Ini gossip yang tak pernah keluar dalam mana-mana peti suara , peti kaca ..surat khabar..majalah gajah nyamuk atau sesawang … exclusive untuk pembaca Ikan Emas.
**************************************************
Subuh-subuh sepie tadi ada sorang kawan Siti telefon..dia kata ada cerita..gossip kisah benar fasal artis la …siapa lagi. Kawan Siti ni keje di negeri yang rakyatnya tengah gembira ucap sembah tahniah dan ucap taat setia..Dia kata berbulu betul dengan artis ni….Ala semalam lepas acara besar diadakan pula acara makan-makan..ada la artis yang dijemput menyanyi..dah la sorang artis veteran tu kantoi menyanyi ntah apa-apa ..ingat macam menyanyi karaoke kat rumah dia agaknya..
Tapi bukan itu yang dia geram..yang buat dia penat tu sebab ada si artis yang konon diva......bukan si artis ni yang nak diumpat....tapi orang kanan dia , PA ke ntah body guard ala adik-adik..helo kawan ini majlis istiadat bukan majlis Mak Limah . Ada ke si PA ni sebok dok nak tayang DSL dia..tak tau protocol betul..pantang larang redah aje..mula sekali kena tegur bebaik..dia dok tegak lagi zoommmm..dua kali kena herdik..haa.Opooocottt....melompat kau lari..ketiga ,kawan Siti kata dia ber sama Cik BG tuanku terpaksa..…delete delete delete…hah mengigil kau !!!
Dah selesai si adik-adik ni punya hal..tetiba sorang minah kawan si artis ni masuk tengah pentas ingat nak jadi backup singer rupa-rupanya nak tangkap gambar kawan dia si artis tengah menyanyi laa konon…mak aiii..cantik punya minah ni..dia ingat ini pentas fun fair ke apa ??...hah sekali lagi kawan Siti semput …..
Nubhan budak yang baik
Cuma kawan Siti sempat senyum bagitau dia suka tengok seorang penyanyi dari program reality yang dijemput sama ..elok dan sopan serta tahu cara menyanyi di depan DYMM….tak la memalukan orang kampong dio!
Kawan Siti cerita lagii..tu cerita semalam..kemarin masa satu lagi majlis diraja ada la satu artis ala-ala sopan ni dijemput sebagi artis jemputan..ada ke majlis dah mula malah tetamu diraja serta jemputan lain tengah dalam majlis tapi dia dok sebok bergambar sana gedik sini..macam exited sangat dapat masuk istana ( bukan dalam, luar istana aje…hehehe ..)Bila pengacara panggil dia mennyanyi hah tercengang –cengang ? .dan.gitar dia masih dalam sarung lagi..bagi masa ..kali kedua tengok rupa-rupanya baru sebok nak cari point kat mana, nak ambik key bagai...…aduh…patut la kau tak menang award !
Ni kawan Siti nak ingat kat para artis..jangan la nak berlagak sangat. Tengok apa dan siapa tetamu majlis yang awak nak buat show..belajar sikit la bab protocol ni..sampai awal dan diskus dengan penganjur aturcara ...jangan salahkan penganjur bila jadi kes begini..bla bla bla ..
Malam ni ada satu lagi majlis makan malam di sebuah hotel …kawan Siti tu berharap sangat supaya artis yang ada malam ni tak buat hal …senang kerja dia..sebab dia pun nak melaram juga !!.Kawan Siti kata dia pun sebenarnya tak suka nak larang-larang ni…tapi terpaksa kerana dah tugas dia …
Siti ingat nak ikut dia malam ni..mana tau kot-kot dapat bergambar dengan artis ….kawan Siti tak marah kan!
Catatan ini BUKAN ditulis oleh Ikan Emas tetapi oleh Cik Siti Kembang Kingcup ..si minah kepoh…
P/S : DAPAT KIRANYA AZRINA (202- rumah nya ada bodyguard tak benarkan IE masuk) DAN MR.REN 89-(203- rumahnya berkunci ) MASUK KE SINI....
