Jumaat, 23 Januari 2009

SIAPA IKAN EMAS ?

Bismillah pembuka bicara
Kata disusun pemula cerita ...

Eeh nak cerita ape yer ? Siapa Ikan Emas sebenarnya ? Alaa ikan emas kan yang berenang-renang dalam aquarium yag cantik , hebat bercahaya .dihiasi indah (walau tak ori punya ...)
menenangkan hati si tuan yang senang gundah gulana..( tapi dalam hati tuhan je yg tau seksa si ikan dalam dunia yg sempit ini..) kadang-kadang kelaparan bila si tuan lupa nak bagi makan ..tapi ada ketika terlebih kenyang ( boleh mati aku !!) sebab anak si tuan dok curah makanan mcm nak buang sampah ke dalam tempat tinggal aku ni.

Opps ,
itu bukan saya ..Saya insan biasa yg bernyawa dan punya akal waras , yang hidup dalam dunia realiti macam anda juga. Ada cerita suka , ada kisah duka , pahit , manis , kelat , panyau pun ada.

Kenapa dinamakan 'Aksarapower ? ...Ahaa..aksara-aksara kalau disusun elok ia menjadi bait-bait indah yg mempesona , boleh menjadi ilmu baik , menghilang keresahan dan kejemuan , legakan hati yg lara , memujuk pada yg merajuk , memberi senyuman kepada yang berduka. Namun sebaliknya ia juga boleh menjadi ayat-ayat yang menyakitkan , rasa sinis , penuh sindiran , boleh menimbulkan rasa meluat dan kebencian malah boleh menjadi fitnah yang membunuh !!!!

Apa yang dicatatkan dalam ruangan ini hanyalah cetusan idea lahir dari hati ikhlas si ikan ini.Mari kita kongsi Kisah tentang kehidupan , pengalaman diri , alam sekeliling , politik , isu semasa ,kisah rumah tangga, kaunseling , hobi hatta berkongsi resepi sedap !!!

" Apa yang berlalu dan berlaku
Sebenarnya merupakan suatu permulaan ..."

Khamis, 22 Januari 2009

Salam perkenalan.
Tahun 2009 sudah ke 22 . Azam tahun baru kononya nak buat blog sendiri
setelah sekian lama menjadi pengunjung blog rakan-rakan dan bloggers lain.
Namun peristiwa 1 Januari 2009 melewatkan azam ini menjadi nyata.

Antara kita banyak cerita yang mungkin berbeza atau mungkin cerita yang sama
mari kita kongsi bersama , jadikan teladan dan panduan , alat penghilang stress
atau sekadar hiburan diri .

Ikan emas.