Jumaat, 4 September 2009

AL -Fatihah-ADUN bagan Pinang Kembali ke Rahmatullah


Al-Fatihah

Ahli Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang, Negeri Sembilan (BN), Azman Mohammad Noor telah kembali ke rahmatullah kerana serangan sakit jantung pada jam 2.30 petang tadi di Hospital Pusat Pakar Seremban.


Dalam pilihanraya umum lalu, Azman, 54, menang dengan majority 2,333 (6,430 undi, menewaskan calon PAS, Ramli Ismail yang mendapat undi 4,097 undi. Ia kawasan majority Melayu di mana merupakan antara kawasan tertinggi yang keluar mengundi masa tu ( 81.59%).


Bagan Pinang merupakan kawasan DUN dalam Parlimen Telok Kemang (PKR -Datuk Kamarul Baharin Abbas)


Empat lagi DUN dalam parlimen tersebut ialah Chuah, Lukut, Linggi dan Port Dickson.


PRU lalu DUN Chuah dimenangi oleh PKR, Lukut (DAP), Linggi (BN) dan Port Dickson (PKR).


Bermakna akan ada pilihanraya kecil lagi .Kali kesembilan selepas PRU lalu.


Nota/ PRU ke 12 yang lalu, di NS daripada 36 kawasan DUN ,21 kawasan milik BN , 1 PAS, 10 DAP dan 4 PKR.


Semoga rohnya dirahmatiAllah.

Selamat datang ke Port Dickson !!

3 ulasan:

ghostWRITER berkata...

Salam Ramadhan...

ERRMM.... Baru jer rehat sat pas pilihanraya Permatang Pasir, kini mai satu lagi... Giliran ADUN Bagan Pinang pulak dah....

ikan emas berkata...

Daasaytun,
takpe, teruskan perjuangan.

kai kat NS mabuk keje laa..pertabalan, prgm kb pkt nasioanal..semua oct

IMANSHAH berkata...

selamat mengundi orang Bagan Pinang