Isnin, 24 Ogos 2009

Mari Berpantun Ke Permatang Pasir

Dulu PAS yang punya kerusi
Macam mana BN kali ini
Takkan lah takut lagi
Jangan malukan presiden parti

...sambungan

25 Ogos hari ditentu
Guna peluang sebagai penentu
Lupakan apa yang dah berlaku
Bulan Ramadhan eloklah kita berpadu

20290 jumlah pengundi
Yang keluar tak tau la lagi
Ada banyak hantu kata Khairi
Kalau cakap kena bagilah bukti

Anak emas kawasan dijanji
Janji ditabur untuk balas budi
Pangkah BN masa mengundi
Jangan pulak lupa jasa pengundi

Parti berkempen bermacam helah
Salah faham menjadi gaduh
Ejek mengejek apa nak kisah
Nak tarik penyokong sebab takut kalah

Kata mengata keji mengeji
Bila berkempen dah biasa jadi
Kalau mahu kita dihormati
Islam jadikan contoh terpuji

Rohaizat dikata tak berintergriti
Sebab seleweng duit koperasi
Salleh pun tak boleh dipercayai
Songlap duit kepunyaan parti

Calon BN dikata berpoligami
Namanya Hafizah ditinggal sepi
Apa nak heran cerita ini
Orang PAS pun ada buat macam ni

Dapat RM100 bila BN dipangkah
Siapalah yang punyai idea serakah
Jangan kelirukan pengundilah
Cara menipu yg tak dapat berkah

PRK ni dikata Najib lawan DSAI
Rohaizat lawan Salleh Man sekadar perisai
Banyak isu dan cerita yang dah terburai
Eloklah lepas ni minta ampun maaf bagi selesai

Pilihanraya dibuat di bulan puasa
SPR pilih hari bekerja
80% keluar telah dijangka
Namun kalau sikit ada yang suka

SPR kena keras bekerja
Agar imej dapat dijaga
Jangan salahkan selesema babi dan bulan puasa
Ajak pengundi guna hak mereka

Tiga penggal dah PAS yang punya
Kali ini siapalah pula
Dacing ke bulan fikir mana yang kena
Takkan tak serik lagi apa yang dah dirasa

Ini kubu kuat PAS yang cerita
Mereka yakin dapat tawan semula
5,433 majoriti masa PRU bulan tiga
BN nak menang tp macam Manik Urai pun tak pe laa

Salleh Man dah tujuh bertanding
Dia penentu hayat PAS di Pulau Pinang
Ayam tambatan dibiar berjuang
Ke syurga atau neraka kalau tak menang

BN pula menaruh harapan
Ramai yang datang termasuk TPM
Menang-kalah mereka dilupa jangan
Rakyat Permatang Pasir tetap diutamakan

Selamat mengundi org Permatang Pasir
Bawa kad pengenalan jangan tercicir
Takut nanti kena usir
Ada pulak yang ketawa berdesir-desir

200 PKR kedah dah sama-sama pakat
Exco jadi bebas depa pun dok sepakat
Harap-harap membawa berkat
Jangan sepakat dok nak menipu rakyat

Tempoh fasa pertama masih ada lagi
Ke mana pula kita lepas ni
Nak p Selangor atau Kedah la ni
Itulah cara hidup kita berdemokrasi...

7 ulasan:

Ashley Ahmed berkata...

salam,

Rohaizat dikata tak berintergriti
Sebab seleweng duit koperasi
Salleh pun tak boleh dipercayai
Songlap duit kepunyaan parti

Calon BN dikata berpoligami
Namanya Hafizah ditinggal sepi
Apa nak heran cerita ini
Orang PAS pun ada buat macam ni

Hahaha pedas2

Mak Su berkata...

salam ramadhan :)

ikan emas berkata...

Junah,
pedas mcm cili padi tp sedap!!!

MakSu,
Salam Ramadhan..ari ni bangun sahur kul brape?

Pok Li berkata...

Teringat cerita Jebat dan Tuah bertikam, berhenti seketika untuk lawan pantun pulak. Nak dengar Salleh dan Rohaizat balas pantun

BAM AL-HAJ berkata...

Nampaknya rakyat masih tidak sokong BN walaupun BN all out kali ini. Apakah 1Malaysia masih belum dterima atau ada sabotaj d peringkat UMNO Bahagian? Atau pengundi Cina tidak akan beralih arah sokong BN? Taktik lama BN tidak menjadi. Mana boleh kaedah Manek Urai di bawa ke PP. Bukankah Nabi bersabda: "Orang Mekah lebih tahu selok-belok Mekah, orang Madinah lebih tahu selok-belok Madinah"... Renung-renungkanlah...

ikan emas berkata...

Pokli,
laa ni susah nk karang2 pantun ni...

BAM,
kononnya umno dh berubah tp tgk ms kempen pr msh mcm dl gak...

IMANSHAH berkata...

Salleh Man menang. Tahniah!!