Khamis, 16 Jun 2011

Main KuTu

Kechik-kechik dulu IE pernah main kutu. Tak banyak . Ala…RM1.00 sebulan sahaja..main sepuluh orang , dapatlah RM100.00…puhhh ..tapi masa nak tunggu sampai giliran punya lah lambat.

Opah dan orang kampung pun biasa main kutu. Sama ada main kutu dapat cash atau beli barang kemas atau barangan macam pinggan mangkuk periuk belanga. ..ada yang pergi Mekah atau kahwin guna duit kutu!! Selalunya giliran pertama mestilah siapa yang jadi ketua. Itu aje yang ketua dapat . Tiada komisyen atau caj apa-apa pun. Cukup bulan si ketua akan datang kutip..Pokoknya si ketua dan ahli mesti jujur dan amanah. Tu sebab sebelum nak main kena pilih geng yang benar-benar mampu bayar setiap bulan dan bukan kaki tipu. Ada juga yang main ikut minggu atau ikut hari. Mek kelete hok bayok emas tu gitulah kaedahnya .

Kat pejabat ni pun dulu ada juga dia orang main kutu ni ..dah tak der lagi kot..maklumlah semuanya dah kaya !!!

Itu dulu. Sekarang dah banyak bijak pandai.Mak timbullah idea nak buat skim ambil kaedah dari main kutu ni. Pak Man Telo antara yang berjaya mengumpul banyak ahli..lepas tu macam-macam skim timbul .guna berbagai-bagai nama ..katanya bukan skim cepat kaya..macam-macam strategi dan promosi. Ada pulak caj perkhidmatan ..Dek kerana semuanya kaedah mudah, cepat dan matlamat utama nak cepat kaya , maka ramailah yang menawarkan diri untuk ditipu…..

Tapi yang sebenarnya yang jadi kaya hanya seorang dua yang sebenarnya siPenipu!!

Ada kaedah labur@ duit

Ada kaedah bukak bisnes kiosk air..ubat kuat …kosmetik pun ok

Ada kaedah tabur kat kolam cacing… ikan keli…buaya

Ada kaedah beli emas…dinar …zulian ??

Ada kaedah tambang murah pergi melancong ..melencong

Ada kaedah pakej sedekah oleh orang kaya untuk buat umrah

Tak lama lagi akan ada yang pelawa labur duit bukak ladang lembu di Kazasthan!!!

Elok lah kalau ada undang-undang atau akta yang melarang individu atau syarikat yang menganjurkan perniagaan atau Skim Kutu ini. ..tapi kalau setakat main kutu RM1.00 atau RM100 oleh kumpulan kecil tak per kot.























11 ulasan:

Unknown berkata...

SALAM,
MARI KITA START MAIN KUTU, IE ! HUJUNG BULAN OGOS, SEBELUM RAYA, GILIRAN LF DAPAT KUTU. IE KENA TUNGGU YG LAST SEKALI !

ikan emas berkata...

LF,

betoi ni?..ok..nak main berapa 10 sen, rm1 ,rm100, rm1,000 ???

nak pusing ikut bulan o minggu o hari ????

...Seme org nak dulu..pastu liat nak bayo turn org lain

atuk berkata...

Assalamualaikum IE

kat pejabat saya masih ada yg main kutu

Wassalam

nidus2 berkata...

Dulu2 kepala kita ada banyak kutu....ke situ pulak.

@in berkata...

Saya sangat suka main kutu. kat off lama dulu siap jadi panganjur dan secara automatik jadi "Ibu Kutu".

Kaedah yang bagus saya rasa.

Kakcik Seroja berkata...

Ramai yang mahu kaya secara mudah tanpa rasa bersalah membuat sesuatu yang sememangnya salah.

kasihibu berkata...

IE
anak akk pun dah bertanya makna MAIN KUTU sbb dia terbaca dlm akhbar sejak akhir2 nih.

enpakwe akk tak benarkan main kutu sbb dia kata baik u simpan sendiri duit tu tiap bulan dlm bank.

Hamizah berkata...

kecik2dlsuka main hutang tp bila dah dpt ramai yg tak nak bayar..

Yunus Badawi berkata...

Salam IE.

Emak mertua saya rajin lagi main kutu kat kampung. Dah berapa kali duit yg dia kumpul kena curi toyol sbb kat kampung tu ada org bela toyol dengarnya huhuhu

IMANSHAH berkata...

saya main kutu 300 sebulan..huhu

banyak kan?? huhu

yanmaneee berkata...

air jordans
jordan shoes
balenciaga
michael kors handbags
adidas stan smith
golden goose sneakers
golden goose
jordan shoes
curry 6
golden goose sneakers