Hari ini 15hb Februari 2011...
sebagai memenuhi hasrat dan kempen Tuan Haji HAH Lavendari maka saya dengan sukacitanya menyahut seruan supaya pada setiap 15 haribulan kita hendaklah menggunakan sepenuhnya BAHASA MELAYU BAKU.
Untuk catatan pada hari ini, sebenarnya saya amat merasa sedih di hati apabila membaca keluhan sesaorang yang berada di dalam delima. Bagaimanakah hendak kita membantu beliau ini ?. Saya menyeru kepada sekelian pengunjung maya di sini, marilah kita lancarkan kempen untuk meningkatkan peminat beliau. Ubatilah hati si penulis catatan di bawah ini.
****************************
khas buat ..
ikan emas,
ikan emas,
sayangsayangibu,
kakcik,
dinas aldi
,ku tak sempurna,
insan marhaen,
yus,
gadis bunga,
dan amnya buat ..peminat2 gelap
dan amnya buat ..peminat2 gelap
awak ...sebenarnya hati kita berperang
antara cemuih dan sayang
kerana awak buat kita
macam mengejar bayang-bayang
tapi sudahnya kita mengaku kalah
tapi sudahnya kita mengaku kalah
kerana meninggalkan awak
bukannya mudah
muka kita asyik berpaling di setiap langkah.
awak ...
zahir kita telah sampai ke daerah baru
tapi ingatan kita tetap tinggal di situ
tiada maknanya jasad kosong tanpa jiwa
lalu kita kembali semula ke daerah lama.
tapi ...
kita tak berani janji untuk berapa purnama
tapi ...
kita tak berani janji untuk berapa purnama
kerana siapalah kita
hendaklah menelah hari di muka
harap kita boleh bergembira
semasa masih lagi berada.
semasa masih lagi berada.
**********************************************
huhuhuhuhuhu...
17 ulasan:
bagaimana harus saya ucapkan terima kasih kepada IE .. terharu pun ada, malu pun ada.
kalau macam ni "patah sayap bertongkat paruh" kan saya teruskan jua laman itu.
terima kasih sekali lagi.
dah balik dari berarak ke ? saya baru balik dari membaiki basikal anak saya .. tayar bocor, brek putus !
Kakcik sentiasa cuba untuk menggunakan bahasa Melayu yang betul di blog kakcik. InsyaAllah kakcik akan terus begitu selagi blog itu hidup.
Kakcik juga sayangkan blog puisi Kanda AL itu kerana ianya sangat sesuai dengan jiwa kakcik. Tapi, kalau tuan punya hendak menutupnya - apalah daya kakcik. :(
السلم عليكم ورحمة الله
Saya sering ke sana kerana mahu mengubatinya. Namun jika tidak terubat juga apakan daya kerana saya cuma insan biasa tidak punya apa-apa..
PakNgah,
syukur..
dah balik dr 'berarak'...
ops tak berarak sebenarnya tp atas tugas khas...meriah, semangat penuh ketaqwaan.
eh..bukan ke budak kechik tu dah pakai merz..nape tayar beskal pulak diganti ??
kakchik,
sebanrnya seronok jd ke sana kan ?
tp kalau tuannya dh tak sudi nk buat macam mana ..mungkin dia nak serumahkan kot...
..bab bahasa tu memang IE suka dgn ramai blogger termasuk kakchik, cuma di blog memang gini konsep IE..tp laman lain mesti !!
Ust Raz,
mungkin doa, ubat dan jampi serapah ustaz boleh membantu kot...
hehehe
hehehe ingat nak kempen pilihan raya
Assalamualaikum...
Bahasa Jiwa Bangsa! Tahniah.
Err...tapi saya rasa ejaan delima itu merujuk kepada batu permata...Kalau melihatkan situasi Tuan Tanah Puecorgxret mungkin perkataan yang sesuai adalah dilema..Jangan marah yer :)
saya setuju dengan pandangan cik shinju itu.
kalau saya dalam delima, maka harus teramat besarlah delima itu .. hehe
saya pun jadik dalam dilema nih.... ;P
Nama saya sudah tidak disebut oleh abang Al- Lavendari lagi. Mungkin sudah masuk kategori kekasih gelap agaknya huhuhu
saya punya komen lebih kurang mcm YB juga..cume sy nak tukar perkataan pertama iaitu "nama" ke "blog" dan perkataan kelima "disebut" ke "dilawat"..yang lain semua saya pinjam komen YB ye....:-)
saya baca komen yb dan sahrom dengan rasa sayu. nama2 yang disebut tu merujuk kepada komen mereka dalam entri saya sebelum itu. orang yang tak komen, tak adalah saya sebut nama mereka. lagipun kalau nak tulis nama orang yang tak komen, sampai esok pun tak habis. hehe
ehh .. mana pulak pergi tuan rumah ni. agaknya letih sangat lepas berarak semalam !
hahahha..saya pon kekasih gelap jua..
hendak tulis bahasa melayu penuh lah akak...
lama sudah tidak jumpa kan..hahaha
Kpd semua yg memberi komen di atas,
hahaha...
malam tak bukak kunci rumah ni..siang td byk hal yg nk dipergi dan dilayan.....
hah ni senja br dpt jenguk sini..nampaknya mesy maya ni tanpa tuan rumah..tak kisah la nampaknya perkara yg dibincangkan sudah nampak hasilnya..dah tak ada DILEMA lagi laa.. ( agaknya sebab IE tgh teringin nak makan buah delima merah yg tgh byk kan giant ...)
Terima kasih kpd semua.
kpd yg nampaknya ejaan salah tuu..aduh !! nampaknya semlm IE tak lulus ujian 15hb ...
silap tangan ni taip mcm guna brielle pulak..lajunya..
16hb- Rabu-7.15pm
Kpd abg Hamzah. Terima kasih memberi penjelasan.
Tuan rumah dah ke masjid kot selepas taip komen umum pukul 7:15 tadi
Assalamualaikum IE,
berbudi bahasa budaya kita.
Catat Ulasan