Selasa, 29 September 2009

N31 Bagan Pinang-Sah Isa masih relevan lagi..

Akhirnya syor dan respon Dr. M tak diterima oleh pimpinan UMNO. Alahai ramainya warga nogori dan ntah dari mana dtg ke PD nak mendengar pengumunan. Atau saja datang sebab diajak...namun meiahnya PD ari ni.Ada ladang yang tak dijenguk,ada kebun yang tak dipedulikan. Berapa kerat orang Bagan Pinang yang datang?

Akhirnya Tan Sri M memulakan pengumuman dengan ayat "Rakyat mesti didahulukan...." dan disambut degan ucapan terimaan oleh Tan Sri Isa " ISA masih relevan....orang 'bujang ' masih kuat..." .

Kenapa Tan Sri TPM yang mengumumkan? sedangkan YAB PM pun ada kat PD? ....kekawan kata " sebab nak buktikan bahawa Tan Sri M dengan TSI tiada apa-apa krisis..." YAB PM selama ni diam je dan respek sebab tak beri apa-apa respon pun fasal isu calon ni"

Wahai warga Bagan pinang , suasana raya semakin meriah.Biarkan anak-anak anda berada di rumah ,anda pun apa kurang ,ramai tetamu yang sudi berkunjung.Banyak duit raya yang akan dihulurkan..... moga Bagan Pinang jadi anak emas!

p/s; dapat cerita lawak dari petugas PR....huak huak ...ape dia ? rahsia!!!

- sebok dah tahap gaban !

Isnin, 28 September 2009

Ayah !!! Ampunkanlah anakmu ini...


Hampir setahun ni ,tiap kali deringan telepon dari abang di kampong seolah-olah mengundang fobia ,tambah-tambah kalau dah malam..tak berani nak jawap.Kenapa?

26 Disember 1992 emak pergi mengadap Ilahi..ayah sendirian. Suatu hari tetiba dia kata nak kahwin lagi.Kami tak tau siapa pun orangnya. Hari pertama kahwin tetiba ayah buat hal, minta kami hantar isterinya balik.Ish..merepek punya kerja!! Kami pujuk dia tak baik buat macam ni.

Pelik akhirnya ayah lansung pindah ke tempat isteri barunya.Meninggalkan kampung halaman.Jauh dari sanak saudara.Duduk kat tempat yang budaya dan cara hidup dan makan minumnya lain.Pun begitu ayah tak pernah lupa menyebut nama emak kami. Sesekali kami pergi melawatnya.Terasa seolah-olah melawat orang asing.Rasa bersalah teramat sangat!!

Bertahun di rantau orang.Kami ambil keputusan membawa ayah balik ke kampung.Abang berkorban tinggal kat kampung menjaga ayah. Terasa amat bersalah !!! kerana aku tak mampu nak menjaga ayah.

Balik cuti raya dulu kulihat ayah dah tak mampu bercakap mahupun makan atau minum.Berat hati nak meninggalkan kampung..kulawan perasaan hati. Sehari selepas tu dapat talipon dari no yang tak biasa kulihat...rupanya abang bagitau yang ayah dah ...pergi!! Ya Allah , apa dah aku lakukan sebagai anak ni??

6 Syawal dengan tenang ayah menghabiskan nafas terakhirnya di kampung kami. Di rumah yang dibinanya bersama arwah ibu dulu.Pagi Jumaat tuu. Kuiringi jenazah ayah. Kalau la aku ni anak lelakinya dah tentu aku yang turut memandi , menkafan dan menyembahyangkannya. Dipusara..kalaulah aku ni anak lelakinya dah pasti akan ku sama mengurusi tanah pusaranya. Ku lawan rasa duka dan hiba ini. Kalau dulu ayahlah yang mengimankan sembahyang kali ini dia disembahyangkan.Kalau dulu ayah yang membacakan talkin ,kali ini dia yang mendengar bacaan itu dibacakan oleh anak didiknya.

Akhirnya tumpah juga air mataku bila melihat sedikit demi sedikit tanah menutupi liang lahad.Akhirnya ayah bersamadi di sisi pusara ibu yang terletak di kawasan tanah pusara khas keluarga kami.Hanya beberapa langkah dari kaki masjid di kampung kami.

Ayah, ampunkan anakmu ini.Ya Allah! cucurilah rahmat ke atas roh ayahku.Al-Fatihah untuk ayah, semoga ayah ditempatkan dalam golongan ahli syurgaMu.

Rabu, 23 September 2009

Pantun Lepas Raya Punyer Hal..


Ramadhan berlalu Syawal pun tiba
Tentu ramai yg dah bersuka
Maklum masa untuk beraya
Tak kira tua ataupun muda

Balik kampung tradisi raya
Ziarah keluarga sanak saudara
Itu dulu sekarang dah tak ada
Mengadap komputer yg dia punya

Raya dulu ada rendang dan ketupat
Sekarang nona punya lagi cepat
Lemang pun dah tak tau nak buat
Kat tepi jalan pun susah nak dapat

Hari raya bebudak gembira
Pak cik makcik pun apa kurangnya
Belikan mercun meriam pun ada
Akhirnya ada putus jari buta mata

Balik raya ada yang ria
Tak kurang juga yang mencuka
Apa dibuat serba tak kena
Sebab beraya di rumah mertua

Tak baik gaduh-gaduh di hari raya
Baik bermaaf itu yang mulia
Bertolak ansur bincang bicara
Tahun depan ke kampong kita pula

Bulan syawal dah empat hari
Mood raya terasa lagi
Masih ada yang sambung cuti
duk kat kampung bersuka hati

Apa jadipun kena balik juga
Hati-hati memandu kereta
Jangan nanti ada yang berduka
Melawat pusara di lebuh raya

Habis raya nak mula kerja
Hati mula dah gundah gulana
Adui kocek dah kosong semula
Tu laa sebab nak tunjuk gaya

Bebudak yang cukup ceria
Dapat banyak duit raya
Mak bapak yang tumpang suka
Boleh pinjam nak buat belanja

Kita berpuasa di bulan Ramadhan
Tapi ramai yang tak cukup sebulan
Cepat-cepat la ganti jangan dilupakan
Puasa enam pun kena dimulakan

Selamat hari raya aidil fitri
Syukur rahmat yang dilimpahi
Ikan emas nak menyusun jari
Salah dan silap mohon dimaafi

Mungkin tulisan menguris hati
Catatan dicoret mengusik diri
Semuanya sekadar ilham sendiri
Mana yang baik elok dikongsi

Semoga anda semua dilimpahi rahmat Ilahi......

Jumaat, 18 September 2009

Salam Selamat Hari Raya


Hi kekawan,
bagaimana puasa tahun ni?
Dah siap buat persiapan hari raya?
Baju,kasut dah siap? Kuih dah beli (??)
Jangan lupa sediakan duit raya !
Kereta dah service?
(besnya raya dgn kereta baru mcm Cikgu Star yg nk blk Ktan tuuu)
yang naik kenderaan awam ,cuba check blk tiket tuu betul ke tarikh dan masa
jgn lak terlelap ,nanti terlepas


Ini bukan fesen baju aya ikan emas..

( sopannya....!!!)

Ikan emas takde baju raya tahun ni sebab semua dah kena pakai...ehehe

Lagipun tak berapa nak ceria raya tahun ni
banyak yang menunggu
asik keje ,keje , keje ...tak dapat nak siap apa pun
tapi teman totap nak balik kampung walau cuti dah kena potong!!

tapi duit raya dah ready..



ha ha ha ...kenangan lalu..

sebenarnya image ikan emas tu ada cerita disebaliknya..
kenangan raya ntah tahun bila ..tetiba ikan emas jd model raya !!!
ni semua keje kreatif pakar grafik dan tukang reka-reka kat tempat kejo di kolumpo dulu
terima kasih la kat wati n s'pah


Tq jgk kat dak pesal tlg buat kad raya ni..


Istimewa kepada semua kekawan maya..
Terima kasih kerana sudi bertandang ke sini
mintak ampun dan maaf ,
mana tau kot-kot selama ni ada tulisan Ikan Emas yang menyebabkan anda
tersinggung,ada yg terasa , terguris .

Rumah den kek Soromban

Balik raya terus kene pindah kojap kek PD..

berayo sakan kat sinon pulak.

Sah-sah kena sediakan duit raya byk-byk !!

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
MAAF ZAHIR BATIN



Istimewanya ini catatan ke 100 sejak ikan emas berenang kat sini..
mungkin agak lombab berbanding kekwn lain.Terima kasih kepada yg memberi sokongan.

Selasa, 15 September 2009

N31 Bagan Pinang-Calon BN Adalah Rahsia

Hai,

dah byk hari ikan emas tak menulis kat sini.Semenjak duamenjak ni ikan emas sebok berenang-renang bukan setakat kat laut Teluk Kemang…byk laut yg nak direnangi…banyak hutan yang nak ditebas…banyak jurang yang nak ditempuhi ….nak dpt info pun guna skrin 10cm jer..


Mood raya ..mai kita buat kuih raya !!!


Apa nak tulis nie?..sambung fasal calon BN kat PRK Bgn Pinang. Hati ikan emas bagai dicuit-cuit ,rasa nak terguling-guling bila baca hanya "Tan Sri Isa calon tunggal UMNO". Mcm dah ketandusan calon ke? Sedangkan teropong ikan emas dah inform ,mesyuarat dulu bukan memutusakan hanta Tan Sri calon tunggal TETAPI sebagai menghormati dan tak mau menyinggung hati orang tua,maka semuanya sebulat suara menyerahkan kpd ketua Bhg tuu menyenaraikan nama-nama calon utk dikemukakan ke pusat Sekurang-kurangnya tiga nama..Tak tau apa agenda mantan ADUN situ yg buat kenyataan begitu.


ishh..isshh..oven ni buat hal lak..


Tan Sri pun dok diam diri aje? Sampaikan Timbalan Presiden bagi ingatan.. sudahnya makin ramai yang bercakap makin banyak isu timbul... kan susah kan BN aje!!! sampaikan ” calon BN adalah rahsia ” . Dan syok jg baca ayat ni “ jangan sampai separuh masa kita habiskan untuk berdebat mengenai calon sahaja....” sinis, sinis ayat YB Menteri berbudi bahasa ni.

Sape masuk dalam senarai yang Tan Sri Isa kemukakan?..nak teka ? teropong ikan emas dah sedia buat laWaK!!!

la la la la..haa dah jadi pun !! sodapnyerrrrr...



PAS kata nak letak calon orang muda yang berpendidikan agama? Sape ha? Kapten ke?

p/s: Kekawan blogger lain..jangan marah ikan emas asik tulis fasal bgn pinang je...ada masa akan tulis jg ayat-ayat power utk mematangkan diri dan minda atau ayat merapu untuk menceriakan hidup ini.

Khamis, 10 September 2009

N31 Bagan Pinang-Mai kita Teropong Calon-Calonnya..

Salam 1Malaysia!!

Kali ini ikan emas nak teropong pulak sesape yang rasanya popular jadi calon untuk bertanding dlm PRK Bagan Pinang ni.. ( banyak ke pokok pinang kat sini???)

Memula kita teropong calun BN..sah-sah calon UMNO ler, tak kan nak serah kat MCA ke atau MIC pulak..BN dah bagi depa tiga (3) kerusi yang lain…semuanya hampeh! Mereka dah sedekah kat PKR dan DAP!!

Mai kita teropong adakah nama-nama ini ‘bersih’?

Koran dah banyak tulis yang nama dalam ranking pertama sekarang ialah Tan Sri Mohamad Isa Samad.Bebudak kecik pun tau sape beliau ni.Masa mula bertanding kat DUN Linggi ganti kan ayahnya dulu umurnya baru 26 tahun.,Pernah jadi MB,bertanding kat Parlimen Jempol lantik jadi menteri kabinet.La ni masih Ketua Bahagian Teluk Kemang sebab Timbalan dan ahli yang lain setia menunggu dia lepas dari hukuman displin.

Dek bertahun-tahun jadi MB dari masa belum lahir sampai dah boleh mengundi ramai ler pengundi X ,Y yang tak berapa suker dengan dia sebab mereka kata masa pimpinan Mat Isa tak ada pun pembangunan yang dibawanya ke NS..dok macam tahun 80an lagi..

Walau pernah dikata jadi ‘kambing hitam’ tapi kiranya dia dah ada rekod lah!! Tu belum nanti keluar nama-nama Norlida, Bibi laa….walau tak pernah sahih pun cerita ni tetapi susah juga nanti kalau nak tangkis peluru pembangkang yang cukup suker kalau Mat Isa yang bertanding. Mereka kata "Isa calun PR untung"

Dah jadi kebiasaan nama Ketua Bahagian mesti masuk dalam list ke Pengerusi pusat!.

Tetapi satu perkara yang Ikan Emas nak dok bagi peringatkan.Jadikan kisah di Kuala Terengganu sebagai pengajaran.Kononnya calun BN memang mendapat sokongan penuh padu dari pengundi,keluarga dan kaum tempatan tetapi bila hari mengundi apa yang mereka pangkah????

ehem..tlg orderkan pizza,nak buka posa ni


Mari kita tengok pula calun yang ni.Dia orang muda sikit,Tun Hairuddin b. Abu Bakar. Tun tu bukan dapat dari Agong tapi nama keturunannya.Nama glamer org panggil Don. Tapi dia ni bukan lah Don Juan. Bisnes feri ke Dumai.Ramah mersa orangnya. AJK Bahagian Teluk Kemang dan jadi Ahli MPPD.

Sape dia ni?.Cop surat beranak dia bukan kat NS.Tapi dek kerana bapak dia bermastautin kat Kg Baru Bagan Pinang, jadilah dia org NS.Cakap bab bapak dia ni bekas tentera...dah tentu rapat dengan org kem.Begitu juga Si Don ni, kem tentera kat PD tu macam rumah dia aje. Mengundi pun dalam kawasan ni. Dengar kata Haji Ramli PAS pun takut nak bertanding kalau
Don yang jadi calun BN....

Dia pun kawan rapat dengan Naib Presiden UMNO ,Menteri yang jaga mat terap ni!!!( hahaaa..orang Perak la katakan!!). Dari dulu dia ni rajin turun padang terutama bila ada majlis-majlis kat PD.Dan yang istimewanya Si Don ni tentu mendapat restu Pengerusi Perhubungan UMNO NS!!.

Pemuda pun berminat nak letak calun, mai kita tengok.Ketua Pemuda Bahagian namanya Mohd Faisal Ramli.Bekas ADUN Kaw ni dulu laa..PRU 2008 namanya tak naik lagi.Sebelum PRU pun dah ada sok sek sok sek yang kononya dia ni diminta latak jawatan sebab ada skandal..Jadi siapa calun Pemuda pulak? Naib Ketua Pemuda Bahagian berumur 31 tahun, kira dah matang.Anak Tan Sri Isa ,namanya sama macam nama PM, Mohd Najib.Akauntan. Orang baru dalam pemuda.

Ada yang bagi pendapat kalau Mohamad Hassan nak ’padamkan’ pengaruh Tan Sri dalam UMNO negeri letakkanlah anak dia ni . Sekurang-kurang Tan Sri Isa tentu akan hempas pulas bantu kempen nanti. Undi dari kaum keluarga arwah mak dia kat Kg Bagan Pinang dah tentu memihak kepada anak muda ini. Tetapi ada juga yang cakap, mampu ke Najib ini menangkis serangan dan sergahan kempen PAS dan PKR?


UMNO NS pernah memberi 1 kerusi kepada Puteri.DUN Paroi masa PRU11 dimenangi oleh Bibi Sharliza yang kalah bertanding Ketua Puteri masa Perhimpunan Agong dulu.PRU12 kerusi DUN Paroi ini dah bagi kat PAS !!.

Jadi, apa kata Puteri memujuk rayu dapatkan satu kerusi ni semula.Kalau gitu Ketua Puteri Teluk Kemang namanya Mimi Fadzurry Md Tahir.Kerja PR kat Telekom P.D.

Kalau Puteri merayu, Wanita pun nak juga..La ni hanya YB Zainab Nasir terkontang kanting dalam Dewan Negeri. Jadi, masukkan nama Ketua Wanita Bahagian Teluk Kemang.Puan Hajjah Rohani Yaacob.Dulu dia kerja gomen bab cakap-cakap ni tapi la ni duk rumah aje.Dia pun ahli MPPD.Orang veteran dalam UMNO.Sejak DUN Chembong masih dalam Bahagian Teluk Kemang, Kak Ani ni dah jadi Ketua Wanita Bahagian.Setia dengan Tan Sri Isa. Tetapi tetap patuh dengan Dato Mohamad Hassan.

Kalau la Kak Ani ni tak dipilih sebagai calon, Ikan Emas nak cadangkan supaya Pimpinan UMNO Negeri syorkan nama Kak Ani ni jadi Senator aje la.Gantikan YB Dato’ Shamsiah Ketua Wanita Bhg Seremban bila tamat tempohnya nanti.Rasanya dah tak lama lagi.

Ada lagi nama-nama lain seperti Wahab Ibrahim, AJK Bahagian yang berniaga.Begitu juga anak tempatan AJK Bahagian usahawan berhati mulia dan pemurah namanya Kamil Aziz. Begitu juga nama Misnan seorang kakitangan kerajaan yg boleh juga difikir-fikirkan.

Seorang lagi AJK Bahagian bernama Halim Mohamad yang lain ada juga tersebut nama Lokman , Ezam Noor. Tak tau sejauh mana bersihnya mereka ni.


Orang Bagan Pinang kata "biarlah calonnya orang tempatan ,datang dari Bagan Pinang sendiri”


”Apa yang penting calon-calon yang mereka pilih mesti seorang yang baik, berkredibiliti, berwibawa dan berpengalaman untuk menegakkkan keadilan rakyat. Seandainya mereka mereka memilih calon yang buruk rekodnya, agak sukar bagi kita untuk menegakkan kepada pembangkang nanti” kata ,Pengerusi Perhubungan Badan UMNO N.Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan.

BN Teluk Kemang akan bermesyuarat petang ini.Kononnya senarai nama akan dikemukakan oleh Perhubungan UMNO Negeri terus ke pusat.Tak akan ada pinda meminda.Biar pusat yang tentukan.Iyer ke? Mana tau ada tangan dan suara ghaib dari negeri atau luar NS pulak?

Ikan emas berharap agar calon yang bakal dipilih nanti benar-benar dapat memenuhi citarasa pengundi sekarang. Bukan setakat bersih peribadi,sihat fzikal.Baik sifat lakunya, Rajin turun menemui rakyat,kena juga ada pendidikan sebagai landasan menghadapi dunia era siber ni.Kalau ada isteri/suami pastikan mereka jg bersih dan berjiwa rakyat.Maknanya mereka mesti punya IQ,EQ dan SQ..!!

p/s : PR NS dah setuju kompromi letakkan calon PAS bertanding.Mereka akan umum lepas raya.Jadi, kita teropong esok lusa laa.

Rabu, 9 September 2009

N31 Bagan Pinang-Bila Tarikh Mengundi?

Ke bukit sudah, ke permatang pun sudah ,kali ini kita ke bagan pula.
Hari Senayan 14hb nanti SPR akan bermesyuarat nak menentukan tarikh hari penamaan calun dan hari mengundi bagi pengundi N31 Bagan Pinang.

Mungkin agak sukar ahli SPR nak mencari tarikh yang sesuai di hati semua pihak.Berdasarkan beberapa PRK lalu nampak sangat SPR mengambil kira dairi dan hari orang parti ( yang pasti BN laa). Mai kita tengok tarikh yang fengsui (?) kata elok.

Kalau dikira dari tarikh kekosongan kerusi bermakna hari pengundian mesti dilaksanakan sebelum 4 November.

SPR kata nak tengok tarikh peristiwa penting negara...

La la la la ...Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Ikan Emas nak cuti balik T.Ensen sampai 27hb...dah tentu la orang lain ,orang parti, orang SPR pun nak beraya sakan ..nanti sape pulak nak jaga peti undi.

Pemilihan jawatan tertinggi MIC tak lama lagi, 12 Sept ni nak berlawan dah! waduh !! Sonti bertanding jawatan Timbalan Presiden. Sah-sah dia bukan pilihan Samy. Kat Bagan Pinang ada 19.9% atau 2,824 orang pengundi India...ish..pengundi India kat Bagan Pinang duduk kat estet jer. 2 estet besar kat sini ialah Estet Siliau dan Aterton. Mereka pergi ke persidangan tersebut ke?

Perhimpunan Agong UMNO dijangka akan diadakan pada 13 hingga 16 Oktober.Tahun ni tak kan nak tangguh lagi. Ni kali pertama Najib terajui.Dulu Pak Lah punya fasal tangguh sampai Mac.Malu lah kalau tangguh jg. Ketua Bahagian UMNO T.Kemang ni orang lama dalam UMNO . Dah banyak kali sebok masa persidangan UMNO.Tapi enam tahun rehat.Dah rasa menang kalah .Yang jadi perwakilan 7 orang,yang lain tu takat pergi sebok-sebok , shopping aje.

Sidang Dewan Rakyat dijadualkan start 19 Oktober.Orang PD yang kena masuk Parlimen tarikh tu hanya Dato’ Kamrul Baharin MP PKR lak tuu..biar dia jer yang jalankan tanggungjawab dia sebab dah menang dan dipilih org T.Kemang suruh masuk dalam parlimen. Nanti kalau tak pergi kena pecat pulak!!. Speaker pun tak de hal kat prk ni.Rakyat Bagan Pinang yg lain tau ke ntah fasal sidang parlimen ni.Ooooo...nak bagi Najib, TPM ,Menteri lain terutama Zahid menyebok kat Bagan Pinang yer? .Hadi Awang dan Anwar, Nizar pun sama juga.

Kali ini persidangan parlimen panjang sikit.Sebab pada 23 Oktober Najib nak bentang bajet 2010. ( Wah ...impak besar jg PRK ni kalau tak de berita yang gumbira..bonus, naik pangkat tentera?)

Satu lagi. 20 Oktober ni penerbangan pertama jemaah haji Malaysia bertolak ke tanah suci. Ikan emas tak survey pulak berapa ramai pengundi Bagan Pinang yang nak pergi Mekah kali ni.Nanti laa kita semak . Mana tau nama-nama yang disebut2 dah dapat seru pergi haji., risau juga hati nanti terlepas peluang pulak jadi calon.

Haa, ni satu lagi yang patut SPR betul2 ambil kira..kat NS ,Bulan Oktober bulan Pertabalan.Istiadat Pertabalan DYMM Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan..24-26 acara istiadat. Ada hampir 40 acara lain yang akan diadakan sempena sambutan ini mulai 1 Oktober hingga la awal bulan Nov.Semuanya melibatkan bukan sahaja kerabat diraja, kakitangan kerajaan malah semua rakyat jelato seanterio Nogori akan meraikannya termasuklah orang Bagan Pinang. Ikan emas dah tempah baju baru daa.

Sekarang SPR tak bagi tempoh berkempen lama-lama . Hanya 7-10 hari aje.
Jadi bila tarikh sesuai ? Ntah tak tau nak jawab, Ikan emas bukan ahli SPR.Nak tanya Nujum Pak Belalang laa..

Sebok sungguh orang N.Sembilan
Bulan sepuluh bulan pertabalan
Meraikan tuanku payung naungan
Walau apa pun rakyat kena didahulukan
.

Nex entri kita teropong sape yang nak jadi calon. Kalau nak masuk nama , sila daftar .....

Isnin, 7 September 2009

N31 Bagan Pinang - Pantun Pembuka Cerita

Tempoh fasa pertama masih ada lagi
Ke mana pula kita lepas ni
Nak p Selangor atau Kedah la ni
Itulah cara hidup kita berdemokrasi..

bersambung.....


Masin pulak mulut ikan emas ni
Pantun ni kita sambung lagi
Kali ini kita pergi ke negori
Bagan Pinang tempat ditujui.

Al-Fatihah untuk arwah Azman
Orangnya mersa walaupun pendiam
DUN Bagan Pinang ni kawasannya aman
Kurang isu banyak projek dah dibangunkan

Port Dickson tempatnya Bagan Pinang
Tempat berkelah dan berenang-renang
Kali ni kita pergi bukan nak bersenang
Pergi kita untuk berjuang.

Kawasan Melayu banyak tentera
Tak tau la mereka undi siapa
Dulu 2,333 undi jadi beza
Kali ini maruah perlu dijaga

Isa Samad ketua bahagian
Masih bertaring walau pernah digulingkan
UMNO Bahagian hebat dia yang pimpin
Orang PD kekal setia dengan dugaan.

UMNO T.Kemang cukup kompromi
Ketuanya dulu digantung tak bertali
Respek kat Ismail ADUN Linggi
Setia berpegang pada janji

Arwahnya Azman baru disemadi
Namun ada yang sudah mimpi
Mula sebok menonjol diri
Angan nama dicalon menjadi

Siapakah calon yang dipilih nanti
Banyak nama yang sedia menanti
Apa kata Tan Sri Isa bertanding lagi
Tapi setujukah Md Asan dengan syor ini?

Tak payah bertanding lagi la Mat Isa
Carilah calon yang masih muda
Banyak yang sihat berkelibar juga
Lapukan Faisal ,kita cuba Don pula

Ada lagi satu nama
Najib anak MB yang lama
Bagaimana dengan calon wanita
Kak Ani pun dah tunggu lama

Orang parti baru saja lega
Dah datang lagi PRK menduga
Kali ke sembilan SPR kena kerja
Kali ini apa pula yang nak dipinda

Rekod sekarang tujuh satu
Tujuh kosong PR menipu
Pak Lah menjauh sebab malu
Betulkah Najib dapat sokongan padu?
bersambung...

Jumaat, 4 September 2009

AL -Fatihah-ADUN bagan Pinang Kembali ke Rahmatullah


Al-Fatihah

Ahli Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang, Negeri Sembilan (BN), Azman Mohammad Noor telah kembali ke rahmatullah kerana serangan sakit jantung pada jam 2.30 petang tadi di Hospital Pusat Pakar Seremban.


Dalam pilihanraya umum lalu, Azman, 54, menang dengan majority 2,333 (6,430 undi, menewaskan calon PAS, Ramli Ismail yang mendapat undi 4,097 undi. Ia kawasan majority Melayu di mana merupakan antara kawasan tertinggi yang keluar mengundi masa tu ( 81.59%).


Bagan Pinang merupakan kawasan DUN dalam Parlimen Telok Kemang (PKR -Datuk Kamarul Baharin Abbas)


Empat lagi DUN dalam parlimen tersebut ialah Chuah, Lukut, Linggi dan Port Dickson.


PRU lalu DUN Chuah dimenangi oleh PKR, Lukut (DAP), Linggi (BN) dan Port Dickson (PKR).


Bermakna akan ada pilihanraya kecil lagi .Kali kesembilan selepas PRU lalu.


Nota/ PRU ke 12 yang lalu, di NS daripada 36 kawasan DUN ,21 kawasan milik BN , 1 PAS, 10 DAP dan 4 PKR.


Semoga rohnya dirahmatiAllah.

Selamat datang ke Port Dickson !!

Khamis, 3 September 2009

Bulan Penuh Tawaran

Tajuk entri ni macam nak ceramah agama la pulak.Ini tazkirah versi lain.Musim dah bermula ! Macam-macam dah ada dalam kepala ..yang nak diganti baru, yang nak dibeli ,ditambah atau dimurnikan lagi…Ohh puasa dah hari ke 13...lepas tu raya. Sale sana, sales sini..macam-macam ada, murah, murah !! ( iyer ke?) Ahh, tak musim raya pun bab kepala penuh dengan ide membeli belah ni sentiasa ada, tak kira musim, tak kira bulan tak kira hari..Dan, penyakit angan-angan yang macam ni bukan kena kat kaum hawa saja ,tak caya? …laa, cuba pergi ke Sogo, Jln TAR, Mid Vallley ke, Pavillion ke..tu kat KL , kat Seremban ni pun sama…bersepah kaum jantan selamber derk ronda-ronda tak kira waktu..waktu sembahyang Jumaat pun ramai kat Jusco tuuu..

Dilaporkan 58% rakyat Malaysia secara purata menghabiskan masa lebih 2 jam setiap kali mengunjungi pusat membeli belah dan mendapatkan persekitaran menyenangkan! ( benar ikan emas setuju ni...tp ikan emas tak laa buat mcm ni.

Kenapa? Rata-rata akan jawap alaa…’sekadar jalan-jalan,cuci mata, release tension, terapi jiwa !!!Shopaholic ? ..dah kena penyakit gila berbelanja? Ntah la..tapi mereka akan kata ”kami masih boleh kawal”. Pakar psikologi pun kata yang membeli belah ni merupakan salah suatu cara untuk melepaskan tekanan. Mendung di hati resah di jiwa terasa terubat bila dapat membeli belah walaupun hanya membeli sebiji kerongsang atau sebuah buku (...?...yg ini ikan emas!!).

Kepada suami-suami, ini ada suatu rahsia. Cuba pergi check bonet kereta si isteri, selongkar almari bajunya, atau sesekali terjah ke pejabatnya, bukak drawernya...ha ha ha ..jangan terkejut jika anda akan jumpa berpasang-pasang baju yang masih belum berjahit, atau berpasang-pasang baju yg macam baru ambil dari tailor, atau berpasang-pasang kasut yang masih belum berpakai..kuih raya...atau ntah apa-apa lagi laa.. ( ramai kekawan biasa buat macam ni )Si isteri memang suka buat aktiviti sorok ni.Terutama musim-musin raya ni,konon tak mau sang suami marah sebab berbelanja ( walaupun bukan suami dia orang yang bagi duit) tak mau kecoh !



Aktiviti membeli belah ini juga dah menjadi macam virus.Ramai yang terjebak ketagihan, dah tak terkawal lagi...kalau duit banyak lagi laa..penyakit ni jadi makin teruk!.Kalau dirujuk kepada doktor, mereka ni diisytiharkan kena oniomia. Terlalu obses membeli belah, walau tak perlu ,walau tak mampu tetapi nak juga...terbayang-bayang sampai tak lelap tidor, Biar menyesal beli (walau dah terlebih bajet) jangan menyesal sebab tak dapat beli ....ini yang dibimbangkan sebab ia boleh menjadi pemula kepada aktiviti dilarang agama!

Sekarang ’penyakit’ni semakin menular .Dah tak perlu keluar rumah,tak perlu susah-susah bersesak-sesak, tak payah bayar parking kereta...klik aje komputer, pilih,order dan tambah aje la hutang kad kredit tuuu..transaksi berlaku tanpa bertentang mata...nafsu dah menguasai diri..

Bulan ini bulan untuk siShopaholic, suatu terapi atau makin stress?