Rabu, 29 April 2009

The Pleasure of Working

Sok-sek , sok-sek …apa isu utk gossip hari ini? Seronok sgt ku tengok depa ni..Wei p keje la, ada saja modal yang nak digossipkan… Pe hal ?

Laa aku ni buat-buat lupa pulak..bulan April nie merupakan bulan ’Mengharap’ ada yang 'happy' atau yg kecewa ada yg merajuk ada yang mcm nak bukak baju tunjuk hebat macam 'superman' ..ehh apa kena Kak Yong nie membebel pulak ..

Haa….tu rupanya ,Patut laa…keputusan Anugerah Khidmat Cemerlang (APC) dah keluar , tu sebab ada mencuka .Tapi sebenonya ada juga yg bangga sebab yg diharap menjadi kenyataan.Ada yg kecewa sebab penat bodek bos , sanggup jadi sesumpah ,hipokrit,penuh ,iri hati sampai sanggup fitnah orang semata-mata nak jaga kepentingan diri dan harap bos dapat syorkan diri dia..tapi jangan lupa ada lagi yg lain yang menilai kita . Haa.. dah depa kata nama kena cantas pulak ( pe hal ? …ada kem juga ke ?).Ini la manusia ada saja ide yang nak memburukkan orang tapi dia lupa kot ,Allah Maha mengetahui !!

Ada yang walau tak mengharap nak dapat tapi dia pula yang seronok habis bukan sebab dia tersenarai tapi sebab orang yg dia harap tak dapat memang tak dapat pun !! Punah harapan org tu ,tak ada peluang lagi lepas ni ( nape pulak ? , tahun depan kan ada peluang lagi ? )..Hehehe padan muka ! (ehh ada jugak org macam ni )

Ntah laa..setiap kali keputusan ni dikeluarkan , mesti ada saja yang tak kena..masa orang lain dapat depa dok kata macam-macam , baru keje la ,kaki bodek bos la, bermuka-muka dan macam lagi. Tapi bila ‘time’ depa dapat ,tak pulak depa cakap macam tuu…sonyap pulak ..

Kalau ikut hati , semua bos nak bagi anak buah dia cemerlang dan bagi anugerah tiap tahun , tapi kalau dah keje sambil lewa , cakap lebih dari buat , curi tulang , SKT ,KPI pun tak tercapai macam ne nak bagi APC ? Kdg tuu kita tengok yg konsisten tu org yg sama je , tapi dek kerana kesian dan nak bagi peluang org lain dapat merasa maka bagi jugak la depa yg dok suam-suam ni..itu pun sepsis ni tak faham-faham jugak.

Muhasabah Diri

Sempena nak menyambut Hari Pekerja ni apa kata kita renung-tenung dan muhasabah diri …ikhlaskah aku bekerja ? Telah tertunaikah amanah yang dipertanggungjawabkan?

Kerja bukan sesuatu yang ringan,kerja tiada penghujungnya.Namun jika kita optimistic ,kerja itu menjadi sesuatu yang menyeronokkan.Jadikan kerja itu sebagai suatu cabaran yang memerlukan bukan sahaja daya usaha malah pemikiran dan kreativiti kita.

Salam Untuk Pekerja Wanita

Kajian menunjukkan bahawa pekerja wanita mempunyai kelebihan,mereka lebih rajin,focus, jujur,melaksanakan kerja secara lebih teratur dan yang lebih penting mereka boleh diharapkan !! Statistik menunjukkan ada lebih 1.2 juta tenaga kerja Negara di sector awam,sementara 10.38 juta pekerja pula di sector swasta dan daripada jumlah itu,hampir 32 peratus adalah wanita. Kini perangkaan menunjukkan bahawa wanita Negara ini menyumbang 46.4 peratus daripada guna tenaga dan kajian separuh penggal RMK-9 ,dilaporkan kerajaan berhasrat meningkatkan penyertaan wanita kepada 50 peratus menjelang 2010. Itu tak termasuk kategori wanita yang bekerja sebagai 'suri' ..kira-kira wanita ni jika dalam jemaah kabinet mereka kena pegang semua potfolio,Menteri Kewangan, KDN, KPDHP,Pertahanan,Pelajaran dan tentu jugak jadi Menteri Penerangan ( pot pet pot pet....) Hidup Wanita !!! kita memang hebat !!!

Ingatlah KERJA ITU IBADAH .. ibadah itu pasti akan ada ganjarannya.

Selamat Hari Pekerja kepada semua pekerja .....termasuk yang bekerja sebagai Suri.

‘Work done spontaneously and joyfully is never oppressive”

p/s : Hayati ucapan YAB PM di MAPPA X - Ke arah Modenisasi Perkhidmatan Awam ;

" kewujudan perkhidmatan awam adalah untuk berkhidmat kepada rakyat-kepuasan hati rakyat adalah tanda aras utama kejayaan sektor awam"

Isnin, 27 April 2009

Mastan Ghani Gulam Rasul

Ehh apa pulak tajuk entri kali ini?.. kepada sesiapa yang faham tentu aku tau mereka tu semua dah tau apa maksud tajuk ini.
Selepas lebih dua bulan tak menjengah kampung maka aku sempat juga 2 malam di sana. Kali terakhir balik seminggu sebelum tragedi lompatan yang mengakibatkan huru hara dan bertukarnya tampuk pemerintahan di Perak.Tapi biar siapa pun yang jadi ketua ,ketika aku balik orang Teluk Intan dok sebok nak pergi ke Lumut berheboh-heboh kat sana ..alahai..

Pagi Ahad selepas pekena roti canai kat Gerai Ribu-Ribu pergi ke Pasar Minggu Pekan TI , kat sini macam-macam ada dijual ,dari udang galah RM20 sekilo,sayur kampung,buah-buahan ,ubat-ubat.pakaian ..pendek kata macam-macam ada..kan ke T.Intan terkenal dengan buah nenas nya ? ada lagi ke ?

Oppss..yang dalam gambar ni bukan aku tau !





selain berjual barangan banyak juga yang berurusniaga seperti ini..( mana pergi pegawai JKM ,tak pergi siasat ke ?? ) ..


Tapi Pak Chik yang ini kreatif sikit ,bentang kain kecil ,jual tisu dengan iringan gesekan biola ..lagu " Semalam Di Malaysia"..adui shahdu !!





macam-macam ada ..












apa pulak benda ni?


Ini antara benda yang aku beli kat pasar minggu tu..bab benda-banda ganjil ni aku suka..RM1 je ,siap tanya makchik yang jual macam mana nak makannya..katanya benda ni banyak khasiatnya boleh ubat sakit darah tinggi dan macam-macam lagi.. bawak balik pejabat kot-kot ada kawan yang tau ..rupa-rupanya sama macam aku .. alahai 'bunga teratai'

Betoi ke batu ni hidup
yang aku tau sejak aku didukung dulu lagi dema kata macam tuu laa..
tapi sampai sekarang aku tengok beso tu jugak ..ehh sape le yang pandai-pandai buat cerita ni.. ada cerita dongeng ke ? Harap orang Teluk Intan tak le percaye pade benda-benda mengarut nie.

ehh ..betul ke Menara condong Teluk Intan semakin condong?

iye la kot... haha sebab dulu aku kechik lagi jadi kena mendongak bila nak tengok tapi sekarang dah beso panjang tengok dah makin kechik la pulak..condong ? ntah macam tuu jugak !!!

....Sesekali balik kampung melepas kerinduan bukan sahaja menjenguk orang tua tetapi juga melepas rindu kepada semua nostalgia ini.
Jangan lupa bila pergi ke Teluk Intan..mudah nak cari makanan enak.. carilah 'mee rebus' Mastan Ghani ,atau 'goreng ayam' istimewa Ghulam Rasul. Bila melawat Menara Condong mesti singgah pergi makan 'gado-gado' kat gerai di situ.Dan jangan lupa beli sebagai bekalan 'kacang rebusnya"
Dan setiap kali balik kampung aku akan dapat makan semua ini..
p/s Jangan terkejut kalau kat Gerai Ribu-Ribu ,Bt 10 Spg 4..tu anda akan dikenakan sampai RM 4 ribu hanya makan roti dan air kopi...hehe ..sesekali aku akan bantu jadi pelayan kat gerai tu..Singgah lah !!!

Jumaat, 24 April 2009

NAK TAU MANA I BELI PERFUME INI?

Soalan di atas merupakan satu ungkapan pertanyaan yang punyai banyak erti yang boleh ditafsirkan kepada sesiapa yang disoal.
Komunikasi adalah proses berkongsi pengalaman yang bertujuan untuk memberitahu,memahami,mengenali,mengetahui apa yang difikir,dirasai dll. Bercakap ,berbual adalah salah satu cara untuk berkomunikasi…( Opss ,seorang staf sy hanya berkomunikasi dgn saya guna sms jer tau .. dah itu cara yang boleh dia lakukan).



  1. Tapi jangan lupa kemahiran bercakap tak semestinya mahir berkomunikasi.. Mari kita tinjau komunikasi atau aktiviti bercakap-cakap bagi wanita ...( gossip ??? ) :-

  2. bercakap suatu nikmat kepuasan..tak dapat bercakap satu hari atau satu minit pun dah cukup pening !
  3. bercakap (mengucapkan) untuk menyatakan rasa cintanya ,kasih sayangnya secara berterusan bagai air yang mengalir....tak dapat nak disimpan-simpan perasaan ini..nak cepat-cepat bagi orang tau apa yang ada dalam fikiran mereka.
  4. mengungkapkan emosi secara ’verbal’ ..nak bagi orang tau dan yakin emosinya tak kiranya emosi suka,duka,gembira,kecewa,merajuk,marah..apa-apa aje laa.
  5. mendedahkan dan menonjolkan diri..pot.pet pot pet....ahh aku lebih hebat dari si minah tu..
  6. Suka bercakap perkara yang sama berulang-ulang..isu yang sama ,,kisah keluarga ,anak , suami,fesyen ,kosmetik,masakan....skandal ??
  7. menunjukkan kuasa dan status ....’jam ni husband i beli masa dia out station kat London...” ...”handbag ni i beli masa shopping kat pavilion..”..tak tanya pun !!
  8. tak kedekut untuk berkongsi pengalaman ....isu rumah tangga,kesihatan wanita,mertua..sampai kadang-kadang hal-hal yang tak sepatutnya nak dicerita jugak!
  9. menyatakan pujian-pujian dengan keikhlasan ...semalam ku puji tudung si Mak Siti..tup-tup tengahari terus dia pergi beli lagi dua helai !!! hebat kan pengaruh pujian ?
  10. menunjukkan prihatin,simpati dan empati..tahap menolong !!
  11. suatu kaedah ’escapism’ ...suatu terapi , daripada simpan dalam hati baik luahkan sahaja walau tak kena tempat dan orangnya.
  12. Memujuk dan merayu...kemahiran bercakap membantu menutup keegooan diri,mengawal tahap kesabaran walau terpaksa sampai ke tahap lupa diri ..
  13. Helah bela diri..biasanya orang-orang yang hipokrit pandai memutar belit ayat,melindungi kelemahan diri..mulut satu ,lidah bercabang-cabang ..awas !! akhirnya ia menjadi suatu fitnah..’ lidah itu lebih tajam daripada pedang’ ..Ingat kemahiran bercakap bukan bermakna anda boleh bercakap apa sahaja ..fitnah itu sama seperti membunuh!!

    Mungkin ada yang tidak sependapat dengan aku..ini sekadar catatan ,sekadar ingat-mengingati ..Yang baik tentu lah kemahiran bercakap digunakan untuk menyampaikan ilmu yang baik. Hargailah dan biarlah anugerah ’bercakap’ yang Allah kurniakan ini sebagai suatu nikmat yang mesti disyukuri dan diguna ke arah kebaikan bukan untuk keburukan.
    Banyak bercakap adalah perbuatan sia-sia, melainkan percakapan itu mendatangkan manfaat dan berpesan-pesan mengenai hal kebaikan antara satu sama lain adalah dituntut. Saidina Ali Abi Talib berkata bahawa Rasulullah bersabda: “Barang siapa banyak cakapnya, sedikit malunya dan sedikit waraknya (mudah membuat yang haram), matilah hatinya. Maka dia akan hidup berbuat barang sekehendak hatinya.”


p/s: Monolog pun antara rahsia luahan..tidak semua perkara boleh dicakapkan kepada orang kedua atau ketiga ......

Isnin, 20 April 2009

Dari Angkasapuri Singgah di Putrajaya ke Bangunan Sultan Abdul Samad



Membina Negara Bangsa

Ruangan Wawancara MM semalam memaparkan wawancara bersama YB Menteri Penerangan ,Komunikasi dan Kebudayaan ,YB Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim..( oleh kerana aku berada di NS maka protocol ni yg kami gunakan )..Kelmarin pun semasa beliau turun ke kawasannya sempena majlis kesyukuran meraikannya beliau turut menyentuh beberapa isu berkenaan di samping beberapa perkara lain yang cukup menarik perhatian . ..walaupun ringkas dan pendek….Dan pada aku sendiri pasti terpegun setiap kali mengikuti ucapan atau ceramah beliau..Ucapan yg dilontar cara mudah ,teratur ,jelas , ‘berisi’ diindahkan lagi dengan bunga-bunga bahasa yang penuh tertib dan beradat..

Tahniah , Tahniah , Tahniah

Syukur
Jadilah rakyat yang bersyukur. Selama hampir setahun menjadi Menteri Luar ,sebanyak 52 buah Negara telah dijejaki ..berbanding Negara lain ,warga Negara ini patut bersyukur dengan kemakmuran , kestabilan,keamanan serta kekukuhan ekonomi Negara di samping kecerdikan pemimpin-pemimpinnya mentadbir Negara. Ini antara intipati harapan beliau selaku MP Jelebu dan orang lama dalam politik Negara.

Jelebu yang sepi
Jelebu antara daerah terluas di NS ..jika dulu kalau sebut nak pergi ke Jelebu amat laa kecutnya dgn jalan berbelit-belit dgn tak kurang 10 selekoh tajam yg boleh mengeluarkan isu perut…laa ni jln nya dah macam highway ( warga Jelebu berterima kasih kpd Ahli Parlimennya ..) daerah indah sejuk dan nyaman..namun hanya ada 43,371 org saja penduduknya dengan sebanyak 38,007 mendaftar sebagai pengundi…Sekarang kerajaan negeri sdg menjalankan kempen menambah penduduk Jelebu ( …macam ne caranya ??? peluang ke ?? ..lelaki-lelaki mesti senyum dgn syor ini …)

Namun ,bersyukurlah kerana kerana lahirnya seorang pemimpin hebat spt Dato’ Rais yg katanya “ kita bukan tak menang dari segi perjuangan tetapi kita kalah dari segi politik wang” Maka sebagai golongan veteran beliau cukup terbuka menasihatkan supaya wakil rakyat baru , pemimpin muda ,baru supaya sentisa bersih , tiada gaduh-gaduh ,rapatkan jurang …( yaa..politik Jelebu jg hangat semasa pemilihan bahagian dulu…)
Walau beliau kalah dlm pemilihan Umno tetapi kepercayaan telah diberikan kpd beliau utk kekal dlm cabinet ,bukan turun pangkat malah beliau di’bebankan’ dgn tanggunjawab menjaga urusan utama Negara yg sebelum ini berada di tiga buah kementerian.
Pada aku beliau hebat ,walau pernah membakar jambatan dan berjuang dalam Semangat tetapi beliaulah seorang Menteri yang berpeluang berada dlm cabinet 5 org Perdana Menteri..Rekod yg baik di Jelebu mencerminkan sokongan rakyat Jelebu…

Penerangan

Penerangan dan penyampaian maklumat perlu diurus dengan sebaik-baiknya. Gunakan semua mekanisme yg boleh ..bukan sekadar komunikasi bersemuka ….media cetak…pembangunan dunia elektronik dan telekomunikasi terlalu cepat….MakChik-pakchik diseru mempelajari sms,internet ,facebook atau blog.Persaingan dan ledakan maklumat yg terlalu cepat menjadi cabaran . Kebebasan bersuara dan melahirkan pendapat dalam era ICT menjadikan rakyat semakin tersasar …Maklumat datang bagai tsunami..gelombangnya terlalu cepat merebak..Tiada yang dapat membendung arus pengaliran maklumat dalam dunia siber ini..Justeru . Bagaimana tanggungjawab kakitangan kementeran atau jabatan ini ? bersediakah menerima cabaran ? Cabaran untuk memberi dan menerima maklumat yang sahih , cabaran untuk memberi penerangan yang cepat .Cabaran untuk menangkis salahsilap maklumat..Cabaran untuk menyakinkan rakyat .Tanggungjawab untuk melahirkan masyarakat yang secara psikologinya bebas, mindanya terbuka , berkelas pertama dan jiwanya besar !!..
Peranan jabatan dan agensi yang berkaitan perlu dimantapkan. ..Sempat YB Menteri berbisik kpd sy ‘Jabatan perlu berubah…. Mantapkan kepakaran ,turun padang …buat aktiviti ……berjuang mengasuh masyarakat Malaysia dalam membina Negara bangsa..”

Insyallah pada 10 Mei 2009 ,SPB Yang Di-Pertuan Agong akan merasmikan Pelancaran Kempen Malaysia Perkasa – Satu Jiwa Satu Malaysia di Kuala Lumpur Convention Centre.

Komunikasi
Akta Komunikasi dan Multimedia, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia serta tanggungjawab yang berkaitan penyiaran jurusannya ,fungsinya serta kuasanya diurus oleh satu badan induk.Benar ,cadangan ini dah lama dibangkitkan..Peruntukan yg ada di bawah kementerian ini dapat memastikan komunikasi dan penyiaran tidak disalahgunakan . Stesen-stesen tv dan radio swasta perlu ada tanggungjawab sebagai penyampai agenda kerajaan bukan sekadar menyajikan program-program hiburan semata.Jgn hanya mementingkan habuan iklan semata , perlu ada perimbangan siaran hiburan ,berita ,rencana dan program-program yg membina Negara bangsa…Untuk itu ,rangka kerja perundangan yang kompresensif perlu digubal dan peluang digital yang merangkumi perkhidmatan,rangkaian,aplikasi dan kandungan perlu diterokai.

Aku orang yg paling senang hati bila beliau mengembalikan semula waktu siaran Berita Nasional ke jam 8 malam malah waktu dipanjangkan semula ...Maaf ,terus terang aku tak pernah ikuti berita RTM sejak ia bertukar waktu siaran…iye la..schedule aku dah macam tuu….Masa berita jam 8 dulu hanya hari-hari tertentu shj aku beralih ke TV swasta ..tu pun sb aku suka sgt kat penyampai berita yg bertugas hari itu..( jgn salah faham suka dgn suara dan gaya penyampaiannya….laa). Memartabatkan bahasa Melayu !!

Cabaran untuk mencapai sasaran 50 peratus kadar penembusan perkhidmatan jalur lebar ke setiap isi rumah menjelang akhir tahun depan. …suatu cabaran bagi kementerian ini memandangkan hanya 21 peratus shj kadar penembusan perkhidmatan ini dicapai pada tahun ini.. Malah di NS ini sendiri byk kawasan-kawasan yg bukan shj lemah tetapi ada kawasan yg langsung tidak diliputi..ini antara syor yg kami dah kemukakan kpd pihak kerajaan negeri …Alahai kat Seri Menanti tu…slow bebeno !!Harap2 limpahan RM11.3 bilion bagi pembangunan Jalur Lebar berkelajuan tinggi (HSBB) bagi tempoh 10 tahun tu dapat jg dinikmati org negeri ini..

Aku yakin banyak lagi isu lain yg perlu beliau hadapi dalam urusan penyiaran ini …( termasuk isu Ketua Pengarah jg ke ?)

Kebudayaan

Tak perlu mencari Kamus Dewan atau definisi dari Pendita Zaaba , yg jelas kebudayaan.merupakan cara hidup…pelbagai corak ,gaya ,adat. Namun berbeza dengan anutan atau amalan keagamaan. Betapa banyak budaya yg hendak diurus , digali ,dimasyhurkan…Seni muzik,tari ,……bla bla…seni lukis, kraf ,makanan,pelbagai adat istiadat …aktifak2…pelbagai warisan …pokoknya terlalu byk ..ia merangkumi kebudayaan kita. Justeru keunikan budaya ini menjadi asset kepada Negara ini.. Ke mana nak dibawa ? …bagaimana peranan budaya ? sekadar hiburan ? Jgn lupa Dasar Kebudayaan Kebangsaan…berapa ramai yg mengetahui atau memahaminya ?

Yang turut berkait dengan kebudayaan ialah sejarah.. benar ,sejarah tidak boleh diubah ,tetapi ia boleh berulang ..jadi ia juga tanggungjawab dan cabaran memastikan perkaitan sejarah dengan kebudayaan ..cara hidup rakyat Negara ini . Bagaimana ?.. Hebohkan , mantapkan jati diri rakyat Negara ini dengan pemahaman terhadap sejarah tanah air ..Kalau rakyatnya tidak kenal sejarah , tak ada jati diri bagaimana mereka nak membudayakan diri mereka sebagai bangsa Malaysia ??

Ayuh mari kita sama-sama membina Negara ,membina bangsa melalui penerangan ,komunikasi dan kebudayaan …

Terapi Apa-Apa Aje


Monday Blues ??...ehh tak laa..pakar psikologi kata inividu macam aku ni dah kurang kena sindrom tu…. Ya..pagi ni dgn penuh semangat nak mulakan misi ….
Sebab ? …dua hari yg diisi dengan terapi yg ntah apa-apa , apa-apa aje..

Hujung minggu yang apa-apa aje...
Minggu ni aku rasa nak relax je..duk rumah , tidur atau apa-apa jer laa..Aku ni jenis pagi-pagi dah lapar giler , buat se mug Nescafe ( minuman wajib …) p padang join senam arobik .pas tu lepas geram main futsal ..ganas juga kalau perempuan dapat bola…pekena meehoon sop ..alaa..terlupa bawak duit pulak , hutang ! nasib gerai kawan.. balik buat operasi pembersihan …uhh ponat den !! baca surat khabar..abang balik dari pasar ,agaknya dah berapa tahun dah aku tak pernah jejak pasar besar seremban yg kontroversi tuu..sambung pulak aktiviti dapor.. masak pulak,..aktiviti yg aku buat 1-2 kali je seminggu …menu penting goreng ayam utk jejaka2 yg ada balik. Ikut aku dah naik muak dgn menu ayam ni..Hari ini abg tlg , dulu2 aku mmg rajin bab masak2 ni tp dah lama sungguh aku kena penyakit malas ni.. tambah pulak cik abang dah expert ,dah dpt gelaran chef pun..kira aku ni dah taraf tok guru laa...Siap !! rehat …

Tidor..nape ye ,kalau hari cuti mahu jer mata ni nak lelap ..hari kerja kdg2 cuba jg lelapkan mata time sebelum zohor tu tp tak boleh pulak !..tapi tak boleh tidor lama , nanti bingung bila jaga..tengok tv cerita filem tamil , tak kisah laa…hentam je ..syok jg sedar-sedar dah jam 5 , gegas siap janji na p Simpang Pertang ..
Adoiii..minyak kereta dah kering …,baru kelmarin cuci tgk ptg ni dah macam kereta kontraktor masuk estet gayanya… ntah ke mana ler dia kena kidnap malam td.
Aktiviti malam di Simpang Pertang , Jelebu , jauhnya 65 km dari Seremban … sampai rumah hampir jam satu… Isyak n lelap !!

Ahad… subuh aktiviti yang sama ..joging ke padang senam , futsal.. fikir2 yg ramai dtg join aktiviti ni kawan2 yg tgl kat rumah yg panjang tu je ,sebenarnya nama depa pun ada yg aku lupa dan tak tau ..pernah cdg pakai name tag je…..mana p jiran2 aku yg duk kat rumah tak berkongsi dinding ni? .sebok kot ..aku pun sama jgk , keje tak tentu masa ,kejap ada kejap hilang , tak de pakai maid plk..tu la bila persatuan penduduk tak buat aktiviti bising bila ada aktiviti tak nak join plk.Aku nak syorkan tubuh persatuan belia kat sini ..kurang2 dapatlah geran peruntukan ( bila bab duit ni ,mesti depa setuju !!)

Sambung lagi aktiviti operasi pembersihan dan pengemasan.. selak buku , tidur …... Ptg minggu ni nak duk rumah je.aktiviti shopping tingkap dan terapi muka dah buat minggu lepas., nk tgk tv tp tak de program menarik ..siapkan assigmnt sambil layan lagu shahdu... Boring ptg tinggal sorang2 , jenguk kejap pokok2 kat luar tu.. tak buat apa pun ,cuma tengok je,jgn nanti depa merajuk plk..nanti la panggil wak Indon tlg .Cadang nak buat kolam ikan , tapi fikir2 takut pulak kesian ikan tu nanti terbiar kelemasan di kolam terbiar !!..,lagi satu mana tau kot Pj kesihatan dtg check tak fasal2 kena sedekah percuma .

Begini laa.. selagi hidup selagi itulah ada ceritanya,tak kira suka atau duka..gembira atau kecewa..Alhamdulillah aku bahagia…

Jumaat, 17 April 2009

Stresskah aku...

Sekadar catatan diri..
Beberapa hari ,minggu ni aktiviti aku agak padat sgt..mula terasa letih lesu ..mula terasa pening-pening.. ( ehh ,jangan salah faham ,tak semua perempuan mengamuk bila tiba masa tuu ..aku bukan dlm senarai tu ).Sintom-sintom stress dah mula menular..
Aku cuba listkan perkara perkara yang kebetulan hadir serentak yg dikira ’membebankan’..dari kerja dari rumah ,pejabat ,drive sendirian,terbang..kerja-kerja istana yg mula tersenarai padat ,semak pulak jadual YB Menteri yg cukup kerap balik negeri ...( nampaknya semua bigboss aku dtg dr sini...)..pelan kerja jabatan yg perlu dipantau dan yg sedia menunggu utk diberesi..
..Aaahh ditambah pulak masa ni laa..ada yg mintak jd penasihat ,minta cadangan ,minta syor ,mengadu masalah ,minta tlg jadi orang tengah penyampai hajat . Masa ni la ada pulak yg dtg nak interview utk assigmnt dia org..Susah sebenarnya semua ini tetapi semuanya diterima dalam senyum tak pernah tolak pun ..semasa idea masih ada fikiran masih waras . Tetapi tindakan,idea,cadangan dan syor kita boleh menimbulkan pelbagai persepsi..ada yang suka .tetapi tak kurang yg sentiasa pandang negatif..tambah pulak ada sesumpah kat sini. ..Semoga Allah sentiasa mempermudahkan urusan aku!!

Satu lagi dlm senarai aku.. kesian aku tengok pokok bunga kat rumah tuu..lama dah tak jenguk mereka ..dah macam tuannya jugak !! Aaaa..minggu ni dah masuk kali ke berapa daa aku cancel balik kampung..last dah lebih dua bulan ..abang dah mula talipon..tangguh minggu depan lagi laa pulak ..

Tengahari Jumaat ni tadi ,ingat cdg nak release tension nak ajak tengok Queens of Langkasuka ..calling2 rupa-rupanya masih tak mai Seremban lagi...Alahai Seremban oh Seremban..


ini si Puteh kucing aku yg dah pergi..dulu dia antara pengubat stress .
sedih rindukan dia..

Menanti di PENANTIan


PENANTIan suatu penyeksaan..
Akhirnya spekulasi yang kencang sejak minggu lalu menjadi kenyataan.
Semalam seorang lagi ADUN PKR meletakkan jawatan. Kononnya mahu menumukan kepada pelajaran dan keluarga . ..dan yang penting mahu membersihkan nama baik dari segala jenis tohmahan terutama selepas disiasat SPRM.

Ini bermakna satu lagi pilihanraya kecil akan diadakan.
Sejak Mac 2008 ,ini PRK yang keenam diadakan…kat Malaysia ni dah terlalu banyak hari raya yg nak dirayakan termasuklah raya nak memilih wakil rakyat ..
Berapa banyak pembaziran berlaku ? bukan sahaja membazir waktu .dalam suasana krisis ekonomi ini berapa banyak pula wang dibazirkan. Dari 5 PRK yang telah diadakan sebanyak hampir RM3 juta telah dibelanjakan. Untuk Parlimen Permatang Paut sebanyak RM409,000 , RM580,000 untuk Parlimen Bkt Gantang… itu yang dibelanjakan oleh SPR ,. PDRM telah membelanjakan sebanyak RM11.5 juta semasa PKR Kuala Terengganu … lain tempat ? itu SPR dan PDRM lain-lain jabatan dan agensi ?? yang nyata dan tersembunyi ? ..banyak anggota SPR ( bukan staf tetap mereka tetapi guna staf jabatan/agensi lain juga..) polis dan lain-laian jabatan berkampung meninggalkan tugas hakiki di tempat masing-masing semata-mata nak melaksanakan tanggungjawab atau ’membantu’ semasa kempen PRK berkenaan. ..ada yang dihantar sebelum tempoh berkempen lagi. Ini belum melibatkan bajet calon ( yg dilaporkan tuu…hanya sedikit ..berbanding perbelanjaan sebenar sb terikat dengan peraturan SPR !!!)..duit parti tak kita parti kerajaan atau lawan..duit taukeh balak ..atau duit yang mengidam nak jadi wakil rakyat !!


Masuk PRK ke 6? Rekod ke? ..apa sebenarnya yang berlaku ..ironinya daripada PRK yang diadakan tersebut 3 adalah disebabkan perletakkan jawatan oleh ADUN dari PKR ?? kenapa ?/ apa sebenarnya agenda PKR ni ? apa sebenarnya yang berlaku sebelum ini ? .. Jelas semasa pemilihan calon semasa PRU ke 12 lalu mereka dok tangkap muat aje ,sampai budak tangkap video pun leh jd YB.. Nampaknya strategi DSAI yang diwarisi dari Dr.M dgn menanda tangani borang kosong tidak berapa menjadi.. mereka tak lompat tapi letak jawatan pulak !! .. atau apakah PKR guna strategi bermain dengan pilihanraya ? nak menguji kehebatan ? nak menguji populariti ? dan nampaknya yang pasti menjelang pilihanraya umum ke 13 mereka cuba nak adakan seberapa banyak pilihanraya kecil ..macam nak uji kecenderongan pengundi , macam nak ’goda’ psikologi pengundi khususnya pemimpin BN ( UMNO ? ). Siapa pulak yang kena selepas ini ?

Mereka sengaja nak menutup ’kecurangan’ mereka sendiri .. ini mekanisme helah bela diri yg mereka lakukan ..tetapi cuba lihat 3 kawasan yang ’dipilih’ ini..ini kawasan yang sebenarnya dirasai mereka boleh menang ..mereka sengaja nak mengganggu atau memalingkan fokus PM atau pemimpin BN dari mentadbir negara ke arah ini.Mereka seolah-olah tak gusar sebaliknya PRU ini mampu menyekat perhatian rakyat terhadap kepimpinan baru PM .. Mereka sengaja berharap cara ini dpt mencetuskan gelombang kerana ini mungkin corak brutal yang disukai oleh golongan muda. Mereka nampak yakin dengan permainan ini tetapi mampukah mereka ? Nampaknya BN kena bukak balik buku post mortem mereka...Ingat Penanti dalam kawasan Permatang Pauh..

p/s : Masih ada yang tak memahami kepentingan mendaftar sebagai pemilih ..tak guna bising melalak syor cdg ini tapi tiada nama dlm list mengundi. SPR kena giat laksanakan kempen pendaftaran ,jangan hanya dok buka dan duduk je kat meja kecil tuu... kita sentiasa membantu !!

Selasa, 14 April 2009

Adat digali,istiadat dihalusi

PANTUN SEMARAK SERI

Bukan lebah sebarang lebah
Lebah hinggap di rumpun buluh
Bukan sembah sebarang sembah
Sembah menyusun jari sepuluh

Rama-rama si kubang jati
Tuan Khatib pulang berkuda
patah tumbuh hilang berganti
Pusaka Permaisuri begitulah jua

Intai mengintai dalam istana
Dato’ Dagang , Seri Amar ,Raja Di-wangsa
Kelibat satu lain tiada
Orang Empat tempat bertanya

Tanah Mengandong luaknya lima
Kerapatan di ujud Dato’ Penghulu
Setelah sah lain tiada
Sebulat muafakat sepakat setuju

Calon disembah,titah dinanti
Pekenan Duli sudahlah pasti
Adat digali istiadat dihalusi
Pelantikan kini telah terbukti

Adat kejadian berpasang-pasang
Satu ia, dua sekata
Tatkala mahkota telah terpasang
Bertambah seri tahta singgahsana

Wajah anggun bertambah seri
Bermahkota bersemayam di singgahsana
Tunku Ampuan Besar bergelar kini
Permaisuri istana menerangi tahta

Penghulu Luak Tanah Mengandong
Tiang Balai teraju ulung
Istiadat menabal harus dilangsung
Taat setia titah dijunjung

Langkah diatur menjunjung Duli
Setiap gerak membawa erti
Ikhlas setia sumpah sejati
Balairong saksi segala bukti

Curik Si Mala Giri senjata sakti
Si Kati Muno hancur dipancung
Pusaka Permaisuri diganti bersaksi
Tunku Ampuan Besar daulat menyanjung

Ampun Tuanku.



Selesai sudah istiadat Pelantikan dan Pertabalan DYMM Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus Tuanku Aishah Rohani binti Al-Marhum Tengku Besar Mahmud.
Istiadat yang diwarisi sejak berzaman lamanya berlangsung dengan tertib dan penuh dengan tradisi di-Raja sebagai melambangkan keunggulan institusi itu sendiri.

Alhamdulillah ..Well done ..Syukur ...Lega..tahniah dan terima kasih ...itu yg dapat kuucapkan setelah selesainya tugasan hari ini...

Menjunjung Kasih kepada Tuanku berdua...

Dalam perjalanan ke istana pagi ini , aku sempat menumpangkan seorang Tok Adat yang kami temui ( sian tgk dia tunggu kwn tak tiba ,pelawa le ....) semasa singgah makan roti canai di Kampung Teraci ( sodap rotinya !!)
Tok ni sempat bercerita yang beliau dan orang kampung amat mengagumi Tuanku Muhriz ,Yang Di-Pertuan Besar NS yang berjiwa rakyat , disenangi ,dan sentiasa bersama rakyat berjemaah Solat Jumaat di masjid-masjid di negeri ini..

Benar !! Baginda berdua dan putera-putera amat mersa , usai majlis santapan baginda sekeluarga meluangkan masa menemui dan bermersa bersama rakyat.... Gambar ? ..ada banyak...esok laa..( nak rehat ..esok out station lagi ,nape le byk sgt mtg ni..)

Banyak tanggungjawab aku kali ini. Tetapi dengan kerjasama orang kuat istana dari Tengku Iman ,Tengku Sham ,Tengku Adek selaku kerabat terdekat ,Dato’ Pengelola Bijaya Diraja dan istimewa Dato’ Ibrahim Yahya yang banyak membantu dalam soal skrip dan adat istiadat. Terima kasih kepada semua crew jabatan yang bertugas dan rakan media yang memberikan kerjasama ...sebenarnya susah jugak nak jaga dia orang ni.. apa-apa pun aku pasti anak buah aku boleh tidur lena malam ni...

p/s; lepas ni ada byk lagi tugasan yg nak dihadapi .... Insyallah..semoga dipermudahkan !!

Jumaat, 10 April 2009

Pasukan Baru-Wajah Baru-Satu Jiwa Satu Malaysia

Tahniah !!
Pasukan yang mantap dan menyakinkan !! Berani Berubah !! teguran dan harapan rakyat diutamakan !! Inilah yang boleh ditafsirkan melalui nama-nama yang dilantik membarisi kabinet baru DSN dan TSM ..28 Menteri dan 40 Timbalan Menteri di 25 buah kementerian dikehendaki bekerja berorientasikan pencapaian dan program untuk rakyat ,bukannya ghairah nak glamor menonjol diri ,sentiasa kesiapsiagaan untuk menghadapi cabaran ,ber ilthizam utk berbakti utk kecemerlangan dengan intergriti tinggi.

Tahniah kepada yang berjaya mengekal dan baru dilantik. Tahniah jg kepada yang tidak tersenarai..mereka bukan kalah atau gagal tetapi kenangi jasa mereka dahulu.. Aku percaya ramai yang kagum dengan pilihan DSN dan TSM kali ini. ..yang menunjukkan wajah muka Malaysia ,wajah satu Malaysia

Harapan dan Cabaran ;

1) Perdana Menteri ke6 – selaku nahkhoda yang mengemudi bahtera negara dibantu TS Mahyuddin ,sudah pasti cabaran untuk mengisi dan memastikan kedaulatan negara terus terpelihara. Teruskan kehebatan legasi Tun Razak. Pastikan kuasa politik kekal . Keadilan dan perpaduan diutamakan. Berpegang kpd keutuhan intergriti dan kredibiliti yang ideal dan profesionalisme . Tadbir dengan ilmu duniawi dan uhkrawi dan gaulkan ciri-ciri pemipin terdahulu sebagai formula :

Semangat juang laksana T.Abdul Rahman
Prihatin dan penyayang seperti Tun Razak
Jujur dan amanah persis Tun Hussein
Kritis , Idealis tegas macam Dr. Mahathir
Sabar dan lembut umpama Tun Abdullah


Utama-utama kepada Menteri Penerangan – sebagaimana yang diduga KEKWA akan dikecil atau dimansuhkan . Pelantikan Datuk Rais memimpin kementerian Penerangan ,Komunikasi,Kesenian dan Kebudayaan AMAT tepat dan sesuai. Sebelum ini beliau telah pernah menduduki kedua-dua kementerian ini. Semasa di KEKWA beliau telah banyak membawa negara ke luar menerusi seni ,budaya dan warisan.. dan kali ini nampak cantik la bila seni dan budaya boleh dipasarkan melalui promosi dan publisiti dan diurus oleh ’kepala’ yang sama ...

Begitu juga semasa di Kem Penerangan.Beliau antara menteri yang masih meniti di bibir warga Penerangan. Nampaknya ahli JK Kem.Pen. di peringkat negeri akan bertambah laa... dan pasti ia akan menyuntik semangat bekerja kpd warga Kem.

Dan harapan semoga menteri ini bukan sahaja akan memastikan penyaluran dan pengurusan maklumat diurus dengan baik oleh agensi yang berkaitan , ia juga harus memikirkan corak mana laporan dan berita ditangani supaya agensi kerajaan berusaha dan fikir ke hadapan utk menangani isu-isu yang tidak manasabah. Era aliran maklumat yang terlalu terbuka mematangkan rakyat walau seringkali kita dikelirukan. Bagaimana media menggunakan peranan mereka ? Cari kaedah supaya media menjadi sumber maklumat yang sahih dan menyakinkan bukan terlalu propaganda sehingga menimbulkan resah dan meluat . Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia akan lebih relevan selepas ini bilamana isu-isu yang berkaitan di tangani oleh ’badan’ sebenar. Ini lah peranan Kem.Penerangan ? Apa yang boleh dilakukan ? jgn hanya fikir glamor artis sahaja !! Oh ya .. apa nak pgl lps ni ya ?

Memugar perpaduan / mendaulatkan maruah Melayu
- Jawatan Menteri khusus menjaga Perpaduan bukan bermakna harus menjaga kebajikan kaum lain saja...Pastikan bahawa penglibatan dan intergrasi kaum diutamakan..Lonjakkan semangat matlamat RUKUN NEGARA untuk memastikan lahir masyarakat yg demokratik ,adil,liberal ,saintifik dan progresif serta bersatu padu. Jangan ada ekstremis perkauman ! Selamat kpd Presiden Gerakan ...

- Teruskan agenda memartabatkan bangsa Melayu..Kukuhkan kuasa politik Melayu , Jagai dan bajai hak-hak orang Melayu...dan Tahniah pelantikan golongan muda menjaga hal ehwal Agama Islam bersandarkan displin dan semangat Khalid Al Walid ...teruskan misi Datuk Seri Dr Zahid ....pentadbiran yang berpaksikan ketamadunan Islam yang unggul dan progresif!!

Pembangunan Seimbang
Kemana kapsul Wawasan 2020? Era Pak Lah seolah-oleh kita lupa visi ini.. seolah-olah menjarakkan lagi matlamat kita... DSN dan pasukan boleh dicadang supaya dasar ini di rebranding semula supaya cita-cita ini benar-benar menjadi kenyataan ..

Dlm membangunkan negara ini ,pasti tiada diskriminasi luar bandar atau bandar... jangan la asyik-asyik Felda sahaja yg mendapat keutamaan sedangkan rakyat bandar khususnya di pinggir bandar kadangkala dilupakan..Agenda membasmi kemiskinan ..pemulihan ekonomi semuanya memerlukan komitmen pimpinan dan rakyat.

Menjana Kecemerlangan Pendidikan
Betapa pentingnya pendidikan menjadikan barisan DSN mengekalkan 2 kementerian .Isu PPSMI , Akta Bahasa Kebangsaan , usah dilayan cadangan membuka pintu Uitm kpd bukan Melayu..bgaimana matlamat Sekolah Wawasan ? Tugas utk membangunkan modal insan yang berkualiti jangan dikelirukan dengan sistem pendidikan yang bergelombang !! lepas ni bagaimana pula idea YAB TS Muhyuddin danDS Khaleed Nordin ( wah ..dua-dua orang Johor ye ! ).

Memperkasa Belia dan Wanita

10 wanita dalam kabinet kali ini , walau hanya dua menteri penuh dan akan memasuki juga Dewan Negara itu mncerminkan kepercayaan YAB PM terhadap wanita ..bukan bias gender tetapi peranan mereka ..Opps kenapa YB Dato’ ( tahniah ) Noriah Kasnon tuu dah 2 penggal kekal jer sebagai Tim..bila nak naik pangkat ?

Semua ketua sayap kecuali Pemuda diambil dalam saf ini.Wanita ,Puteri dan Pemuda diwakil Naibnya sesuai betul tempatnya sebagai merealisasikan belia dan wanita sebagai aspirasi negara .Usaha adalah perlu untuk memastikan golongan ini menjadi sumber modal insan yang berkualiti,berpengetahuan , berkemahiran dan berkepimpinan glokal.

Dan sekarang ..tanyalah diri , apa pula peranan kita sebagai rakyat dan warga Malaysia ??

Khamis, 9 April 2009

Menjelang 3pm



Menjelang 3 ptg ni..rasanya tak terlewat utk aku jadi tok nujum , 2-3 hari ni aku hanya sempat selak je surat khabar ,tu pun satu jenis je.. Nak juga rasanya aku buat ramalan bagaimana saf cabinet baru DS Najib .

Mungkin ada yang dah siap kosongkan pejabat , mungkin ada yang dah minta pemandu tinjau-tinjau mana pejabat kementerian … , mungkin ada yang dah penuh ‘siling’ dengan angan-angan. Semuanya macam dah boleh diteropong ekoran keputusan yang agak mengejut semasa pemilihan UMNO , MCA , MIC malah keputusan PRU 12 lalu,

Patutnya semalam dah umum , tapi ntah la apa hal pulak yang tak betul , kot-kot ada yang tak puas hati sebab nama tak masuk atau ada unsure-unsur lain kot… suspend , surprise dan ada yang terlebih excited ..bukan tuan punya badan yang nak dilantik tetapi orang kanan,orang kiri yang berangan nak tumpang dapat laba tempias dari saf baru ini.

Ahh tak kisah la ,depa macam mana ,banyak juga yang aku setuju dengan ramalan dan syor walau mungkin tak kena !!!! haahaaa ,mai kita teka siapa yang menang !!

i)Kecilkan jumlah kementerian yang sedia ada ( ada yang risau ni sebab mana mereka nak pergi ..kes orang kanan ,orang kiri la , kan banyak jawatan Pegawai Khas yang dijumud bila kementerian dikecilkan…)


ii) Wujud semula jawatan Setiausaha Parlimen , beberapa penggal ni kita lihat YB Menteri dan Tim. Menteri susah benar nak hadir sidang parlimen ..sape nak jawap ??

iii) Gabungkan kementerian yang mempunyai fungsi dan bidang tugas yang bertindih atau hamper sama … senang cakap macam Kementerian Pelajaran dan Pengajian Tinggi , cukup satu kementerian ..tapi sesuai ke kalau ada 1 kementerian tapi ada dua menteri ? Apa kata wakil dari Pemuda MCA yg hansome tu naik pangkat ?


iv) Pindahkan agensi atau jabatan supaya ia dinaungi oleh Kementerian yang sesuai dengan bidang dan fungsi … apa kata setuju la dengan cadangan supaya tanggungjawab mengawal akta atau isu-isu komunikasi , penyiaran dan multimedia di letak di bawah tanggungjawab Kementerian Penerangan .
v) Tak perlu terlalu ghairah nak lantik Senator hanya sebab nak lantik mereka jadi Menteri atau Timbalan Men. ..kalau dah kalah PR tapi memimpin sayap parti atau parti utama macam mana pulak kalau tak de jawatan dalam cabinet ?? .. .. cerah nampaknya Datuk Seri Shahrizat , DS Samy Vellu nak dapat pencen Senator pulak !


vi) Orang Sabah tentu ‘menekan’ supaya mereka diberi kerusi lebih ? mereka dah tunjukkan kesetiaan dan kehebatan mereka semasa PRU12 dan PAU dulu . MP Papar yang menang Ketua Puteri dah mengharap sangat nak masuk cabinet.


vii) Siapa yang baru ? naik pangkat ? atau digugur ? ( eh tak sedap nak sebut digugur ? ... pencen ? ) Mai kita kena siapa yang kena !!


viii) Pimpinan 2 pakar ekonomi pastinya memacu Negara ke arah ekonomi Negara yang lebih mantap dan berkembang di samping kestabilan politik dan kesamarasaan rakyatnya ..


ix) Datuk Seri Dr Zahid cukup hebat dan cemerlang semasa menjaga Hal Ehwal Agama Islam ,jadi apa kata beliau pegang satu lagi urusan hal ehwal keselamatan dalam Negara pulak !! haa. Syed Hamid nak p mana ?? balik JB la kot.


x) Wakil cabinet dari Johor mungkin akan pas buton kepada kekawan lain pulak .. ke mana Azalina , Shahril , Khalid ? Siapa nak mengganti mereka ? dari Johor juga atau dari lain negeri ?


xi) Kementerian Penerangan akan dapat Menteri baru ?? .. ( eh kan ke Menteri sekarang dah menang MKT ? .. tu kalau diambil kira tapi kalau guna formula ’team ’ agak susah laa.. ,habis siapa nak naik Angkasapuri ? orang dari Terengganu juga ke ( Senator ? ) atau dari kawasan di hujung benua ?


xii) Senario sokongan dan harapan golongan muda terhadap Datuk Mukhriz perlu dipenuhi ..sesuai jika beliau menerajui KBS atau Pelajaran .. habis tu ke mana bapa si Dafi ?


xiii) Wakil dari Negeri Sembilan ? pasti ada yang kekal atau bertukar atau naik pangkat.. Dr Rais tu biar la kekal dalam mewakili golongan veteran dan pakar rujuk serta jadi ”pe neutral ’ tiap kali bila ada kes atau isu .. Cuma mungkin tukar tempat . Ada yang naik pangkat . Datuk Shaziman yang menang MKT dan konsisten semasa jadi tim elok la jadi menteri penuh di tempat lamanya....siapa yang gugur ( MP K.Pilah ? ) siapa yang baru ? ( MP Rembau ?)


xiv) Banyak lagi nak diramal ...

... apa la aku ni , kot betul ada hadiah aku dapat lagi bagus !! ( eh dosa tu !!) . Walau siapa pun yang dilantik mengganggotai kabinet kali ni tentunya mereka semuanya pakar, hebat, professionalisme dan akan menjadi pendekar dan hulubalang bersama DS Najib dan DSMahyuddin membina dan mengukuhkan landskap pentadbiran , politik ,ekonomi negara dan merealisasikan :

’ Satu Malaysia
Rakyat didahulukan
Pencapaian diutamakan ’

Isnin, 6 April 2009

Ada kata ,ada rasa

Dua-tiga minggu ni terlalu banyak peristiwa yang berlaku. Terlalu banyak juga isu yang ingin sangat aku luahkan, ulas, respon atau sarankan. ..terlalu banyak idea yang berlegar dalam kotak kepala aku ni...pelbagai kata ,pelbagai rasa .. kadang-kadang rasa terganggu pulak ( kadang-kala terfikir pulak kenapa aku dok sibuk fikir hal-hal ni ? ..lantak laa apa nak jadi pun aku dok masih macam ni jugak... tapi kata hati lain pulak ...Ehh tak boleh macam tuu kita mesti jadi rakyat yang prihatin, tau ,faham apa jua isu semasa yang berlaku ,jangan duk bawah tempurung buruk tak tau apa-apa .. ).

Namun semuanya tak dapek nak dicatatkan melalui tinta ini, tak dapat nak ku curi sedikit masa pun..Aspirasi dan ekpektasi PM baru , bayangan saf kabinet baru , UMNO+Mahathir ,Akta ISA yang kontroversi , Hangatnya 3 PRK , Kekeliruan sistem pendidikan , F1 GPM yg basah ! ...Kesiannya aku kat kawan-kawan yang kerje kilang dan banyak lagi laa...( biarlah ! dah terlalu banyak juga ulasan yang aku baca dan dengar ...

Semoga negaraku sentiasa dipelihara ..
Walau siapa pun yang memimpinnya
Merdeka ,sejahtera dan makmur

Jumaat, 3 April 2009

Terapi di Alamanda

Dah seminggu lebih aku dok melilau dari selatan ke utara . Ari ni kat Putrajaya . Apa nak buat lepas ni ? ..tugasan selesai jam 11.20 am...ahaa apa kata aku p buat terapi sikit ? terapi apa pulak ni? ..laa.. p tinjauan kat Alamanda la. Ehh kan ke baru 2 minggu dulu dah p sana ? ,nak shopping apa lagi ? Tak pe laa..jalan-jalan je.

Bersaing pulak aku dengan staf@perempuan yg ambil kesempatan rehat panjang ari Jumaat,ehh apa la depa ni , kot ye pun bukak la name tag tu ..suka pulak aku tengok gelagat dia orang ni.Mana aku nak pergi ni ? ,tak pe aku mula kat wing selatan , masuk Parkson ,nak cari apa? Tengok kot-kot ada kasut jenama yg nak aku cari tu...ahaa tak de , selamat aku ,pusing-pusing tak de..

Jalan lagi .. tu yang syok kalau jalan sorang-sorang ni ,mana nak p redah je. Haa tu dia !! ..2 tempat yang aku alergic ,pantang dan kena hati-hati.. Kedai buku dan kedai jam !!
MPH , masuk..nampak banyak novel Melayu..wah sekarang ni dah macam-macam novel, tapi ntah la tak minat pulak nak selak, ..Aku ingat dalam list catatan aku masih ada dua-tiga buku yang masih belum aku dapat. Ehh kan ke minggu lepas dah beli 3 buah kat Seremban ?..tu pun 2 buah masih tak habis dan 1 lagi masih belum mula pun .

Tak pe laa..jalan-jalan , haa, dah jumpa 1 ... tak payah nak selak terus ambik , jalan lagi.... p la jenguk kat buku agama ,/psikologi , selak-selak sikit , baca sinopsis kat belakang tu... oooo tafsiran Ihya Ullumuddin .. hi berapa banyak buku macam ni lagi aku nak ni ??? Koleksi yang ada kat rumah dah tak tau nak letak mana , kat bilik ofc ni pun dah bersepah ,malah ada koleksi ni yang sebenarnya tak habis khatam pun !! Tak pe buku ni mungkin lain. Dah dua !! , dalam pada cuba cari satu lagi buku yang dah lama cari tapi tak jumpa ( dulu p Kl tak sempat nak cari , Kat Seremban bab buku ni memang agak lembab sikit > Tak pe la ,lain kali je la. Baik aku keluar ...jalan-jalan tetiba ternampak 1 lagi buku yang memang dalam list ..selak ,tengok dan fikir ... Tiap tahun bajet beli buku beribu tapi bila isi borang income tax baru ingat ,yang depa pula nak resit la apa laa.. rugi .

Jalan lagi...haa, ni satu lagi,kedai kasut !! aku bab kasut ni senang je sebab fesyen dan stail yang sama ..Abang selalu bising kenapa asyik beli kasut je ? Ala lelaki mana tau , aku pakai kasut tumit halus tinggi 2 inci setengah ,cepat goyang ,tu sebab kena beli selalu ( hahaha....alasan je tu ) ..Ah tak payah laa...Kata nak kempen berjimat cermat !!

Haa..lega daa...segar memandu ke Seremban. Esok 2 hari cuti sebelum sambung p makan nasi kerabu pulak.. Apa nak buat 2 hari ni ? Operasi pembersihan atau balik kampung ??? ..ada cadangan ?