Memaparkan catatan dengan label catatan merapu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label catatan merapu. Papar semua catatan

Rabu, 28 Disember 2011

Aku masih di sini....hari hari hari hari

aku masih di sini

walau gelap tapi nampak

walau angin tetap nyaman bak bayu lembut

walau hujan tapi kering

walau ribut taufan tetap setia


aku masih di sini

walau cemburu dek masa

walau senak dihimpit tanggungjawab

walau lenguh jejari dek ayat demi ayat

walau penat lidah dek kata demi kata

walau kabur mata dek angka dan duit


aku masih di sini

ada lagi yang masih menunggu

AG , vot, program dan aktiviti

KPI , SKT dan LNPT


......YB dan pak menteri......


bila aku nak bercuti ni ????








Rabu, 1 Jun 2011

Jenjit-JenJit Semut..SemUa nak Naik

Harga gula dah naik…kuih jadi semakin mengecil, teh tarik semakin cair
Tapi
orang kita duk kerumun lagi kedai mapelai
Kopi 7 dalam 1 …Oldtown Coffee ..kopi janda
Kilang Coca cola nak dibuka
Pesakit kencing manis semakin ramai
Hospital swasta makin glamer

Harga petrol naik…tangki minyak semakin lapar
Tapi
jalanraya masih sesak dengan kenderaan..
Jualan Honda mencanak-canak
Saga pun macam goreng pisang
TNB untung berlipat ganda Petronas bayar 6 bulan bonus

Bil elektrik dah naik…mata semakin kabur
Tapi
Di pejabat komputer dibuka 24 jam
di jalanraya lampu lip lap semakin terang benderang
Tidur lena merengkuk diulit dingin aircorn ditonton tv
Cyber Café semakin penuh,
suara semakin melalak-lalak di pusat karaoke sampai ke pagi


Gaji aku tetap macam ni jugak.......
.....habis tu nak salahkan siapa ??






Ahad, 15 Mei 2011

Bila Penyakit Malas Menyerang ...

Salam Hari belia..
Kepada para ibu ...Selamat Hari Ibu
Kepada cikgu..selamat Hari guru...

Lama tak menulis ni..hampir dua minggu bertapa ada perkara yang dibuat. Pergi jalan-jalan dan tinjau sana tinjau sini...Selain daripada itu sebenarnya yang paling teruk kerana terkena penyakit malas. Penyegan kata orang Perak. Tetiba kena virus ni. bila tengok benda ni macam rasa malas saja...bukan benci. Rindu juga .Rupa-rupanya laman blog ni pun diserang virus juga..Harap-harap penyakit ni tak merebak..

p/s; dikatakan penyakit malas ni sahabat syaitan..opss..rasanya malas IE ni tak termasuk dalam kategori sahabat syaitan.

















Khamis, 24 Mac 2011

Apa Masalahnya pulak ni...

ada banyak berita terkini dan sensasi hari ni.
Orang serawak nak mengundi 16 April ni.
Eh patutnya tarikh tu PM nak mai NS ...jadi ke ni ?
Ada pulak Datuk T ...rio suap repoter dengan news
eeee...menyampah
meluat..
bukan saya ....dia... bukan dia...saya ....bukan saya..saya..dia ..saya !!!
ini bukan berita kontroversi
tapi masalah kat belog IE..bila bukak aje view ..tetiba view ini yang keluar
balik-balik view ni jugak yang kuar..pe hal ni ??
ish tak faham betul la..
orang nak selongkar rumah orang lain pun susah..
nasib boleh pulak dapat buat post baru..
makin tak faham!!
soalan hari ini: Apakah yang paling anda meluat sekarang ini?
p/s: walaupun ada laptop 14in n 10in..tp IE ttp sygkan skrin yg segedebak ni














Khamis, 17 Mac 2011

Sibuk Tahap Cipan bukan ala YB

Tajuk entri ini diciplak dari tajuk entri YB..harap-harap dia tak kan hantar saman.
Kalau dia saman..kita akan saman dia balik…hehehehe .sebab ia tiada kena mengena dengan cipan @ tenuk yang dia dan famili jumpa kat zoo tuu.

Ceritanya begini…wah macam nak buat drama pulak!!
Semenjak duamenjak tIGA menjak ni IE memang sibuk..gaban pun dah pergi membantu rakyat jepun maka tinggallah si cipan.
Tiap hari dibayangi dengan kaler cipan..
HITAM-PUTIH-HITAM PUTIH-HITAM –PUTIH…KELABU..

MENANG-KALAH-
ATAS PAGAR-LOMPAT PAGAR
TEGAR-TRADISI-BARU

Akhirnya

Matapun dah naik juling itik










Jumaat, 11 Mac 2011

Ini CaTatan RiNdu Si Ikan Emas

Salam rindu teramat rindu..

ini catatan rindu
hilang bukan sebab dah lenyap
tapi banyak yang lagi yang lebih rindukan sisi IE
yang mengharap tenaga , fikiran dan entah apa-apa lagi..
puas mengukur jarak
letih menongkah arus di lautan
penat menongak langit

untuk diri
untuk dia
demi rezeki sendiri
untuk rezeki dan masa depan generasi

Catatan ini
sambil berlari
sambil menyuap
sambil menguap...

hanya pelepas rindu Si Ikan Emas..

....."" iyer..IE kat sini..tunggu ya..bagi can IE nak intai blog ni jap ya !!!!!

ha..dengar tu..ada yang memanggil-manggil
entah dari mana-mana











Jumaat, 18 Februari 2011

Tugas Aku Mencari calon PERMATA ...

Tugas mata
mencari-cari
Terjumpa intan permata
Bakal menjadi berkilau
Tapi terbenam di lumpur
Terjumpa berlian
Tapi pudar sinarnya
Tapi yang banyak
Hanya kaca-kaca
Yang sinarnya disuluh
Menjadi gelap tanpa mentari
Berderai tanpa pegangan

Telinga dipasang
berbengung..
Dengan ungkap kata puji
Aku baik aku hebat, aku boleh
Ada nista
Dia jahil ,dia lemah dia angkuh
Hanya aku yang mampu
Membawa engkau ke dunia..

Jejari ku semakin penat
Menyelongkar insan
Meletak nama
Supaya mereka menjadi orang besar-besar
bergelar dan berkhidmat
yang tak akan lupa dirinya
telah dihakimi oleh mata , telinga dan jejari
termasuk aku
yang entah siapa –siapa…
aduhai..
mataku semakin rabun
telinga semakin tuli
jejari semakin letih
langkahku semakin perlahan
semangat tetap membara
menjelang hari penentu
yang entah bila....
di mana kala itu


ada yang kekal
ada yang baru
ada yang terpinggir


namun
aku tetap aku yang ini..

ada harapan lagi ke??



p/s: dalam penat ,seronok jugak jadi spy ni......???


























Sabtu, 18 Disember 2010

Leteran di pagi Sabtu..Lihatlah Dunia Hari Ini !!

Catatan pagi sabtu..
Mulakan hari ini dengan ucapan syukur ..
Sejuk dan nyaman hari ni..
kemudian renung-renung.. tenung-tenung….geleng-geleng..teleng-teleng

Aduhai apalah nak jadi ni..' WAHAI DUNIA ..ENGKAU LIHATLAH !!!!

Ada sorang mamat muka poyo 32 tahun guna youtube , ngaku ‘saya ok’..marilah join club !

Ada adik guna blog, sumpah seranah carut marut abang dan kaum keluarga sendiri ..kalahkan Keluarga 69..bapaknya dah meninggal, kali ni guna nama mak pulak!

Ada yang guna fb , marah-marah dan ceraikan bini..

Ada yang mengaku di surat khabar , anak yang bini dia lahirkan bukan benih dia..

Ada katak yang mulutnya tak ber’zaid’ kejap lompat ke lopak sana kejap lopak sini…semua lopak nak dikacaunya..

Betul kata orang dulu-dulu..lelaki ni kubur bini masih merah lagi dah cari bini baruu..agaknya dah berapa lama dia tidur taklena makan tak lalu mandi tak basah ..bila tak ada perempuan kat depan biji mata dia...apa nak heran, usia, kekuatan dan kehebatan bukan pokoknya..sebab pokok nya gambir banyak di Sarawak..nanti suai la kena penangan perempuan arab ..haa kau!!! Opps..agaknya orang Melayu Sarawak tak ada dalam senarai ke ????asik orang luar aje ????

Semuanya sesi membuka pekung di dada..

Marilah kita muhasabah diri..jangan nak mengumpat orang aja....tobat tobat tobat













Jumaat, 10 Disember 2010

GILA - macam-macam GILA

11.2 peratus orang dewasa dan 20.3 peratus remaja di Malaysia menghidap sakit mental atau GILA….wooooooooo banyaknya….itu belum dicampur tolak darab bahagi yang tak masuk dalam senarai…GILA MACAM-MACAM GILA…



1. Gila buku – cerdik


2. gila bayang – angau


3. gila motor – mat rempit


4. gila makan – boroi gile


5. gila gangdut – pekak bingit


6. gila betina – nafsu senget


7. gila jantan – songsang


8. gila ah long –kaya hutang


9. gila MLM – kayer gila


10. gila fb – berhantu


11. gila dadah – lalok


12. gila botox – cun plastik


13. gila kopi – lembik


14. gila shopping – harga gila


15. gila kuasa – mewah rasuah





p/s : suka baca GILA-GILA