Jumaat, 28 Ogos 2009

"Bukan Kecil Tugas Kita Meneruskan Perjuangan "

Tarikh keramat itu datang lagi !!!.Dah 52 kali diraikan.

Kalau kita mengakui yang kita ni warga negara Malaysia tentu kita akan rasa

MEGAH , GEMBIRA DAN BANGGA !!


Kenapa ? .Sebab kita duduk kat negara yang merdeka!

Usia 52 tahun kira dah cukup matang daa..


Ucapkan terima kasih kepada pejuang dan perwira negara yang telah memastikan tanah ini merdeka. Memerdekakan sebuah negara adalah hadiah paling mahal yang diterima hasil perjuangan pemimpin terdahulu.Syukurlah !!.


Generasi kita ini yang merasai kenikmatannya.

Namun pernahkah kita terfikir apakah usaha kita untuk

MENGISI DAN MENERUSKAN KEMERDEKAAN INI?



Mantap dan kukuhkah perpaduan kita?

Keharmonian kaum dan toleransi agama seringkali dicuit dan diusik oleh golongan yang dengki.


Cuba kita tanya diri kita sendiri :-
Taukah kita tentang sejarah tanah air kita?

Sejauh mana kita memahami Perlembagaan Negara?

Sejujur manakah kita menghayati Rukun Negara?

Sehebat manakah semangat dan rasa kecintaan kita ?




Di mana jati diri kita sebagai bangsa Malaysia?

Ketamakan untuk berkuasa menyebabkan rakan-rakan kita hari ni sudah tak dapat membezakan sistem demokrasi yang bersih.


Politik perebutan kuasa dan memecah belah sesama sendiri.


Mengapa Agama dipermainkan.

Kenapa seolah-olah kita masih dijajah?


Dalam mengejar kemodenan kita lemah melawan arus yang boleh mengugat keutuhan dan kestabilan ekonomi negara.

Pembangunan ekonomi dan pembangunan negara harus seimbang dengan

pembangunan minda rohani serta sahsiah diri.


Bukan mudah meneruskan perjuangan ini.

Ini WASIAT yang diamanah dan dipertanggungjawabkan kepada kita
Pewaris Kemerdekaan !!




MERDEKA !!!

MERDEKA !!!

MERDEKA !!!

- Salam kemerdekaan.

6 ulasan:

en_me berkata...

moga2 negara akan tetap aman damai sejahtera sentosa sentiasa.. salamm ramadhan akak aineyyy ittewww

Tirana berkata...

Selamat menyambut hari kemerdekaan.

Pok Li berkata...

Salam merdeka. Ramai yang percaya kita tak akan terjajah. Tapi minda semakin lama mengikut rentak penjajah. Sikap kita sering menolak sikap yang melampau. Tapi rupanya kita memakai topeng dengan melakukan juga perlakuan melampau seperti mat rempit, vandalisme dan sebagai dan sebagainya

Tanpa Nama berkata...

SLM ZIARAH, SLM AL-MUBARAK & SLM KEMERDEKAAN I.E..TRIMER KASEY SB SUDI BERKUNJUNG KE BLOG SY..SEMOGA PERJUANGAN UTK MENGEKALKAN KEMERDEKAAN TETAP KENTAL SEHINGGA KE AKHIR HAYAT INSYALLAH

Basuh Baju berkata...

merdeka? terpulang pada diri..

apa erti kemerdekaan anda?

Tama berkata...

I think the British Commonwealth member were's not independent