Memaparkan catatan dengan label psikologi/sosiologi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label psikologi/sosiologi. Papar semua catatan

Jumaat, 23 Julai 2010

Ilusi..sejauh mana anda percaya ??

Sy antara yang minat tengok siaran jam 6.30 ptg TV3..Isnin hingga Khamis seboleh-bolehnya saya nak sampai rumah ( atau hotel laaa...kalau dah kat luar kaw) sebelum waktu itu...Ilusi punya fasal !! Mungkin ada yang kata skrip merapu..tapi cuba tengok klip ni...

( ni bukan slot drama tuu)...sekadar nak rehatkan minda

ilusi minda? ...ilusi optik ? ...ilusi warna ?...




sekarang dah ada alat yang boleh mengukur gelombang otak manusia yang dipanggil EEG, singkatan dari “Elctroencephalography” . Gelombang otak manusia biasanya dikelaskan kepada 4 tahap iaitu beta, alfa, theta dan delta...


( lain kali kiter tulis fasal tahap mana otak kiter ni...normal ke.?.waras ke ? ...biul ke ? )




hah !!!...mesti ramai pak cik-pak cik yang dah mabuk ..perasan...kepala dah berputar-putar !!!!
mintak maap ler yer !!















Isnin, 14 Jun 2010

Cinta BerSegi-sEGI...MohoN NaSihat !!!!

Kak Tipah – "Helo IE..boleh tolong tak?"

IE- "Yap ! apa yg boleh IE bantu??? Eh takkan fasal duit kot ?"

Kak Tipah – "Ni haa…ada kawan minta tolong…problem besar ni …tahap kronik !"

IE- "iyer laa…nape?, kan ke Kak Tipah orang psikologi…pandai bagi nasihat…sentiasa jadi pakar rujuk…IE ni sape laa..eh ! macamna yg boleh kiter tolong ?"

Kak Tipah – "Dia kata tengah giler tahap gaban…sebab asyik dok ingatkan sorang mamat..
Dia tak boleh lupa …mana-mana ada wajah mamat ni..bayang mamat ni ‘ganggu dia siang malam…tengah keje, tengah tido ..tengah gitu pun bayang si mamat ni jgk yg muncul !"

IE- "eh.?…tengah angau la tu…pe de hal…menikah aje la !"

Kak Tipah - "laa…awak ni betoi laa…mcm ne nk menikah..kawan akak tu dah beranak pinak !...dia pun happy aje..selalu nasihat orang…keluarga dia org pun baik aje !...rupanya selama ni ada benda yang dia simpan…mamat tu pun baru kawen dgn kaum dia jg..."

IE – "ooooo…kira skandal la ni…cinta besegi-segi…!!!"

Kak Tipah – "…dah lima tahun dia ‘sakit’ ni…peliknya selama ni mereka jumpa setahun sekali jer..tak der hubung-hubung , tapi katanya si mamat ni pun sama jugak macam dia …angau juga, konon cinta pertama si mamat ni !...sekarang ni dah lebih setahun mereka tak jumpa-jumpa, tak berhubung tp si dia masih ada dalam hati
…ni bukan kes cinta siber tau !"

IE – "ooooooooooo…syok jugak cerita ni, boleh IE tulis !"

Kak Tipah –" laa..ke situ pulak ! ..lagi satu nak bagitau…si mamat tu bukan orang Islam, bukan Melayu,bukan Cina, bukan India....... malah usianya berbelas tahun lebih muda dari kawan akak tuu…"

IE – "haaaaa ?...eh..ntah-ntah ini kes Kak Tipah sendiri tak ??"

Kak Tipah -" ?????? tu fasal la !!!!!!!

IE – "tak per ….akak bertenang …
IE nak pergi makan dulu kat pantai PD
…cari ilham !!!"

p/s : hai…ada idea ? tolong la rungkaikan persoalan ini !

Berkata Ulama: Bila terjadi peperangan di antara akal dan hawa nafsu, akal mempertahankan barang yang pahit tetapi manis akibatnya, nafsu mempertahankan barang yang manis tetapi pahit bekasnya. Ketika itu keduanya sama mencari alasan dan sandaran....sambungan ni sila tengok
entri terkini USTAZ RAZAK
dan mai layan lagu ni.....

















Khamis, 25 Februari 2010

Satu Keluarga Satu Kaunselor …..apa cerita ??

Kecoh satu Malaya, bayi-bayi bersepah di merata-rata, di surau, di masjid, di tangga rumah Tok Iman, di sungai, di tempat sampah pun adaa..Apa nak Jadi???

Tetiba teringat dulu dok sibuk UMNO nak buat program Satu Keluarga satu kaunselor,.Satu kaedah nak tangani gejala sosial ..tapi …Apa dah jadi??...


Ikan Emas dok menyebok tanya sana sini. Tanya org Jab. Pembangunan Wanita jawap tak tau, tanya JKM pun kata tak pernah buat program ni. LPPKN pulak kata ini politik punya hal. Risik-risik kat EXCO yang jaga ( wanita UMNO juga ) pun tak de jawapan..ai ?? Apa pulak hal ni??


Februari 2007 ,di Hotel Royal Adelphi ,Seremban ( sekarang dah tukar nama daa..Royal Bintang) berduyun-duyun la masyarakat negeri ( dari luar NS berbas-bas jugak) datang dijemput UMNO untuk makan-makan , kunjungi gerai dan yang penting mendengar ucapan YAB Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi. Nak melancarkan satu program anjuran Biro Pembangunan Sosial UMNO ..Program Satu Keluarga Satu Kaunselor (SKSK) . Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang jadi patnershipnya untuk menganjur dan memeriahkan program ini.( Tau la bila program UMNO !! mesti meriah ,merah putih,warna warni lip-lap bling-bling..!!!


Terhegeh-hegeh la dengan muka tak malunya si Ikan Emas ini menawarkan diri menjadi ahli, memberi sokongan dan menyahut cabaran.Walau sibuk nak terbang masa tu sempatkan juga isi borang. Konon-konon boleh la guna sikit-sikit kemahiran yang ada ni. Iya la tujuan UMNO tu bagus sgt…mungkin di peringkat awal nak memasyarakatkan dan membudayakan kemahiran kaunseling di kalangan ahli UMNO ,kemudian sekurang-kurangnya seorang ‘kaunselor’ bagi setiap keluarga .Bukan nak suruh orang jadi Kaunselor yang Berdaftar tuu..sekurang-kurang di setiap keluarga ada yang tau asas kaunseling .. ..Gitulah kaedahnya!!!


Setiap tahun ramai graduan psikologi dan kaunseling dilahirkan .Berkelayakan tetapi kenapa mereka masih tak mendaftar dengan Lembaga Kaunseling Malaysia.? Mungkin sebab jumlah jam yang diperlukan .Mungkin sekarang perkhidmatan kaunseling di negara ini masih belum mendapat tempat. Kat pejabat gomen ni pun kalau pergi berjumpa Pegawai Psikologi pun dah menimbulkan berbagai-bagai persepsi . Tapi suatu ketika nanti perkhidmatan ini akan menjadi suatu industri penting !! Macam kat US ..betul kan En Komensen ??


Namun nampaknya UMNO diamkan diri selepas pelancaran tersebut. Tak ada susulan pun. Tak ada surat ke apa ke ?.Tak ada apa-apa pun.Senyap dan sepi. Sekarang sebok nak jadi juara. Kak Jat yang dah balik semula ke Kem Hawa pun tak da cakap lagi fasal ni. Lupa Ke?.Pemuda pun sama lupa.. Hai tak kan lah bila dah bertukar kepimpinan segala projek lama dipadamkan ?. Program ni pun ada nombor satu ! bolehlah rebranding semula jadikan “Program Kaunselor 1Malaysia” …..atau apa-apa ajelah??


...lepas ni ntah apa program baru nak dicadangkan! lepas tu senyap !..tapi tetap layan






...adakah tulisan ini syok sendiri??

Selasa, 16 Februari 2010

Menangis kerana apa? ....Cinta ???...

Menurut Ibnu Qayyim ada 10 jenis tangisan.. Iyer ke? Kita pasti pernah menangis
cuma bila menangis kita tak pernah terfikir hikmah atau nikmat disebalik tangisan tersebut ;-


Orang perempuan dikatakan paling kuat (?) menangis..
  1. Menangis kerana kasih dan sayang

( rindu kat emak ayah ,keluarga, kampung...)

2. Menangis kerana rasa takut

( masa kechik-kechik dulu ,bila jalan dalam gelap,Mak Lang pulak suka tinggalkan kiter sorang- ..sekarang menangis takut bila ingatkan bagaimana sorang-sorang kat alam sana nanti....)

3. Menangis kerana cinta

( akahs....rindu, rindu serindu-rindunyaaaaaa...)

4. Menangis kerana gembira

( masa sain surat JAIP dulu...)

(la ni pun selalu meleleh air mata bila layan lawak si Tapa kat office tu..! )

5. Menangis kerana menghadapi penderitaan

( masa tengah deman 2 minggu tak kebah-kebah ,fikir macam-macam.......Tapi aku tau banyak lagi orang di luar sana yang menangis kerana penderitaan zahir,batin, emosi dan mental....)

6. Menangis kerana terlalu sedih

( emak dan ayah dah pergi untuk selama-lamanya...Al-Fatihah kutitipkan tiap waktu ...)

7. Menangis kerana terasa hina dan lemah

( nape ler ada manusia hipokret ..tak abis-abis nak buat fitnah ....)

( Ya Allah !! aku insan ini yang kerdil, berilah kekuatan , berikanlah aku hati-hati yang suci bersih,Hati yang segar mensyukuri NikmatMu,Lidah yang sentiasa menyebut namaMu,badan yang ringan menyempurnakan perintahMu, Iman yang sempurna .......)

8. Menangis kerana belas kesian

( tiap tahun pergi lawat anak yatim, orang tua-tua, orang susah ...Tunaikan Zakat, banyak-banyakkanlah bersedekah !!!)

9. Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis

( kes tengok filem hindustan laaa....)

10. Menangis kerana orang munafik - pura -pura menangis

( sajaaa...orang nangis , kita pun nangis jugak, hendaknya bila 'shooting ".....nak ambik hati la kononnya. )

Namun ada ramai yang ego tak tunjukkan yang mereka menangis..sorok-sorok.Tapi dalam hati,menjerit-jerit !!!!



Hari ini aku menangis lagi...tapi tak tau la dalam kategori mana ???




Ahad, 31 Januari 2010

Lelaki Melayu Tak Romantik ???...Siapa nak jawap??

Benarkah Lelaki Melayu Tak Romantik?



Seorang perempuan Melayu menulis di sebuah akhbar hari ini. Kat fb ramai kekawan bangkitkan isu ini. Tetiba Ikan Emas teringat sebuah cerita..cerita yang dah banyak orang tahu...saja teringat apa tah lagi ada watak ikan emas..

Di suatu majlis jubli emas sebuah perkahwinan .. .

Sebelum menikmati jamuan , semua jemputan mengikuti simbolik penyerahan hidangan istimewa dari si suami kepada isteri tercinta.Hidangan itu adalah seekor ikan emas yg diletakkan di sebuah piring besar yg mahal lagi bersalut emas.Ikan emas itu dimasak oleh chef bukan wan yg sangat terkenal.

"Hadirin sekalian, ikan emas ini bukanlah ikan yang mahal.Tetapi, inilah ikan kegemaran kami berdua, sejak kami menikah dan masih belum punya apa2, hingga usia perkahwinan kami yang ke-50 dengan segala kemewahan ini.Ikan emas ini tetap menjadi simbol kedekatan, kemesraan, kehangatan, dan cinta kasih kami yang abadi," kata sang suami, dalam ucapan singkatnya.


Lalu, tibalah detik-detik istimewa dimana seluruh hadirin sudah begitu teruja..Sang suami mengambil piring, lalu memotong bahagian kepala dan ekor ikan emas. Dengan senyum mesra dan penuh kelembutan ( perasan dia la), ia berikan piring berisikan potongan kepala dan ekor ikan emas tadi kepada isterinya. Ketika tangan sang isteri menerima piring itu, serentak hadirin bertepuk tangan dengan meriah.Untuk beberapa saat, mereka ikut terbawa oleh suasana romantis, penuh kebahagiaan, dan mengharukan tersebut.


Namun suasana tiba-tiba jadi hening dan senyap.Samar-samar terdengar isak tangis sang isteri yang akhirnya memecah kesunyian.Para tamu yang ikut tertawa bahagia mendadak jadi diam, menunggu apa gerangan yang bakal terjadi.Sang suami dah jadi bingung.


Lalu ia mendekati isterinya dan bertanya "Mengapa sayang menangis?"

Setelah tangisan reda, sang isteri menjelaskan "Suamiku?sudah 50 tahun usia pernikahan kita.Selama itu, aku telah melayanimu dalam duka dan suka tanpa pernah mengeluh.Demi kasihku kepadamu, aku rela selalu makan kepala dan ekor ikan emas selama 50 tahun ini.Tapi sungguh tak kusangka, di hari istimewa ini engkau masih saja memberiku bahagian yang sama.Ketahuilah suamiku, itulah bahagian yang paling tidak aku sukai." tutur sang isteri.


Sang suami terdiam dan terpana sesaat, lalu dengan mata berkaca-kaca, ia berkata kepada isterinya," Isteriku yang tercinta??? 50 tahun yang lalu saat aku masih miskin, kau bersedia menjadi isteriku.Aku sungguh-sungguh bahagia dan sangat mencintaimu.Sejak itu aku bersumpah pada diriku sendiri, bahwa seumur hidup aku akan bekerja keras, membahagiakanmu, membalas cinta kasih dan pengorbananmu. " Sambil mengusap air matanya, sang suami melanjutkan, "Demi Tuhan, setiap makan ikan emas, bahagian yang paling aku sukai adalah kepala dan ekornya????..Tapi sejak kita menikah, aku rela menyantap bahagian tubuh ikan emas itu.Semua kulakukan demi sumpahku untuk memberikan yang paling berharga buatmu."


Sang suami terdiam sejenak, lalu ia melanjutkan lagi "Walaupun telah hidup bersama selama 50 tahun dan selalu saling mencintai, ternyata kita tidak cukup saling memahami.Maafkan saya, hingga detik ini belum tahu bagaimana cara membuatmu bahagia." Akhirnya, sang suami memeluk isterinya dengan erat.

Tetamu pun tersentuh hatinya melihat episod tadi.

Apakah yang kita dapat daripada cerita tersebut???






Sabtu, 9 Januari 2010

Rokok- "Mak, susu adik dah habis !!!"

Harga minimum bagi 20 batang rokok ialah RM6.40 atau RM0.32 sebatang.Ikan emas bukan nak tulis isu kenaikan harga barang TETAPI mai kita fikir kenapa walau berkali-kali dan berganda-ganda pun harga rokok naik, tetapi bilangan perokok terus meningkat ..
Cerita bab kesihatan dan rokok ni banyak. Dari sudut psikologi Islam pun boleh dibicarakan. Atau memang benar teori Sigmund Freud ?

Apa kena mengena Frued dengan rokok? Doktrin Freud melalui teorinya, memperkenalkan satu konsep psikodinamik dikenali libido, iaitu tenaga seks yang ada pada setiap manusia semasa dilahirkan. Teori libido ini disebut dengan "hakikat (essence) dari doktrin psikoanalisis". Semua kehebatan budaya manusia, seperti seni, perundangan, agama dll. dipandang sebagai perkembangan libido. Pada bayi aktiviti libido itu ialah menghisap susu ibu, mengisap puting dan mengisap jari. Setelah dewasa libido itu terarah dalam hubungan seksual, atau berupa kreativiti seni, sastera, muzik atau lain-lain aktiviti yang disebut dengan "displacement" atau mungkin juga sebagai suatu pelarian. Naluri seksual libido ini menurut Freud adalah sumber dari karya kreatif.
Jadi adakah benar ketidakpuasan menikmati susuan ibu ketika baby dulu ( alaa sebab mak tak sudi atau dek sebab mak nak bagi cepat-cepat dapat adik baru) dulu adalah punca kenapa manusia dewasa merokok? Siapa setuju angkat tangan !!!


Rabu, 22 Julai 2009

Helah Bela Diri..

Situasi 1..kat sebuah pejabat ( tempat cari makan laaa)
Sibos bagi kerja tambahan kat sipolan ni tetapi sebenarnya dia tak mampu nak uruskan . Kat depan bos muka toye jer dia dok diam ,angguk dan senyum hayun aje, tetapi bila keluar bilik bos je ,ia melepaskan kegeramannya kepada orang lain atau kepada orang bawahannya pula.pot pet pot pet pot pet..siap hentak pintu lagi..? apa cerita ni?

Situasi 2 ( kat mana-mana boleh laa..)
Ada makhluk ni yang sentiasa jeles dan asik tak puas ati je dengan kelebihan si polan lain, namun spesies jeles tak dapat menerima hakikat si polan itu yang memang seentario dah tau kehebatannnya. Justru mahluk jeles ni menyatakan bahawa anggapan orang lain terhadap si polan itu adalah salah.Hanya dialah sahaja yang pandai buat kerja kononnya..


Situasi 3 ( konon-konon kat dalam lif laa...)
"Ehh sape umat yang buang angin nie?"
"Ehh bukan u ke ?"


Situasi 4 ( kat office i ler )
"kita mesti jadi hipokrit kalau nak hidup senang..."
"i jadikan sigedik gundik tu batu loncatan .senang i nanti "
jangan macam ikan emas tuu, jujur tak bertempat!!"


....ish,ish,ish , yang ini apa kes ? kot yer pun nak hidup senang jangan ler jadi sesumpah,sampai gadai maruah.. !


Lempar batu sembunyi tangan” atau ‘ batu itu dialih seolah-olah dilempar oleh orang lain”

PERNAH BERHADAPAN DENGAN SENARIO BEGINI?
Semua situasi ini merupakan cara-cara yang digunakan kononnya untuk mempertahankan harga diri . Mekanisme helah bela diri.ini merujuk kepada proses psikologi yang bertujuan mengawal ketidakupayaan dan penderitaan Ego yang mampu mempengaruhi dan mengawal Id dengan sempurna.

Helah bela diri ini juga mampu mempertahankan segala kutukan oleh Super Ego.

Memutabelitkan kenyataan atau menyangkal adalah dua bentuk umum kaedah helah bela diri ini.

Banyak factor yang mempengaruhi si pelaku supaya bertindak sedemikian.

Lima (5) Strategi yang diaplikasikan bagi melaksanakan helah bela diri ialah :-

i) REPRESI
bagi Teori Personaliti Freud, strategi ini merupakan terpenting dan paling asas.Ia sebagai usaha untuk melupakan sesuatu yang mengecewakan atau memalukan dirinya. Unsur ini akan aktif pada waktu tertentu dan akan mempengaruhi pemikiran dan tingkah laku sesaorang tanpa disedari.

Contohnya : seorang Ketua Jabatan tidak dapat menerima hakikat apabila seorang pegawai bawahannya membuat teguran terbuka terhadap kelemahan atau kekurangannya. Maka si bos ini akan terus –terusan membenci orang bawahannya itu.Dan, kebenciannya itu sesekali akan dinyatakan melalui aktiviti cakap-cakap atau marah-marah atau kaedah lain yang dapat dia lakukan.Ish ish ish dahysat sungguh bos yg macam ni.

ii) FANTASI -
Berlaku apabila seseorang cuba mengurangkan ketegangan secara berkhayal. Imiginasi tersebut lebih baik / selesa dari situasi sebenar.

Seorang artis yang tidak popular mungkin berfantasi untuk berimaginasi bahawa dia disanjung dan diterima ramai peminat.Ala-ala perasan laa..

iii) PINDAH GANTI
Berlaku apabila perasaan marah dipindahkan dari seorang individu kepada individu yang lain.

…..yang ini ikan emas dah letih ,jemu dan naik meluat dengan seseorang yang cukup relevan guna strategi ini. Senyum dan ketawa sendiri tengok gelagat orang ni , tapi kesian pulak dengan orang lain yang kena tempiasnya tu.Ntah bila la nak tobatnya !

iv) PENAFIAN
Berlaku apabila seseorang itu tidak dapat menerima kenyataan.
Contohnya apabila seorang pesakit diberitahu yang dia menghidap penyakit barah, dia cuba menyatakan dignosis doctor adalah salah.

Contoh lain pula..situasi di mana seseorang tidak dapat menerima kenyataan bahawa dia telah disoalsiasat oleh SPRM atas kes rasuah atau pecah amanah. Dia menafikan bahawa SPRM yang silap siasat atau sipelapor yang dengki terhadapnya atau ada orang lain yang buat skesalahan tersebut.

v) SUBLIMASI
Ini helah bela diri yang paling sihat. Ia menyalurkan perasaan kekecewaannya kepada saluran atau bentuk yang boleh diterima.

Contohnya seseorang yang tiada atau sukar mempunyai pasangan,mungkin menyalurkan perasaan sunyinya dengan mengubah pantun,puisi, berkaraoke /melalak menulis kat dairi,blog…

Kawallah diri kerana setiap perlakuan kita menunjukkan diri kita.!!

Rabu, 17 Jun 2009

Jejaka Muda Mai Sahut Cabaran!!

Dulu-dulu mak kata :“ Anak dara tak elok menyanyi di dapur, nanti kahwin orang tua”..anak dara tika itu punya la takut!

Sekarang mak kata : “ Nak, ko p le nyanyi kat tv, nanti leh kahwin orang tua kaya”..

anak dara zaman sekarang sengaja melalak dengan harapan moga terkabul cakap-cakap ini! Mak nya pulak lagi lebih-lebih ,ghairah nak bermenantukan lelaki sebaya!

Tetiba, teringin nak kupas isu ini bila terbaca tulisan di akhbar hujung minggu lepas.
Trend kahwin lelaki tua. Iye ke?, masa tok nenek dulu lagi pun dah dengar kes kahwin lelaki tua. Pasti tersenyum bila ulang tayang wayang cerita ’Keluarga 69’.P.Ramlee memang dah macam tau hal ini akan terjadi...macam-macam skandal.

Apa maksud yang boleh dikategorikan sebagai lelaki tua? Julat usia antara pasangan mestilah jauh..kalau dah perempuan berumur 20 tahun lelakinya 45 tahun atau 60 tahun,apa maknanya? Eee..senyum simpol.Jantan perasan!!

Allah swt berfirman didalam surah al-Rum ayat 21:

Dan di antara membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi tanda-tanda yang orang-orang yang berfikir.

Trend ini wajar diikutikah ? Mai kita tanya dan jawab..( tak de markah atau pemenang kepada soalan –soalan ini)

Kepada lelaki dan perempuan:

-Cuba tanya apa asas dan tujuan perkahwinan
-Benar, cinta tak mengenal usia?
-Kasih sayang ni nikmat tuhan
-Panjangkah usia perkahwinan ini
-Persepsi pemikiran dan cara hidup
-Penerimaan keluarga pasangan
-Ikut sunnah nabi.

Soalan kepada Lelaki:

*Nak tunjuk ego ( akulah lelaki terhebat)..kalau ada yang puji lagilah kembang dada
*Bangga walau dah tua tapi masih mampu layan anak dara ( ehk..)
*Yang ada bisnes - perempuan muda boleh jadi tukang daya penarik
*Cover kekurangan diri..( jangan tipulah kalau dah 50 tahun, enjin dah macam-macam bunyi)
*Perempuan muda bebudak lagi..ikut cakap je
*Simpati ...konon nak bantu
*Sex bukan perkara pokok,kahwin bukan kerana nafsu
*Tapi bagaimana dah umur 60 kena bangun tukar lampin baby?? ( hahahaha...) patut bangun sembahyang tahajud
*Kalau yg dah ada isteri,kata ini saja cara nak ajar bini no satu yang kuat berleter tuu
*Aku lelaki,aku punya sukalah apa aku nak buat ..kuasa lelaki!

Soalan kepada perempuan ;

+Lelaki tua lebih matang?
+Lelaki tua lebih prihatin,penyayang dan pandai ambil hati?
+Masuk rumah cuci kaki saja!
+Nak senang hidup,tak kan nak naik kapcai ..malu lah!
+Terus dapat gelaran datin tau!
+Biar sakit mata tapi duit banyak
+Biar kaya walau hati tak senang ( orang lain bukan tau)
+Yang penting status.
+Gerenti hidup terjamin,boleh bantu keluarga juga
+Lebih cepat suami mati,lagi bagus,boleh kahwin lagi
+Lelaki muda lembap,pemalas ,tak de kepala agong, tak romantik

Kat Malaysia ini kajian menunjukkan bahawa aliran perkahwinan ialah antara 23.8 – 25.3 tahun manakala lelakinya pula berumur 27.4-28.9 tahun.

Kononnya ada kajian di Jerman mendapati kaum Adam ni berpeluang mengurangkan risiko mati muda sehingga satu perlima jika usia isteri antara 15 dan 17 tahun lebih muda.

Risiko mati muda dikurangkan sehingga 11 peratus jika mengahwini wanita tujuh hingga sembilan tahun lebih muda. Wallahualam....macam tak caya ja


p/s: Hai, jejaka-jejaka muda tak tercabar ke?
Ikan emas juga pernah terbaca wanita berusia yang pasangannya muda 14 tahun akan lebih awet muda!!! ( next entri lak..)

Ahad, 14 Jun 2009

Bersihkah Hati Kita?

Cuba tanya bersihkah hati kita?

Ikan emas nak jadi ustazah ke? Atau nak membebel tak tentu fasal… Leteran ini sekadar tanda ingat mengingatkan. Nak mengingatkan diri sendiri ..harap tak de pulak yang terasa pedasnya.

Bersihnya diri kita bukan sekadar bersih di luar, hati pun perlu dicuci selalu agar besih daripada segala hasad dengki,iri hati,syak wasangka dan berbagai perasaan-perasaan buruk yang lain.

Semua perasaan-perasaan buruk ini datangnya dari nafsu. Nafsu ialah gerakan hati supaya memuaskan keinginan.Semua nafsu berpunca daripada egoisme.Nafsu ammarah merupakan nafsu tahap paling keji dan serendah-rendah darjah nafsu kalau dibincang dalam dunia tasawuf.Tahap ini sentiasa terdedah kepada godaan hawa nafsu dan syaitan.Nafsu ini sentiasa menyuruh manusia melakukan kejahatan samada sedar atau tidak. Prasangka,syak wasangka ,takut dengan bayang-bayang sendiri menyebabkan nafsu ini menguasai.
Dalam bidang personaliti nafsu ini sama dengan Id yang dikatakan oleh Frued.Malah suatu helah projeksi individu ini iaitu mengalihkan kelemahan atau kekurangan mereka kepada individu lain ialah dengan FITNAH !!

Kenapa wujud manusia (kalau boleh dikatakan manusia) yang macam ni.

”Macam mana nak menahan diri daripada orang –orang yang tak bersih hatinya ini? ”

Macam mana nak menjauhkan diri daripada manusia begini.

Apa balasan terhadap orang yang suka memfitnah

Macam mana nak buat atau nak ubat orang yang begini.

Tak tak betapa sakitnya diri ini difitnah oleh orang yang tak bersih hatinya.

FITNAH adalah mengada-adakan sesuatu yang tidak ada atau mengaitkan diri sesaorang dengan sesuatu yang tidak benar. Ia terhasil daripada persepsi atau gambaran dan bukannya berdasarkan realiti.


Rasulullah s.a.w bersabda: Tahukah kamu apa itu memfitnah?

Para sahabat berkata: ”Allah dan Rasulnya lebih mengetahui”. Baginda bersabda: Memfitnah adalah mengatakan sesuatu tentang saudara (Musim) ketika dia tidak ada dan yang dia tidak suka. Ditanya: ”Wahai Rasulullah jika kekurangan itu sungguh ada dalam diri seorang Muslim,maka apa yang harus aku dikatakan?” Baginda menjawab: Jika apa yang dikatakan itu benar,maka itu adalah mengumpat.( riwayat Muslim).

Sifat keji kerana ia berprasangka buruk kepada orang lain. Perasaan itu timbul daripada rasa dengki dan tidak puas hati atas apa yang diperoleh orang lain yang kemudian berakar sehingga menjalar kepada perasaan khianat dan dendam.Ibarat lempar batu sembunyi tangan.

Mulut disuap pisang,
Punggung dikait onah

Mulut satu,lidah bercabang

Tuduhan demi tuduhan kemudian disebar melalui lidah fitnah. Syaitan cukup suka dengan kelakuan buruk ini .Berita buruk dan fitnah cepat merebak.Jadilah tukang fitnah ini rakan syaitan! akhlak keji ini berpunca daripada hati manusia itu sendiri.

”Di dalam rongga anak Adam itu terdapat seketul daging.Sekiranya baik daging itu, baiklah seluruh jasadnya.Sekiranya buruk daging itu, buruklah jasadnya. Ketahuilah, daging itu adalah hati.”

Perbuatan memfitnah ini dah tentu melambangkan rendahnya moral pelaku.Mereka sanggup menghancurkan maruah orang lain.Tak menggunakan akal yang dianugerah tuhan.Inilah akibatnya bila membenarkan nafsu menguasai akal.Iman terhakis dek nafsu.

Firman Allah yang bermaksud: ”Wahai mereka yang beriman,jauhkanlah diri kamu daripada berburuk sangka kerana sesetangahnya boleh menjadi dosa, maka janganlah kamu mencari rahsia orang lain serta memaki hamun kepada orang lain.”

”Berhati-hatilah kamu terhadap hasad dengki kerana ia boleh merosakkan amal kebaikan kamu seperti api memakan sekam.”( Riwayat Muslim)

”Dalam hati –hati mereka ada penyakit,maka Tuhan tambahkan penyakit kepada meraka dan bagi mereka seksaan pedih dengan sebab mereka dustakan” ( Al-Baqarah,ayat 10)

Bagaimana nak mengelakkan diri daripada tergelincir ke lembah keji ini? Untuk mencuci hati,amalkan sifat-sifat mahmudah ini. Bersederhana.Zuhud.Simpan rahsia.Jangan marah-marah. Berani. Pemaaf. Sabar

”Janganlah kamu marah,janganlah kamu berhasad dengki dan janganlah kamu bermasam muka,sebaliknya jadilah kamu hamba Allah yang bersaudara.” ( Riwayat Bukhori dan Muslim).

Penakiri,futphenonemon,mindashahnon (dh lama sepi?)mungkin blh diskus isu ni dr sudut sufism dan freudism?
p/s : Kolam hidup ikan emas direnangi spesis spt ini..kasihanilah !