Rabu, 1 Jun 2011

Jenjit-JenJit Semut..SemUa nak Naik

Harga gula dah naik…kuih jadi semakin mengecil, teh tarik semakin cair
Tapi
orang kita duk kerumun lagi kedai mapelai
Kopi 7 dalam 1 …Oldtown Coffee ..kopi janda
Kilang Coca cola nak dibuka
Pesakit kencing manis semakin ramai
Hospital swasta makin glamer

Harga petrol naik…tangki minyak semakin lapar
Tapi
jalanraya masih sesak dengan kenderaan..
Jualan Honda mencanak-canak
Saga pun macam goreng pisang
TNB untung berlipat ganda Petronas bayar 6 bulan bonus

Bil elektrik dah naik…mata semakin kabur
Tapi
Di pejabat komputer dibuka 24 jam
di jalanraya lampu lip lap semakin terang benderang
Tidur lena merengkuk diulit dingin aircorn ditonton tv
Cyber Café semakin penuh,
suara semakin melalak-lalak di pusat karaoke sampai ke pagi


Gaji aku tetap macam ni jugak.......
.....habis tu nak salahkan siapa ??






6 ulasan:

Abd Razak berkata...

Assalamualaikum...

Pelik tapi benar..

Mas, Firefly dan Airasia, setiap penerbangan penuh..

ikan emas berkata...

Ust Raz,

salam..


iyer...sy br balik dr Kucing..MAS penuh !!

Awanama berkata...

orang makin malas. kat kampung kat bandar chili beli kat kedai. tanam sendiri tak reti.

minum air kosong tak nak. nak cola dll

Yunus Badawi berkata...

Ada gaji tu maknanya masih ada kerja. Kalau yg kerja sendiri mcm saya ni cabarannya lagi besar huhuhu

Yunus Badawi berkata...

Bukan jualan Honda aje mencanak-canak. Kereta2 mewah lain pun semakin banyak di jalanraya.

yanmaneee berkata...

air yeezy
nike jordans
bape hoodie
yeezy 700
nike air max 270
air max 270
calvin klein outlet
nike air max
fila
kd 10