Apakah bendanya RMK10 ni? KakChik tahu ke?
KakChik 1: Alaa….biasa laa..rancangan lima tahun tu.Dah kali ke 10 you.Tahun depan start la. Ini bermakna hanya ada dua kali sahaja lagi RMK ni sebelum kita sampai ke tahun 2020. Kritikal kan !!
KakChik 2 : Entah…tak da maknanya !!
KakChik tahu…tapi faham ke?
KakChik 1: Faham laa..sebab matlamatnya nak tranformasikan negara menjadi negara maju.Pendapatan rakyat tinggi. Urus ekonomi negara ni mengikut faktor dalaman ,di samping memgambil kira persekitaran luar negara dan ekonomi serantau. Kira ini perjuangan mencapai visi 2010 la.
KakChik 2 : Ish…tak payah susah-susah nak faham . Kita ni bukan orang ekonomi.Rakyat macam kita ni tak ada peranan pun.Biarlah orang yang pakar sahaja yang uruskan ekonomi negara ni!.
KakChik setuju ke apa yang PM sebutkan masa pembentangan tempohari?
KakChik 1 : Setuju laa.ia perancangan jangka panjang..mampu meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan pendapatan isi rumah menjelang 2020. Tentu banyak pelaburan baru. Rakyat mampu berdaya saing, inovasi dan mampu memberi produktiviti . Ni lagi satu nak bagitau…rancangan ekonomi ni akak nampak mersa rakyat kira sesuai dengan konsep 1Malaysia la. Dengar kata daripada RM230 billion peruntukan sebanyak 55% diberi kepada sektor ekonomi . ..tapi tak melupakan pembangunan modal insan. Anak-anak pun disyor mula belajar ke sekolah seawal umur 5 tahun…elok la tu !
KakChik 2: Iyer ke ..kerajaan nak mengurangkan subsidi yang selama ini diberi kepada rakyat ?...Ish tak ke ia hanya akan menyebabkan kenaikan harga barangan…menyusahkan rakyat pulak !
Akak tengok pelan ni macam tak fokus kepada rakyat luar bandar …asyik nak bantu sektor korporat dan pelabur sahaja !
Yakin ke ?
KakChik 1 : ai…kan ke ini kerja pakar ??..kita kena yakin la…
KakChik 2 : Risau pulak akak…kan sekarang ekonomi dunia tak menentu ,mesti tempiasnya terkena juga kat kita di sini.
Habis tu RMK10 ini mampu ke nak meningkatkan kualiti hidup rakyat dan tak ada kaum yang dipinggirkan ?
KakChik 1: Kita kena la memahami konsep 1Malaysia …konsep penerimaan, keadilan sosial dan kenegaraan .kira RMK10 ni pun tak la meminggirkan mana-mana kaum. Cuma kita kena pandai ambil peluang la…
KakChik 2 ; Konfius akak kejap…mana ada disebut dalam RMK10 ni fasal manfaat yang bakal diperolehi oleh rakyat ?..yang disebut fasal nak memacu ekonomi negara sahaja kan ?? Banyak projek dan dana bantuan hanya diberi kepada penduduk bandar ..orang luar bandar jauh laa !!
p/s: Januari 2011 bermula tempoh RMK10 sehingga 2015.Bermakna hanya ada satu lagi RMK sebelum tiba tahun 2020 ?...Sedarkah kita ?....bersediakah kita ?? Cubalah kita berfikiran secara positif…berilah kenyakinan dan sokongan kepada kerajaan yang mentadbir …mana tau gaji naik Wow !!!!!
12 ulasan:
Mudah2an saya dipanjang umur untuk melihat Malaysia terus kehadapan... dan mudah2an gaji dinaikkan cepat, ekeke..
Assalamualaikum
Buek apola angko 2020, kalau eh rakyat hidup menderito? Cukai. dondo, sewo, yuran macam2 laie mencanak2 naik! Sapo yg sebonar yg botol2 kayo tahun 2020 ni? Sebagai ketuo negaro/ nogori mesti pikir nasib rakyat dikampong2. Buto ko?
Salam...
Ada juga dengar dari yg terlibat dlm RMK 8, mereka belum dpt bayaran lagi. Tak tau benar ker tidak...
yang saya tahu sangat, tanah sekangkang kera kebun getah dekat Sg. Buloh bakal tergadai jadi padang permainan jerung-jerung ganas.
Rancangannya selalunya baik cun melecun, tapi perlaksanaannya yang lebih kritikal dan perlu diambil berat (pemantauan).
Dari pengalaman lepas-lepas memang ada penambahbaikan dari satu angka ke satu angka. Harap angka keramat 10 ni pun kemakmuran dapat dirasa oleh rakyat jelata semua bukan segelintir marhain sahaja.
Abuaiman,
yg penting masa tuuu...aiman dah jadi apa lak agaknya yer ??
mesti dah jadi orang hebat !
tajnur,
salah ke kalau nak maju ?
kemajuan bukan bermakna ada jurang ...cuma rakyat sepatutnya pandai mebgambil peluang...bukan asyik nak jadi rakyat subsidi !
Us Raz,
iyer ker ?
agaknya projek RMK8 tuu...disambung atau ditangguh hingga ke RMK9 ...mungkin ada yg tangguh hingga RMK10..
hakikatnya pencapaian RMK9 pun hanya ada beberapa ng atau kementerian sahaja yang mencapai 80%
tak heran la kalau macam tu..byk kontraktor tak selesaikan projek mengikut tempoh.
DrSham,
projek di Sg Buluh seluas 1,320 hektar merupakan perkongsian awam-swasta (PPP)...mungkin ada jerung..tetapi jangan lupa banyak bilis-bilis akan mendapat manafaatnya malah mungkin juga si bilis tu nanti bakal menjadi jerung...mana tau bilis itu adalah generasi kita juga ??.
Orang Negeri Sembilan juga kena bersedia menerima limpahan ini..NS bakal menjadi bandar setelit bagi Lembah Kelang...sedarkah ?
DrSham,
projek di Sg Buluh seluas 1,320 hektar merupakan perkongsian awam-swasta (PPP)...mungkin ada jerung..tetapi jangan lupa banyak bilis-bilis akan mendapat manafaatnya malah mungkin juga si bilis tu nanti bakal menjadi jerung...mana tau bilis itu adalah generasi kita juga ??.
Orang Negeri Sembilan juga kena bersedia menerima limpahan ini..NS bakal menjadi bandar setelit bagi Lembah Kelang...sedarkah ?
mesej utk sayang-sayangibu,
taman jujur ?
ooo....ikan emas punya area juga laa tuu...tak jauh tak dekat...PKR !!!
Assalamualaikum
Nak maju, ikut sukolah tapi apolah peluang rakyat yg ado. Sapolah tok nak ambik peluang. Kalau ado berderet2 yg menunggu nak ambik borang yo. Selamo ni, sapola yg dapek peluang? Sapola dibelakang peluang yg ado? Habieh dibaham mereko dan keluargo mereko. Kono turun kebawah, jgn dongar berito dari radio yo, seolah2 rakyai i malaeh....
salam,
moga RMK10 dapat memakmurkan negara dan mengisi kantung poket rakyat juga..
Catat Ulasan