Selasa, 29 Mac 2011

Prejudis @ Persepsi? ..Wanita Oh Wanita

Datuk Bung Moktar yang bininya cantik molek gebu montok tu tetiba dapat idea nak bangkitkan kehangatan di Dewan Rakyat dengan mendakwa pemanduan golongan wanita di negara ini kebanyakkannya amat berbahaya sekali gus boleh mengundang kemalangan. Macam tak ada isu lain yang lebih dasar untuk dibincangkan..Jangan marah kat YB ni..sebab di Kinabatangan kemalangan kat sungai pun banyak..jalan raya pun banyak yang tak elok lagi.. *******************************************

INI MERUPAKAN ENTRI lapukberhabuk YANG IE TULIS DAH LAAAMA DULUUU. BILAN BUNG BANGKITKAN ISU INI..

TERINGAT PULAK. MAKA APA KATA KITA ULANG KAJI ..


Waa..Pompuan la tu..haa prejudis terhadap kaum wanita .

Atau sekadar persepsi ?


Akhirnya kuterima juga surat darinya ni..aduhai ,konon ingat terer beno tak kan dapat surat-surat yg macam ni.. terima aje laa..esok2 ku p la jumpa dia org yg nak sangat tengok macam ne aku ni…tak pasal2 terbang duit aku kena bagi kat depa. Ayatnya cintannya berbunyi begini "Pemandu kenderaan motor nombor pendaftaran.....dikatakan atau disyaki melakukan kesalahan berkaitan dengan pemanduan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987….bla, bla..bla….

Padan muka aku..selama ni ingat Highway Sban-Kl ku dah hafal mana tempat-tempat yg ada camera speed trap, kena jugak! Tapi nak Tanya la kat kekawan..


Apa reaksi anda bila tengok yang memandu dalam situasi begini ;-


1. Asyik-asyik tekan break.. ada corner tekan break, selekoh sikit tekan break ,sian pulak tengok lampu break tu.


2. Bila kat simpang, tetiba je ada yang celok tak bagi signal nak masuk kiri ke kanan?


3. Tengah2 jem giler dalam 3 lorong ni, ada hati la kiter nak masuk line kanan ke o kiri ke..ehh hampeh kete sebelah ni tak bagi peluang langsung ..


4. Satu lagi…terhegeh-hegeh kejap kiri kejap kanan ..lembap semacam jer.


5. Kalau depa nak motong kiter ,layan dia jer..sop sap..kadang2 signal pun lupa.


6. Haa…kat depan ada ‘bumper’ yg kete tu dok laju giler je…


7. Ada lobang,lopak pun hentam langgar aje.


8. Tgh jalan kat highway..orang dah kata kalau nak makan angin jalan la kat lorong kiri, tapi depa ni syok pulak kat lorong tengah..tu pun leh tahan lagi..kdg2 lorong kanan…selamber dek jer .


9. Bila dah leka makan angin atau berhati-hati sampai pegang stereng makan nak tegang lengan tu..ada pulak abang pon pon bagi horn..hoi..apa ingat sper ? nak lawan ?..siap bagi signak buku lima lagi ..manis tu..kalau yang blue yellow ??..hah kau ??


10. Kalau parking tu..main letak jer tak kawasan paip bomba pun depa masuk..kalu boleh nak bawa kete tu masuk dalam kedai yg depa nak p shoping tu.


11. Ehh,ada kereta terbiar kat tepi jalan ,pancit..sape punyae kereta daa.


12. Kalu depa yang tua bawa Merz mesti mamat akan cakap yg tu mesti bini millioner tapi kalu muda pulak depa dengki kata yg tu mesti ada yang taja..


13. Ehh ..sempat pulak masa tgh pegang stering depa make up,calit eyeshadow,lipstick, tadi kat rumah tak sempat,sebok bancuh air utk laki..


14. Bila pe-pe hal jadi kat tengah jalan…ha panic macam ner ni?apa nak buat ni? Mana nak bukak bonet enjin ni?Ntah2 minyak yg abis … Tapi tak pe ramai balak yg tolong.


Opps..ikan emas tak termasuk dalam kategori –kategori merapu ni.. Haha…kan dah kata mesti ada yg jawap ’ TU MESTI POMPUAN” Sabar lah .jangan la macam tu..sebenarnya pemandu wanita ni berhemah, bersopan, berhati-hati.. tak caya? Tu yang banyak accident tu kan ke sebab pemandu lelaki!! Kereta ikan emas pun dah terguling-guling 2-3 kali disebabkan pemandunya pun jejaka macho..sabar,sabar.








11 ulasan:

kakcik berkata...

Banyak kemalangan yang terjadi didapati pemandunya adalah lelaki..

ikan emas berkata...

Kakchik,

yang jadi mangsanya pulak ialah wanita..

dah la jadi mangsa kemalangan..
jadi janda pun ramai disebabkan kemalangan

Abd Razak berkata...

Assalamualaikum IE...

Baru nak baca keluar lak WARNING NI, sempat klik kat komen dan terus tutup blog IE..

Warning: Visiting this site may harm your computer!
The website at aksarapower.blogspot.com contains elements from the site chedet.co.cc, which appears to host malware – software that can hurt your computer or otherwise operate without your consent. Just visiting a site that contains malware can infect your computer.

cemomoi berkata...

hehhh memang lelaki buat macho je walopon salah

zino berkata...

macam marah je.. hehe... sesekali nak juga bincang isu wanita.. hehe.. tapi pengalaman saya pemandu wanita ni memang tak akan kasi can kalau kita nak masuk lane dia.. pasti dia menonong ke depan hehe..

bila setiap kali tak boleh nak masuk tu cakap dengan mem ni mesti pemandu wanita memang konfirm hehe

jangan marah no...

sahromnasrudin berkata...

assalamualaikum..

no komen..nanti sharizat mengamuk plak huhuhhh

ikan emas berkata...

Ust Raz,

salam..

iyer ker ?

eh kena hati-hati ni..

ikan emas berkata...

cemomoi,

betoi betoi betoi..

ikan emas berkata...

zino,

hehehehe

byk pulak kes gaduh syg fsl isu ni

ikan emas berkata...

SN,

suker jg kalu tgk shahrizat gan bung bergaduh..,,

Yunus Badawi berkata...

Saya setuju dgn pandangan Zino sebab saya pun biasa mengalaminya.

Kalau kita nak masuk, pemandu perempuan jarang nak bagi line. Makin dia tekan minyak adalah. Tapi bila mereka nak masuk, expect kita kena bagi laluan. Biasanya signal pun tak beri.

Kita takde masalah nak bagi. Cuma minta dgn baik apa salahnya.