Rabu, 9 Jun 2010

apa KATA mereka ...DAHULU dan SEKARANG ????

DULU ….mereka berKATA :
SEKARANG …. Mereka juga berKATA-KATA :


*********************
Kengkawan :

DULU : “ eh !! …giler ko..apa la ko sengaja nak tempah maut ..!”

SEKARANG : ….Wah !!!...ko memang hero !..ko memang sahabat aku dunia akhirat…Hebat ko !”


Boss :
DULU :
“ sukar saya nak luluskan cuti awak ni…memandangkan company tak berapa nak setuju alasan awak nak bercuti ni maka saya syorkan awak ambil cuti tanpa gaji saja …tu pun hanya sebulan saja…lerbih dari itu, sila kemukakan surat perletakan jawatan…”

SEKARANG : “…memang si anu tu kakitangan company kami…kami berbangga kerana beliau telah menaikkan nama dan imej company ini di mata dunia >>>( publisiti percuma !!!)



IBU:
DULU:
“ nak oii…janganlah pergi…mak risau..apa lagi yang nak dicari di sana tuuu…kat sini kat dah aman …”

SEKARANG : ‘Syukur …anak ku selamat balik…jangan pergi lagi kerja macam ni !!!”


ORANG RUMAH
DULU:
“ bang !...walau hatiku tidak merelakan abang pergi..tetapi apa nak buat ,jika itu yg abang suka…tp jgn lupa tinggalkan duit belanja !”

SEKARANG : “ ayang tak kisah kalau abang nak pergi lagi…ayang akan berjuang di sini …( eh eh …lepas ni mesti banyak orang bagi anugerah kat abang aku !!!)


Sanak Saudara ;
DULU :
“ pokok dek dio la ai..nak poie mano pun eh ..apo den nk hairan !!

SEKARANG : “ ….Betoi !!!....dia tu sedara rapat aku…dulu kami sama-sama makan sepinggan,tidur sebantal…sama-sama berangan nak jadi pejuang ,kami sama-sama suka buat kerja-kerja kebajikan ni…”



Orang besar-besar :
DULU:
“ maaf la..saya sukar nak menyokong tindakan awak ni..tetapi saya tidak menghalang…sekiranya ada risiko,awak kena tanggung sendiri….tiada peruntukan atau bajet yang dapat saya sumbangkan …faham-faham aje la…!”

SEKARANG : “ Awaklah WIRA NEGARA !!!...kami berbangga dan akan mengiktiraf pengorbanan awak…pergilah lagi, kami akan membantu ….berkapal-kapal !!!!


Orang kecik-kecik :
DULU:
…ala ..mereka tu..
kera di hutan disusukan, anak di rumah sendiri dibiar kelaparan ….!!”

SEKARANG : …apa pun yang jadi,pokok dek dio jo…kami tetap seperti ini…huhuhuuu


p/s: wa memang respek abis kat mereka yang pegi belayar tuu...dah 15 kali pegi baru kali kali disambut bagai wira !!!...selama ni wa hanya support buat kutipan aje..

















14 ulasan:

terokai seni berkata...

wehhh memang perangai manusia .. selagi kita tak mati takde sapa nak peduli... dah takde semua nak menyebutnya... baik la, hebat la, sedara aku la...

ada masyuk kot

ikan emas berkata...

gitula nampaknya...


"melayu mudah lupa" !!

ONE ZABA berkata...

dulu main tolak batu blok je...sekarang duk main blog pulak.

Abd Razak berkata...

Salam..

Berhati-hati dalam semua perkara..

Tubuh yang diberikan Allah kepada manusia sebaiknya dipergunakan untuk hal-hal yang positif.

sahromnasrudin berkata...

Dulu, Kini & Selamanya..setia pada Yang Satu

ikan emas berkata...

iz,

tolak batu blok ,akhirnya jd jg bangunan...
hari ni memblog dpt la kiter kenal ....keh keh keh..


...cuti nk naik gunung !!!

ikan emas berkata...

Us. Raz,

t.kasih ...

kalau la anggota tubuh ni boleh berkata-kata ...tentu dah menjerit-jerit mereka dgn perlakuan yg dibuat

ikan emas berkata...

sahrom,


'kekasih awal dan akhir
kekasih batin dan zahir

Nerzhul berkata...

takpelah, iktiraf dari manusia tak penting. yang penting ikhlas kerana Allah.

Yunus Badawi berkata...

Biasalah tu. Dah mcm ni semua nak ngaku nolong dan beri support.

Yunus Badawi berkata...

psst - bila nak naik gunung? Saya pun ingat nak ke sana tapi tak plan apa pun lagi huhuhu

ikan emas berkata...

nwerzul,

t.kasih jenguk sini...

bila nk followww??

ikan emas berkata...

YB,

ahaa...kan ?
mcm musim buah...semua ngaku sedara .



ishhh...

xleh bgtau...
nanti ckgu atas gunung tu lari....takut kita minta layan....hhehehe

gunung tu tmpat biasa IE bersejuk-sejuk !!!

al-lavendari berkata...

pengajarannya... bilangan penduduk yang kecil dan negeri yang tidak besar bukan bermakna lemah dan boleh diperkotak-katikkan. yang penting kaya dan pandai memilih kawan yang kuat yang boleh dicucuk hidung.

kalau asyik merempit jer, tak ada siapa yang akan pandang !