Jumaat, 11 Februari 2011

Anugerah, NikMat dan Ujian..

Salam pagi Jumaat,


Ada seorang ni....
Dulu rutin paginya mesti ke gerai mapelay tak jauh dari office ni..belum duduk makanan dia dah sampai..menu rutinnya 2 biji telur separuh masak , 2 keping roti canai dan teh tarik mug besar.....jam 3.30 petang sekali lagi dia ke gerai berkenaan . Jikalau hari cuti pun begitulah rutinnya ..seolah-olah mamak tu melambai-lambai memanggil –manggil dia datang ..tak sah hidupnya sehari jika tak dapat dating dan pekena masakan mamak tu.

Tetiba..
dia terkena serangan jantung….lepak kat hospital beberapa hari dan sampai sekarang masih menjalani rawatan berkala.

Dan dia seolah-oleh tak dapat menerima hakikat yang dia mendapat penyakit ....kerana dulu dia seorang yang amat rajin, positif, aktif bersukan dan tidak merokok..Dan sekarang dia seorang yang lemah, terlalu takut menjalani hidup ..setiap hari akan tertanya-tanya adakah lagi hari esok untuknya ??

Amat susah untuk memberi semangat kepadanya..

Begitulah..
Dua nikmat yang ramai terpedaya olehnya ( IE pun sama …) ialah nikmat sihat dan nikmat lapang. Usia muda badan masih kuat, tubuh masih cergas , mental pun masih cerdas ..bila nikmat itu ditarik sikit demi sedikit…aduhai..Insaf rasanya.

Begitu juga nikmat lapang…aduh kenapa masa tak cukup ? sedangkan semua manusia diberi masa 24 jam sehari ?..kenapa kerja ni tak habis-habis ?..apa yang dikejar sebenarnya ??








9 ulasan:

Abd Razak berkata...

السلم عليكم ورحمة الله

Begitulah sifat kita tidak kekal. Hari ini boleh jadi sihat esok pulak sakit. Kita tak punya kudrat apa pun melainkan atas izin~Nya..

al-lavendari berkata...

betul sangat !

sakit, sesak dan mati tidak kira tua atau muda. oleh itu haruslah kita bersedia senantiasa untuk menghadapinya bila saatnya tiba.

ikan emas berkata...

ust raz,

insaf bila tgk yang sakit
cemburu bila tgk org yang sihat, cergas dan berjaya..

syukurlah apa yang ada!

ikan emas berkata...

PakNgah,

benar..

terkejut terkejut bila dapt tahu
si polan sakit itu sakit ini
si polan tu pulak tetiba meninggal ..

rasanya masih banyak perara yang tak dibuat..

Semoga PakNgah sekeluarga sihat wal'afiat

terokai seni berkata...

yang peliknya semua orang memeliki masa yang sama 24 jam, tapi kita je yang tak cukup masa

ikan emas berkata...

cemomoi,

tetiba teringat yg IE masih ada hutang kat momoi..

esok IE bayo ek

Abu Aiman berkata...

Kita wajib sentiasa mensyukuri akan segala nikmat pemberian Tuhan, jgn bila nikmat ditarik balik baru nak kembali kepada Tuhan.

ikan emas berkata...

AA,

INsyaallah..
peringatan yang baik

Unknown berkata...

w3e11c7s87 w9t88o8h68 d5q11y6p60 v4y79k9f34 b3p25m6r34 r4h33o3v37