Jumaat, 7 Ogos 2009

PANDEMIK H1N1-MAI KITA BUAT PENILAIAN SENDIRI

Sehingga 6 Ogos jumlah kes di Negara ini ialah 1,492 dengan jumlah kematian 14 orang (tidak termasuk 2 kes di Swak). 38% merupakan kes import dan 918 962%) kes jangkitan tempatan.

Jangan panik, jalani kehidupan seperti biasa tetapi golongan yang disenaraikan berisiko tinggi dan mendapat selesema diminta lebih berwaspada dengan tahap kesihatan masing-masing berikutan kes-kes yang dilaporkan akibat virus selesema babi atau influeza A H1N1.

Di Negeri Sembilan kes pertama disahkan pada 3 Jun 2009 merupakan kes import dan pada 27 Jun kes jangkitan tempatan pertama disahkan.Dah ada 135 kes positif di negeri ini dengan 1 kematian.Kebanyakan kes-kes kematian melibatkan pesakit yang berisiko.


MARI KITA BUAT PENILAIAN SENDIRI ( Home Asessment Tool)
( Sila jawab soalan berikut dengan jujur....jawab YA atau TIDAK)

Adakah anda mengalami gejala berikut?

1.Kesukaran pernafasan ; Sesak nafas, bernafas dengan cepat, warna bibir bertukar ungu atau biru
2. Batuk berdarah atau kahak berdarah
3. Sakit dada yang berterusan
4. Cirit birit dan/ atau muntah yang berterusan
5. Deman berterusan lebih daripada 3 hari atau berulang selepas 3 hari
6. Tingkah laku tidak normal, keliru, kurang tindak balas, sawan.
7. Berasa pening apabila berdiri dan / atau kencing yang kurang .

IF YES, PLEASE SEEK FOR EARLY TREATMENT !!!

p/s : Seminggu berada dalam keadaan tak menentu.Alhamdulillah dah sihat sepenuhnya selepas mengamalkan doa,zikir ,bismillah6 dan berkat air zam-zam.

6 ulasan:

AiNeRzA berkata...

Tu ler...selalu amalkan doa...sihat datang dari DIA...x sihat pun datang dari DIA...sambil usaha...diiringi dengan doa...Insya-Allah...

Unknown berkata...

rasanya air zam2 tu penawar terbaik untuk penyakit H1N1 kot

ikan emas berkata...

Ain dan Z,
Benar, berkali-kali ke klinik tp gitu jgk. ..tetiba dpt ilham lebih baik sy memohon dan meminta terus kpdNYA...terasa keajaibannya, bangun pg tuu terus segar bugar!! Syukur

Faridrashidi.Com berkata...

Alhamdulillah, terima kasih atas infonya. Semoga dirahmati Allah.

Pok Li berkata...

Lebih banyak berzikir lebih baik

Mien berkata...

H1N1...... kita kena berusaha menjaga kesihatan. Sungguh ajal maut tidak kita tahu bila menjelma. Sama-samalah sedekah Al-Fatihah kepada saudara kita yang telah menemui ajal disebabkan H1N1 ini. Anak kepada salah seorang rakan saya berusia 16 bulan ( bayi ) juga telah menemui ajalnya. Al-Fatihah.