Khamis, 13 Januari 2011

INTERLOK – Bila Pemikiran Manusia Sempit..Novel yang jadi mangsa


Tetiba sibuk orang cari interlok kat kedai…tu la, kira dah tahap antik….orang dah lupa tapi ada ramai yang tercari-cari. Apa makna interlok ??

Memula isu ni timbul..sebok cari makna interlok ..ooo dari perkataan “interlock’..panca ??..ish konfius lagi..ooo..bertaut rapat..ibarat jejari yang digenggam erat..

Tiba-tiba novel ni jadi popular..dicari-cari..kenapa tak kecoh masa ia menang Juara Lagu tempat saguhati hampir 40 tahun dulu???. Novel ini ditulis oleh seorang yang bernama Abdullah Hussain, sekarang dah bergelar Sasterawan Negara. ,
Tetiba seorang bukan Menteri Pelajaran umumkan penarikan semula novel ini dari pada menjadi teks tingkatan lima…pelik kenapa sebok benar pak menteri ini yang umum dan sebok fasal hal sekolah..agaknya dia tak serik lagi ..Kemudian ada pula sekumpulan yang membakarnya dengan alasan novel Interlok mengandungi unsur-unsur rasis yang menyentuh mengenai masyarakat India.

Adakah ia benar-benar rasis, atau yang membacanya sekadar membaca perkataan tersebut tanpa dibaca dari mula atau ayat sebelumnya…atau ada yang tak pernah sentuh pun novel berkenaan ??
Rasis kah bila watak seorang anak yang berbapakan golongan kasta rendah akhirnya menjawat jawatan Inspektor ( tinggi pangkatnya ketika itu…) ..drama dan filem tamil sentiasa ada cerita begini..hah ??? salahkah kalau si penulis mengingatkan bahawa jika orang Melayu malas..apa akan jadi ??..tipukah kalau dipaparkan tentang kepercayaan, ketuhanan dan amalan agama dalam karya supaya ia boleh dibaca secara kritis .

Baca sikit terus marah..malah ada yang tak baca sepatah ayat pun !.. Jangan jumudkan fikiran. Tidak perlu sampai hendak mengugut-ugut untuk membakar novel itu. Memang mudah, bila marah dan disuruh berlakon marah , lalu kita pun menurut apa saja yang disuruh. Nak berlagak samseng konon. Itu bukan cara menyelesai masalah dan kekeliruan.

Tetapi bagi seorang yang bijak dan berilmu, adalah lebih baik jika kita mendapati kandungan sesuatu buku itu mungkin meragukan, semak ler dulu..ia jawab juga la secara ilmiah, biar nampak cerdik sikit.. Jika ini diamalkan, ia akan melahirkan satu perdebatan yang lebih harmoni, ruang perdekatan yang lebih ilmiah dan intelek, tak ler semakin mengeliru dan menghuru- harakan pemikiran rakyat.

Kelompok yang sedikit ini sengaja mengambil kesempatan ..sentiasa mencari ruang untuk menerobos pemikiran rakyat..suka meracun minda rakyat yang tak berapa cerdik…sengaja ingin menyalakan api ..suka mengambil jalan mudah..apa agenda sebenar mereka ini ??..tak suka nak tengok rakyat duduk aman damai..

Mai kita cari novel ni…apa kata kita buat resensi novel ni..baru faham sikit..bahawa sebenarnya novel ni karya yang memaparkan kisah realiti zaman itu dan suatu karya yang rupa-rupanya menjangkau masa..konsep 1 Malaysia tu dah lama terterap dan corak hidup kita. Negara ini terbangun dengan ‘genggaman tangan’ , ‘tautan’ rapat , integrasi dan perpaduan ketiga-tiga kaum utama di negara ini.

p/s : tak belajar subjek bab-bab novel masa tingkatan lima dulu ..???
Tetiba rajin nak tulis panjang lebar..



























11 ulasan:

Kakcik Seroja berkata...

Masa sekolah dulu, kakcik tak ambil subjek sastera.. jadi kakcik tak berapa faham tentang isu ini! (^_*)

ikan emas berkata...

kakchik,

IE pun sama..cuma bula dah jadi isu kena juga ambil tahu..

IMANSHAH berkata...

Harap2 najib dapat tangani dengn sebaiknya

Kesian tengok SN Datuk Abdullah Hussin

ikan emas berkata...

IS,

BETUL CIKGU..
TP BENDA-BENDA KECHIK N REMEH MACAM NI TAK PERLU LA SAMPAI PM NAK SELESAIKAN...MENTERINYA ADA KAN!

cikceriacorner berkata...

sekarang ni mcm2

ikan emas berkata...

CCC,

MACAM-MACAM ADER..
SAMAPI TAK TAU NAK PILIH YANAG MANA ELOK YANG TAK ELOK
YANG MANA BAIK YANG MANA BURUK..

LU FIKIR LA SENDIRI!

Abd Razak berkata...

Assalamualaikum IE..

Tidak wajar mereka buat begitu. Baca dan kajilah apakah ada unsur-unsur rasis di dalamnya...

ikan emas berkata...

ust raz,

saja jer depa tu nak buat hal..
tak suka hidup dalam aman agaknya.

Yunus Badawi berkata...

Inilah bila kadok dah naik junjung. Kalau tak nak berterima kasihpun janganlah menggigit tangan yg telah menolong bangsa mereka.

ikan emas berkata...

YB,

BETOI, BETOI, BETOI...
SEMANGAT BETOI YB KITA NI..

tywhot berkata...

à partir de cette source sacs répliques acheter en ligne trouvez ici meilleurs sacs de répliques excellent article à lire sacs de répliques en ligne