Selasa, 14 April 2009

Adat digali,istiadat dihalusi

PANTUN SEMARAK SERI

Bukan lebah sebarang lebah
Lebah hinggap di rumpun buluh
Bukan sembah sebarang sembah
Sembah menyusun jari sepuluh

Rama-rama si kubang jati
Tuan Khatib pulang berkuda
patah tumbuh hilang berganti
Pusaka Permaisuri begitulah jua

Intai mengintai dalam istana
Dato’ Dagang , Seri Amar ,Raja Di-wangsa
Kelibat satu lain tiada
Orang Empat tempat bertanya

Tanah Mengandong luaknya lima
Kerapatan di ujud Dato’ Penghulu
Setelah sah lain tiada
Sebulat muafakat sepakat setuju

Calon disembah,titah dinanti
Pekenan Duli sudahlah pasti
Adat digali istiadat dihalusi
Pelantikan kini telah terbukti

Adat kejadian berpasang-pasang
Satu ia, dua sekata
Tatkala mahkota telah terpasang
Bertambah seri tahta singgahsana

Wajah anggun bertambah seri
Bermahkota bersemayam di singgahsana
Tunku Ampuan Besar bergelar kini
Permaisuri istana menerangi tahta

Penghulu Luak Tanah Mengandong
Tiang Balai teraju ulung
Istiadat menabal harus dilangsung
Taat setia titah dijunjung

Langkah diatur menjunjung Duli
Setiap gerak membawa erti
Ikhlas setia sumpah sejati
Balairong saksi segala bukti

Curik Si Mala Giri senjata sakti
Si Kati Muno hancur dipancung
Pusaka Permaisuri diganti bersaksi
Tunku Ampuan Besar daulat menyanjung

Ampun Tuanku.



Selesai sudah istiadat Pelantikan dan Pertabalan DYMM Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus Tuanku Aishah Rohani binti Al-Marhum Tengku Besar Mahmud.
Istiadat yang diwarisi sejak berzaman lamanya berlangsung dengan tertib dan penuh dengan tradisi di-Raja sebagai melambangkan keunggulan institusi itu sendiri.

Alhamdulillah ..Well done ..Syukur ...Lega..tahniah dan terima kasih ...itu yg dapat kuucapkan setelah selesainya tugasan hari ini...

Menjunjung Kasih kepada Tuanku berdua...

Dalam perjalanan ke istana pagi ini , aku sempat menumpangkan seorang Tok Adat yang kami temui ( sian tgk dia tunggu kwn tak tiba ,pelawa le ....) semasa singgah makan roti canai di Kampung Teraci ( sodap rotinya !!)
Tok ni sempat bercerita yang beliau dan orang kampung amat mengagumi Tuanku Muhriz ,Yang Di-Pertuan Besar NS yang berjiwa rakyat , disenangi ,dan sentiasa bersama rakyat berjemaah Solat Jumaat di masjid-masjid di negeri ini..

Benar !! Baginda berdua dan putera-putera amat mersa , usai majlis santapan baginda sekeluarga meluangkan masa menemui dan bermersa bersama rakyat.... Gambar ? ..ada banyak...esok laa..( nak rehat ..esok out station lagi ,nape le byk sgt mtg ni..)

Banyak tanggungjawab aku kali ini. Tetapi dengan kerjasama orang kuat istana dari Tengku Iman ,Tengku Sham ,Tengku Adek selaku kerabat terdekat ,Dato’ Pengelola Bijaya Diraja dan istimewa Dato’ Ibrahim Yahya yang banyak membantu dalam soal skrip dan adat istiadat. Terima kasih kepada semua crew jabatan yang bertugas dan rakan media yang memberikan kerjasama ...sebenarnya susah jugak nak jaga dia orang ni.. apa-apa pun aku pasti anak buah aku boleh tidur lena malam ni...

p/s; lepas ni ada byk lagi tugasan yg nak dihadapi .... Insyallah..semoga dipermudahkan !!

6 ulasan:

Unknown berkata...

Indah betul pantun2 tersebut..ternyata orang Melayu masih berpegang pada adat dan setia kepada raja. Tapi kebanyakan generasi muda sekarang dah lupa-sampai sanggup ikut menderhaka kepada sultan.
Teruskan bekerja dan jangan lupa untuk menjaga kesihatan =)

Pok Li berkata...

Teringat kojo kek pilah dolu. Kueh koci, gulai umbut. Mang ai sodap eh.

ikan emas berkata...

PokLi,
blk kg ke? mcm minat nak kojo blk kek pilah ?..mai laa...

ikan emas berkata...

z,
di NS selain pantun , sini jg terkenal dgn pepatah pepatih ,gurindam dan teromba..tetapi berapa ramai yg tahu atau memahaminya ?

yanmaneee berkata...

golden goose
christian louboutin
nike air max 95
cheap jordans
jordan shoes
nfl jerseys
balenciaga trainers
nike x off white
balenciaga
nike air max

bananef berkata...

his response replica bags from china this website replica designer bags wholesale see this website good quality replica bags