Rabu, 29 April 2009

The Pleasure of Working

Sok-sek , sok-sek …apa isu utk gossip hari ini? Seronok sgt ku tengok depa ni..Wei p keje la, ada saja modal yang nak digossipkan… Pe hal ?

Laa aku ni buat-buat lupa pulak..bulan April nie merupakan bulan ’Mengharap’ ada yang 'happy' atau yg kecewa ada yg merajuk ada yang mcm nak bukak baju tunjuk hebat macam 'superman' ..ehh apa kena Kak Yong nie membebel pulak ..

Haa….tu rupanya ,Patut laa…keputusan Anugerah Khidmat Cemerlang (APC) dah keluar , tu sebab ada mencuka .Tapi sebenonya ada juga yg bangga sebab yg diharap menjadi kenyataan.Ada yg kecewa sebab penat bodek bos , sanggup jadi sesumpah ,hipokrit,penuh ,iri hati sampai sanggup fitnah orang semata-mata nak jaga kepentingan diri dan harap bos dapat syorkan diri dia..tapi jangan lupa ada lagi yg lain yang menilai kita . Haa.. dah depa kata nama kena cantas pulak ( pe hal ? …ada kem juga ke ?).Ini la manusia ada saja ide yang nak memburukkan orang tapi dia lupa kot ,Allah Maha mengetahui !!

Ada yang walau tak mengharap nak dapat tapi dia pula yang seronok habis bukan sebab dia tersenarai tapi sebab orang yg dia harap tak dapat memang tak dapat pun !! Punah harapan org tu ,tak ada peluang lagi lepas ni ( nape pulak ? , tahun depan kan ada peluang lagi ? )..Hehehe padan muka ! (ehh ada jugak org macam ni )

Ntah laa..setiap kali keputusan ni dikeluarkan , mesti ada saja yang tak kena..masa orang lain dapat depa dok kata macam-macam , baru keje la ,kaki bodek bos la, bermuka-muka dan macam lagi. Tapi bila ‘time’ depa dapat ,tak pulak depa cakap macam tuu…sonyap pulak ..

Kalau ikut hati , semua bos nak bagi anak buah dia cemerlang dan bagi anugerah tiap tahun , tapi kalau dah keje sambil lewa , cakap lebih dari buat , curi tulang , SKT ,KPI pun tak tercapai macam ne nak bagi APC ? Kdg tuu kita tengok yg konsisten tu org yg sama je , tapi dek kerana kesian dan nak bagi peluang org lain dapat merasa maka bagi jugak la depa yg dok suam-suam ni..itu pun sepsis ni tak faham-faham jugak.

Muhasabah Diri

Sempena nak menyambut Hari Pekerja ni apa kata kita renung-tenung dan muhasabah diri …ikhlaskah aku bekerja ? Telah tertunaikah amanah yang dipertanggungjawabkan?

Kerja bukan sesuatu yang ringan,kerja tiada penghujungnya.Namun jika kita optimistic ,kerja itu menjadi sesuatu yang menyeronokkan.Jadikan kerja itu sebagai suatu cabaran yang memerlukan bukan sahaja daya usaha malah pemikiran dan kreativiti kita.

Salam Untuk Pekerja Wanita

Kajian menunjukkan bahawa pekerja wanita mempunyai kelebihan,mereka lebih rajin,focus, jujur,melaksanakan kerja secara lebih teratur dan yang lebih penting mereka boleh diharapkan !! Statistik menunjukkan ada lebih 1.2 juta tenaga kerja Negara di sector awam,sementara 10.38 juta pekerja pula di sector swasta dan daripada jumlah itu,hampir 32 peratus adalah wanita. Kini perangkaan menunjukkan bahawa wanita Negara ini menyumbang 46.4 peratus daripada guna tenaga dan kajian separuh penggal RMK-9 ,dilaporkan kerajaan berhasrat meningkatkan penyertaan wanita kepada 50 peratus menjelang 2010. Itu tak termasuk kategori wanita yang bekerja sebagai 'suri' ..kira-kira wanita ni jika dalam jemaah kabinet mereka kena pegang semua potfolio,Menteri Kewangan, KDN, KPDHP,Pertahanan,Pelajaran dan tentu jugak jadi Menteri Penerangan ( pot pet pot pet....) Hidup Wanita !!! kita memang hebat !!!

Ingatlah KERJA ITU IBADAH .. ibadah itu pasti akan ada ganjarannya.

Selamat Hari Pekerja kepada semua pekerja .....termasuk yang bekerja sebagai Suri.

‘Work done spontaneously and joyfully is never oppressive”

p/s : Hayati ucapan YAB PM di MAPPA X - Ke arah Modenisasi Perkhidmatan Awam ;

" kewujudan perkhidmatan awam adalah untuk berkhidmat kepada rakyat-kepuasan hati rakyat adalah tanda aras utama kejayaan sektor awam"

8 ulasan:

GERTAK SENGET berkata...

assalamualaikum ikan emas,

respon demo memang baik n kawe setuju sekali. Para pekerja harus nilai berapa banyak masa kerja setiap hari kalu ditolak masa minum, baca akhbar,. Buat keja biarlah telus dan tulus demi negara.

wassalam.

intansuri berkata...

ikan emas,
Terima kasih kerana memahami kehidupan seorang suri.Semoga Allah memberkati kehidupan ikan emas

ZHARIF berkata...

salam
keikhalasan itu penting untuk mencapai kepuasan dalam bekerja dan berkhidmat.
Selamat hari pekerja.
*Belum ada perancangan nak berjumpa dengan bloggers dari kaum hawa.Maybe time cuti sem nanti kalau nak 'dating' saya sedia untuk datang =)

harmdone berkata...

biasalah...kekadang budak-budak, pak budak dan mak budak dok menilai diri sendiri..tu le yang jadi frust tetonggeng..yang penting keja kena ikhlas dan keja sebagai satu ibadah..insyaallah hidup kita tenang dan senang..

ikan emas berkata...

Lupa nak ucap Tahniah kepada yang dapt APC tahun ni. Yg tak dapt bukan bermakna tak cemerlang..anda semuanya HEBAT dan CEMERLANG!!

bekerja sepuas-puasnya bagai nak digali segala khazanah di dunia ini , tetapi ingat juga bahawa ada lagi hari akhirat.

panglima_sepat berkata...

Heehehe....
Kesimpulannya tak guna jadi kaki bodek kalo taknak kerja.. Takkan dapat APC tu..
Takpayah la dapat APC, jadikan benda lain yg kita kejar..
PAHALA>>

scorpio berkata...

salam

wa respek pada yg dpt APC. Yg tk dpt 2 cuba2la bodek bos tu lebih sikit.hehehehe. tapi apa yg penting keje mesti tip top n mantop.

suriakarim berkata...

yg pnting dpt gaji daaa... daaa ckup halal daaa...