Jumaat, 17 April 2009

Stresskah aku...

Sekadar catatan diri..
Beberapa hari ,minggu ni aktiviti aku agak padat sgt..mula terasa letih lesu ..mula terasa pening-pening.. ( ehh ,jangan salah faham ,tak semua perempuan mengamuk bila tiba masa tuu ..aku bukan dlm senarai tu ).Sintom-sintom stress dah mula menular..
Aku cuba listkan perkara perkara yang kebetulan hadir serentak yg dikira ’membebankan’..dari kerja dari rumah ,pejabat ,drive sendirian,terbang..kerja-kerja istana yg mula tersenarai padat ,semak pulak jadual YB Menteri yg cukup kerap balik negeri ...( nampaknya semua bigboss aku dtg dr sini...)..pelan kerja jabatan yg perlu dipantau dan yg sedia menunggu utk diberesi..
..Aaahh ditambah pulak masa ni laa..ada yg mintak jd penasihat ,minta cadangan ,minta syor ,mengadu masalah ,minta tlg jadi orang tengah penyampai hajat . Masa ni la ada pulak yg dtg nak interview utk assigmnt dia org..Susah sebenarnya semua ini tetapi semuanya diterima dalam senyum tak pernah tolak pun ..semasa idea masih ada fikiran masih waras . Tetapi tindakan,idea,cadangan dan syor kita boleh menimbulkan pelbagai persepsi..ada yang suka .tetapi tak kurang yg sentiasa pandang negatif..tambah pulak ada sesumpah kat sini. ..Semoga Allah sentiasa mempermudahkan urusan aku!!

Satu lagi dlm senarai aku.. kesian aku tengok pokok bunga kat rumah tuu..lama dah tak jenguk mereka ..dah macam tuannya jugak !! Aaaa..minggu ni dah masuk kali ke berapa daa aku cancel balik kampung..last dah lebih dua bulan ..abang dah mula talipon..tangguh minggu depan lagi laa pulak ..

Tengahari Jumaat ni tadi ,ingat cdg nak release tension nak ajak tengok Queens of Langkasuka ..calling2 rupa-rupanya masih tak mai Seremban lagi...Alahai Seremban oh Seremban..


ini si Puteh kucing aku yg dah pergi..dulu dia antara pengubat stress .
sedih rindukan dia..

3 ulasan:

harmdone berkata...

aiikk..macam perli je...aku pun ada minta tolong...relaks lah..bawak-bawak bertenang..insyaallah segala dugaan akan terlerai

ikan emas berkata...

Hamdone ,
kita sentiasa ikhlas ...ungkapan biasa sy " tolong menolong amalan mulia "..alamak tgh taip ni pun ada yg cal...

Biar jd lilin menerangi org lain ,ttp jgn lah ada pulak yg nak memadamkan api lilin ini..

T.K atas prihatin ..Lihat entri terapi apa-apa aje !!

waksir berkata...

kucing tu aku dah buat sop..tak akan jumpa cari punya...hehehe