Dulu memang perasan nak jadi cikgu…konon nak berbakti pada anak bangsa !!! ( wow ! sah semangat giler )…akhirnya angkat bendera putih. Pun gitu pahit,manis ,masin dan payau jadi cikgu tetap dikenang....nak gelak pun ada..bangga pun ada..
I) mengajar di sekolah rendah kat pinggir bandar raya KL….darjah satu…bangga sebab budak dari tak kenal huruf dah tau baca, kira dan menulis..Tapi tak boleh dilupa bila seorang murid ( boleh kata agak terencat akal sikit…) asyik hilang dari kelas…Ni dah bukan setakat MENGAJAR tetapi MENGEJAR ....hehehehe
2) Mengajar budak darjah enam di sekolah Kuala Lumpur juga...hebat woo..maklum nak UPSR..terdapat beza antara kelas A-D ..nampak potensi anak-anak ni…Siap pergi makan minum kat rumah mak bapak dia orang lagi !!! kira CIKGU GLAMER laa…namun aku tak boleh lupa terdapat juga murid yang susah..tengok baju lusuh, kasut koyak…tak sampai hati aku hadiah kat dia sepasang kasut….terasa kerinduan IE kat budak-budak di Segambut ni !!
3) Mengajar form 4…subjek matematik…memang aku suker dan cekap sikit laa..tapi yang tak syoknya kena juga mengajar sejarah !!...adoii meroyan jap..ajar sekolah budah perempuan kat kampung aku.. kelas cerdik pulak tuu…bila hari guru melambak hadiah bawa balik..asyik kena jadi peneman bila pelajar ada aktiviti luar ! siap ada cikgu lelaki tackle !!! dah CIKGU DENGAN ANAK MURID SAMA CUN !!
4) Bergelar TEACHER kat sekolah elit tengah-tengah bandar raya Kuala Lumpur…ooomak aii…speaking abis…belum cikgu sebut ..depa dah tau jawapannya !!..maklum kena ajar anak org profesional..anak korporat, anak dato..anak artis bagai…sempat tumpang glemer jap!!!
5) Last sebelum aku taubat …masuk sekolah Men. Arab pulak !!..bukan jadi ustazah tapi kena ajar Sains…ok jer sebab aku pun score subjek ni..dah ada sorang USTAZ NGORAT….nasib baik...belum apa-apa aku dah dapat offer lain…..rezeki !!
Sila jenguk juga kat CiKgu ..Tolong SaYa!!! kisah benar IE .
Rasulullah saw. bersabda, Apabila seseorang telah meninggal dunia, putuslah pahala amalnya kecuali tiga hal, iaitu: anak yang saleh yang mendo'akannya, sedekah jariyah, dan ilmu yang bermanfaat.
28 ulasan:
Terima kasih............
cIKGU Xiiinam,
banyak dapat hadiah ??
mungkin IE tak perasan...mengajar sekolah mana yer ?
Selamat Hari Guru! walopun sekarang dah jadi ex-teacher...
Abuaiman,
t.kasih..
sebenarnya kerjaya sekrang pun ada elemen mengajar juga..
sekali bergelar cikgu..seumur hidup akan dipanggil cikgu.
tak caya...
kalau tak caya...
cuba jumpa balik dengan bekas anak murid dulu. pasti akan dipanggil cikgu.
Salam..:)
kiranya ni bolehlah kan wish..Selamat Hari Guru ..:):):)
Jangan jadi polis dah lah....:)
Cian abg2 polis...
salam,
siapalah kita tanpa cikgu cikgi..
tksih, wah nama eden ado tu..haha selamat hari guru juga kat cg ikan emas
Selamat Hari Guru, Cikgu! Jadikan suka duka sebagai pendorong kerjaya.
1Z,
lupa lak...
Selamat Hari Guru !!
( walau tak kelas lagi...)
Pn Tini,
ish malu laa...
Tiada ungkapan untuk guru sebaik sajak usman awang..
Sajak Guru Oh Guru - Sasterawan Negara Usman Awang
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum manjadi dewasa
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat
Selamat Hari Guru kepada guru-guruku dan guru-guru di seluruh Malaysia. Jasa dan pengorbananmu sentiasa disanjungi.
Isac,
suker dgn abg polis tp sendiri tak sanggup kot...
...mmg tak layak pun !!!
BML tak cukup
Jejakmaya,
jangan lupa tok guru yg ajar Quran juga !!
...teringat dedulu masa sekolah agama
Iman,
...mesti byk dapat hadiah !!
...tapi ntah laa kan, sebab ank murid lelaki ni
Salam..:)
o0oo dah ada pengalaman rupanya..
Selamat hari guru..:)
P.E.C,
sebenarnya saya dah tulis kenapa sy tak sanggup lagi jadi cikgu...
bila rasa seksanya turun naik tangga,
penatnya menjelajah tiap pelusuk sekolah mencari kelasa..
letih melayan karenah anak murid..guru lain ...kekadang ibu bapa juga
...yg bab mengajar tuu memang menyeronokkan !!
penakiri,
lama saudara tak menjenguk ke sini.
puisi tu cukup berkesan !
Salam hari guru untuk saudara sekeluarga
Us Razak,
pengalaman lah universiti terhebat !
.....memang lahir dalam keluarga cikgu-cikgu..
Pernah jadi cikgu ke. Menarik. Tiba-tiba yang tersirat tu tersurat pulak di Hari Guru ini.
PokLi,
hehehe....sekadar membongkar memori !!
aiiney,
kamu juga guru
selamat buat kamu...
lama tak menyinggah mana2 blog pun
hmmmmm...
masing2 punya jalan cerita dan prob
salam
biru...
sma-sama kasih.
Salam IE,
Banyak pengalaman menarik awak mengajar di banyak sekolah. Kenangan yg tak ternilai harganya.
Nape tak layan ustaz yg ngorat awak tu? hehehe
trime kasih atas wish tue..memang kita pun sebenarnya guru kan..menyumbang sesuatu kepada pembangunan msykt ;-)
YB,
memang layan pun !!
....pun gitu mana nak letak yg sedia menunggu ???
hehehehe...
sahrom,
iyer laa..
tapi sedih lak rasanya..bila cikgu akan dapat insentif kalau cemerlang...abis kiter ni saper nak bagi ??
huhuhu
Saya Yang Menurut Perintah
'BERKHIDMAT UNTUK NEGARA'
Catat Ulasan