Khamis, 3 September 2009

Bulan Penuh Tawaran

Tajuk entri ni macam nak ceramah agama la pulak.Ini tazkirah versi lain.Musim dah bermula ! Macam-macam dah ada dalam kepala ..yang nak diganti baru, yang nak dibeli ,ditambah atau dimurnikan lagi…Ohh puasa dah hari ke 13...lepas tu raya. Sale sana, sales sini..macam-macam ada, murah, murah !! ( iyer ke?) Ahh, tak musim raya pun bab kepala penuh dengan ide membeli belah ni sentiasa ada, tak kira musim, tak kira bulan tak kira hari..Dan, penyakit angan-angan yang macam ni bukan kena kat kaum hawa saja ,tak caya? …laa, cuba pergi ke Sogo, Jln TAR, Mid Vallley ke, Pavillion ke..tu kat KL , kat Seremban ni pun sama…bersepah kaum jantan selamber derk ronda-ronda tak kira waktu..waktu sembahyang Jumaat pun ramai kat Jusco tuuu..

Dilaporkan 58% rakyat Malaysia secara purata menghabiskan masa lebih 2 jam setiap kali mengunjungi pusat membeli belah dan mendapatkan persekitaran menyenangkan! ( benar ikan emas setuju ni...tp ikan emas tak laa buat mcm ni.

Kenapa? Rata-rata akan jawap alaa…’sekadar jalan-jalan,cuci mata, release tension, terapi jiwa !!!Shopaholic ? ..dah kena penyakit gila berbelanja? Ntah la..tapi mereka akan kata ”kami masih boleh kawal”. Pakar psikologi pun kata yang membeli belah ni merupakan salah suatu cara untuk melepaskan tekanan. Mendung di hati resah di jiwa terasa terubat bila dapat membeli belah walaupun hanya membeli sebiji kerongsang atau sebuah buku (...?...yg ini ikan emas!!).

Kepada suami-suami, ini ada suatu rahsia. Cuba pergi check bonet kereta si isteri, selongkar almari bajunya, atau sesekali terjah ke pejabatnya, bukak drawernya...ha ha ha ..jangan terkejut jika anda akan jumpa berpasang-pasang baju yang masih belum berjahit, atau berpasang-pasang baju yg macam baru ambil dari tailor, atau berpasang-pasang kasut yang masih belum berpakai..kuih raya...atau ntah apa-apa lagi laa.. ( ramai kekawan biasa buat macam ni )Si isteri memang suka buat aktiviti sorok ni.Terutama musim-musin raya ni,konon tak mau sang suami marah sebab berbelanja ( walaupun bukan suami dia orang yang bagi duit) tak mau kecoh !



Aktiviti membeli belah ini juga dah menjadi macam virus.Ramai yang terjebak ketagihan, dah tak terkawal lagi...kalau duit banyak lagi laa..penyakit ni jadi makin teruk!.Kalau dirujuk kepada doktor, mereka ni diisytiharkan kena oniomia. Terlalu obses membeli belah, walau tak perlu ,walau tak mampu tetapi nak juga...terbayang-bayang sampai tak lelap tidor, Biar menyesal beli (walau dah terlebih bajet) jangan menyesal sebab tak dapat beli ....ini yang dibimbangkan sebab ia boleh menjadi pemula kepada aktiviti dilarang agama!

Sekarang ’penyakit’ni semakin menular .Dah tak perlu keluar rumah,tak perlu susah-susah bersesak-sesak, tak payah bayar parking kereta...klik aje komputer, pilih,order dan tambah aje la hutang kad kredit tuuu..transaksi berlaku tanpa bertentang mata...nafsu dah menguasai diri..

Bulan ini bulan untuk siShopaholic, suatu terapi atau makin stress?

15 ulasan:

Jeffry berkata...

SLM I.E..MUSIM PERAYAAN DH HAMPIR DAH. MASA NI MUNGKIN DAH ADE POKET YG BERISI. TP KALAU BERBELANJA IKUT NAFSU TU KENA LA KAWAL2 SKET. BKN APE, KENA PIKIRKN LEPAS RAYE NAK MENANGGUNG HUTANG PLAK HEHEHE

kak intan berkata...

harap-harap dapat la bonus b4 raya ni..

Tanpa Nama berkata...

cat keete baru RM2,000, sofa baru rm2,400, curtain rm1,500 , tailor RM150 ,kuih raya RM200...duit raya anak buah ...eeee byk lagi ni...

Mawar_berduri berkata...

time ni la peniaga..pasaraya sume la yang meniaga nak bikin panas dengan wat sale la..ape la...yang naya nye...Si Shopaholic tu la...hihihihi :)

Media Cyber berkata...

bila ada sale.. ni yg cukup malas... si dia tak habis2 kata.. "jomlah g sana sini situ .... ada sale... bukan selalu..." .. mmg la bukan selalu.. tapi lelaki cukup malas nak menunggu....! waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!

imanshah berkata...

kat Ipoh pun dah penuh supermarket..malam2 pun berbondong2 depa syoping.huhu tak solat terawikh ke Kak Senah oi..haha jawabnya, kak Senah tak leh solat la dik..Dah tu apa kes plak Abang Leman pun ikut..huhu abang Leman cakap, abang solat sendiri kat rumah je..huhu

Tabib Haji Norjae berkata...

Salam perkenalan buat Tuan rumah. Apakhabar ? Semoga kita mendapat lebih barakah di bulan Ramadan ini. :)

Bulan ini kita 'menjamu' segalanya :)

ikan emas berkata...

Jef,
bln Ramadhan bulan mengawal nafsu kan!

Kak intan,
ikan emas pun hapi kalau dpt bonus !!

takde nama,
aii..raya sakan yer!

ikan emas berkata...

Mawar,
sale byk ,mata jd kabur,hati jd gelojoh..
peniaga yg tambah kaya

Med,
Ala sesakali teman sidia tu pe slh kan..kalau gan awek berjam-jam pun takpe kan

ZHARIF BADRUL berkata...

Salam
nampaknya rakyat Malaysia dah terkena macam cerita confession of shopaholic tu
Dah nak dekat raya lagila bertambah perbuatan membeli-belah ni

ikan emas berkata...

iman,
kat Sban ni pun tetiba byk uptown...rs nak p laa.

Tabib,
tk menjenguk.Bln ni mmg byk yg nk dijamu.Ikan emas mudah kena alergic,bgmana nk ubat?

Zharif,
bes jgk film tu..novel pun ada.
Seronok la u'll ada bigbos sponser

Mak Su berkata...

heh heh heh... layanzzz

nohas berkata...

Seronok tengok org Melayu bershopping dari Jln TAR ke Masjid India..merancakkan ekonomi negara..

kirana berkata...

Men sorok2? Kirana baru tau la plak ada game cam gini masa dekat2 nak raya! Mcm sonok je! Isshhhh... nak cuba!

ikan emas berkata...

Mak su,
mcm biasa buat jer!

nohas,
usahawan bermusim,pembeli sepjg tahn

kirana,
iyer..main sorok2 ,last2 sthn br jumpa blk benda yg disorok..kes lupa.hehe