Khamis, 25 Februari 2010

Satu Keluarga Satu Kaunselor …..apa cerita ??

Kecoh satu Malaya, bayi-bayi bersepah di merata-rata, di surau, di masjid, di tangga rumah Tok Iman, di sungai, di tempat sampah pun adaa..Apa nak Jadi???

Tetiba teringat dulu dok sibuk UMNO nak buat program Satu Keluarga satu kaunselor,.Satu kaedah nak tangani gejala sosial ..tapi …Apa dah jadi??...


Ikan Emas dok menyebok tanya sana sini. Tanya org Jab. Pembangunan Wanita jawap tak tau, tanya JKM pun kata tak pernah buat program ni. LPPKN pulak kata ini politik punya hal. Risik-risik kat EXCO yang jaga ( wanita UMNO juga ) pun tak de jawapan..ai ?? Apa pulak hal ni??


Februari 2007 ,di Hotel Royal Adelphi ,Seremban ( sekarang dah tukar nama daa..Royal Bintang) berduyun-duyun la masyarakat negeri ( dari luar NS berbas-bas jugak) datang dijemput UMNO untuk makan-makan , kunjungi gerai dan yang penting mendengar ucapan YAB Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi. Nak melancarkan satu program anjuran Biro Pembangunan Sosial UMNO ..Program Satu Keluarga Satu Kaunselor (SKSK) . Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang jadi patnershipnya untuk menganjur dan memeriahkan program ini.( Tau la bila program UMNO !! mesti meriah ,merah putih,warna warni lip-lap bling-bling..!!!


Terhegeh-hegeh la dengan muka tak malunya si Ikan Emas ini menawarkan diri menjadi ahli, memberi sokongan dan menyahut cabaran.Walau sibuk nak terbang masa tu sempatkan juga isi borang. Konon-konon boleh la guna sikit-sikit kemahiran yang ada ni. Iya la tujuan UMNO tu bagus sgt…mungkin di peringkat awal nak memasyarakatkan dan membudayakan kemahiran kaunseling di kalangan ahli UMNO ,kemudian sekurang-kurangnya seorang ‘kaunselor’ bagi setiap keluarga .Bukan nak suruh orang jadi Kaunselor yang Berdaftar tuu..sekurang-kurang di setiap keluarga ada yang tau asas kaunseling .. ..Gitulah kaedahnya!!!


Setiap tahun ramai graduan psikologi dan kaunseling dilahirkan .Berkelayakan tetapi kenapa mereka masih tak mendaftar dengan Lembaga Kaunseling Malaysia.? Mungkin sebab jumlah jam yang diperlukan .Mungkin sekarang perkhidmatan kaunseling di negara ini masih belum mendapat tempat. Kat pejabat gomen ni pun kalau pergi berjumpa Pegawai Psikologi pun dah menimbulkan berbagai-bagai persepsi . Tapi suatu ketika nanti perkhidmatan ini akan menjadi suatu industri penting !! Macam kat US ..betul kan En Komensen ??


Namun nampaknya UMNO diamkan diri selepas pelancaran tersebut. Tak ada susulan pun. Tak ada surat ke apa ke ?.Tak ada apa-apa pun.Senyap dan sepi. Sekarang sebok nak jadi juara. Kak Jat yang dah balik semula ke Kem Hawa pun tak da cakap lagi fasal ni. Lupa Ke?.Pemuda pun sama lupa.. Hai tak kan lah bila dah bertukar kepimpinan segala projek lama dipadamkan ?. Program ni pun ada nombor satu ! bolehlah rebranding semula jadikan “Program Kaunselor 1Malaysia” …..atau apa-apa ajelah??


...lepas ni ntah apa program baru nak dicadangkan! lepas tu senyap !..tapi tetap layan






...adakah tulisan ini syok sendiri??

Rabu, 24 Februari 2010

Betul ke perempuan tak suka bekerja dengan perempuan ?

sambungan entri semalam...


tak kira anda lelaki atau perempuan (wanita )
tak kira anda dah kahwin ,janda,duda atau single
tak kira anda bos atau pekerja
tak kira anda bekerja di mana...



SOALANNYA"
"Betul ke orang perempuan tak suka bekerja dengan orang perempuan" ?

Persepsi atau Prejudis ?



Sila jawap dengan ikhlas !



mungkin ramai dah tau IE punya jawapan



Selasa, 23 Februari 2010

Wanita Kuasai Sektor Awam??...Kenapa Bimbang ??

Wanita Kuasai Sektor Awam.Ada pengalaman ?Apa pendapat anda ? Sesuai ke? Relevan ke?





  • Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) meluahkan kebimbangan berikutan penguasaan penjawat wanita dalam perkhidmatan awam yang semakin meningkat sekarang.

  • Contohnya, hampir tiga perempat daripada jawatan baru dalam PTD diisi oleh wanita.

  • Perkara itu bertentangan dengan polisi kerajaan sekarang yang memperuntukkan hanya 30% jawatan pembuat keputusan kepada kaum wanita.

  • Trend masa ini menunjukkan semakin ramai wanita dilantik memegang jawatan sebagai pembuat keputusan dan situasi itu mempunyai implikasi jangka panjang dalam aspek kemajuan dan pertuumbuhan negara .

  • Merit kelulusan akademik tidak semestinya menentukan bahawa perkhidmatan mereka (wanita) akan lebih baik berbanding lelaki.

  • Penyertaan wanita dalam perkhidmatan awam semestinya mengikut merit dan kelebihan yang dimiliki .Dalam apa bidang pun wanita ternyata mempunyai kebolehan serta kelulusan akademik yang lebih baik berbanding lelaki.

  • Kebimbangan CUEPACS tidak berasas sama sekali dan menunjukkan kecetekan fikiran pemimpinnya.Dan bertentangan dengan aspirasi kesaksamaan gender yang diuar-uarkan kerajaan.

  • Wanita perlu diberi hak sama rata untuk memohon jawatan kosong di sektor kerajaan atau swasta jika tidak mahu melihat penjawat awam wanita hanya tertumpu kepada sesuatu bidang pekerjaan.

  • Wanita sebenarnya tidak diberi banyak pilihan untuk memasuki sektor pekerjaan walaupun kebanyakan mereka mempunyai kebolehan,kelayakan setanding dengan lelaki.

Apa pula kata wanita dalam Majlis Tertinggi Cuepacs ?Takkan diam aje?





kerja gomen.

Ahad, 21 Februari 2010

Apam Johol Janda Pulang

Al-Lavendari ada menggunakan apam dalam puecxrtnya.Dan Ikan emas komen balas dengan apam Johol. Nah inilah dia Kuih Apam Johol tuu..

Asas resepinya daripada tepung gandum,yang balut tu guna daun rambai.Cara buat IE tak tau..tukang buat tak bagi resepinya ...Rahsia katanya..!!!

N.Sembilan ada Dasar Think Tourism dengan tagline Keunikan Budaya Destinasi Popular.Maka dinamakanlah beberapa ikon dan identiti yang boleh dijadikan 'harta intelek' Negeri adat perpatih ni. Selain daripada bumbung lentik ,tarinya pula tumbuk kalang dan randai, makanan gulai lemak cili api ,kuih apam Johol ni pula sodap dimakan bersama minuman Air Jando Pulang.
3 assignment siang tadi, namun tak jumpo lak menu-menu tersebut. Yang ado ni..

Panta Pucong
( lauk pauh atau kuih muih yang di dalam dulang, tutup dengan tudung saji dan dibungkus dengan kain batik,
lepas tu bawa ler ke mana tujuannya...)

Dan jumpa jugak adat budaya yang ini...

penganti bertandu
,...adat ni ada lagi kat kampung tu.Kali Petama tengok, seronok pulak...meriah !!



Nak tahu selanjutnya tunggulah bila disiarkan....
p/s: Lama tak dengar berita PoKLi orang Rantau, tentu boleh bantu info ni kan!!











Jumaat, 19 Februari 2010

Kenapa Saya Perlu Mendaftar ?

Kenapa saya perlu mendaftar ?

Kenapa saya perlu mengundi ?

Mungkin soalan ini masih ada di benak warga negara ini.

Atau mungkin ada yang saja-saja buat tak tau , tak nak ambil atau…Atau memang tak tau apa-apa pun !

Sepanjang tahun 2009,SPR hanya berjaya mendaftarkan seramai 338,513 warga negara sebagai pemilih berbanding jumlah yang layak seramai 4.38 juta .Berapa peratus tu??? Ciput aje ..

SPR tak buat kerja ke ?

Selain daripada menguruskan pilihan raya, fungsi utama SPR juga adalah menjalankan urusan pendaftaran pemilih.Mencari dan daftarkan warga negara yang dah cukup umur. Tiap tahun bilangannya bertambah.Bila umur 21 tahun dah layak mengundi . Nak pangkah apa pun hak pemilihlah !

Dulu kalau nak daftar ada waktu dan tempohnya. Sekarang ni SPR dah pinda pendaftaran sepanjang tahun. Bila-bila pun boleh. Pergi pejabat SPR ke. Pejabat Pos ke,kaunter SPR yang dibuka di macam-macam tempat, kat IPT la, kat program ceramah la,pasaraya ,pasar malam dan EXPO pun ada!..atau melalui Penolong Pendaftar yang dilantik oleh SPR. Mereka ada yang dari wakil jabatan/agensi kerajaan atau dari parti-parti politik tak kira kerajaan ke bukan kerajaan ke. Mereka yang patut mencari ,bukan bila dilantik mereka hanya duduk goyang kaki tunggu orang datang..

Tengok ni...sian kawan kita ni, hari cuti pun dok kerja bukak kuanter..tapi gini laaa..
( petugas SPR N.Sembilan)

Macam-macam kempen dah buat, tapi kenapa masih lembap? Orang kita tak de kesedaran ke? Parti politik yang konon nak membela rakyat, mengekalkan kerajaan sedia ada ni patut kena proaktif la bab tugas ini. Sibuk nak menjadi Juara kepada rakyat, sibuk bercakap fasal kepimpinan, ketuanan Melayu la,demokrasi la ..Sebok nak buat Pertandingan PuteriKebaya la..tetapi bila nak pilihan raya baru sibuk menyemak nama atau nak mendaftar…haaa terkulat-kulat bila hak tak dapat digunakan.Macam anjing melalak di bukit lah !!

Ada syor supaya pinda saja akta sedia ada ni. Wajibkan semua warga negara mendaftar ,atau tak payah daftar-daftar sebagai pemilih, semua yang cukup umur Wajib mengundi..Relevan ke? Mana yang sesuai ??

Ayuh kekawan, mari ramai -ramai (eh betul ke tatabahasa ni?) kita pergi mendaftar..daftar di SPR bukan di Jabatan Agama..


Bila dan bagaimana agaknya PRU 13???

Selasa, 16 Februari 2010

Menangis kerana apa? ....Cinta ???...

Menurut Ibnu Qayyim ada 10 jenis tangisan.. Iyer ke? Kita pasti pernah menangis
cuma bila menangis kita tak pernah terfikir hikmah atau nikmat disebalik tangisan tersebut ;-


Orang perempuan dikatakan paling kuat (?) menangis..
  1. Menangis kerana kasih dan sayang

( rindu kat emak ayah ,keluarga, kampung...)

2. Menangis kerana rasa takut

( masa kechik-kechik dulu ,bila jalan dalam gelap,Mak Lang pulak suka tinggalkan kiter sorang- ..sekarang menangis takut bila ingatkan bagaimana sorang-sorang kat alam sana nanti....)

3. Menangis kerana cinta

( akahs....rindu, rindu serindu-rindunyaaaaaa...)

4. Menangis kerana gembira

( masa sain surat JAIP dulu...)

(la ni pun selalu meleleh air mata bila layan lawak si Tapa kat office tu..! )

5. Menangis kerana menghadapi penderitaan

( masa tengah deman 2 minggu tak kebah-kebah ,fikir macam-macam.......Tapi aku tau banyak lagi orang di luar sana yang menangis kerana penderitaan zahir,batin, emosi dan mental....)

6. Menangis kerana terlalu sedih

( emak dan ayah dah pergi untuk selama-lamanya...Al-Fatihah kutitipkan tiap waktu ...)

7. Menangis kerana terasa hina dan lemah

( nape ler ada manusia hipokret ..tak abis-abis nak buat fitnah ....)

( Ya Allah !! aku insan ini yang kerdil, berilah kekuatan , berikanlah aku hati-hati yang suci bersih,Hati yang segar mensyukuri NikmatMu,Lidah yang sentiasa menyebut namaMu,badan yang ringan menyempurnakan perintahMu, Iman yang sempurna .......)

8. Menangis kerana belas kesian

( tiap tahun pergi lawat anak yatim, orang tua-tua, orang susah ...Tunaikan Zakat, banyak-banyakkanlah bersedekah !!!)

9. Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis

( kes tengok filem hindustan laaa....)

10. Menangis kerana orang munafik - pura -pura menangis

( sajaaa...orang nangis , kita pun nangis jugak, hendaknya bila 'shooting ".....nak ambik hati la kononnya. )

Namun ada ramai yang ego tak tunjukkan yang mereka menangis..sorok-sorok.Tapi dalam hati,menjerit-jerit !!!!



Hari ini aku menangis lagi...tapi tak tau la dalam kategori mana ???




Ahad, 14 Februari 2010

Cinta Semalam

" Ya Allah! jadikanlah aku ini dicintai oleh setiap orang yang beriman ,dan jadikanlah aku ini dicintai dalam hati setiap manusia "



Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada setiap manusia, ia laksana setitis embun yang turun dari langit,bersih dan suci , Jika ia jatuh pada tanah yang subur di sana akan tumbuh kesucian hati, keikhlasan, setia ,budi pekerti yang tinggi dan lain-lain sifat terpuji -HAMKA


Isnin, 8 Februari 2010

Ku Nyanyikan Lagu Cinta .....Tanda Setiaku

Intro:
Nampaknya penyakit Abg Ngah Lavendari dah berjangkit kat Ikan emas ni.Tapi bukan penyakit translation error.Ni kes masa terundur . Sebenarnya entri ni dicatat kemarin..tapi bila publish ia dah terkebelakang, bulan Jan punya entri pulak daa. Heran, entri ni kita tulis tak de deraf-deraf pun.Catat terus publishkan.Dah dua kali kes mcm ni..pulak tu bila kat rumah.Kes komputer atau talian ?. Ni cuba try test lagi...SiTedi boleh tolong selesaikan ???

+++++++++++++++++++++++++

Dari Melaka ke Port Dickson
( tak jauh ,dokek jo) …

Tapi cerita yang sama isu yang sama..Berapakah harga sebuah cinta ?
Alaaa…Cintakan Negara !!!!
( apa ingat cintakan balak aje ke !)
Kalau dah lahir kat tanah Melayu maknanya
warganegara Malaysia lah !
Cerita 1 –
Buat IE geram dan marah sesangat !!


Lokasi : tanah berpasir , rasa dodulu Benggali Putih pernah sampai sini
Masa : bulan dah keluar

Mahadhir bukan Chedet : …..

“............ semua hadirin dipersilakan berdiri untuk menyanyikan Lagu Negaraku “

.Maka lebih kurang la 50,000 jiwa dan raga menyanyilah lagu keramat ini..
Kecuali;
di meja depan Ikan Emas ada la mincahi dan aney ini sedap-sedap duduk goyang-goyang kaki, chit-chat chit chat dan yang paling hotnya, mereka boleh sedap-sedap mengunyah makanan yang dah siap terhidang tu ( ter ??)
Monolog Ikan Emas :

: “ ...........agaknya OKU kot…”:

“............... tapi tadi nampak depa berjalan elok aje …”:


“ ............elok aku ambik dan tangkap gambar depa ni….”


“ ................ tak payah laa…baik aku nyanyi …"



Negaraaakuuuu …..”


p/s ; Kenapa kita kena menyanyikan Lagu Negaraku ????

bersambung .....


Jumaat, 5 Februari 2010

CinTa Yang Menakutkan ???.....benarkah??

Bulan ini mai kita bercerita fasal cinta, kasih, sayang, rindu...bab feeling-feeling saja laa.
Mai tengok gambar ini;

?




?

*
?
?
?
?
?
?

-



-



-


Andaikan anda bukan seorang Hakim,Pendakwaraya atau Peguambela.



sebab bukan kerja kita nak cari
siapa menang siapa kala
siapa betul siapa salah


..........................................................

Andaikan anda seorang komunikator, psikologist, kaunselor atau Cikgu displin ke cikgu sains rumah tangga ke? ....atau anda jadilah diri anda sendiri.....




Soalannya : " Apa yang anda fikirkan bila melihat gambar ini?

(dan kita abaikan watak-watak popular itu ....)




Rabu, 3 Februari 2010

Setahun Sudah Kita Berkasih Sayang


Dah bulan Februari.Bulan berkasih sayang. I love you all !!! Muuuuuuaaaaaaahhhh!!


Dah lebih setahun hayat Ikan Emas ni.Tak sempat nak celebrate .Tak de yang nak wish.Tak ada yang nak bagi hadiah. Sebelum tu pun dah lama berguling-guling dengan sesawang ni.Teringin nak bina sesawang sendiri pulak. Asalkan ada rumah sendiri dah cukup bangga.Tak payah bina banyak-banyak rumah macam En.Lavendari atau Abang Tuah.Bimbang tak terurus.Nanti asyik tersilap masuk rumah pulak.


Dalam kepala masa bina kolam ni dulu IE akan tulis apa saja. Khususnya fasal politik dan hal semasa…..sebab IE memang dah jenuh dan kena sibuk dengan hal-hal ini.Tu sebab masuk laman orang tak kira siapa. Terima kasihlah kepada rakan macam Zharif,Media Cyber,Kak Jem, Ghostwriters dan ( banyak ni...) dan juga bukan kawan termasuk adukataruna.

Dulu jika ada ilham datang ,IE tulis puisi hantar kat majalah ,dapatlah merasa terima cek hasil perahan ilham jiwang-jiwang ni. ..Laa ni kalau idea ni datang publish aje lah kat SINI AJE. Ramai dapat kawan yang bersua tanpa muka, bersembang tanpa suara .


Tu belum bab cerita lawak .Dan bab cerita sinis dan sindiri menyindir .Saja nak bagi rehatkan minda maka IE tekanlah ayat merapu pulak dan menjenguk ke dunia frodo , onezaaba atau belayar ke dunia realiti kehidupan kawan-kawan seperti Blog Mama Aqilah, DairiHati,termasuk Cikguhengot yang mula ‘kenal ‘masa entri fasal nak jadi cikgu sempena Hari Guru tahun lepas..


Ilmu psikologi dan kaunseling adalah sikit.Dah berkarat pun.Tu sebab nak bagi berkilat semula.Maka sesekali jadilah macam penceramah motivasi.Terima kasihlah kepada Ustaz Farid, Pn Kartini ,BAM, Siminda shahnon yg menyepi ..

Kalau bab menulis ni patutnya IE bolehkan kalahkan Sitedi ,atau Maksu atau abg komensen yang sungguh rajin menulis sampai 3-4 entri sehari., Banyak kisah dan cerita atau isu yang boleh di’entri’kan. Keje ‘cakap2 dan tulis2’ IE lakukan tiap hari.banyak modal sebenarnya.Dah tau cerita hari ini untuk berita hari esokya. Itu cakap dan tulis dalam tari dan irama yang berbeza daripada apa gaya dan lenggang IE kat blog ini. Dulu pun janji dapat seminggu satu atau dua entri pun dah kira baik punya!!. Kita perlu sayangkan waktu dan masa yang diperuntukkan kepada kita.!!! ( wow ! …


Jadi pokok dek den la nak tulis apa , ini blog den ( ajuk kata-kata Cikgu xiinam ).


( Mai kita layan cinta kita !! , jangan asyik dok sebok tengok drama nuar n epoi ?
Sayang selalu!!!
nanti Ikan emas belanja kuih apam Johol !!


# maaf tak sempat nak link