagi hayat kita untuk yang pergi tu doakanlah kesejahteraannya moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di sisi orang mukmin...Alfatihah

Abd Razak berkata...

Salam...

Sungguh murni hati ibu
Menempuh onak berliku
Peritmu tiada siapa yang tahu

Moga Allah mengampuni dosa-dosamu

cemomoi berkata...

kalau diorang dah takde rasa tak berseri bila balik kampung so hargai sementara mereka masih ada dan iringi doa 5 kali sehari untuk mereka

Abu Aiman berkata...

Buat yang masih punya ibu, berbaktilah...

HAPPY MOTHER'S DAY

ikan emas berkata...

penjejak maya,


Al-fatihah sentiasa diukir utk arwah ayah bonda..

ikan emas berkata...

Us Raz,

Ya Allah ampunilah dosa kedua ibubapaku..
tempatkanlah mereka bersama orang-orang yang beriman !!

ikan emas berkata...

momoi,

benar,
bila mereka dah tiada baru terasa kehilangan yang teramat...
baru terasa betapa menyesalnya apa yang telah kita lakukan terhadapnya..

...hanya doa menjadi pengubat rasa rindu ini..

ikan emas berkata...

abuaiman,

walaupun hari-hari adalah hari ibu,

baik jug ada yg mengiktiraf tarikh khusus untuk sambutannya..
sekurang-kurangnya mengingatkan kepada yang dah lupa

sahromnasrudin berkata...

lagu Exist syiok..untukmu ibu

ikan emas berkata...

Shahrom,


....sedihnya.
..si penyanyi pulak buat hal..

Diarihatiku1976 berkata...

ibu adalah tempat saya meminta restu setiap melakukan sesuatu

ikan emas berkata...

dairihati,

eloklah begitu,
tentu berkat setiap tindakan kita mendapat restu dari ibu...

Semua ibu mahukan anak mereka berjaya dan bagia dunia akhirat !

tunbegia berkata...

Innalillah wa-inna ilaihi raji’un – Truly to Allah we belong, and truly to Him shall we return, alfatiha wat ibu rakan tuh,

salamm,

ikan emas berkata...

tun,

Al-fatihah...

moga rohnya dicucuri rahmat.

sayangsayangibu berkata...

kasih ibu bawa ke syurga...
walaupun dah berkeluarga, apa apa pun masih nak cari ibukan
kukuhnya ikatan kasih seorang ibu

ikan emas berkata...

walau setua mana usia kita
walau sehebat manapun diri kita
walau setinggi mana pun kuasa kita
walau segunung harta kita


...pasti disebaliknya terdapat doa seorang ibu