Isnin, 10 Ogos 2009

Selesema Babi Semakin Mengancam !!!

Dianggarkan 5,500 hingga 28,000 rakyat Malaysia akan mati dalam wabak selesema A (H1N1) jika 20 peratus daripada 27.7 juta penduduk negara ini dijangkiti virus tersebut. "Daripada angka ini (5.5 juta orang dijangkiti), jika kita anggarkan kadar kematian antara 0.1 hingga 0.5 peratus, kira-kira 5,500 hingga 28,000 penghidap selesema itu akan meninggal dunia," kata presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA). Ini berdasarkan unjuran yang dibuat oleh WHO.

Kelmarin, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata wabak influenza A (H1N1) kini ancaman serius kepada negara dan menasihati orang ramai supaya tidak menghadiri majlis perhimpunan di tempat awam.Beliau meminta semua rakyat mengambil langkah pencegahan secara menyeluruh ekoran angka kematian H1N1 meningkat lagi dan banyak sekolah dan institusi pendidikan tinggi ditutup kerana terdapat kes jangkitan."Kalau (majlis) perhimpunan itu tidak perlu, tidak perlulah melainkan ada sesuatu mendesak. "Tapi bila ada perhimpunan, kita akan tambah risiko kita kerana penyakit ini akan merebak,"

Sehingga semalam, lapan lagi dilaporkan meninggal dunia akibat influenza A (H1N1), menjadikan jumlahnya meningkatkan kepada 26 orang.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata kematian tersebut dilaporkan antara 3 Ogos hingga hari ini. Menurutnya, ada kematian tersebut yang hanya dikesan selepas dilakukan bedah siasat.

Ikan Emas:
Walaupun rakyat dinasihat jangan panik namun rakyat perlu sedar akan akibat pandemik terhadap diri, keluarga malah negara. Virus ini tersebar dan ancamnnya lebih teruk dari denggi. WHO melaporkan akan datang gelombang kedua yg katanya lebih dahsyat lagi.. ( Balasan tuhan kah?.

Rakyat kena sama-sama BERUSAHA MENCEGAH DAN MENGHALANG SERTA BERUSAHA MELAMBATKAN PENULARAN JANGKITAN, SETERUSNYA MENGURANGKAN KEJADIAN DAN KEMATIAN KES. virus ini dari terus merebak. Bagaimana kalau dalam sesebuah jabatan atau institusi hampir 50% kakitangannya terkena jangkitan ini? Terutama dalam perkhidmatan utama kerajaan..bagaimana kalau majoriti anggota keselamatan, pertahanan, kesihatan ,kebajikan, imformasi ,perhubungan dll kita lumpuh akibat virus ini?Bayangkan ..

Jangan hanya berharap tindakan Kementerian Kesihatan, mereka juga dah tak mampu nak mengawal dan melayan semua pesakit yang datang ke hospital dan klinik kerajaan. Doktor-doktor swasta pun kena la sama-sama membantu, dalam situasi sekarang jangan lah mengira keuntungan lagi .

Rakyat jangan hanya sebok dengan demontrasi, jangan asyik berbalah fasal politik, fasal isu-isu yang remeh temeh .Lupakan sekejap fasal pilihanraya kecil. Isu Teo biar pasukan inkues yang uruskan, usah kecoh sebab gambar gergasi PM di Bt Caves.Beri perhatian terhadap isu kesihatan ini. Sedarlah bahawa ancaman wabak penyakit boleh meruntuhkan sebuah kerajaan !!
Dah tercatat dalam sejarah ada tamadun yang runtuh bukan sebab peperangan bala tentera tetapi disebabkan serangan wabak penyakit..Wabak cacar telah membunuh 60 juta jiwa di Eropah ,termasuk melenyapkan lima pemerintahan beraja pada abad ke-18.Wabak Tifus dikatakan menyerang kota Athen purba Yunani yang mengorbankan ramai mangsa secara senyap.Semasa Napoleon berundur dari Moscow pada 1812,ramai askar Perancis meninggal dunia akibat wabak ini.Banyak lagi virus penyakit yang masih menular walaupun sudah ada vaksin ditemui..bagaimana pula Selesema babi H1N1 yang masih belum ditemui vaksinnya lagi??? Itu dulu ,sekarang dalam dunia globalisasi virus tersebut terlalu cepat bergerak dan menular .

Kita kenalah ikut nasihat Kementerian Kesihatan..jaga kebersihan. Jabatan/pejabat dah ada usaha ke nak bekalkan pekerja mereka dengan ’mask’?..Orang kiter ni kenapa malu sangat nak gunakan benda ni ? Ehh ia bukan diguna hanya bila ke mahkamah?? Apa juga tindakan kontijensi oleh perkhidmatan utama lain??

Selain individu,apa yang masyarakat setempat boleh lakukan? Elok laa dah ada syor (arahan) daripada JAKIM supaya semua masjid mengadakan solat hajat,bacaan Yasin, bacaan ’qunut nazilah’. Kat pejabat atau institusi pun patut buat juga hal ini.

Suatu program sempena bulan kemerdekaan yang Ikan Emas telah rancang bersama-sama sebuah IPT terpaksa ditangguhkan kerana pihak IPT berkenaan mengambil keputusan untuk tidak mahu mengambil risiko.Walaupun tiada arahan bertulis dari pihak kementerian mahupun mana-mana pihak berkuasa tetapi dari situasi dan keadaan yang dilaporkan termasuk suasana di IPT itu sendiri adalah dirasakan bahawa keputusan ini tepat,...TETAPI program berkenaan tetap kena diadakan di lokasi lain pulak!!
Walaupun ada Kenyataan YAB Perdana Menteri dan YB Menteri Kesihatan , Ikan emas pasti ramai lagi ( termasuk Ikan Emas sendiri ) masih keliru, berbelah bagi,serba salah serta tertanya-tanya bagaimana nak buat sekarang ? Banyak program yang diARAH WAJIB dilaksanakan. ..semua aktiviti memerlukan penglibatan orang ramai..bagaimana ?? Masing-masing tunggu keputusan hasil perjumpaan YAB PM dengan YB Menteri Kesihatan.

’Bismillahrirahmanirahim’
’Kami berlindung dengan Mu ya Allah! Tuhan yang memiliki keagungan dan kekuasaan, kami berpaut pada Mu ya Allah Tuhan pemilik sekelian alam yang ghaib, dan kami bertawakkal kepada Mu ya Allah yang hidup lagi tidak mati. Wahai Tuhan kami! Jauhkanlah kami daripada wabak ini, lindungilah kami daripada kebinasaan yang dahsyat dan peiharalah kami daripada segala penyakit berjangkit, taun dan bala bencana, dengan ihsan-Mu wahai Tuhan yang Maha Lembut lagi Maha Mengetahui sesungguhnya-Mu ya Allah Maha Berkuasa ke atas segala sesuatu. Selawat dan salam ke atas junjungan penghulu kami Nabi Muhammad s.a.w ,ahli keluarganya, serta sahabat-sahabatnya.Segala puji bagi-Mu ya Allah pemilik sekelian alam.”

p/s : Seorang anak rakan Ikan Emas berumur 20 tahun yang meninggal di asrama minggu lalu disahkan meninggal akibat H1N1 ni. Al-Fatihah untuk Allahyarham.

7 ulasan:

PenaKiri berkata...

selsema babi sangat bahaya sebab menyerang terus pada sel paru2.. Mereka yang dijangkiti terpaksa bergantung kepada bekalan 100% oksigen untuk 24jam sehari sehingga pulih selain terapi anti virus.

Dengan semangat ynag tinggi untuk hidup dan daya tahan badan yang baik boleh menyelamatkan seseorang yang dijangkiti penyakit ini.

Sebab itu kebanyakan orang yang mati akibat selsema babi ialah mereka yang berpenyakit, orang tua, kanak2 dan wanita.

Nasihat sy ialah jika kita mengalami tanda2 selsema babi jangan malas untk mendapatkan pemeriksaan awal di hospital kerajaan. Walaupun anda perlu menunggu berjam2 lamanya dan kemudian bertemu dengan staf yang jelas keletihan (dh tentu x senyum) hadapilah jua, fahami tugas mereka dan yang penting selamatkan nyawa anda.

Nak tanya sikit anak kawan berumur 20 tu belajar dekat shah alam ker?

Abu Aiman berkata...

Salaam singgah,
nampak gaya lambat lagi la penyakit ni nak 'menghilang'. Virus flu mmg mudah bermutasi, dan tak mustahil gelombang kedua akan terjadi. Di NSW ni, ada laporan mengatakan babi2 di sebuah ladang babi telah dijangkiti H1N1, dan virus ini akan menjadi lebih kuat berbanding sebelumnya...

nohas berkata...

Memang menakutkan selesema ni..pelbanyakkan istigfar kpd Allah disamping mendapat suntikan vaksin & mengikut arahan2 yg telah dikeluarkan oleh KemKesihatan...

zino berkata...

memang menakutkan... apa kata satu malaysia di kuarantin satu minggu.. kerajaan istihar cuti utk semua warga .. atau pemakaian topeng di wajibkan di tempat awam, siapa yg tak pakai kena kuarantin di lokap

Pok Li berkata...

Kematian yang meningkat setiap hari memang menakutkan. Jika berlaku gelombang kedua tentu lebih teruk. Setuju dengan pandangan bahawa langkah-langkah keselamatan sudah perlu ditingkatkan termasuk menubuhkan bilik gerakan disetiap daerah.

ikan emas berkata...

Fathi,
wah sudah bernama ya! lama tak lyn n3 sy yer?
sampai sy tersilap jwp soalan ni kpd org lain..

...ya di S.A tp sy msh hrp along ni bukan meninggal krn H1N1.

Aiman,
kita sama-sama berusaha menjauhkannya..

nohas,
masalahnnya kitabyk aktiviti soaial yg perlu dilakasana.

zino,
u pakai mask? sanggup ke kena kuarantin?

PokLi,
kempen jangan tak kempen!!

Unknown berkata...

Semua kejadian di muka bumi ini adalah kehendak ALLAH SWT termasuklah timbul dan merebaknya sesuatu wabak penyakit. Setiap yang terjadi itu ada sebab musababnya. Dan bukan satu yang pelik, kalau Allah nak turunkan bala bencana dek kerana kemungkaran yang telah manusia lakukan di muka bumi ALLAH ini. Jawablah dengan ikhlas pada diri sendiri...adakah kita termasuk dalam golongan mereka yang tidak serik-serik melakukan kemungkaran? Ya ALLAH ampunkanlah dosa-dosa kami dan dosa saudara-saudara kami.....