Rabu, 12 Ogos 2009

IKHLASKAH BILA MENOLONG??


"SESIAPA YANG MENOLONG KEPERLUAN ORANG LAIN, ALLAH AKAN MENOLONG KEPERLUANNYA PULA. SIAPA YANG
MENGHILANGKAN KESUSAHAN ORANG ISLAM, ALLAH AKAN MENGHILANGKAN KESUSAHANNYA DI HARI AKHIRAT KELAK."

- HADIS RIWAYAT BUKHARI

Tiap hari selepas melafazkan doa untuk memulakan tugas,ikan emas akan merenung dan menghayati ayat ini . Dah bertahun ia terpampang di hadapan meja kerja. Dan tiap hari,tiap masa jg bertanya diri..ikhlaskah aku untuk tugasan dan khidmat yang kuberi hari ini? Berkatkah apa yang telah kulaksanakan ini? Hanya Allah yang Maha Mengetahui !

Pasti setiap kita ada perasaan ingin membantu dan menolong,Cuma keupayaan dan cara mana naluri ini dipenuhi…ada sekadar ignore sahaja.Tak kirala apa bentuk pertolongan yang diberi..wang ringgit,kebendaan, tenaga,sumber idea, nasihat mahupun bantuan dan pertolongan lain. Menjadi pendengar yang baik juga adalah pertolongan yang baik. Tambah mulia kalau kita menolong menyimpan rahsia sesaorang. Sebab ramai juga yang amat sukar jika diminta menolong dalam perkara ini.Banyak bentuk pertolongan yang sebenarnya tak memerlukan modal pun.

Kenapa wujud naluri dan keinginan ini? Ia hadir kerana nafsu dan motivasi dari kita sendiri atau ada sesuatu desakan..

Motivasi merupakan satu penggerak dari dalam hati seseorang untuk melakukan atau inginkan mencapai sesuatu matlamat. Motivasi boleh juga dikatakan sebagai rancangan atau kehendak untuk menuju kejayaan dan mengelakkan dari kegagalan hidup. Dengan kata lain motivasi adalah proses menghasilkan tenaga oleh keperluan diarahkan untuk mencapai sesuatu matlamat. Seseorang yang mempunyai motivasi bermakna ia telah memperolehi kekuatan untuk mencapai kecemerlangan dan kejayaan dalam kehidupan.. Dalam satu-satu kelompok kumpulan, motivasi menjadi penggerak kepada kejayaan kumpulan. Dengan adanya motivasi, maka wujudlah kerjasama, sifat suka tolong-menolong antara satu sama lain.

Ikhlaskah kita bila menolong? (cuba kita jawab sendiri....)
  • Kita menolong kerana mengharapkan syurga tuhan?
  • Kita menolong sebab Rahmat tuhan sentiasa diberi kepada orang yang suka menolong.
  • Kita orang yang mulia sebab suka menolong
  • Kita menolong sebab dah dikatakan bahawa kalau hari ini kita menolong orang,mana tau hari lain kita perlu pertolongan orang pula.
  • Cukuplah balasan dengan ucapan terima kasih sahaja ?
  • Kita menolong dengan syarat ada balasan atau imbuhan?
  • Kita kata ikhlas tetapi dalam hati masih mengharap ada sesuatu yang dibalas
  • Kita benar-benar ikhlas dan sepenuh hati tak mau diketahui orang lain pun..
  • Kita tolong ke arah kebaikan tetapi ada pula yang kata ia tindakan yang salah?
  • Kita akan kecil hati bila orang yang ditolong tidak menghargai pertolongan diberi
  • Kita bersabarkah dengan karenah orang yang ditolong?...ala mcm membantu org tua kan banyak dugaannya ?
  • Bagaimana perasaan kita bila orang yang pernah ditolong menjadi pisau dalam lipatan pula , menikam dari belakang ..(?) benci ?marah?...hahaha sia-sia saja menolong kalau wujud perasaan ini

‘Tolong-menolonglah kamu dalam perkara kebaikan dan ketaqwaan, dan jangan sekali-kali kamu memberi pertolongan di atas perkara kejahatan dosa yang membawa kepada perseteruan, dan takut olehmu akan Allah. Sesungguhnya Allah akan mengenakan seksaan yang amat dasyat’. (Surah Al-Maidah: 2).



p/s: tak pernah jemu untuk membantu (yang baik-baik aje tau !!!) walau adakala ia menjadi bahan fitnah pula kepada yang tak mengerti.Moga Allah memberi hidayah kepada mereka ini.

12 ulasan:

Lin berkata...

salam sdr ikan emas

kalau kita mahukan keampunan Allah maka kita ampuni dosa orang lain...

kalau kita mahu Allah tutup keaiban kita di akhirat kelak maka kita tutuplah keaiban kita dan umat Islam didunia ini...

kalau kita mahukan pertolongan Allah maka kita bantulah umat Islam dan makhluk Allah di dunia ini...

Insyallah hidup kita akan aman

salam

zahabuan berkata...

Terima-kasih kerna memberikan panduan dan nasihat mengikut pandangan Islam. Ianya amat berguna untuk jadi panduan kita menjalani kehidupan sementaraini.....

adnieyl achan berkata...

ihklas ataupun tidak seseorang itu menolong, hanya Allah S.W.T sahaja yang boleh menilainya.

kita sebagai manusia yang kerdil di sisiNya, hanya mampu berdoa bahawa pertolongan itu diberkati olehNya...

Reminder untuk semua umat manusia yang di gelar Khalifah di muka bumi Allah ini....

Pok Li berkata...

Tolong menolong sepatutnya menjadi amalan hidup tanpa perlu memikirkan tentang balasan syurga atau balasan dunia. Ikhlas akan datang bila kita tidak mengharapkan balasan samada cepat ataupun lambat.

ikan emas berkata...

Tungaklangit,
Insyallah, terima kasih.tenang rasa hati

zahabuan,
sama-sama...sudi-sudilah menegur kalau sy terlajak

ikan emas berkata...

PokLi,
begitu laa sepatutnya.Keikhlasan akan membuatkan hati lebih tenang

ikan emas berkata...

achan,
"tolong menolong amalan mulia" , bila nak mai ?

Unknown berkata...

Saya percaya dengan pegangan yang menyatakan sekiranya kita berbuat baik kepada sesama makhluk atau makhluk lain, Insya-Allah akan diterima balik balasan baik itu.

Unknown berkata...

keikhlasan menolong tu akan dirasakan apabila kita merasa puas dan tenang setelah melakukan pertolongan tersebut.Tidak pula bermegah2 dan tidak juga merasa kesal atas pertolongan yang diberikan =)

Ashley Ahmed berkata...

Salam,

Saudari sihat, dh mkn?

Ikhlas itu rahsia Allah.

Diarihatiku1976 berkata...

Tolong menolong memang digalakkan sesama insan didunia ini.. ikhlas atau tidak hanya allah yg maha mengetahui... jgn mengharapkan ganjaran setiap perkara yg kita lakukan...dan yg penting.. ingat.. allah sentiasa melihat setiap apa yg kita lakukan... insyaallah ada balasan untuk kita...

ikan emas berkata...

Nuar,
semua mahkluk kat dunia ni adalah umat Allah jua..

zharif,
sebagai manusia biasa, kekadang terasa jg menyesal bila mana kebaikan disalahertikan..

Junah,
sihat...alhamdulillah..
makan ??? makan,makan,makan!!

hatiku,
Tak pernah serik menolong!