Selasa, 22 Februari 2011

SuRat ku Yang Ini...dikirim Bersama Doa dan Air Mata

SURAT KU YANG INI
Bersamanya salam ku kirim
TERIRING DOA dan restu
Sepenuh kasih nan syahdu
Terimalah kasih ku
Dan ku sebut namamu
Dalam suara yang bisu


Engkaukah
DI DALAM SEPI TIU
Kegelisahan di dalam kedinginan
HUJAN SEMALAM membasahi bumi
Menyegarkan hati
Hujan berlalu tiada kembali
Menyirami lagi
bagaikan PELANGI PETANG
Tak bercahaya namun kau berseri
Tapi cukup menghiburkan



Hati ini ketika BERCANDA DI PINGGIRAN
Biar saja tak perlu dinyatakan
Biar saja tak perlu diucapkan
Rahsiamu, rahsiaku bersama
Ku berduka ku merana
Hidup sepi tak berteman
Hanyut sudah impianku


Dalam arus ANTARA HUJAN DAN AIR MATA
Kerana kau biarkan aku sengsara
Aku terperangkap dalam diri
Aku terperdaya oleh mimpi
Aku dikejari bayang-bayang
Keterpaksaan menyiksakan
GEMIRIS DI LAUTAN
Selebat hujan yang turun
Mencurah membasahi bumi
Tidak selebat hujan
Di dalam jiwaku
Ku ubati lukaku sendiri
Namun parutnya terpandang jua
Malam ku suram, siang ku kelam
Ku kegelisahan, mencari-cari
kemana pergi, harga diri ini
Bertanyakan berita, MERISIK KHABAR


Mendengar cerita, melaluinya
Kau kuhampiri, tiap hari
Bersama luka dihati
Meniti sepi keseorangan
Sebuah kematian yang tiada bernisan
Sendu mengiringi perpisahan
Tiada pesan engkau tinggalkan
Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Kemana harusku bawakan


Kemana harusku semaikan cinta ini
Yang sudah TERASING
Demi sebuah kenyataanYang amat menyakitkan
BIMBANG TERLUKA LAGI
Rupa-rupanya
JAUH DISUDUT HATI
Aku masih bermimpi
Mimpi yang indah
Esok kau kembali
Mengulangi semula
Saat indah bersama mu
SENJA BERULANG RINDU
Bersama Cinta semalam
Andainya aku punya waktu
Ku ingin kotakan seribu janji


Sepanjang kedewasaan ini
Bersama NILAI CINTAMU
Yang abadi di ingatan
bersama
SALAM TERAKHIR mu..


Dir......
Kemboja berguguran memutih

Menemanimu ke jalan akhir

…Tuhan lebih menyayangimu



DIR...( 1954 - 1992)

AL-FATIHAH , SEMOGA ROHNYA DICUCURI RAHMAT !!

****************************************

P/S - sebenarnya IE bukanlah minat sangat kat sudir ni hinggalah apabila dihadiahkan oleh sesaorang satu set CD koleksi lagu -lagu Sudir...dan terus jatuh cinta dengan lagu-lagunya...























15 ulasan:

Yunus Badawi berkata...

Tuhan lebih menyayangi Dir.

Arwah bukan saya berjaya di bidang seni tapi juga bidang perniagaan. Masa tu Sudi Cola sangat popular sehingga hampir mengalahkan Coke.

ikan emas berkata...

YB,

dah tak der air SUDI tu lagi ..

eh..Mawi kan ke ada air jgk ?

apa citer kes saman menyaman fasal air tu???

Kakcik Seroja berkata...

Lagu2 Allahyarham sangat dekat di hati ini...

terokai seni berkata...

yangpergi tetap pergi, tang tinggal pasti menyusul nanti

moga bahagia di sana kelak

ikan emas berkata...

kakchik,

Benar,
lirik dan melodi yg penuh makna
dan wajar dihayati....

ikan emas berkata...

cemomoi,

manusia mati meninggalkan nama..

ramai insan hanya dihargai selepas ketiadaannya..

sahromnasrudin berkata...

assalamualaikum..al-fatihah utk arwah..sy suke lagu pelangi petang dia..sgt touching...

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum

kita suka sume lagu dia
setiap lirik lagu dia
ada seribu satu cerita ~

cikceriacorner berkata...

al fatihah...

lagu dir memang superb..:)

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o berkata...

alfatihah ,,,

ikan emas berkata...

SN,

Pelangi petang antara lagu yg menyentuh jiwa..lagu paling popular dan jd rebutan kat karaoke...IE suker

ikan emas berkata...

manje,


betoi betoi betoi...

lagu warisan kami jadikan lagu utk satu prgm kami...

ikan emas berkata...

BS,

alfatihah..

semoga rohnya dicucuri rahmat.


entri2 tuan makin mengancam !!!

ikan emas berkata...

CCC,

mai p k'oke nak ???

ikan emas berkata...

CCC,

mai p k'oke nak ???