Isnin, 3 Januari 2011

PanTun Dulu-Sekarang... FaSal BoLa

HARIMAU MALAYA
Baik-baik bertanam petola
Jangan sampai di makan buaya
Baik-baik bermain bola
Jangan sampai jadi bahaya

Baik-baik bertanam petola
supaya menjadi kacang dan sayur
Baik-baik bermain bola
Supaya menjadi kaya dan mashyur

Baik-baik bertanam petola
Jangan sampai tumbuhnya lada
Baik-baik bermain bola
Jangan sampai artis mengoda

Baik-baik bertanam petola
Jangan lupakan nangka dan turi
Baik-baik bermain bola
Jangan lupakan Negara sendiri...


fahmifahnafahnofahnifahta....
p/s; rupanya ada yg tak tau 'Harimau Malaya' tu spesis yang dah semakin pupus.Kena cari spesis rimau baruyang boleh dinamakan Harimau Malaysia....
.jangan la pulak pemain bola kita pun makin pupus juga.

















14 ulasan:

Abd Razak berkata...

Baik-baik bertanam petola
Jangan sampai di makan lebah
Baik-baik bermain bola
Jangan sampai lupa beribadah

cemomoi berkata...

baik-baik le tanam tebu
nanti banyak semut hurung
menang sekali dah haru-biru
pakat semua nak tinggalkan kampung

ikan emas berkata...

UST RAZ,


DARI PEKAN KE SHAH ALAM
BILA MEMANDU SEKEPAT KILAT
ASYIK BERMAIN HINGGA KE MALAM
BILA MASANYA NAK SEMPAT SOLAT ??


...OPSS SKUAD HARIMAU MALAYA KITA TAK GITU ....

IMANSHAH berkata...

Baik-baik bertanam petola
Usah sampai tangan tersepit
Baik-baik bermain bola
Usah rasuah datang menghimpit

ikan emas berkata...

CMOMOI,

BAIK-BAIK BERTANAM TEBU
BIMBANG DIHARUNG SI SEMUT JANTAN
MENANG SEKALI DAH KENA SERBU
BILA DAH GLAMER LUPA DARATAN...


BILA MENANG DIPUJI
BILA KALAH DIKEJI..

ikan emas berkata...

IMANS,

BERMAIN-MAIN TEPI TELAGA
JANGAN MENGATA SI BURUNG WALIT
TAK SECANTIK HARGA TAK MURAH
BERMAIN BOLA DEMI NEGARA
JANGAN MATANYA RABUN DEK DUIT
TERCALIT NAMA TERGADAI MARUAH

al-lavendari berkata...

BAIK-BAIK BERTANAM PETOLA
JANGAN SAMPAI DI MAKAN KUDA
BAIK-BAIK BERMAIN BOLA
JANGAN TERLEPAS MAGHRIB DAN ISYA.

Rozali berkata...

Assalamualaikum IE

amboi2
semua berpantun
saya tak reti
reka pantun dari tadi
tak jadi2....he he

Wassalam

zino berkata...

baik baik bertanama petola
rama rama ada ke pongpong
baik baik bermain bola
jangan setakat jaguh kampong..

ikan emas berkata...

TUAN AL,

BAIK-BAIK BERTANAM PETOLA
JANGAN SAMPAI DIMAKAN KUDA
BAIK-BAIK BERMAIN BOLA
SEMOGA SOLAT MEREKA TAK LUPA

ikan emas berkata...

TOKLI,

KALAU TUAN BERSOPAN SANTUN
AMALAN BAIK ITU YANG PENTING
KALAU TUAN TAK BOLEH BERPANTUN
APA KATA KITA BERCHATTING

ikan emas berkata...

ABG ZINO,

TANAM KELADI DENGAN KEDONDONG
BUAH BERINGIN DIMAKAN CIK SITI
BARU MENJADI JAGUH KAMPUNG
SUDAH TERINGIN KE MU CITI..



DUIT DUIT DUIT

cikceriacorner berkata...

Baik-baik bertanam petola
petola terselit dicelah gigi
baik-baik bermain bola
supaya malaysia menang lagi

sahromnasrudin berkata...

baik2 bertanam petola..
aku tak makan petola..
tanpa bola..
stadium bukit jalil takda makna huhuhuh....