Selasa, 29 Jun 2010

bABy HaTch...apa salah saya ?? ...(2)



Terselamat daripada dibuang: Wajah bayi pertama yang dihantar ke Pusat Jagaan Bayi Tidak Diingini (Baby Hatch), di Petaling Jaya. Bayi berusia lima hari seberat 2.7 kilogram itu diserahkan Sabtu lalu oleh ibu bapanya berumur awal 20-an yang masih belum berkahwin dan merahsiakan kandungan itu daripada pengetahuan keluarga serta rakan masing-masing. Baby Hatch diwujudkan bagi mengelakkan bayi terutama dilahirkan luar nikah dibuang di merata tempat. (berita lanjut di BH Online - Nasional)

*******
IE tak sanggup nak tulis atau komen..comel bebenor baby ni. Kepada ibubapanya ...mungkin 5 - 10 atau 20 tahun lagi pasti akan cuba mencari semula anak mereka ini..
Sesape yang tak mau baby comel macam ni ...Mai hantar bagi IE jaga

p/s: catatan ke 2..tajuk yang sama !!













bABy HaTch...apa salah saya ??


Terselamat daripada dibuang: Wajah bayi pertama yang dihantar ke Pusat Jagaan Bayi Tidak Diingini (Baby Hatch), di Petaling Jaya. Bayi berusia lima hari seberat 2.7 kilogram itu diserahkan Sabtu lalu oleh ibu bapanya berumur awal 20-an yang masih belum berkahwin dan merahsiakan kandungan itu daripada pengetahuan keluarga serta rakan masing-masing. Baby Hatch diwujudkan bagi mengelakkan bayi terutama dilahirkan luar nikah dibuang di merata tempat. (berita lanjut di BH Online - Nasional)
*******
IE tak sanggup nak tulis atau komen..comel bebenor baby ni. Kepada ibubapanya ...mungkin 5 - 10 atau 20 tahun lagi pasti akan cuba mencari semula anak mereka ini..
Sesape yang tak mau baby comel macam ni ...Mai hantar bagi IE jaga..!!


















Khamis, 24 Jun 2010

Ther Leman Dah Nak Pindah ??

Kenapa ther ? Merajuk ke?
Betul ke ter dengar orang dok kecoh-kecok kata ther nak pindah ke Perang Besar ?
..eh bukan kawan ter kata Putrajaya..nak duduk kat dewan yang besar tu..ntah ter pun tak tau nak sebut namanyanya sebab nama orang putih..tapi ter tau sebab ter selalu juga pergi kat situ..masa seminar la..taklimat laa..PM bagi amanat kat situ la.Memang kat situ banyak orang besar-besar..pegawai-pegawai yang tinggi..YB-YB semuanya pejabatnya kat situ.Tapi ter tau tak semua mereka duduk kat perang situ ( eh sebab takut berperang besar kot !!!)

Kenapa ther ?
Iyer la ka..mentang-mentang la ther dah tua..umur pun dah 48 tahun..eh bukan kalau ikut mula dirisik dari tahun ’59 lagi ..sekarang ther dah asyik sakit-sakit …dah bocor aje tiap malam..kencing tak lawas..dah tak mampu nak tanggung ..maklum anak cucu dah makin ramai…banyak nak tanggung makan minum tidur baring mereka. Sebenarnya dah banyak kali juga ther keluar masuk hospital..dulu anak ther si samy tu bawak kawan dia rawat ther,..ter tau berapa kosnya ? 2005 kena RM90 jta…lepas tu 2007 RM 2juta..yg sikit-sikit tu tak tau nak kata laa.

Dulu lain..kalau anak cucu balik mereka semua dok diam-diam…hormat kat ther ni..sopan dan berbudi bahasa. Tapi ntah laa..sekarang ni dah macam tsunami..maklum sejak ’98 dulu, sejak Mac 08 dulu…tiap kali mereka balik sini dah macam perang ..patut nya sesekali jumpa bersembang la dengan baik…bermusyawarahlah dengan berhemah ..macam tak der adat ..malu betul ther tengok gelagat mereka ni…! cakap pun dah tak macam orang Malaysia…anak cucu ther sekarang ni pun dah macam-macam kaler..kejap putih kejap hitam..ada tu yang langsung tak ingat nak balik sini..jangan nanti kena halau baru macam-macam nak jawap. Ter tau tak…? ish ish ntah macam mana boleh kawan anak ther buat birthday party kat rumah ther ni…geram betul !
Ada tu asyik layan bini ..banyak juga yang dah keluar masuk mahkamah..pening ther mikirkan anak cucu ther ni. Macam mana la mereka ni nak jadi idola kat generasi baru.

Ter…
Ni ther nak ingatkan ter..bagi tau kat anak cucu ter ..yang pondok kaca ther ni dah kira tempat bersejarah…lambang demokrasi berparlimen. Tiga serangkai .Pondok ther ni mesti ada Yang Dipertuan Agong ,ada anak cucu yang dipilih orang panggil senator, ada yang diundi jadi boss rakyat jelata..

Ter..
Ther sedih..kalau la baetul anak cucu ther nak pindahkan ther ke Putrajaya,kosnya tentu lagi banyak..dengar kata RM800 juta..tu belum itu ini ..tertangguh ke./terbelengkalai ker..atau betul ke orang kata sebab nak bantu si gajah putih RM600 juta tu? Kalau buatkan ther pondok tambahan atau rawat aje ther ni elok-elok boleh jimat kot !!

Pokok dek dio laa..mana tau kok ther pun akan diruntuhkan macam tembok warisan di pudu tu… ..tersungkur di kaki kota !!! opps jangan disamakan ther dengan tembok di pudu tu tau !!

















Isnin, 21 Jun 2010

Penyakit MisTeri ni..Buat Aku BaHagia ..Buat aku DeRita

Dulu lebih sebulan kiter menghilangkan diri dek kerana penyakit ini…pergi berubat hingga ke seberang…misteri sungguh !!...puncanya ? Ntah…katanya ada orang dengki kat kiter…maklum tengah hangat !! …tapi mungkin juga stress terlampau sebab banyak sangat job..25 jam sehari …non stop sejak 2-3 tahun ni…iyer laa nak pastikan award tu memang layak bagi kat kiter.

Suatu ketika ada gambar kiter tangah layan dengan kekawan…ish mana ada…sekadar gambar ..seronok-seronok aja. Saja-saja aje orang jelous kat kiter..memang dah spesies kiter ni macam ni… pipih macam papan !! Yang penting kiter nak jadi contoh kat anak-anak kiter…nak jadi ikon kat remaja sekarang ni..kumpul duit banyak-banyak untuk masa depan keluarga kiter juga !!

Kerja kiter ni bukan mudah..kejap jadi anak mami, kejap jadi org Siam , kejap jadi duyung,kejap jadi cicak…idea kena laju …suara kena merdu.... tenaga kena tip top..mana nak tahan !.kiter bukan macam Jamal , Salemm .Radhi atau ramai lagi kekawang kiter yang ambil benda tuu untuk nak bagi power!!!

Harta dan kemewahan ni adalah atas daya usaha dan penat lelah kiter kerja siang malam……kiter tak da makmal seperti Benji punya…atau dapur nak buat resepi untuk dijadikan bahan jualan macam dapur si Shereen.. kiter tak pernah pun naik keldai pergi Caracas..…ni semua rezeki halal !!!!
Susah jadi public figure ni...nak lepak rumah kekawan pun tak boleh , ada saja orang skodeng……mana-mana ,tiap-tiap masa dan tiap langkah kiter diekori.. hahaaaa…sudahnya terKANTOI juga !!..GITU-GITU pun nasib tak masuk neraka !!!

Sekarang kiter dah insaf !!!..Esok kiter nak rehat kejap !! cari bomoh untuk mengubati penyakit gitu-gitu ni……KECOH BETUL !!!

wa memang minat giler sama lu...nape lu buat gini ???

huhuhuhu



















Khamis, 17 Jun 2010

Sembang-Sembang RMK10....kena ambil tahu juga ke??

Apakah bendanya RMK10 ni? KakChik tahu ke?

KakChik 1: Alaa….biasa laa..rancangan lima tahun tu.Dah kali ke 10 you.Tahun depan start la. Ini bermakna hanya ada dua kali sahaja lagi RMK ni sebelum kita sampai ke tahun 2020. Kritikal kan !!

KakChik 2 : Entah…tak da maknanya !!

KakChik tahu…tapi faham ke?

KakChik 1: Faham laa..sebab matlamatnya nak tranformasikan negara menjadi negara maju.Pendapatan rakyat tinggi. Urus ekonomi negara ni mengikut faktor dalaman ,di samping memgambil kira persekitaran luar negara dan ekonomi serantau. Kira ini perjuangan mencapai visi 2010 la.

KakChik 2 : Ish…tak payah susah-susah nak faham . Kita ni bukan orang ekonomi.Rakyat macam kita ni tak ada peranan pun.Biarlah orang yang pakar sahaja yang uruskan ekonomi negara ni!.

KakChik setuju ke apa yang PM sebutkan masa pembentangan tempohari?

KakChik 1 : Setuju laa.ia perancangan jangka panjang..mampu meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan pendapatan isi rumah menjelang 2020. Tentu banyak pelaburan baru. Rakyat mampu berdaya saing, inovasi dan mampu memberi produktiviti . Ni lagi satu nak bagitau…rancangan ekonomi ni akak nampak mersa rakyat kira sesuai dengan konsep 1Malaysia la. Dengar kata daripada RM230 billion peruntukan sebanyak 55% diberi kepada sektor ekonomi . ..tapi tak melupakan pembangunan modal insan. Anak-anak pun disyor mula belajar ke sekolah seawal umur 5 tahun…elok la tu !

KakChik 2: Iyer ke ..kerajaan nak mengurangkan subsidi yang selama ini diberi kepada rakyat ?...Ish tak ke ia hanya akan menyebabkan kenaikan harga barangan…menyusahkan rakyat pulak !
Akak tengok pelan ni macam tak fokus kepada rakyat luar bandar …asyik nak bantu sektor korporat dan pelabur sahaja !


Yakin ke ?

KakChik 1 : ai…kan ke ini kerja pakar ??..kita kena yakin la…

KakChik 2 : Risau pulak akak…kan sekarang ekonomi dunia tak menentu ,mesti tempiasnya terkena juga kat kita di sini.

Habis tu RMK10 ini mampu ke nak meningkatkan kualiti hidup rakyat dan tak ada kaum yang dipinggirkan ?

KakChik 1: Kita kena la memahami konsep 1Malaysia …konsep penerimaan, keadilan sosial dan kenegaraan .kira RMK10 ni pun tak la meminggirkan mana-mana kaum. Cuma kita kena pandai ambil peluang la…

KakChik 2 ; Konfius akak kejap…mana ada disebut dalam RMK10 ni fasal manfaat yang bakal diperolehi oleh rakyat ?..yang disebut fasal nak memacu ekonomi negara sahaja kan ?? Banyak projek dan dana bantuan hanya diberi kepada penduduk bandar ..orang luar bandar jauh laa !!


p/s: Januari 2011 bermula tempoh RMK10 sehingga 2015.Bermakna hanya ada satu lagi RMK sebelum tiba tahun 2020 ?...Sedarkah kita ?....bersediakah kita ?? Cubalah kita berfikiran secara positif…berilah kenyakinan dan sokongan kepada kerajaan yang mentadbir …mana tau gaji naik Wow !!!!!







Selasa, 15 Jun 2010

Entri Khas Untuk Silent Follower...yang lain pun boleh baca

Nampak gayanya kena juga Ikan emas tulis entri berkaitan hal ini..


Sebab ia terjadi juga akhir-akhir ni.


Hal yang sama berlaku kepada beberapa (banyak) blogger lain..


Ibarat melayan tetamu…bila ada tetamu bertandang ke rumah kita,
tentu kiter dgn mersanya ingin melayan baik dan sudi nak bertandang semula ke rumah mereka..


Masalahnya tetamu berkenaan macam tak nak bagi kiter ke rumah mereka ..


Sebab apa ?? adakah kerana :-


1.Baru bina rumah…tak siap lagi pun !


2. Mereka ada rumah tetapi TAK BERPENGHUNI..dah buat rumah ..pastu tinggal..sebab tujuan mereka buat rumah supaya senang pergi ke rumah orang lain…


3. Sengaja MENGUNCI pintu rumah mereka supaya tak da orang datang.
-

4. Tak sengaja …malah tak tau pun yang rumah mereka sebenarnya TERKUNCI…maka mereka pun heran kenapa rumah mereka dok senyap aje dari tetamu .


5. Mereka guna nama lain…


6. Baru buat rumah…konon nak cari jiran-jiran baru tetapi sombong tak mahu bertanya !!


*****
Ni IE senaraikan tuan rumah yang mungkin tersenarai atas sebab-sebab di atas…mohon maaf kalau IE tak dapat nak join rumah ull .


- Kalau sudi betulkanlah kunci (setting) rumah ull , agar ada tempat berPAUT
boleh kiter letak jejak kat sana.


Ataupun


- Bagilah komen kat entri kiter…

senang kiter…tak payah kiter nak guna gugle cari rumah ull


Antara blogger yang Ikan Emas tak dapat nak follow semula ;


1. Putera merdeka
2. Fazila moh sohor
3. Akuinsankerdil
4. Farhan zafry
5. Siti
6. Orieo
7. Faradz
8. Luah fikiran


p/s: terima kasih kepada follower semua…tak da hadiah yang boleh diberi hanya doa semoga anda diberi idea dan ilham untuk terus menulis !!



















Isnin, 14 Jun 2010

Cinta BerSegi-sEGI...MohoN NaSihat !!!!

Kak Tipah – "Helo IE..boleh tolong tak?"

IE- "Yap ! apa yg boleh IE bantu??? Eh takkan fasal duit kot ?"

Kak Tipah – "Ni haa…ada kawan minta tolong…problem besar ni …tahap kronik !"

IE- "iyer laa…nape?, kan ke Kak Tipah orang psikologi…pandai bagi nasihat…sentiasa jadi pakar rujuk…IE ni sape laa..eh ! macamna yg boleh kiter tolong ?"

Kak Tipah – "Dia kata tengah giler tahap gaban…sebab asyik dok ingatkan sorang mamat..
Dia tak boleh lupa …mana-mana ada wajah mamat ni..bayang mamat ni ‘ganggu dia siang malam…tengah keje, tengah tido ..tengah gitu pun bayang si mamat ni jgk yg muncul !"

IE- "eh.?…tengah angau la tu…pe de hal…menikah aje la !"

Kak Tipah - "laa…awak ni betoi laa…mcm ne nk menikah..kawan akak tu dah beranak pinak !...dia pun happy aje..selalu nasihat orang…keluarga dia org pun baik aje !...rupanya selama ni ada benda yang dia simpan…mamat tu pun baru kawen dgn kaum dia jg..."

IE – "ooooo…kira skandal la ni…cinta besegi-segi…!!!"

Kak Tipah – "…dah lima tahun dia ‘sakit’ ni…peliknya selama ni mereka jumpa setahun sekali jer..tak der hubung-hubung , tapi katanya si mamat ni pun sama jugak macam dia …angau juga, konon cinta pertama si mamat ni !...sekarang ni dah lebih setahun mereka tak jumpa-jumpa, tak berhubung tp si dia masih ada dalam hati
…ni bukan kes cinta siber tau !"

IE – "ooooooooooo…syok jugak cerita ni, boleh IE tulis !"

Kak Tipah –" laa..ke situ pulak ! ..lagi satu nak bagitau…si mamat tu bukan orang Islam, bukan Melayu,bukan Cina, bukan India....... malah usianya berbelas tahun lebih muda dari kawan akak tuu…"

IE – "haaaaa ?...eh..ntah-ntah ini kes Kak Tipah sendiri tak ??"

Kak Tipah -" ?????? tu fasal la !!!!!!!

IE – "tak per ….akak bertenang …
IE nak pergi makan dulu kat pantai PD
…cari ilham !!!"

p/s : hai…ada idea ? tolong la rungkaikan persoalan ini !

Berkata Ulama: Bila terjadi peperangan di antara akal dan hawa nafsu, akal mempertahankan barang yang pahit tetapi manis akibatnya, nafsu mempertahankan barang yang manis tetapi pahit bekasnya. Ketika itu keduanya sama mencari alasan dan sandaran....sambungan ni sila tengok
entri terkini USTAZ RAZAK
dan mai layan lagu ni.....

















Rabu, 9 Jun 2010

apa KATA mereka ...DAHULU dan SEKARANG ????

DULU ….mereka berKATA :
SEKARANG …. Mereka juga berKATA-KATA :


*********************
Kengkawan :

DULU : “ eh !! …giler ko..apa la ko sengaja nak tempah maut ..!”

SEKARANG : ….Wah !!!...ko memang hero !..ko memang sahabat aku dunia akhirat…Hebat ko !”


Boss :
DULU :
“ sukar saya nak luluskan cuti awak ni…memandangkan company tak berapa nak setuju alasan awak nak bercuti ni maka saya syorkan awak ambil cuti tanpa gaji saja …tu pun hanya sebulan saja…lerbih dari itu, sila kemukakan surat perletakan jawatan…”

SEKARANG : “…memang si anu tu kakitangan company kami…kami berbangga kerana beliau telah menaikkan nama dan imej company ini di mata dunia >>>( publisiti percuma !!!)



IBU:
DULU:
“ nak oii…janganlah pergi…mak risau..apa lagi yang nak dicari di sana tuuu…kat sini kat dah aman …”

SEKARANG : ‘Syukur …anak ku selamat balik…jangan pergi lagi kerja macam ni !!!”


ORANG RUMAH
DULU:
“ bang !...walau hatiku tidak merelakan abang pergi..tetapi apa nak buat ,jika itu yg abang suka…tp jgn lupa tinggalkan duit belanja !”

SEKARANG : “ ayang tak kisah kalau abang nak pergi lagi…ayang akan berjuang di sini …( eh eh …lepas ni mesti banyak orang bagi anugerah kat abang aku !!!)


Sanak Saudara ;
DULU :
“ pokok dek dio la ai..nak poie mano pun eh ..apo den nk hairan !!

SEKARANG : “ ….Betoi !!!....dia tu sedara rapat aku…dulu kami sama-sama makan sepinggan,tidur sebantal…sama-sama berangan nak jadi pejuang ,kami sama-sama suka buat kerja-kerja kebajikan ni…”



Orang besar-besar :
DULU:
“ maaf la..saya sukar nak menyokong tindakan awak ni..tetapi saya tidak menghalang…sekiranya ada risiko,awak kena tanggung sendiri….tiada peruntukan atau bajet yang dapat saya sumbangkan …faham-faham aje la…!”

SEKARANG : “ Awaklah WIRA NEGARA !!!...kami berbangga dan akan mengiktiraf pengorbanan awak…pergilah lagi, kami akan membantu ….berkapal-kapal !!!!


Orang kecik-kecik :
DULU:
…ala ..mereka tu..
kera di hutan disusukan, anak di rumah sendiri dibiar kelaparan ….!!”

SEKARANG : …apa pun yang jadi,pokok dek dio jo…kami tetap seperti ini…huhuhuuu


p/s: wa memang respek abis kat mereka yang pegi belayar tuu...dah 15 kali pegi baru kali kali disambut bagai wira !!!...selama ni wa hanya support buat kutipan aje..

















Selasa, 8 Jun 2010

selesai sudah......

legaaaaaa....














Syukurrrrr.........














selesai sudahhhhhhhh....








.................dah boleh kembali berblogging......