Khamis, 20 Ogos 2009

ISA - Relevan Lagikah????

Apa yang anda undi? Nak ke tak nak? Relevan lagikah? Kenapa sehingga mengadakan demontrasi Haram semata-mata nak menunjukkan sikap anti terhadap akta ini?


Ikan emas cuba tulis secara ringkas ,analisa secara mudah .Mai tinjau dan fikir-fikirkanlah kewajarannya ISA atau Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 ini.Perkara ini jelas bahawa dasar dan pendirian Kerajaan dah berjanji untuk MENGKAJI dan bukannya memansuhkan ISA. Malah JK Penyelaras yang dipengerusikan oleh YB Menteri Dalam Negeri semalam melaporkan akan membawa perkara ini ke sidang Parlimen pada bulan Oktober nanti untuk dibahaskan...

Kenapa mesti berDemontrasi ?

  1. GMI (Gabungan Mansuhkan ISA) yang mendakwa kononnya mereka bukan politically based .Tak sepatutnya mana-mana pihak dalam kerajaan atau BN menyokong perhimpunan haram tersebut.Sebenarnya ia didalangi oleh parti pembangkang yang kemudian lepas tangan. Ke mana mereka ?
  2. Sebaik dilantik menjadi Perdana Menteri, YAB Dato Sri Najib mengambil tindakan untuk membebaskan 13 tahanan ISA.
  3. Pihak pembangkang yang berselindung disebalik GMI telah menjatuhkan imej negara menggunakan taktik demontrasi jalanan kerana ia mudah menarik perhatian media antarabangsa.
  4. Bagaimana masyarakat Cina menentang ISA sedangkan majoriti tahanan ISA adalah kaum Melayu, beragama Islam yang terlibat dengan kegiatan militan dan ekstremis.
  5. Masyarakat Cina dan peniaga Cina pun nak menyaman GMI kerana menjejaskan aktiviti perniagaan mereka sehingga kerugian dan kerosakan harta benda yang dialami semasa demontrasi tersebut.
  6. Rata-rata yang menyertai demontrasi tersebut ialah kaum Melayu, maknanya hanya orang Cina yang mempunyai kepentingan dan agenda peribadi atau politik.
  7. Kalaulah benar ISA menzalimi orang Islam,kenapa PAS sebelum ini membisu apabila kira-kira 78 orang Melayu ( termasuk anak YAB MB Kelatan) yang terlibat dalam kegiatan Kumpulan Militan Malaysia dan JI? Kenapa membisu??
  8. ISA bukanlah satu undang-undang draconian.Hak tahanan adalah terpelihara.Dalam tahanan mereka memperolehi kemudahan-kemudahan yang sepatutnya, boleh dilawati keluarga, malah mereka boleh memohon untuk mendapatkan bantuan kewangan melalui JKM untuk meringankan beban keluarga mereka .Bantuan antara RM70.00 hingga RM700.00 .
  9. Objektif utama ISA adalah pemulihan tahanan dan mencegah mereka daripada mengancam keselamatan negara.’Program Pembangunan Insan’ ini meliputi displin,pembinaan sikap dan latihan dan program kemahiran sosial.Ia jelas bukan bersifat hukuman (punitive) tetapi lebih bersifat pencegahan (preventive).
  10. Tahanan pencegahan di bawah ISA ini tidak dibicarakan di mahkamah kerana tangkapan yang dibuat di bawah peruntukan Seksyen 73(1)ISA oleh pihak polis adalah bergantung kepada maklumat-maklumat keselamatan.Ini bermakna pihak Kerajaan benar-benar dah berpuas hati dengan siasatan dan risikan yang menyeluruh.
  11. Benarkah tahanan ISA tiada hak untuk membela diri?
    Selaras perkara 5(3) Perlembagaan Persekutuan,Mereka yang ditangkap dan ditahan di bawah ISA mempunyai hak untuk diberitahu sebab-sebab dia ditangkap dengan seberapa segera.,boleh mendapat khidmat dan dibela peguam yang dipilihnya.
  12. Perkara 5(2) juga menyatakan bahawa tahanan berhak memfailkan permohonan Writ of Habeas Corpus di Mahkamah Tinggi sekiranya mendapati penahanan yang dilakukan menyalahi prosedur, peraturan atau undang-undang.
  13. Rayuan juga boleh dibuat kepada Lembaga Penasihat yang dilantik oleh D.Y.M.M Yang di-Pertuan Agong dan dipengerusikan oleh seseorang yang layak mengikut Perlembagaan Persekutuan untuk dilantik sebagai seorang hakim. Lembaga Penasihat ini akan membuat keputusan setelah menimbang aspek-aspek seperti keadilan, hak asasi manusia, kepentingan negara dan sebagainya.Tahanan pula dibenarkan untuk diwakili oleh peguam semasa rayuan di hadapan Lembaga Penasihat.

KENAPA ISA TIDAK PATUT DIMANSUHKAN.

  1. Kita patut lihat ISA dari perspektif yang lebih besar bukan sekadar hak asasi individu ,kepentingan peribadi dan politik individu.
  2. Dalam negara yang majmuk ini, ISA diperlukan sebagai undang-undang pencegahan untuk melindungi negara daripada insiden buruk yang dan mudah boleh memusnahkan perpaduan kaum dan negara.
  3. Ingat tak? Sebelum peristiwa 11 September 2001 ,Amerika Syarikat amat menentang ISA yang kononnya didakwa melanggar hak asasi manusia.Nah sekarang AS tak berani lagi membangkitkan isu itu kerana negara itu sendiri menggunakan USA Patriot Act.
  4. Jangan takut dengan ISA,yang perlu diberi perhatian ialah kesan dari tindakan dan akibat jika negara diancam keselamatan yang menggoncang kestabilan, keamanan dan keselamatan negara.
  5. Negara akan terdedah kepada ancaman –ancaman keselamatan, ada yang mengambil kesempatan membincangkan isu-isu sensitif yang kononnya Hak kesamarataan sedangkan mereka sebenarnya mengadaikan negara untuk meraih kuasa politik.
  6. Ada banyak jenayah terancang, ancaman keselamatan dan anasir subversif yang wujud secara sistematik yang tidak mudah untuk ditangani sebagaimana jenayah biasa.
  7. Rujuk kes Nordin Mat Top yang tidak dapat bergerak di negara ini kerana kawalan ketat oleh pihak berkuasa negara ini yang disokong oleh undang-uandang seperti ISA
  8. Penahanan ISA juga kadang kala nya bertujuan untuk menjaga keselamatan diri individu yang terlibat. Ini kerana jika beliau dibiarkan bebas, nyawanya akan lebih terancam.
  9. Kalau lah Kerajaan kini segera membuat pindaan kepada ISA, maka Kerajaan akan dilihat sebagai tunduk kepada desakan pembangkang yang menggunakan pelbagai taktik termasuk demontrasi jalanan untuk kepentingan politik mereka.

FIKIR-FIKIRKANLAH ...

  • Demontrasi jalanan yang diadakan di negara ini hanya bermotifkan politik .
  • Keselamatan negara mesti dipelihara dan diutamakan.
  • Kebebasan bersuara bukan untuk dipergunakan sewenang-wenangnya.
  • rakyat atau mana-mana pihak yang tidak berpuas hati terhadap sesuatu perkara seperti ISA boleh meluahkannya secara lebih berdisplin,misalnya dengan mengadakan tunjuk perasaan secara aman di dalam kawasan khusus seperti di stadium sebagaimanan saranan YAB Perdana Menteri. Mungkin Akta Polis berkaitan permit untuk mengadakan perhimpunan pun akan dikaji semula.
  • Rakyat perlu faham dah jelas bahawa Kerajaan telah berjanji untuk MENGKAJI tetapi tidak akan memansuhkan ISA.dan antara perkara yang hendak dikaji termasuklah cadangan untuk memendekkan tempoh tahanan selama 60 hari seperti sekarang...tunggu sidang Oktober nanti mungkin perkara ini akan dibawa.
  • YAB Perdana Menteri sendiri memaklumkan bahawa semua pihak termasuk pembangkang dan pelbagai pertubuhan sivil akan diberi peluang utnuk mengemukakan pandangan.
  • ISA –ia suatu akta bagi mengadakan peruntukan mengenai keselamatan dalam negeri Malaysia, tahanan pencegahan, pencegahan perbuatan subversif, penghapusan keganasan berancang terhadap orang dan harta dalam kawasan-kawasan tertentu di Malaysia, dan mengenai perkara-perkara yang bersampingan dengannya.....(Msia Barat-1 Ogos 1960, Msia Timur-16 September 1963).

5 ulasan:

Ashley Ahmed berkata...

Salam,

Betul!

ISA tercalar kerana digunakan untuk tujuan politik persendirian.

Tapi ISA perlu untuk agen asing, pengganas, pensabotaj, ajaran sesat, pelampau dan perkauman.

ikan emas berkata...

Junah,
isu ni sengaja disempitkan..baca akta ini keseluruhannya. Mungkin mmg ada yg perlu dipinda.

nohas berkata...

Item 8 - 13 'kenapa mesti berdemontrasi' cuma diatas kertas shj, sgt jarang dipraktikkan. Ada yg x pernah dipraktikkan.

Mungkin sdri tak pernah tengok pameran ISA, apa yg mereka perlakukan kepada tahanan ISA, diperlakukan spt 'anjing', sangat menjatuhkan maruah sebagai manusia..

'Innocent until proven guilty'..janganlah kita menyokong dan mendokong mereka yg zalim dan berbuat zalim..

Lin berkata...

SALAM

SEMPENA MENYAMBUT BULAN RAMADHAN INI SAYA INGIN MENGAMBIL KESEMPATAN UNTUK MEMOHON MAAF ATAS KEKASARAN BAHASA SEMASA MEMBERI ULASAN KEPADA SAUDARA-SAUDARA SEKALIAN

SEMOGA RAMADHAN INI DAPAT MENYATUKAN HATI UMAT ISLAM DI MALAYSIA INI...

SALAM SEJAHTERA

Basuh Baju berkata...

eh ada lagi bincang psl ISA?

mslhnya skrg kalau tak nak mansuh ISA, pindalah akta tu..

org bengang sbb ISA disalahgunakan..