Khamis, 23 Februari 2012

gaya tomoi pun boleh di sini...??


bagaimana ? macam mana nak buat ni?
ish ish ish ..maca-macam pesen


Rabu, 22 Februari 2012

kerinduan memuncak..masih terasa kehilangannya

Assalamualaikum.. ...salam rindu

Huh..lama sungguh tak menulis di sini. Bukan kerana dah benci atau dah lupa. Bukan kerana tiada apa yang nak ditulis…terlalu banyak perkara yang berlaku yang boleh dicatatkan. Yang didengar dan yang dilihat. Kejadian orang lain atau diri sendiri. ..kerinduan pun dah memuncak!
Hari ini di muka depan Utusan terpapar gambar ini.




utusan



Masih terasa trauma dan kesedihan..sampaikan sehingga sekarang yang hilang masih belum berganti. Puas sudah diintai sikameli, si kak dina atau si arbi malah kemarin sempat merisik si koup..semuanya masih tergantung …apa kata IE ni pinang si kuper..senang parking !!!

Ahhh…tunggu dulu laa!!












Ahad, 5 Februari 2012

Jalan-Jalan Cari Syafaat - 41 Kelebihan Berselawat...

Salam Maulidur Rasul.Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhamad SAW dan kaum keluarganya. Catatan tentang kelebihan berselawat ke atas Nabi Muhamad s.a.w di dalam kitab yang ditulis oleh Al-Sheikh Abdul Kadir Jelani.
20 kelebihan..
1. Melaksanakan perintah Allah.
2. Bersamaan dengan selawat Allah kepada Rasulullah saw
3. Bersamaan dengan selawat para malaikat
4. Mendapat ganjaran sepuluh kali selawat daripada Allah atas setiap kali selawat yang diucapkan ( selawat daripada Allah bererti rahmat )
5. Dikurniakan oleh Allah sepuluh darjat atas tia-tiap satu selawat
6. Dituliskan oleh malaikat sepuluh kebaikan atas setiap selawat
7. Dihapuskan oleh Allah sepuluh kejahatan atas setiap selawat
8. Segala doa akan diperkenankan oleh Allah
9. Mendapat syafaat daripada Rasulullah saw
10. Mendapat keampunan Allah serta akan ditutup segala keaiban
11. Allah akan menutupi segala dukacita
12. Dikurniakan maqam hampir kepada Rasulullah saw
13. Mendapat darjat al-Sidq
14. Ditunaikan segala hajat
15. Salam sejahtera pada hari kiamat
16. Allah dan para malaikat akan berselawat ke atas orang yang berselawat
17. Mendapat khabar gembira daripada Allah dengan balasan syurga
18. Sejahtera pada huru hara di hari kiamat
19. Rasulullah saw akan menjawab secara langsung ke atas setiap selawat yang dibacakan
20. Mudah mengingat semula perkara-perkara yang lupa.
.......sambungan : rujuk www.muftins.gov