Rabu, 23 September 2009

Pantun Lepas Raya Punyer Hal..


Ramadhan berlalu Syawal pun tiba
Tentu ramai yg dah bersuka
Maklum masa untuk beraya
Tak kira tua ataupun muda

Balik kampung tradisi raya
Ziarah keluarga sanak saudara
Itu dulu sekarang dah tak ada
Mengadap komputer yg dia punya

Raya dulu ada rendang dan ketupat
Sekarang nona punya lagi cepat
Lemang pun dah tak tau nak buat
Kat tepi jalan pun susah nak dapat

Hari raya bebudak gembira
Pak cik makcik pun apa kurangnya
Belikan mercun meriam pun ada
Akhirnya ada putus jari buta mata

Balik raya ada yang ria
Tak kurang juga yang mencuka
Apa dibuat serba tak kena
Sebab beraya di rumah mertua

Tak baik gaduh-gaduh di hari raya
Baik bermaaf itu yang mulia
Bertolak ansur bincang bicara
Tahun depan ke kampong kita pula

Bulan syawal dah empat hari
Mood raya terasa lagi
Masih ada yang sambung cuti
duk kat kampung bersuka hati

Apa jadipun kena balik juga
Hati-hati memandu kereta
Jangan nanti ada yang berduka
Melawat pusara di lebuh raya

Habis raya nak mula kerja
Hati mula dah gundah gulana
Adui kocek dah kosong semula
Tu laa sebab nak tunjuk gaya

Bebudak yang cukup ceria
Dapat banyak duit raya
Mak bapak yang tumpang suka
Boleh pinjam nak buat belanja

Kita berpuasa di bulan Ramadhan
Tapi ramai yang tak cukup sebulan
Cepat-cepat la ganti jangan dilupakan
Puasa enam pun kena dimulakan

Selamat hari raya aidil fitri
Syukur rahmat yang dilimpahi
Ikan emas nak menyusun jari
Salah dan silap mohon dimaafi

Mungkin tulisan menguris hati
Catatan dicoret mengusik diri
Semuanya sekadar ilham sendiri
Mana yang baik elok dikongsi

Semoga anda semua dilimpahi rahmat Ilahi......

12 ulasan:

sI tEDI berkata...

wah pantun!!

siyes ke ada baulu biru

imanshah berkata...

napa kuih tu warna biru?? taruk pewarna apa??cat ka??haha

ikan emas berkata...

Salam raya tEDI N Iman,
image tu i celok geng jfoto punyer koleksi..tak pun computer ni yg buat hal!!

Abu Aiman berkata...

Salam Raya,
Terkezut tengok baulu kaler biru. Kuih feveret saya tu, sedap dicicah kopi o.
Nice pantun!

ikan emas berkata...

Abuaiman,
salam raya..skrg ni kuih bahulu dah ada mcm2 kaler ,mcm-mcm rasa

Pok Li berkata...

Suka pantun gendang gendut tali kecapi.......

ikan emas berkata...

PokLi,
...kenyang perut suka hati,
org tak tau apa yg ada dalam hati...

kuina berkata...

kuih bahulu yang biru..
tak pernah rasa lagi nie...

minta satu...
errrkkk sebalang la.. 1 tak cukup nak cicah kopi o.

ZHARIF BADRUL berkata...

salam syawal
tula saya pun terkejut tengok kuih bahulu dah jadi warna biru hehe
pantun khazanah tradisional melayu.Seronok tengok orang ada kebolehan pantun tapi saya tak reti nak balas hehe

nohas berkata...

Wah dah lama tak tengok bahulu bentuk ikan ni..ikan emas lagii..

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

kirana berkata...

Salam hari raya aidilfitri. Agak lambat skit coz very busy. Enjoy anyway...

al-lavendari berkata...

lambat terjumpa blog ini. saya suka pantun. saya cuba ye.

pinggan tak retak
nasik tak dingin
kalau duit dah tak dak
jangan naik angin !