1. Tea lady.
.Jawatannya bukan macam Kakchik seroja. Yang ni kena rajin masak .tak kira teh tarik ke, roti canai ke..kena pandai cari penganjur terutama yang dacing ..ataupun penganjur yang cari.Bayaran cash..sebab tauke semua tengah kaya..
2. Pilot
Tempoh masa kerja yg terpenting pada 6 Mac 2011.Bos akan arah pilot ambik anak buah dia kat mana—suruh hantar kat mana-mana sekolah n masa dalam kete tu pilot ni kena guna skill mengayat ..skill memangkah pun kena 1st class.
3. Usahawan
Yang ni kena daftar dulu kat Tok Nik Bulan…sebab depa yang dok cari tempat dan tolong buatkan publisiti.Tak perlu ada lesen atau permit…sebab tempoh masa berniaga kat bandar buah limau dan jengka ni terhad dan tuan tanah pun baik hati.
4. Nama jawatan – Juruheboh Gaji –
tengok kepada kadar atau gred bunyi yang dikeluarkan.
Syarat kelayakan – suara mesti power, pandai buat publisiti,mesti pandai mengayat,sanggup bekerja tak kira masa dan tempat,kalau pandai kelentong diberi keutamaan, tak pandai tipu tapi pandai auta,pandai cari hal (isu),pandai korek rahsia org terutama kalau kes peribadi ke skandal ke…….
.Deskripsi tugas – kejar sana,kejar sini..cakap sana cakap sini..jerit sana jerit sini..bersilat dengan suara,
5. Nama jawatan – Tukang Catat
Bilangan kekosongan – tak kira berapa banyak pun, asal sanggupGaji – bergantung pada kos hidup si penjawat.
Syarat kelayakan – mesti pandai tulis,pandai mengayat.akalau ada ciri-ciri provokasi,fitnah@ lagi baik..
Deskripsi tugas – Rakam, catat dan tulis apa-apa ajela yang berkaitan dengan situasi kat tempat bertugas. Tak kira statemanet sape..Tak kira kat mane orang bercakap..kat dewan ke, kat rumah ke/,kat masjid ke, kuil ke, felda ke ..catat aje laaa.. pastu publishkan kat- mana-mana blog ke ,fb ke, twitters ke..kos murah sikit.Catatan ini mesti disimpan sebab ia boleh jadi bahan bukti...mana tau nanti boss terlupa lak nak tunai janji..
6. Nama jawatan- kuli rakyat
Bilangan kekosongan – 2 sahaja.
Satu kena lapor diri kat negeri tak ada raja ..dan satu lagi kat negeri bersultanah cantik molek.
.Syarat kelayakan – sanggup berenang tenggelam timbul bersama boss,penambilan menarik ,duit banyak.
Deskripsi tugas -pandai cakap,pandai ambik hati orang, kalau ada bini/laki mesti yg tak cemburu.rajin ke sana sini kena ‘alim’. Semangat berjuang (dalam hati utk diri snd)..pemurah ( sebab tiap kalu jumpa boss,kiter lak yang kena hulurrr) mesti sentiasa senyummmmmmm( walaupun terpaksaaa.
Oleh sebab jawatan ni terhad, calon kena sediakan RM10,000 sebagai cagaran....kena pastikan ada panel penemuduga yg pilih kalau tak duit ni selamat masuk akaun gomen.
Borang pulak kena ambik kat Pej DO Jasin, Pejabat DO Temerloh atau Spr yang terdekat. Cari saksi org kampong Lipat Kajang ( eh..kebetulan ke ????? (eh macam nak kawin pulak nak bersaksi-saksi.)
Kena ada logo .Dacing DAN Bulan dah ada orang booking.
Tarikh tutup permohonan pada 26 Februari 2011 .Temu duga pada 6 Mac 2011
panel penemuduganya pulak nya seramai 10,767 di Merlimau dan 9099 di Kerdau…(omak aiii…cantik pulak nombor ni.
p/s : Sebenarnya ini entri ulang tayang...rasanya masih relevan....IE edit sikit. Harap boleh dijadikan bacaan.
