Isnin, 27 April 2009

Mastan Ghani Gulam Rasul

Ehh apa pulak tajuk entri kali ini?.. kepada sesiapa yang faham tentu aku tau mereka tu semua dah tau apa maksud tajuk ini.
Selepas lebih dua bulan tak menjengah kampung maka aku sempat juga 2 malam di sana. Kali terakhir balik seminggu sebelum tragedi lompatan yang mengakibatkan huru hara dan bertukarnya tampuk pemerintahan di Perak.Tapi biar siapa pun yang jadi ketua ,ketika aku balik orang Teluk Intan dok sebok nak pergi ke Lumut berheboh-heboh kat sana ..alahai..

Pagi Ahad selepas pekena roti canai kat Gerai Ribu-Ribu pergi ke Pasar Minggu Pekan TI , kat sini macam-macam ada dijual ,dari udang galah RM20 sekilo,sayur kampung,buah-buahan ,ubat-ubat.pakaian ..pendek kata macam-macam ada..kan ke T.Intan terkenal dengan buah nenas nya ? ada lagi ke ?

Oppss..yang dalam gambar ni bukan aku tau !





selain berjual barangan banyak juga yang berurusniaga seperti ini..( mana pergi pegawai JKM ,tak pergi siasat ke ?? ) ..


Tapi Pak Chik yang ini kreatif sikit ,bentang kain kecil ,jual tisu dengan iringan gesekan biola ..lagu " Semalam Di Malaysia"..adui shahdu !!





macam-macam ada ..












apa pulak benda ni?


Ini antara benda yang aku beli kat pasar minggu tu..bab benda-banda ganjil ni aku suka..RM1 je ,siap tanya makchik yang jual macam mana nak makannya..katanya benda ni banyak khasiatnya boleh ubat sakit darah tinggi dan macam-macam lagi.. bawak balik pejabat kot-kot ada kawan yang tau ..rupa-rupanya sama macam aku .. alahai 'bunga teratai'

Betoi ke batu ni hidup
yang aku tau sejak aku didukung dulu lagi dema kata macam tuu laa..
tapi sampai sekarang aku tengok beso tu jugak ..ehh sape le yang pandai-pandai buat cerita ni.. ada cerita dongeng ke ? Harap orang Teluk Intan tak le percaye pade benda-benda mengarut nie.

ehh ..betul ke Menara condong Teluk Intan semakin condong?

iye la kot... haha sebab dulu aku kechik lagi jadi kena mendongak bila nak tengok tapi sekarang dah beso panjang tengok dah makin kechik la pulak..condong ? ntah macam tuu jugak !!!

....Sesekali balik kampung melepas kerinduan bukan sahaja menjenguk orang tua tetapi juga melepas rindu kepada semua nostalgia ini.
Jangan lupa bila pergi ke Teluk Intan..mudah nak cari makanan enak.. carilah 'mee rebus' Mastan Ghani ,atau 'goreng ayam' istimewa Ghulam Rasul. Bila melawat Menara Condong mesti singgah pergi makan 'gado-gado' kat gerai di situ.Dan jangan lupa beli sebagai bekalan 'kacang rebusnya"
Dan setiap kali balik kampung aku akan dapat makan semua ini..
p/s Jangan terkejut kalau kat Gerai Ribu-Ribu ,Bt 10 Spg 4..tu anda akan dikenakan sampai RM 4 ribu hanya makan roti dan air kopi...hehe ..sesekali aku akan bantu jadi pelayan kat gerai tu..Singgah lah !!!

13 ulasan:

PenaKiri berkata...

Orang TI rupanya..
Pasaraya dekat2...
Nak membeli senang je..

Dulu pernah teman beli baju raya kat sana..
Pergi naik bas, balik bas dah tak ada..
Naik teksi, aduhai mahainye..

panglima_sepat berkata...

ala sama kg lak..
saya kat batak rabit tu..
menara tu tak condong.. kontraktor dah bg tegak kot..
paling best skali kat sana leh pi ngail udang..
udang galah..GORENG PUN SODAP

ikan kaloi berkata...

Adoi..
sedapnya,meleleh air lior
mee rebus klang pun sedap jg

Unknown berkata...

wah seronok kan dapat balik selepas bergelumang dengan kerja.Take this as a refreshment k =)

Pok Li berkata...

Pernah sampai sekali. Kalau singgah lagi saya cari Mastan dan Rasul tu.

Channon berkata...

Dah lama juga tak ke Telok Ensen(org lama panggil), mungkin generasi baru tak tahu nama lama TI ialah Telok Anson. Ini membuktikan bahawa kesan penjajahan akan dilupakan jika kita mula menerapkan nama dan nilai kita sendiri. Sayangnya trend menggunakan nama omputih untuk bandar baru dan taman perumahan baru semakin meningkat akhir-akhir ini...apakah nama dan nilai melayu tak mampu bawa kemajuan?...

ikan emas berkata...

panglima sepat,
rumah lama di kelilingi pokok-pokok manggis kat batak rabit tu pernah sy duduki bersama'tok'..petang2 p kedai mara ..tapi skrg semuanya tinggal kenangan.

zharif,
itu antara nikmat yang semakin pupus..

Pok Li,
mai laa...

Shahnon,
T.I nama asalnya T. Mak Intan..ada cerita sejarahnya..

Tanpa Nama berkata...

ikan emas,
saya bfast roti canai kat gerai tu
sedap:)

ikan emas berkata...

penakiri,
naik teksi dari mana hendak ke mana?

en_me berkata...

gambo menara condong teww mr alfred molon yg amik kanns.. ehehe, salammms

shough berkata...

official site replica gucci you can try these out replica designer backpacks their website best replica bags online

Tanpa Nama berkata...

important link best replica designer advice YSL Dolabuy find here Dolabuy Loewe

nesesegoa berkata...

e9a15z5r96 w4z34w3f95 k9e75z7s93 m9z85g9a32 i9y26m6c50 s1g51f1b12