Jumaat, 18 Februari 2011

Tugas Aku Mencari calon PERMATA ...

Tugas mata
mencari-cari
Terjumpa intan permata
Bakal menjadi berkilau
Tapi terbenam di lumpur
Terjumpa berlian
Tapi pudar sinarnya
Tapi yang banyak
Hanya kaca-kaca
Yang sinarnya disuluh
Menjadi gelap tanpa mentari
Berderai tanpa pegangan

Telinga dipasang
berbengung..
Dengan ungkap kata puji
Aku baik aku hebat, aku boleh
Ada nista
Dia jahil ,dia lemah dia angkuh
Hanya aku yang mampu
Membawa engkau ke dunia..

Jejari ku semakin penat
Menyelongkar insan
Meletak nama
Supaya mereka menjadi orang besar-besar
bergelar dan berkhidmat
yang tak akan lupa dirinya
telah dihakimi oleh mata , telinga dan jejari
termasuk aku
yang entah siapa –siapa…
aduhai..
mataku semakin rabun
telinga semakin tuli
jejari semakin letih
langkahku semakin perlahan
semangat tetap membara
menjelang hari penentu
yang entah bila....
di mana kala itu


ada yang kekal
ada yang baru
ada yang terpinggir


namun
aku tetap aku yang ini..

ada harapan lagi ke??



p/s: dalam penat ,seronok jugak jadi spy ni......???


























27 ulasan:

Kakcik Seroja berkata...

IE...

kita doakan agar yang terlena segera sedar dari mimpi, yang rasa terlalu sempurna menyedari kekurangan diri...

Yunus Badawi berkata...

Saya terkedu. Tak mampu berkata apa.
Semoga berjumpa dgn permata yg dicari.

ikan emas berkata...

kakchik,

IE sambung..

yg berangan supaya menyedari kemampuan diri !!

al-lavendari berkata...

ada jawatan pembantu spy tak ?

ikan emas berkata...

YB,

nape ?

nak masuk calon ke ??

gaya ada..
duit ada..

ikan emas berkata...

En AL,


boleh saja..
gajinya kena mintak dari 'permata'
yg nak msk calon..

ala

tuan pun boleh jadi permata tu..

Yunus Badawi berkata...

Gaya ada
Duit ada (yalah tu)

Tapi masa tiada
Minat apa lagi (hehehe)

ikan emas berkata...

YB2,

Masa tiada sb asyik layan fb dan blog ??

Unknown berkata...

Permata yang hilang ke

Unknown berkata...

Permata yang hilang ke

Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
terokai seni berkata...

dalam lagi nak cari permata tu

ikan emas berkata...

medic,

bukan hilang tapi baru nak cari..
mungkin ada yg lama tp permata baru lagi sukar dikesan..
sebab kadang kadang orang tak nampak sinarnya kecuali bila dgilap dan diguna

ikan emas berkata...

momoi,

kita sekadar mencari..yg menentukan nilai dan pilihannya orang lain yg lebih jauhari

en_me berkata...

penat kann makk.. uhuhu

ikan emas berkata...

en_me,

iyo la nak oiiii..

omak ni ponat bonar..
onghap da ni..

Pok Li berkata...

Dulu beli rumah di bukit intan. La ni beli rumah kat bukit permata. Kayo den

Abd Razak berkata...

السلم عليكم ورحمة الله

Saya memakai cincin permata delima

Yunus Badawi berkata...

Lebih kurang mcm tu lah huhuhu

ikan emas berkata...

PokLi,

bukit permata ?

kalau rajin setiap hari kita korek dpt sekilo sehari ...kayo kito...

ikan emas berkata...

UST RAZ,

pakai cincin pelaris ke ??

hehehe

ikan emas berkata...

YB3,

banyak jumpa permata kat fb kan ???

Tanpa Nama berkata...

Permata bernilai tinggi banyak di benua Afrika. Di utara Thailand pun banyak.

zino berkata...

cantik puisi tu..

ikan emas berkata...

zino,


hehehehe

catatan merapu

Yunus Badawi berkata...

Ada juga tapi kat luar lagi ramai hehehe

sahromnasrudin berkata...

hebat puisi nie..sy nak menuntut dari IE la