Selasa, 22 Mac 2011

Mereka PERMATA bersinar yang mesti terus DIGILAP dan DIJAGA

Alamak…susah nak cari makan lepas ni.
Malam tadi leka dan terpaku di katildepan tv..aduhai..anak sape la mereka ni.

Mereka masuk gelanggang dengan penuh kenyakinan. Kecomelan dan kiutnya mereka menjadi tarikan utama..
Segala ruang dan pentas digunakan.

Hebat, petah ,sopan, kata-kata yang tersusun, tonasi suara yang amat baik, ekspresi muka yang bukan lakonan..kontak mata yang merata..mainan bahasa badan yang memukau.

Penggunaan bahasa yang berbunga-bunga namun mudah difahami. Ada juga yang menggunakan bahasa asing. Sebutan yang amat jelas dan tiada yang tergagap-gagap.

Audien berjaya dipengaruhi dan dijadikan pelakon tambahan.

Isi disusun kemas. Diterapkan dengan isu-isu dan perkembangan semasa , isu tempatan , isu global dan relevan dengan usia . Tahap kupasan idea mereka menjangkau jauh dari realiti usia sebenar mereka.

Elemen-elemen keagamaan, hiburan dan ilmu pengetahuan serta motivasi .
Sesekali kita dibawa jauh ke sejarah silam..kemudian dibawa bergelak ketawa, senyum simpul..tiba-tiba kita dibawa ke suasana sedih pilu dan insaf.

Mereka berbakat sungguh. Boleh jadi penceramah, pakar motivasi, guru, pelakon, penyanyi , pemuzik dan imam...ah mereka bakal Dae'i

Malah terkesima bila mendengar cara mereka menjawab soalan spontan yang diajukan selepas selesai pidato mereka..

Yang pasti walaupun mungkin mereka menghafal setiap skrip dan dialog tetapi nampaknya setiap ungkapan yang dilontarkan lahir daripada naluri mereka.

.Dramatik..fantastik..kagum sungguh. Mereka masih kecil tapi berjiwa besar. Mereka lah penerus legasi pimpinan sekarang.

Amirul Munir akhirnya menang nombor satu….malah semua memang budak- budak yang hebat!!!

Ke mana kah mereka selepas 10 atau 20 tahun akan datang ??

Syabas RTM, JAKIM dan penaja..

Adik-Adikku Insyaallah Boleh !!!!

p/s: masalahnya selepas ini kena sediakan kos yang agak terkejut kalau nak panggil mereka ….









7 ulasan:

Rozali berkata...

Assalamualaikum IE

rancangan sudah terlalu ok
tapi sayang ada yg tak tutup aurat

Wassalam

ikan emas berkata...

TokLi,

M'salam..

ramai yg komen isu yg sama..

dah byk kali tp nmpaknya msh sama.

ikan emas berkata...

TokLi,

M'salam..

ramai yg komen isu yg sama..

dah byk kali tp nmpaknya msh sama.

sahromnasrudin berkata...

assalamualaikum

saya belum berpeluang menonton rancangan ini..tapi melalui komen orang ramai ramai yang suka akan rancangan ini

ikan emas berkata...

SN,

mlm td program akhir musim ke 2.

Ada siaran ulangan..tak ingatt bila..tunggu

IMANSHAH berkata...

Salam

Rancangan apa ni. Ya ALlah dah hilang nafsu menonton TV

ikan emas berkata...

IS,

ish ish ish...
rancangan kanak-kanak..
hebat kata ko.

macam program imam muda jgk la..ramai yg terlepas musim pertama