Rabu, 5 Ogos 2009

GULA OH GULA


10% atau 10 dari 100 orang penduduk di negara ini menginap diabetes. Walaupun gula bukan penyebab utama penyakit ini tetapi bila sebut kencing manis mesti kita ingat gula.Mungkin kerana rakyat negara ini memang terkenal dgn pengambilan gula yang tinggi. Tak lengkap sehari hidup ni tanpa gula..( macam ikan emas rasa ada yg kurang bila tak pekena nescafe ..lepas ni dah azam nak tukar menu pagi....).

Semua menu mesti ada gula..teh tarik , roti canai,kuih apam,kari pajeri,mee rebus ..belum lagi cendul...( ehh rasa lapar lak !!). Maka bila dengan kabar fasal gula tak ada dalam pasaran maka kelam kabut laa... tak kira suri rumah ke, tukang masak ke, peniaga ke (pura-pura kot)..

Panik macam dah nak darurat pulak gayanya.Malah ia dibesar-besarkan lagi oleh berita-berita dan komen-komen kat surat khabar, tv ..Peliknya kenapa bila nak bulan puasa, nak raya mula la..isu ni mai. Kenapa ???

Julai lepas 2 kali ikan emas mengelilingi ladang tebu tempat sumber gula terbesar negara..dalam ladang tebu dah ada ladang getah,tanya kwn kenapa ? ntah !! Pelik jg dgn kilang yg tersergam negeri yg kecik tu pun dah habis bekalan gula..aii pegi mana depa dok buat lagu mana?? Adakah kerana kes-kes sperti ini?;-
  • ladang tebu dah jadi ladang getah-maknanya stok tebu dah kurang
  • pengilang tak dapat proses gula lagi laa
  • stok yg ada disorok oleh pemborong pulak
  • peniaga otu org tengah ,peruncit beli stok berlebihan tapi tak jual..stok la katakan..( ala nak tunggu harga naik??)
  • ada pulak kawan yang rajin p seludup kan negara jiran...ialah kat sana harga gula mahal lg.
Habis tuu..yg makcik-makcik dok seriau gula tak de ni nak buat macam mana? nak pujuk ke?
So,apa yang kita sebagai pengguna ni boleh buat ? : Syor-syor dari ikan emas ( boleh caya ker??)
  • tak payah guna gula lagi.Buat macam ikan emas sebulan sekilo pun tak habis (..habis tuu susu tu bukan gula ? )
  • tak payah penat-penat beli gula.Guna madu lebah,yg ori ada yg tak berapa nak ori pun ada..
  • tak payah guna gula nak buat kuih..bulan puasa ni tak payah makan kuih/lauk yg manis-manis .Buat macam ikan emas beli jer yg dah siap masak kat warung Kak Milah tuu !! ( Warung Kak Milah ni kat Tmn Suliana,Sban...tiap tahun jd pelanggan dia...sodap masakan NS+Melaka- hai promosi pulak )
  • Bulan posa ni tak payah minum air sirap,cendol Si Lawi tu..minum tea o atau air kosong aje.
  • Tak payah buat kuih raya..biskut-biskut tuu..buat maruku ke, tempeyek ke, kerepek je laa..Nak tempah maruku boleh la gan akak ipar aku !!
  • Jenguk-jenguk atau sergah aje kat penjual yang kedekut nak jual gula ( alaa..cuba kita tgk stor mesti ada, dia org sorok tuuu)>
  • Warning kat pemborong/peruncit atau org yg jual tuu..strategi ni dah basi daa...kerajaan pun dah malas nak layan!!
  • Kita sama-sama berkempen bagtau kat kekawan,sedara mara ,semua org KEMPEN TAK NAK GUNA GULA !!!
  • Kalau tau ada kes soro-sorok, kes tipu harga ,SEGERA bagitau Penguatkuasa KPDNK.
  • Kalau tak layan jugak , tulis kat bolg ni..
  • Atau kalau tak layan juga, telepon aje la kat bapak si Dafi tuu..

sekadar info...


- Senyum semanis gula

11 ulasan:

Pok Li berkata...

Dah kurang beli gula. Minum air pun dah tak kacau dah. Minum air kosong pun bagus ma.

Mien berkata...

Tak per ler tak der gula, fikir positif jer - baik untuk kesihatan. Depan rumah ada tanah, pakat-pakat ler tanam tebu. lepas 3 bulan tebu dah boleh tebang. Rasalah manis air tebu.......

Diarihatiku1976 berkata...

kita pun kurang guna gula dah sekarang.. maklumlah umur dah meningkat... tapi.. angin gak dgr taktik lama menyerang kembali.. almaklumlah.. nak musim perayaan kan... suruh jelah sidafi kempen tak nak gula...

ikan emas berkata...

PokLi,
ooo diet yer !!

Mean,
hehehe...mcm yer aje nk buat projek tuu..

Dairihati,
Bl kita kempen gitu nanti ada lak peniaga yg buat demo...

nohas berkata...

Tambahkan manis dalam senyuman..

Biasalah time raya ni ramai sangat nak kaut untung..

The Island of NAMOYAKI, berkata...

:) salam hormat kepada tuan empunya blog si ikan emas,

gula,
kita cadangkan supaya kerajaan tubuhkan syarikat GLC 'Government Link Company' yang hanya memproses dan membuat gula,

syarikat gula sediaada kini bermain harga dengan terma "competitive price" dan "customer demand" membuatkan harga gula jadi turun naik,

sekiranya kita ada 1 sayrikat GLC yang mengikut kadar harga setempat dan harga siling atau harga lantai,
maka sayrikat yang lain-lain itu tak berani lagi bermain catur pusing-pusingan,

boleh begitu?

salam hormat, salam singgah,

ikan emas berkata...

nohas,
ehem..mmg senyum selalu !!!

namoyaki,
thanks..
sebenarnya sy jg ingin menyentuh isu kilang gula tp gaya penulisan dan isu yg sentuh di blog ini lebih relax, santai dan mudah sj..

MMg hanya ada 2(3?) kilang gula yg tokehnya sama & kita tau sape..keuntungan kilang berlipat ganda, bonus kpd pekerja tiap tahn tak kurang 7 bln..,walau jd brg kawalan kjaan,pembekal(pengilang)ttp ambik kesempatan putar-belit dan mempermainkan isu ni..monopoli??? Bagaimna kalau GLC ?? sape plk yg kuasai??
fikirkan sampai bila isu ini tamat krn ia berlaku tiap thn .

Unknown berkata...

Hai, apa khabar? Terima kasih kerana mengikuti blog saya.

Tanpa Nama berkata...

[B]NZBsRus.com[/B]
Dont Bother With Sluggish Downloads With NZB Downloads You Can Swiftly Find Movies, Console Games, MP3 Singles, Applications and Download Them at Rapid Speeds

[URL=http://www.nzbsrus.com][B]Newsgroup Search[/B][/URL]

Tanpa Nama berkata...

It isn't hard at all to start making money online in the undercover world of [URL=http://www.www.blackhatmoneymaker.com]blackhat seo software[/URL], It's not a big surprise if you don't know what blackhat is. Blackhat marketing uses little-known or little-understood methods to produce an income online.

Tanpa Nama berkata...

[url=http://www.realcazinoz.com]online casino[/url], also known as settled casinos or Internet casinos, are online versions of famed ("confrere and mortar") casinos. Online casinos sanction gamblers to assess as some in and wager on casino games completely the Internet.
Online casinos habitually gamble ahead odds and payback percentages that are comparable to land-based casinos. Some online casinos contend higher payback percentages in the servicing of reproach retreat games, and some incline known payout destroyed audits on their websites. Assuming that the online casino is using an fittingly programmed indefinitely bunch generator, register games like blackjack clothed an established repress edge. The payout holding during these games are established to the waist the rules of the game.
Numerous online casinos lamina not at cuttingly or overcome their software from companies like Microgaming, Realtime Gaming, Playtech, Worldwide Be faced with Technology and CryptoLogic Inc.