Jumaat, 10 April 2009

Pasukan Baru-Wajah Baru-Satu Jiwa Satu Malaysia

Tahniah !!
Pasukan yang mantap dan menyakinkan !! Berani Berubah !! teguran dan harapan rakyat diutamakan !! Inilah yang boleh ditafsirkan melalui nama-nama yang dilantik membarisi kabinet baru DSN dan TSM ..28 Menteri dan 40 Timbalan Menteri di 25 buah kementerian dikehendaki bekerja berorientasikan pencapaian dan program untuk rakyat ,bukannya ghairah nak glamor menonjol diri ,sentiasa kesiapsiagaan untuk menghadapi cabaran ,ber ilthizam utk berbakti utk kecemerlangan dengan intergriti tinggi.

Tahniah kepada yang berjaya mengekal dan baru dilantik. Tahniah jg kepada yang tidak tersenarai..mereka bukan kalah atau gagal tetapi kenangi jasa mereka dahulu.. Aku percaya ramai yang kagum dengan pilihan DSN dan TSM kali ini. ..yang menunjukkan wajah muka Malaysia ,wajah satu Malaysia

Harapan dan Cabaran ;

1) Perdana Menteri ke6 – selaku nahkhoda yang mengemudi bahtera negara dibantu TS Mahyuddin ,sudah pasti cabaran untuk mengisi dan memastikan kedaulatan negara terus terpelihara. Teruskan kehebatan legasi Tun Razak. Pastikan kuasa politik kekal . Keadilan dan perpaduan diutamakan. Berpegang kpd keutuhan intergriti dan kredibiliti yang ideal dan profesionalisme . Tadbir dengan ilmu duniawi dan uhkrawi dan gaulkan ciri-ciri pemipin terdahulu sebagai formula :

Semangat juang laksana T.Abdul Rahman
Prihatin dan penyayang seperti Tun Razak
Jujur dan amanah persis Tun Hussein
Kritis , Idealis tegas macam Dr. Mahathir
Sabar dan lembut umpama Tun Abdullah


Utama-utama kepada Menteri Penerangan – sebagaimana yang diduga KEKWA akan dikecil atau dimansuhkan . Pelantikan Datuk Rais memimpin kementerian Penerangan ,Komunikasi,Kesenian dan Kebudayaan AMAT tepat dan sesuai. Sebelum ini beliau telah pernah menduduki kedua-dua kementerian ini. Semasa di KEKWA beliau telah banyak membawa negara ke luar menerusi seni ,budaya dan warisan.. dan kali ini nampak cantik la bila seni dan budaya boleh dipasarkan melalui promosi dan publisiti dan diurus oleh ’kepala’ yang sama ...

Begitu juga semasa di Kem Penerangan.Beliau antara menteri yang masih meniti di bibir warga Penerangan. Nampaknya ahli JK Kem.Pen. di peringkat negeri akan bertambah laa... dan pasti ia akan menyuntik semangat bekerja kpd warga Kem.

Dan harapan semoga menteri ini bukan sahaja akan memastikan penyaluran dan pengurusan maklumat diurus dengan baik oleh agensi yang berkaitan , ia juga harus memikirkan corak mana laporan dan berita ditangani supaya agensi kerajaan berusaha dan fikir ke hadapan utk menangani isu-isu yang tidak manasabah. Era aliran maklumat yang terlalu terbuka mematangkan rakyat walau seringkali kita dikelirukan. Bagaimana media menggunakan peranan mereka ? Cari kaedah supaya media menjadi sumber maklumat yang sahih dan menyakinkan bukan terlalu propaganda sehingga menimbulkan resah dan meluat . Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia akan lebih relevan selepas ini bilamana isu-isu yang berkaitan di tangani oleh ’badan’ sebenar. Ini lah peranan Kem.Penerangan ? Apa yang boleh dilakukan ? jgn hanya fikir glamor artis sahaja !! Oh ya .. apa nak pgl lps ni ya ?

Memugar perpaduan / mendaulatkan maruah Melayu
- Jawatan Menteri khusus menjaga Perpaduan bukan bermakna harus menjaga kebajikan kaum lain saja...Pastikan bahawa penglibatan dan intergrasi kaum diutamakan..Lonjakkan semangat matlamat RUKUN NEGARA untuk memastikan lahir masyarakat yg demokratik ,adil,liberal ,saintifik dan progresif serta bersatu padu. Jangan ada ekstremis perkauman ! Selamat kpd Presiden Gerakan ...

- Teruskan agenda memartabatkan bangsa Melayu..Kukuhkan kuasa politik Melayu , Jagai dan bajai hak-hak orang Melayu...dan Tahniah pelantikan golongan muda menjaga hal ehwal Agama Islam bersandarkan displin dan semangat Khalid Al Walid ...teruskan misi Datuk Seri Dr Zahid ....pentadbiran yang berpaksikan ketamadunan Islam yang unggul dan progresif!!

Pembangunan Seimbang
Kemana kapsul Wawasan 2020? Era Pak Lah seolah-oleh kita lupa visi ini.. seolah-olah menjarakkan lagi matlamat kita... DSN dan pasukan boleh dicadang supaya dasar ini di rebranding semula supaya cita-cita ini benar-benar menjadi kenyataan ..

Dlm membangunkan negara ini ,pasti tiada diskriminasi luar bandar atau bandar... jangan la asyik-asyik Felda sahaja yg mendapat keutamaan sedangkan rakyat bandar khususnya di pinggir bandar kadangkala dilupakan..Agenda membasmi kemiskinan ..pemulihan ekonomi semuanya memerlukan komitmen pimpinan dan rakyat.

Menjana Kecemerlangan Pendidikan
Betapa pentingnya pendidikan menjadikan barisan DSN mengekalkan 2 kementerian .Isu PPSMI , Akta Bahasa Kebangsaan , usah dilayan cadangan membuka pintu Uitm kpd bukan Melayu..bgaimana matlamat Sekolah Wawasan ? Tugas utk membangunkan modal insan yang berkualiti jangan dikelirukan dengan sistem pendidikan yang bergelombang !! lepas ni bagaimana pula idea YAB TS Muhyuddin danDS Khaleed Nordin ( wah ..dua-dua orang Johor ye ! ).

Memperkasa Belia dan Wanita

10 wanita dalam kabinet kali ini , walau hanya dua menteri penuh dan akan memasuki juga Dewan Negara itu mncerminkan kepercayaan YAB PM terhadap wanita ..bukan bias gender tetapi peranan mereka ..Opps kenapa YB Dato’ ( tahniah ) Noriah Kasnon tuu dah 2 penggal kekal jer sebagai Tim..bila nak naik pangkat ?

Semua ketua sayap kecuali Pemuda diambil dalam saf ini.Wanita ,Puteri dan Pemuda diwakil Naibnya sesuai betul tempatnya sebagai merealisasikan belia dan wanita sebagai aspirasi negara .Usaha adalah perlu untuk memastikan golongan ini menjadi sumber modal insan yang berkualiti,berpengetahuan , berkemahiran dan berkepimpinan glokal.

Dan sekarang ..tanyalah diri , apa pula peranan kita sebagai rakyat dan warga Malaysia ??

2 ulasan:

Pok Li berkata...

Selamat dan selamat. Terengganu pulak bergolak lagi :(

ikan emas berkata...

Pok Li,
Trg bergolak ,apa kata PokLi mai keje kat NS?