“Ikan Emas ! tahun ni ada bendera free?”..ayat lazim yang ikan emas biasa terima tiap kali Ogos menyinar tiba..minta satu dua boleh tahan lagi , ini sampai nak bagi satu kawasan pilihanraya ….adoiiii. Harga sehelai Jalur Gemilang 2’x4’ tak sampai RM10 pun, utk kereta pulak hanya RM2 .Eh beli rokok yang berbelas ringgit ,belanja kat kedai mamak pun lebih dari itu. Kenapa ?
Hari ini dah 27hb Ogos.Bulan kemerdekaan nak mula dirai. Ramai yang kata kenapa tahun ni rasa suam-suam, suram ,lemah longlai .Tiada mood ? Tiada semangat? TV dan radio pun masih kurang iklan dan program kemerdekaan.Belum ada lagi putaran lagu-lagu patriotik. Adakah selesema babi dan bulan puasa menjadi penyebab? Ehh..penularan wabak ini dan sambutan Ramadhan bukan bermakna kita mesti tak perlu mengibarkan bendera sebagai tanda kemegahan menyambut bulan kemerdekaan.
Kat Bandar Seremban ni pun banyak premis perniagaan yang masih belum memasang bendera , ada plk yg pasang tapi warnanya macam dah 10 tahun recycle balik.Ada yang hanya harap PBT yang hias dan harap bagi percuma .Hi itu peniaga yang juta-juta dapat tiap bulan, bagaimana pula warga Negara Malaysia yang lain ? Dah pasang bendera kat rumah ? ada pasang kat kenderaan?.
Atau adakah hanya program hiburan dan seronok-seronok sahaja sebagai cara atau budaya generasi sekarang menyambut erti kemerdekaan? Atau masih wujud jiwa-jiwa yang belum merdeka?
Kenapa mesti pasang bendera ??? ( ohh ada jgk yg masih tak paham !!!…)
Mana ada negara merdeka yang tak de bendera? Ia lambang kepimpinan, simbol penghormatan martabat dan kewarganegaran sesebuah negara. Ia tanda kebesaran dan kedaulatan Negara..Simbol semangat patriotisme .Bendera Malaysia menggambarkan penyatuan negeri-negeri dan perpaduan rakyat dan kerajaan.
Dah tu setiap rakyat mesti rasa bangga ,megah mengibarkannya..Rasa hormat tehadap bendera menunjukkan rasa cinta kita kepada negara.Ya.!.ia hanya simbol tetapi di sinilah bermulanya kesedaran dan semangat patriotik kita.
19 Mei 1950 – Persetujuan dari King Geogre V1.
26 Mei 1950 – Kali pertama dikibarkan di perkarangan Istana Selangor, Kuala Lumpur.
di Padang Hilir ,Melaka .
dan ia juga diturunkan tepat jam 12.00 tengah malam di Padang Kelab Selangor .
Bendera Persekutuan Tanah Melayu dinaikkan !!!
16 September 1963 – Bendera ini diubahsuai.
2 Jun 1997 – Ia dinamakan ’Jalur Gemilang’ cadangan nama oleh Redzuan Tamin, pegawai dari Jabatan Muzium dan Antikuiti.
16 September 1963 – Bendera ini diubahsuai.
2 Jun 1997 – Ia dinamakan ’Jalur Gemilang’ cadangan nama oleh Redzuan Tamin, pegawai dari Jabatan Muzium dan Antikuiti.
Ayuh ,mai kita kibarkan Jalur Gemilang, kat kenderaan , kat rumah, bangunan ,kibarkan ia di mana-mana..Bangkit dan tunjukkan rasa CINTA !!!
4 ulasan:
Kenapa nak merdeka baru nak pasang bendera??kenapa bulan2 lain bendera hanya berkibar di jabatan2 kerajaan sahaja??kita patriotik bermusim je
Bendera dah ada. nak cari tiang pulak.
iman,
rumah sy sepjg tahun psg bendera.
PokLi,
ada-ada je kan...semua nak free
from ace: .. bendera adalah lambang kemerdekaan,, TANDA.. byangkan dunia tanpa tanda?? sign?? mcmne.. sori sy xbrpe jelas dgn statement ikan emas,, maksud tunku abd rahman tu,,
Catat Ulasan