Jumaat, 21 Mei 2010

IBNU Qayyim bagi Nasihat...Renung-renungkan

  • Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah swt.
  • Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali berjinak dengan dengan Allah swt
  • Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok mengenali Allah swt
  • Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang damai kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa denganNya
  • Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali redha dengan suruhan dan laranganNya serta qadha dan qadarNya serta kesenantiasaan sabar sehingga menemuiNya
  • Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali kecintaan kepadaNya dan bermohon kepadaNya.
  • Kesentiasaan berzikir kepadaNya adalah keikhlasan sebenar kepadaNya. . . . . . Andai dunia dan isinya diberikan kepada manusia masih tidak lagi dapat membendunghajat hati sihamba itu.










13 ulasan:

sahromnasrudin berkata...

"laailahailla anta subhanaka inni kuntu minazzalimin" doa Nabi Yunus A.S ketika di dalam perut ikan besar yang menelan beliau..

penjejak maya berkata...

salam,

setiap satu kejadian itu ada hikmahnya dan kita seharusnya redha atas ketentuanNya..

Abd Razak berkata...

Salam..

Pergantungan sepenuhnya hanya kepada Allah.

Tuhan... Kuatkan kami
Lindungi kami dari putus asa

ikan emas berkata...

shahrom,

itu doa harian yg IE amalkan sebelum memulakan tugas harian ...\

Insyaallah !!

ikan emas berkata...

penjejakmaya,


manusia memang tak pernah puas dengan apa yg dimiliki...

seharusya bersyukurlah dan bertawakallah dengan apa yang diterima...

ikan emas berkata...

Razak,

Salam kembali.

hanya Dia tempat kita bermula...
dan kepadaNya juga tempat kita kembali.

Pok Li berkata...

Banyak ayat-ayat Al-Quran yang menceritakan tentang ragam manusia yang apabila mendapat kesulitan, musibah, mala petaka,kemiskinan mereka mengingati Allah tetapi setelah memperolehi kenikmatan mereka lupa kepada-Nya. Firman Allah yang bermaksud: "Dan apabila seseorang manusia ditimpa kesu-sahan, merayulah ia kepada Kami (dalam segala keadaan) samaada ia sedang berbaring, duduk atau berdiri dan manakala Kami hapuskan kesusahan itu daripadanya,ia terus membawa cara lamanya seolah-olah dia tidak pernah memohon daripada kami" (Yunus 10:12)

Ummi Humaira berkata...

assalamualaikum...

hati lah yg menentukan hala tuju kita , ke kanan @ ke kiri ..

semoga hati kita semua sentiasa dekat padaNYA

Abu Aiman berkata...

mudah2an kita sentiasa di bawah payung rahmatNya...

ikan emas berkata...

PokLi,

t.kasih atas peringatan tuu

ikan emas berkata...

Ummi Humaira,


kalau hati tak bersih tuu yang ntah ke mena hala tujunya..

ikan emas berkata...

AbuAiman,

Amin !!!
Insyaallah ...

al-lavendari berkata...

setuju ..

dah ada satu nak dua.
dah beri betis nak peha.
dah dapat leher nakkan kepala.

mana entri baru ?

p/s saya juga baca entri awak yang dulu. t.kasih kerana linkkan ke blog saya. buat2lah selalu. hehe